Contoh Penulisan Minit Mesyuarat

download Contoh Penulisan Minit Mesyuarat

of 4

description

Contoh Penulisan Minit Mesyuarat

Transcript of Contoh Penulisan Minit Mesyuarat

  • MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI BIL. 4/2011KOLEJ MATRIKULASI PERAK

    Tarikh : 05/12/2011Masa : 3.00 petang

    Tempat: Bilik Kokurikulum, KMPk

    HADIR :

    1) En. Saidi bin Muhd Ali (Pengerusi)2) En. Abdul Rashid bin Jusoh3) Pn. Jun Yasmin binti Ahmad4) Cik Khazirah Hanim binti Abd Wahab5) Pn. Suriani binti Dak6) Pn. Adzwati binti Ali7) Pn. Tuan Zaifatul Akmal binti Tuan Besar8) Cik Wan Naemah binti Wan Mohamad 9) Cik Noer Ashikin binti Muhiddin (Setiausaha)

    HADIR BERSAMA :

    1) Tn. Hj. Zulkurnaini bin Hussin (Pengarah)2) En. Azmir bin Radin Mustapha Amiruddin (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas)

    TIDAK HADIR :

    1) En. Hamizi bin Ismail2) Cik Nurul Azua binti Saidon

    1. UCAPAN PENGERUSI

    Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran bersama Tuan Pengarah dan Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dalam mesyuarat.

    Pengerusi mengucapkan tahiah dan terima kasih kepada ahli mesyuarat atas kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan sambutan Bulan Bahasa peringkat kolej dengan pengisian aktiviti ilmiah yang bermanfaat kepada pelajar. Kerjasama yang ditunjukkan diharapkan akan berterusan pada masa-masa akan datang.

    2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

    Ahli mesyuarat bersetuju agar minit mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 3/2011 dibentang dan disahkan tanpa sebarang pindaan.

    1

  • 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

    Aktiviti Bulan Bahasa(muka surat 3, perenggan 5)Pn. Adzwati memaklumkan bahawa acara `Poem Competition' tidak diadakan digantikan dengan acara `Coral Speaking Competition' yang diadakan pada 10/10/2011.

    Makluman : semua ahli mesyuarat

    4. LAPORAN AKTIVITI 2011

    Pengerusi memaklumkan bahawa semua aktiviti yang dirancang sepanjang 2011 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut takwim serta mendapat maklum balas yang positif daripada para pelajar dan para kakitangan KMPk.

    Makluman : semua ahli mesyuarat

    Pengerusi memohon kerjasama jawatankuasa terlibat untuk menghantar laporan aktiviti/program yang dianjurkan sebelum 15 Disember 2011 kepada Setiausaha dalam bentuk `soft copy' dan `hard copy' mengikut format yang disediakan.

    Makluman dan Tindakan : Jawatankuasa aktiviti/program

    5. PERANCANGAN AKTIVITI 2012

    Aktiviti Pembangunan Pelajar

    Pengerusi menarik perhatian bahawa aktiviti yang dirancang perlu memenuhi matlamat memartabat bahasa Melayu dan memperkasa bahasa Inggeris serta dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa dari aspek penulisan dan pengucapan serta membantu meningkatkan jati diri.

    Makluman : semua ahli mesyuarat

    Aktiviti memartabat bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti berikut;1) pertandingan menulis puisi dan mendeklamasi puisi bulan Februari2) pertandingan menulis esei bahasa Melayu bulan Mei3) pertandingan pengkisahan kenegaraan bulan Ogos4) pertandingan pidato dan bahas bahasa Melayu bulan November

    Makluman dan Tindakan : Pn. Suriani Dak dan Puan Tuan Zaifatul Akmal

    Aktiviti memperkasa bahasa Inggeris yang dicadangkan adalah seperti berikut;1) pertandingan menulis dan mendeklamasi puisi bulan Mac2) pertandingan menulis esei bulan Jun3) pertandingan pidato dan bahas bahasa Inggeris bulan September4) pertandingan sukaneka bahasa bulan Disember

    Makluman dan Tindakan :Pn. Jun Yasmin dan Cik Nurul Azua

    2

  • Aktiviti Pembangunan Pensyarah dan Staf

    Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti pembangunan pensyarah dan staf yang dirancang adalah bertujuan membantu para pensyarah dan staf meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Program yang dirancang akan diadakan secara berperingkat-peringkat melibatkan semua kakitangan.

    Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut;1) Komunikasi Efektif Siri 1 bulan Januari2) Mari Berkomunikasi (bahasa Inggeris) dengan Mudah Siri 1 bulan April3) Komunikasi Efektif Siri 2 bulan Julai4) Mari Berkomuniasi (bahasa Inggeris) dengan Mudah Siri 2 bulan Oktober

    Makluman dan Tindakan: En. Saidi bin Ali

    6. HAL-HAL LAIN

    Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir

    En. Rashid memaklumkan jumlah kutipan wang bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir yang dilancarkan sepanjang Bulan Bahasa adalah sebanyak RM1,111.11 dan telah diserahkan kepada Tuan Pengarah KMPk semasa Majlis Penutupan Bulan Bahasa.

    Makluman : semua ahli mesyuarat

    7. PENUTUP

    Pengerusi mengucapkan syabas dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua ahli dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti/program Jawatankuasa MBMMBI sepanjang 2011.

    Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Bil. 1/2012 akan diadakan pada 05/01/2012. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

    3

  • Disediakan oleh:

    ........t.t....................Setiausaha,Jkawatankuasa MBMMBIKolej Matrikulasi Perak

    Disemak oleh:

    ........t.t.....................Pengerusi,Jawatankuasa MBMMBI,Kolej Matrikulasi Perak.

    Tarikh : 07/12/2011

    Catatan : minit mesyuarat ini hanyalah contoh semata-mata.

    4