Contoh Proposal

28
Penyelidikan Tindakan 1 | Tajuk: Huruf Dua Dimensi (HDD) Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Huruf Konsonan b,d, h, k, t, g, j dan y Dengan Tulisan Kemas Dan Betul 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian IV bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. Sejajar dengan Akta Pendidikan, maka bahasa Melayu menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003). Pada tahun 2011, KPM telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai kurikulum pendidikan negara. KSSR digubal dengan tujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia (SKBM) dibina berasaskan enam tunjang iaitu keterampilan diri, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, komunikasi, kerohanian sikap dan nilai serta sains dan teknologi bagi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, SKBM membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian. KSSR menggunakan pendekatan modular melalui lima modul iaitu kemahiran mendengar bertutur, membaca, menulis, seni bahasa dan tatabahasa. Modul kemahiran menulis memfokuskan kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas (KPM, 2012). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, pensel dan lain-lain. Malahan, menulis juga didefinisikan sebagai melahirkan perasaan yakni fikiran lain dengan catatan huruf, membuat surat dan mengarang. Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Malaysia (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan

description

contoh proposal

Transcript of Contoh Proposal

Page 1: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

1 |

Tajuk: Huruf Dua Dimensi (HDD) Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Huruf

Konsonan b,d, h, k, t, g, j dan y Dengan Tulisan Kemas Dan Betul

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan. Seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian IV bahasa

kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. Sejajar dengan Akta

Pendidikan, maka bahasa Melayu menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di

peringkat sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003).

Pada tahun 2011, KPM telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) sebagai kurikulum pendidikan negara. KSSR digubal dengan tujuan untuk memenuhi

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

(SKBM) dibina berasaskan enam tunjang iaitu keterampilan diri, kemanusiaan,

perkembangan fizikal dan estetika, komunikasi, kerohanian sikap dan nilai serta sains dan

teknologi bagi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,

SKBM membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi

untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai

dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian.

KSSR menggunakan pendekatan modular melalui lima modul iaitu kemahiran

mendengar bertutur, membaca, menulis, seni bahasa dan tatabahasa. Modul kemahiran

menulis memfokuskan kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea

melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.Penekanan perlu

diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan

yang jelas dan kemas (KPM, 2012).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menulis ialah mencatat kata-kata

dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, pensel dan lain-lain. Malahan, menulis juga

didefinisikan sebagai melahirkan perasaan yakni fikiran lain dengan catatan huruf, membuat

surat dan mengarang.

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Malaysia (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) di

sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan

Page 2: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

2 |

bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Setiap murid perlu menguasai ketiga-

tiga kemahiran untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran secara berterusan.

Marohaini (2004) menyatakan bahawa tujuan utama pengajaran kemahiran menulis

ialah melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menyampaikan apa yang tersirat dalam

pemikiran mereka kepada khalayak pembaca yang dituju dan menepati hasrat yang ingin

disampaikan. Jika seseorang individu tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik,

kemungkinan apa yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak dapat dicernakan dengan

baik. Setiap indivividu perlu menguasai kemahiran menulis dengan baik kerana kemahiran

menulis adalah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan. Sabda Rasulullah yang

bermaksud:

“Hak anak atas ibu bapanya adalah diajar menulis, berenang dan memanah serta

memberikan makanan yang betul”

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal

dan disalurkan secara bersistematik iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,

audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan

suatu kemahiran yang menjadi asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang

berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi

dalam kemahiran membaca dan menulis dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran

murid dalam Bahasa Malaysia dan mata pelajaran tertentu (Yahya, 2005).

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada 27 Januari 2014 hingga 25 April 2014 lalu, saya telah menjalani praktikum

selama tiga bulan di sebuah sekolah di Klang, Selangor. Sepanjang menjalani praktikum,

saya selaku guru pelatih major Bahasa Melayu (BM) telah diberikan kelas 1 Arif untuk

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan 1 Bestari untuk mata pelajaran Kesusasteraan

dan Persuratan Melayu.

Sepanjang beberapa minggu mengajar, saya telah membuat pemerhatian secara rawak

terhadap murid dalam kelas 1 Arif. Aspek yang diperhatikan ialah tingkah laku dan

penguasaan kemahiran menulis murid. Hasil pemerhatian, didapati murid tidak menumpukan

Page 3: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

3 |

perhatian terhadap pengajaran dengan baik. Malahan, murid juga gemar menganggu rakan

sekelas yang lain ketika aktiviti menulis dijalankan.

Sebelum memulakan sesi PdP di kelas 1 Arif, saya telah menjalankan aktiviti

berkaitan kemahiran menulis. Saya telah menguji kefahaman murid dengan menulis huruf

pada papan putih menggunakan garis empat. Saya bertanya kepada murid tentang kesalahan

yang saya lakukan dan murid dapat memperbetulkan kesalahan yang sengaja dibuat.

Kemudian, aktiviti yang kedua pula murid perlu lakukan secara berkumpulan iaitu

menampal huruf mengikut garisan yang sesuai pada kertas keras yang telah diberikan.

Namun, ada beberapa orang murid yang tidak dapat menampal huruf pada garis empat

dengan betul. Murid menampal huruf „g‟ pada garisan merah yang pertama hingga garisan

biru kedua.

Setelah selesai aktiviti menampal, saya membuat aktiviti pengukuhan kepada murid

dengan mengedarkan kertas garis empat kepada setiap individu. Murid perlu menulis

perkataan yang disebut oleh saya dengan tulisan betul dan kemas pada kertas garis empat

yang telah diedarkan. Namun, kesalahan yang sama tetap berlaku walaupun saya telah

memberikan penerangan dan cara menulis huruf pada kertas garis empat yang disediakan.

Pada sesi pengajaran yang berikutnya, saya telah membuat pengajaran secara individu

kepada murid. Saya memberikan penerangan berserta contoh cara menulis yang betul kepada

murid, namun murid tersebut tidak mengambil perhatian dan lebih suka memandang sekitar

kelas. Semasa menulis, murid masih tidak dapat menggunakan buku garis empat dengan

betul. Sebagai contoh murid akan menulis huruf k dan l dalam garisan biru sahaja.

Setelah murid-murid menjalani ujian sumatif 1, saya telah menyemak kertas jawapan

mereka. Kebanyakan mereka menulis jawapan yang betul. Walau bagaimanapun, didapati

tulisan murid agak tidak kemas dan sukar untuk difahami. Hal ini menyebabkan mereka

memperolehi markah yang rendah. Antara kesalahan yang ketara adalah murid keliru antara

huruf „b‟ dan „d‟.

Bagi mengukuhkan lagi pemerhatian saya terhadap murid kelas 1 Arif, saya telah

melaksanakan temu bual bersama dengan guru BM yang mengajar murid tahun 1 Arif

mengenai tahap penguasaan kemahiran menulis mereka. Melalui temu bual yang dijalankan,

jelaslah bahawa beberapa orang murid memang lemah dalam menulis huruf b, d, p, q, g dan y

dengan betul dan kemas. Guru tersebut juga menyatakan ada beberapa kesalahan yang sering

dilakukan oleh murid. Antaranya ialah menulis dengan tulisan besar hingga melebihi garisan

dan ada juga yang menulis dengan saiz yang terlalu kecil hingga sukar dibaca.

Page 4: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

4 |

Setelah melakukan permerhatian, analisis dokumen dan temu bual bersama dengan

guru kelas, saya mendapati bahawa murid tersebut perlu dibantu bagi mengatasi masalah

menulis tidak betul dan kemas. Masalah ini perlu diatasi agar murid dapat mengikuti sesi PdP

dengan lebih baik dan dapat mencapai tahap penguasaan kemahiran menulis dengan betul dan

kemas. Langkah ini perlu agar murid dapat melahirkan idea-idea yang hebat melalui tulisan

yang baik pada masa akan datang.

Oleh itu, saya berasa bahawa kajian perlu dijalankan bagi memperbaiki situasi ini.

Saya membuat keputusan untuk menjadikan masalah menulis huruf betul dan kemas sebagai

subjek kajian. Saya akan memberikan tumpuan kepada huruf b, d, h, k, t, g, p dan y. Hal ini

demikian kerana kebanyakan murid masih keliru dengan cara huruf-huruf tersebut ditulis.

Saya akan menggunakan Huruf Dua Dimensi (HDD) sebagai bahan bantu mengajar bagi

meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, p dan y betul dan kemas murid.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid menguasai

kemahiran asas bertutur, membaca, dan menulis dalam bahasa pengantar masing-masing.

Malahan, matlamat ini dibina agar murid dapat menguasai kemahiran belajar berlandaskan

kemahiran asas. Oleh itu, murid perlulah menguasai kemahiran menulis dengan kemas

dahulu agar murid dapat menginterpretasi idea dalam tulisan yang lebih ilmiah.

Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 ada menyatakan bahawa perlu

penegasan dalam penguasaan kemahiran asas sebagai elemen utama dalam pengajaran dan

pembelajaran. Begitu juga dengan perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang

telah mengkaji perlaksanaan dasar kerajaan yang menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran

telah mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan peringkat rendah bercorak

pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada kemahiran menulis, membaca dan

mengira (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

Menurut teori Pelaziman Pavlov (1962) aktiviti yang dilakukan secara berulang kali

akan menyebabkan kanak-kanak menerima rangsangan dan pembelajaran yang disampaikan

oleh guru. Membuat latih tubi merupakan satu latihan yang bersesuaian dengan teori ini.

Melalui latihan latih tubi, kanak-kanak akan mengingati dan memahami apa yang dipelajari

(Mahani, Ramlan & Shahbudin, 2003).

Oleh itu, saya bercadang untuk menggunakan konsep latih tubi dalam membantu

mengatasi masalah kemahiran menulis murid. Saya akan menggunakan Huruf Dua Dimensi

Page 5: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

5 |

(HDD) sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk

menunjukkan bagaimana cara menulis huruf dengan betul dan kemas. Saya berharap agar

penggunaan HDD ini dapat membantu murid menulis huruf dengan betul dan kemas,

seterusnya menimbulkan minat untuk menulis dalam kalangan murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Berdasarkan kepada pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung, saya telah dapat mengesan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid kelas

1 Arif. Walau bagaimanapun, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah kemahiran

menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas sahaja. Jika masalah ini

berterusan, ini akan melibatkan kemahiran yang lain seperti menyebut perkataan mengikut

sebutan yang baku. Malah, masalah ini akan menjejaskan pencapaian murid dalam mata

pelajaran Bahasa Malaysia terutama penguasaan mereka dalam kemahiran menulis.

Masalah ini perlu diatasi segera agar murid tidak ketinggalan dalam mengikuti sesi

PdP yang dijalankan oleh guru. Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang perlu

dikuasai dengan baik oleh setiap individu. Murid akan dapat menghasilkan idea dan bahan

ilmiah yang baik sekiranya dapat menguasai kemahiran menulis pada masa akan datang.

2.2 Tinjauan masalah

Berdasarkan kepada refleksi PdP yang lalu, saya mendapati bahawa murid-murid

tidak dapat menulis tulisan betul dan kemas dengan baik walaupun telah diajar secara

individu dan kumpulan. Oleh itu, sebelum langkah seterusnya diambil, saya melaksanakan

tinjauan masalah dengan menggunakan beberapa alat kajian bagi membuktikan kewujudan

masalah ini. Tinjauan masalah dilakukan dengan menggunakan tiga alat kajian iaitu

pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Jadual 1 menunjukkan alat kajian yang

digunakan dalam tinjauan masalah.

Page 6: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

6 |

Jadual 1: Alat Kajian Yang Digunakan Dalam Tinjauan Masalah

BIL ALAT KAJIAN CARA PELAKSANAAN TUJUAN

1. Pemerhatian Guru memerhatikan tingkah

laku murid ketika melakukan

latihan kemahiran menulis.

Bertujuan untuk mendapatkan

maklumat data secara terus dan

semula jadi.

2. Analisis Dokumen Guru meneliti buku tulis dan

hasil kerja murid.

Bertujuan untuk mengesahkan

data pemerhatian dan temu bual

melalui bukti yang kukuh.

3. Temu bual Temu bual dijalankan bersama

dengan guru yang mengajar

murid tahun 1 Arif.

Bertujuan untuk mendapatkan

maklumat secara terperinci.

i. Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan terhadap aktiviti penulisan murid sepanjang sesi PdP

dilaksanakan. Bagi memudahkan pemerhatian dilakukan, saya telah menyediakan senarai

semak pemerhatian berstruktur. Senarai semak ini menyenaraikan cara menulis huruf dengan

betul dan kemas. Jika murid menulis dengan betul dan kemas, saya akan menandakan (/)

dalam ruang ya begitu juga sebaliknya. Di bahagian catatan pula, saya akan mencatat tingkah

laku murid ketika menulis.

Pemerhatian berstuktur ini telah dilakukan terhadap murid tahun 1 Arif. Tujuan

pemerhatian berstruktur ini adalah memerhatikan tahap penguasaan murid menulis huruf

mengikut langkah yang betul. Jadual 2 ialah senarai semak pemerhatian berstruktur yang

digunakan dalam penyelidikan ini.

Jadual 2 :Senarai Semak Permerhatian Berstruktur

Bil. CARA MENULIS HURUF KONSONAN PENILAIAN CATATAN

Ya Tidak

1. b

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘l’

Membuat bentuk lengkung ‘ Ͻ ‘

2. d

Membuat bentuk lengkung ‘c’

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘l’

3. g

Membuat bentuk lengkung ‘c’

Membuat garis ‘J’

4. h

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘l’

Membuat separuh lengkung ‘ ɿ’

Page 7: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

7 |

5. j

Membuat garis ‘J’

Membuat titik ‘.’

6. k

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘l’

Membuat garis ‘< ‘

7. p

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘l’

Membuat bentuk lengkung ‘Ͻ ‘

8. q

Membuat bentuk lengkung ‘c’

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘ ɿ’

9. t

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke bawah ‘l’

Garis melintang dengan pergerak dari kiri ke kanan ‘-‘

10. y

Membuat lengkung ‘u’

Membuat garis ‘J’

ii. Analisis Dokumen

Analisis dokumen pula telah dilakukan ke atas buku latihan murid. Saya telah

menetapkan beberapa aspek yang perlu dinilai dalam buku latihan murid. Antaranya ialah

menulis huruf kecil dalam garisan yang sepatutnya serta menulis huruf dengan betul dan

kemas. Analisis dokumen ini digunakan untuk mengenal pasti masalah yang timbul

seterusnya mengesahkan data yang diperolehi menerusi pemerhatian yang telah dijalankan.

iii. Temu bual

Temu bual juga digunakan untuk mengesahkan data yang telah dikumpul melalui

pemerhatian dan analisis dokumen. Saya telah mengemukakan

soalan-soalan berbentuk terbuka kepada guru BM yang mengajar murid tahun 1 Arif

(dinamakan sebagai Guru A) untuk melihat kelemahan yang ada pada diri murid dari aspek

kemahiran menulis.

Temu bual boleh dijalankan secara berstruktur, separa berstruktur dan tidak

berstruktur (Gay & Airasian, 2000). Dalam kajian ini, saya telah melakukan temu bual tidak

Page 8: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

8 |

berstruktur, saya bebas merangka soalan dan guru juga bebas memberi jawapan. Saya

menggunakan alat kajian ini bagi melihat ketelusan masalah yang dihadapi oleh murid.

Sebelum menjalankan temu bual, penyelidik telah menyediakan soalan temu bual terlebih

dahulu. Jadual 3 ialah soalan temu bual yang akan diajukan kepada Guru A.

Jadual 3: Soalan Temu Bual Dengan Guru A

BIL SOALAN dan JAWAPAN REFLEKSI SAYA

1. S: Berapa lama pengalaman puan mengajar murid tahun

1?

2. S: Bagaimanakah puan melihat prestasi murid dalam

kemahiran menulis betul dan kemas?

3. S: Kebiasaannya huruf apa yang tidak dapat ditulis oleh

murid tahun 1?

4. S: Berapakah bilangan murid yang mengalami masalah

ini?

Penggunaan ketiga-tiga alat kajian ini akan memberikan gambaran yang paling tepat

serta dapat membuktikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran menulis betul

dan kemas.

2.3 Analisis Masalah

i. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian berstruktur terhadap murid tahun 1 Arif. Saya

menggunakan borang senarai semak semasa pemerhatian berlangsung. Aspek yang ada dalam

borang senarai semak adalah cara permulaan huruf yang ditulis oleh murid (Jadual 2).

Jadual 4: Hasil Pemerhatian Ke Atas Aktiviti Menulis

Responden Bilangan huruf (huruf b, d,

h, k, t, g, j, q, p, y)

Bilangan huruf yang

ditulis dengan kemas

Peratus bilangan

huruf yang ditulis

dengan kemas (%)

Murid 1 10 3 30%

Murid 2 10 3 30%

Murid 3 10 2 20%

Murid 4 10 3 30%

Murid 5 10 4 40%

Murid 6 10 4 40%

Murid 7 10 2 20%

Page 9: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

9 |

Murid 8 10 2 20%

Murid 9 10 4 40%

Murid 10 10 2 20%

Jadual di atas menunjukkan hasil analisis pemerhatian terperinci yang dilakukan

terhadap 10 orang murid. Kebanyakan murid mendapat 40% dan ke bawah. Murid 1, 2 dan 4

mendapat 30% dan hanya menulis tiga daripada sepuluh huruf yang sepatutnya ditulis dengan

betul dan kemas. Murid 5, 6 dan 9 pula memperoleh 40 % dan dapat menulis empat sahaja

huruf dengan betul dan kemas. Manakala, Murid 3, 7, 8 dan 10 hanya memperoleh peratus

paling rendah iaitu 20%.

ii. Analisis Dokumen

Saya telah menjalankan analisis dokumen berdasarkan ujian yang diberi kepada

murid. Jadual 1 merupakan salah satu contoh hasil tulisan murid yang termasuk dalam

kalangan 10 yang lemah di atas.

Rajah 1: Contoh Hasil Tulisan Murid

Melalui analisis dokumen, saya mendapati bahawa 10 orang murid memang tidak

dapat menguasai menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Jika

Page 10: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

10 |

diteliti dengan betul, huruf yang paling kerap tidak dapat ditulis dengan baik ialah huruf b, d,

p, g, y dan q. Murid sering keliru menulis antara huruf b dan d serta p dan q.

Selain itu, murid juga menulis huruf dengan terlalu dekat dan kecil. Malahan, empat

orang murid mengambil masa yang lama untuk menulis kerana berusaha untuk mengingat

huruf yang perlu ditulis. Tiga orang murid yang lain pula tidak menulis dalam garis empat

yang sedia ada. Selebihnya, murid akan menulis huruf besar walaupun bukan pangkal

perkataan.

iii. Temu bual

Saya telah menjalankan temu bual bersama dengan guru kelas murid tahun 1. Jadual 5

ialah hasil temu bual kami.

Jadual 5: Hasil Temu Bual Bersama Dengan Guru A

BIL SOALAN dan JAWAPAN CATATAN

1. S : Berapa lama pengalaman puan mengajar

murid tahun 1?

J : Baru mengajar selama dua tahun. Namun,

tidak sampai dua tahun penuh.

Guru A merupakan guru baharu yang

mengajar di kelas 1 Arif. Saya

mendapati Guru A masih dalam

peringkat guru cekap.

2. S : Bagaimanakah puan melihat prestasi murid

dalam kemahiran menulis betul dan kemas?

J : Kebanyakan murid boleh menulis huruf

dengan baik. Cuma sebahagian murid boleh

menulis namun tulisan tidak kemas dan tidak

teratur. Ada yang huruf besar dan ada yang

huruf kecil.

Beberapa orang murid tidak dapat

menulis dengan betul dan kemas.

3. S : Kebiasaannya huruf apa yang tidak dapat

ditulis oleh murid tahun 1?

J : Kebiasaannya huruf b, d, g, p, q dan y

Huruf b, d, g, p, q dan y adalah huruf

yang kerap ditulis tidak kemas dan betul

oleh murid.

4. S : Berapakah bilangan murid yang mengalami

masalah ini?

J : Bilangan murid tidak ramai. Kurang

daripada 10 orang iaitu 7 hingga 8 orang.

Seramai lapan orang murid tidak

menguasai kemahiran menulis huruf b,

d, g, p, q dan y dengan betul dan kemas.

Berdasarkan temu bual ini, Guru A menyatakan bahawa kebanyakan murid boleh

menulis huruf dengan betul. Cuma sebahagian kecil sahaja murid yang menulis dengan

tulisan tidak kemas dan tidak teratur. Murid ini tidak dapat membezakan antara menulis huruf

besar huruf kecil. Bilangan yang lemah sekitar tujuh hingga lapan orang murid sahaja. Antara

huruf yang biasa menjadi kesalahan ialah huruf b, d, g, p, q dan y.

Page 11: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

11 |

Oleh itu, hasil daripada pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual, saya telah

memutuskan untuk menumpukan perhatian dan memberikan bantuan kepada sepuluh orang

murid yang lemah agar mereka tidak membuat kesalahan yang sama pada masa hadapan.

Pada pandangan saya, jika hal ini tidak diberi rawatan, kemungkinan akan menjejaskan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang akan berlangsung malah mereka turut ketinggalan semasa

aktiviti menulis akan dijalankan.

3. TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan World Book Encyclopedia dalam Sulaiman & Ahmad Khair (2004),

sistem tulisan yang dicipta 5000 tahun lalu merupakan alat interaksi dalam komunikasi

manusia yang dikembangkan sebagai sistem lambang yang dapat dilihat dan dibaca. Jelasnya

lagi mengarang merupakan „kerja seni‟. Seni mengarang menjadi ujian dan ukuran kepintaran

pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, pemberita dan editor untuk melahirkan sebuah perasaan.

Paul (2004) dalam bukunya The Reading Bud, menyatakan bahawa menulis

merupakan keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan

ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tidak ternilai dalam kegiatan ini.

Menurut Zulkifli (2007) pula, menulis merupakan satu proses untuk menghasilkan

bahan yang berbentuk idea pendapat, pengalaman, perasaan dan maklumat dalam bentuk

tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Selain itu, menulis

merupakan satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa

dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang,

mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran yang jelas

dan tersusun.

Bagi memantapkan kemahiran menulis, KPM (1992) menyatakan asas kemahiran

menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.

Tuan Jah (2011), telah membahagikan kemahiran menulis kepada tiga peringkat iaitu

pramenulis, menulis mekanis dan menulis mentalis (pelahiran). Kemahiran menulis peringkat

mekanis ialah peringkat melatih murid membentuk lambang-lambang tulisan, membentuk

huruf di atas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris.

Manakala Husin dan Nazariyah (2012) pula, dalam peringkat mekanis murid perlu

dilatih untuk menulis dan membentuk huruf dalam buku bergaris empat. Garisan dalam buku

amat penting untuk membantu murid menghasilkan saiz huruf dan bentuk yang betul. Tulisan

Page 12: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

12 |

murid perlu dikawal pada peringkat awal agar mereka dapat menghasilkan tulisan yang

kemas dan teratur pada masa hadapan.

Charlesworth (2007) menggariskan enam prasyarat kemahiran menulis iaitu

perkembangan otot kecil, koordinasi mata tangan, alat dan bahan manipulasi, strok asas

pembentukan abjad dan orientasi yang ingin ditulis. Pendapat Charlesworth dikuatkan lagi

oleh kajian oleh Hughes & Hoffman (1991), menyatakan perkara yang sama iaitu kemahiran

menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-

konsep dan tulisan juga adalah saluran utama bagi murid untuk menunjukkan pengetahuan

mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

Kamarudin (1988) pula menumpukan kepada motor halus kanak-kanak untuk

menguasai kemahiran menulis. Menurut beliau, pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke

atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Kematangan urat saraf dan urat daging

yang mengawal jari tangan adalah penting dalam usaha menguasai kemahiran menulis.

Kanak-kanak biasanya suka menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka.

Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis.

Pendapat Kamarudin disokong oleh hujah Raminah (1991), yang menyatakan

kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang lebih kompleks daripada

kemahiran-kemahiran yang lain. Kemahiran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran

mengenal pasti perbezaan dan mengingati bentuk, nama dan bunyi huruf tetapi juga

memerlukan kesediaan otot-otot jari jemari tangan yang membolehkan seseorang kanak-

kanak membentuk dan menulis huruf. Kemahiran ini juga seharusnya berkeupayaan

mengkoordinasikan pengamatan mata dan tangan sewaktu menulis.

Bagi memantapkan kemahiran menulis dalam setiap diri individu, Wiedorholt,

Hammil dan Brown (1983, seperti yang dinyatakan oleh Spenser J. Salend, 1998)

mencadangkan guru sekolah rendah untuk memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari

bagi mengajar tulisan tangan mekanis. Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul

dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk

murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar

konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.

Jika kesalahan ini tidak diperbetulkan pada peringkat awal, akan membantutkan

kebolehan kanak-kanak untuk menulis yang tidak betul dan menyediakan ruang kepada

kanak-kanak untuk memperkembangkan tabiat buruk ketika menulis (Tun Zaemah , 2009;

Sasson, 1990).

Page 13: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

13 |

Kebiasaan kanak-kanak akan cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang

mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, ketika mereka berhadapan

dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberi jawapan alternatif b kepada huruf p (Brenna,

1995). Selain daripada masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan yang sering didapati

dalam kalangan kanak-kanak ialah kekeliruan antara huruf b dan d dan huruf p (Higging &

Knoblauch, 1996)

Menurut Montessori dalam Nor Nurulhayati et.al (2009) yang menekankan kaedah

“Sensory Teaching And Learning” melibatkan latihan menggunakan latihan deria dengan

cekap. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa tingkah laku

kanak-kanak ini merupakan salah satu usaha untuk murid mengenali mengenai persekitaran

dengan menggunakan tangan. Idea “The part to intellectual development is through hand”

adalah tema yang penting dalam kaedahnya. Ini bermaksud perkembangan intelek seseorang

individu bermula dengan tangan.

Teori Pelaziman Operan Thorndike (dalam Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah,

2009), hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh dengan adanya

pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Oleh itu, murid perlu diberikan

ransangan dan gerak balas yang positif terutama latihan pengulangan, latih tubi dan

sebagainya bagi menjamin kelangsungan pembelajaran. Latihan pengulangan aplikasi

kemahiran dan pengetahuan yang kerap perlu dilakukan agar murid dapat mengingati sesuatu

kemahiran dengan cekap.

Berdasarkan Teori Pembelajaran Semasa (Adams, 1990) pula, adalah lebih baik untuk

memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu berbanding huruf kecil kepada kanak-kanak,

dan memperkenalkan beberapa huruf pada satu-satu masa berbanding banyak huruf bagi

meningkatkan penguasaan pengetahuan mereka terhadap bunyi dan huruf.Rosner & Rosner

(1990) menyokong pendapat ini dengan menyatakan bahawa memperkenalkan huruf-huruf

manuskrip kes rendah (huruf kecil) pada tahap skala persepsi visual yang tidak sesuai di

samping penggunaan “mnemonic” yang tidak efektif serta kesalahan konsep pengecaman

yang diamalkan oleh kanak-kanak tersebut ketika murid menulis huruf buat kali pertama

boleh memberi kesan fenomena huruf terbalik.

Menerusi kajian Woodward & Swinth (2002) yang bertajuk Multisensory Approach to

Handwriting Remediation: Perseption of School-based Occupational Therapist yang

dilakukan ke atas occupational therapist di sekitar Amerika, mendapati bahawa penggunaan

Page 14: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

14 |

multisensory dapat mengatasi masalah kesukaran dalam menulis. Dapatan ini membuktikan

bahawa penggunaan bahan dua dimensi yang berkesan dapat mempengaruhi kemahiran

menulis kanak-kanak. Penggunaan HDD yang mempunyai warna menggunakan deria

penglihatan dan sentuhan dapat meningkatkan kemahiran murid menulis huruf dengan lebih

baik.

Begitu juga kajian lepas yang dilakukan oleh Mohd Hafis (2011) mengenai teknik

sentuh mengatasi kekeliruan menulis huruf b, d, p dan q dalam kalangan murid prasekolah

menunjukkan perubahan positif dan berjaya membantu murid mengatasi kekeliruan tersebut.

Kajian ini mendapati teknik menyentuh huruf timbul boleh digunakan untuk membantu

mengatasi menulis huruf kecil dan memperbaiki tulisan kanak-kanak menjadi lebih baik dan

kemas.

Melalui tinjauan literatur yang telah dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran

menulis perlu dikuasai oleh setiap individu agar penulisan yang berilmiah dapat dihasilkan

dengan baik. Kaedah pengajaran perlu bersesuaian dengan tahap penguasaan individu yang

diajarkan. Oleh itu, saya akan membina Huruf Dua Dimensi (HDD) b, d, h, k, t, g, j, q, p dan

y bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis dengan betul dan

kemas terhadap 10 orang murid tahun 1 Arif. Penghasilan HDD ini juga merupakan salah

satu prasyarat menulis yang melibatkan koordinasi mata dan bahan manipulasi. Penggunaan

HDD sebagai alat bantu mengajar di samping penggunaan buku bergaris empat secara latih

tubi, sudah pasti dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi kemahiran menulis betul dan

kemas murid.

Page 15: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

15 |

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, saya berharap agar murid dapat mencapai

objektif berikut:

3.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis mekanis dengan

betul dan kemas dalam kalangan murid Tahun 1 menggunakan Huruf Dua Dimensi (HDD)

yang dihasilkan oleh saya.

3.2 Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran menulis mekanis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan

menggunakan Huruf Dua Dimensi (HDD).

2. Menilai keberkesanan HDD dalam membantu murid menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q,

p dan y dengan betul dan kemas.

3.3 Soalan Kajian

1. Dapatkah HDD meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y

murid?

2. Sejauh manakah HDD dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d,

h, k, t, g, j, q, p dan y murid dengan betul dan kemas?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 10 orang murid daripada tahun 1

Arif di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor. Berdasarkan pemerhatian dan analisis

dokumen yang telah dijalankan semasa sesi PdP, saya mendapati 10 orang murid ini agak

lemah dalam penguasaan menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas.

Saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian dan bimbingan kepada 10 orang

murid agar kesalahan menulis betul dan kemas tidak mengganggu proses pembelajaran.

Page 16: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

16 |

Sepuluh orang murid mempunyai masalah dalam kemahiran menulis dengan betul dan

kemas dalam buku garis empat yang sedia ada. Murid-murid terdiri daripada 7 orang murid

lelaki dan 3 orang murid perempuan dan datang daripada pelbagai latar belakang. Sembilan

daripada mereka berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina. Kesemuanya tidak dapat

menulis perkataan yang diberi dengan tulisan yang betul dan kemas.

Berdasarkan pemerhatian, tiga orang murid menghadapi masalah menulis huruf

dengan betul dan kemas. Mereka sering menulis huruf terlalu dekat dan kecil. Mereka juga

akan mengambil masa yang sangat lama untuk menulis sesuatu perkataan.

Tiga orang murid yang lain pula, tidak menulis huruf dalam garis empat yang sedia

ada. Mereka gemar menulis huruf kecil yang besar dan melebihi garisan empat yang

sepatutnya. Baki empat yang lain pula akan menulis huruf kecil menjadi huruf besar

walaupun bukan di awal perkataan.

Daripada murid-murid yang dipilih ini, saya telah menyimpulkan bahawa semua

mereka perlu melalui intervensi yang telah dirancang bagi membantu memulihkan masalah

yang dihadapi oleh mereka. Ini dilaksanakan supaya murid dapat menulis huruf dengan betul

dan kemas sekaligus dapat mempertingkatkan kemahiran menulis mekanis. Murid-murid ini

dinamakan dengan R1 untuk responden pertama dan seterusnya R10 untuk responden yang

ke sepuluh. Jadual 6 adalah ringkasan maklumat berkaitan murid/responden tersebut.

Jadual 6: Maklumat Responden

Perkara Maklumat

Bilangan responden 10 orang

Tahap umur 7 tahun

Jantina Lelaki : 4 orang

Perempuan : 5 orang

Page 17: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

17 |

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian tindakan yang dilakukan ini adalah berdasarkan model yang

diadaptasi daripada model Kajian Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

Rajah 2: Adaptasi daripada Model PT Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

5.1 Prosedur Tindakan

Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu

yang akan dijelaskan dan dikenal pasti punca permasalahannya. Seterusnya, pelan tindakan

dirancang untuk menyelesaikan masalah. Pelan tindakan yang dirancang akan dilaksanakan

bagi menentukan keberkesanannya. Selepas tindakan dilaksanakan dan dikenal pasti hasil

dapatannya, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksana

menunjukkan hasil yang baik. Jika tidak, perlu dilaksanakan perancangan lain bagi

penambahbaikan untuk kitaran seterusnya (Rosinah, 2013).

Dengan merujuk kepada model kajian tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

saya telah melaksanakan tindakan berdasarkan peringkat-peringkat seperti berikut.

a) Mengenal pasti aspek amalan

Pada peringkat pertama ini, saya telah mengenal pasti aspek amalan PdP yang akan

dijalankan. Masalah yang telah dikenal pasti melalui PdP yang lepas ialah murid tidak

Mengenal pasti aspek amalan

-mengumpul data melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual bagi mengenal pasti

aspek kemahiran menulis murid.

Merancang Tindakan

-menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan Huruf

Dua Dimensi.

Melaksanakan Tindakan

-melaksanakan intervensi menggunakan Huruf Dua

Dimensi.

Mengumpul data

-mengumpul data tentang kesan tindakan menggunakan temu

bual, pemerhatian dan ujian pra dan pasca.

Membuat refleksi terhadap tindakan

-intervensi yang dilakukan telah berjaya meningkatkan

penguasaan kemahiran menulis. murid

Page 18: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

18 |

menguasai kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas.

Saya telah menggunakan beberapa alat kajian seperti pemerhatian, temu bual dan analisis

dokumen bagi mengenal pasti masalah yang berlaku. Berdasarkan pemerhatian yang telah

dilakukan ke atas murid kelas 1 Arif, saya telah mengenal pasti masalah menulis huruf b, d,

h, k, t, g, j, q, p dan y tidak ditulis dengan betul dan kemas. Kebanyakan mereka menulis

huruf senget, terlalu kecil dan kadangkala terlalu besar sehingga melebihi garis yang

sepatutnya. Kemahiran menulis murid ini tidak selari dengan kemahiran tulisan yang telah

digariskan oleh Kamarudin (1988) iaitu pergerakan tulisan murid haruslah tetap, tidak ke atas

atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang.

Melalui temu bual bersama dengan Guru A, beliau menyatakan bahawa kurang

daripada sepuluh orang murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis huruf b, d, g, p, q

dan y dengan betul dan kemas. Perkara ini terbukti apabila saya membuat pemerhatian dan

analisis dokumen dan mendapati sepuluh orang murid tersebut kurang menguasai kemahiran

menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y.

b)Merancang Tindakan

Pada peringkat kedua ini, saya merancang pelan tindakan penambahbaikan bagi

menyelesaikan masalah dihadapi. Perancangan yang dilakukan adalah bukti bahawa masalah

yang ditimbulkan oleh saya wujud dalam kalangan murid di sekolah. Peringkat ini

memerlukan saya merancang dan membina bahan yang boleh membantu murid dalam

menangani masalah yang berlaku.

Setelah berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah, saya merancang untuk

menghasilkan Huruf Dua Dimensi (HDD) bagi meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d,

h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas dalam kalangan responden yang dipilih. Saya

telah membina huruf konsonan b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dalam bentuk dua dimensi

berukuran 26.5cm x 26.5cm yang boleh disentuh dan dipegang oleh responden bagi

mempertingkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul dan kemas. Saya menggunakan

kad keras sebagai dasar dan kabus untuk membentuk huruf. Saya membuat huruf

menggunakan dua warna yang berbeza dan ditampalkan pada kertas keras. Warna jingga

digunakan untuk permulaan menulis huruf dan warna kuning untuk langkah kedua dalam

menulis huruf. Contoh, untuk membentuk huruf „b‟, warna jingga digunakan bagi menulis

garisan lurus „l‟ kemudian warna kuning untuk bentuk melengkung „ͻ‟ yang akan

menghasilkan huruf „b‟. Responden perlu menyentuh HDD tersebut menggunakan jari agar

Page 19: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

19 |

motor halus murid dapat dilatih menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan

kemas. Rajah 4 menunjukkan contoh HDD „y‟ yang telah dihasilkan.

Rajah 3: Huruf Dua Dimensi ‘y’

c) Melaksanakan tindakan

Peringkat ketiga adalah peringkat yang penting kerana pada peringkat ini saya dapat

melihat sama ada peringkat perancangan tindakan yang dilakukan berjaya dilaksanakan

ataupun tidak. Pada peringkat ini, saya akan melaksanakan tindakan seperti yang dirancang.

Tindakan intervensi ini akan berjalan dengan lancar dengan adanya pelan tindakan yang

disusun rapi. Intervensi ini telah dilaksanakan dalam tempoh empat minggu.

Pada minggu pertama sebelum intervensi dijalankan, responden telah diminta untuk

menjawab ujian pra yang telah disediakan oleh saya. Responden diminta menulis perkataan

yang mengandungi huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y pada kertas yang telah disediakan.

Kemudian, saya telah meminta murid untuk menggunakan HDD terlebih dahulu sebelum

latihan kemahiran menulis dijalankan. Langkah ini perlu agar murid tahu bagaimana untuk

menulis huruf konsonan b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas apabila menulis

dalam buku tulisan. Latih tubi dijalankan ke atas responden agar dapat membiasakan diri dan

melatih motor halus mereka. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Bahasa Melayu (2003) telah menggariskan matlamat umum perkembangan motor halus

adalah agar kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus.

Page 20: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

20 |

Sebelum responden menggunakan HDD tersebut, saya telah memberi penerangan

terlebih dahulu tentang tatacara penggunaan HDD tersebut. Kemudian, responden perlu

menyentuh HDD menggunakan jari agar motor halus murid dilatih menulis huruf b, d, h, k, t,

g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Setelah itu, saya akan meminta murid menulis atas

meja menggunakan jari dan disemak oleh rakan sebaya yang lain. Murid perlu menulis

dengan betul sebelum bergerak ke aktiviti seterusnya. Menurut Montessori, tingkah laku

kanak-kanak ini merupakan salah satu usaha untuk murid mengenali persekitaran dengan

menggunakan tangan. Oleh sebab itu, saya meminta murid menggunakan tangan bagi

mengetahui cara sebenar untuk menulis dengan menggerakkan tangan mengikut HDD yang

telah disediakan.

Minggu kedua, murid diminta menulis perkataan yang mengandungi huruf b, d, h, k,

t, g, j, q, p dan y pada kertas garis empat yang telah disediakan oleh saya. Murid dibenarkan

merujuk HDD bagi memastikan cara menulis huruf di atas garis yang betul. Aktiviti ini

dibuat secara latih tubi agar murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan cepat. Semasa

latihan ini berlangsung, saya akan membuat pemerhatian dan membetulkan kesalahan yang

dilakukan oleh responden.

Pada minggu ketiga, responden perlu menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y tanpa

melihat HDD yang disediakan. Pada peringkat ini, mereka perlu mengingat sendiri

bagaimana huruf ditulis tanpa merujuk kepada HDD yang disediakan. Pada peringkat ini

juga, saya ingin melihat daya ingatan murid dan seterusnya melihat bagaimana HDD itu

memberi perubahan kepada responden.

Minggu terakhir akan menentukan sama ada intervensi yang dijalankan membantu

murid menguasai kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan

kemas tanpa tunjuk ajar saya dan penggunaan HDD. Saya akan menjalankan ujian pasca

terhadap responden bagi melihat peningkatan dalam kemahiran menulis murid. Jadual 7

menunjukkan bagaimana proses intervensi yang telah dijalankan.

Page 21: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

21 |

Jadual 7: Langkah Pelaksanaan Program Intervensi

Minggu Langkah Pelaksanaan

Minggu 1

7 Julai – 11 Julai

2014

1. Ujian pra

- Responden perlu menulis perkataan yang disebut oleh guru

dalam kertas garis empat yang diberi.

2. Memberi penerangan mengenai tatacara penggunaan HDD.

Minggu 2

14 Julai – 18 Julai

2014

1. Guru melaksanakan intervensi menggunakan HDD terhadap

huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y.

2. Responden menggunakan HDD dengan menggerakkan jari pada

huruf tersebut.

3. Responden menulis huruf di atas meja dan diperiksa oleh rakan

yang lain

Minggu 3

21 Julai – 25 Julai

2014

1. Responden menulis perkataan yang mengandungi huruf b, d, h,

k, t, g, j, q, p dan y pada kertas garis empat yang disediakan.

Murid boleh merujuk kepada HDD.

2. Aktiviti latih tubi akan dilaksanakan pada minggu ketiga bagi

mengukuhkan kemahiran menulis mengandungi huruf b, d, h, k,

t, g, j, q, p dan y murid.

3. Responden menulis perkataan yang mengandungi huruf b, d, h,

k, t, g, j, q, p dan y tanpa merujuk HDD

Minggu 4

4 Ogos – 8 Ogos

2014

1. Ujian pasca

Untuk melihat peningkatan dalam menulis huruf b, d, h, k, t, g,

j, q, p dan y dengan betul dan kemas.

d) Mengumpul data

Pada peringkat mengumpul data, saya akan mengumpul data untuk melihat sejauh

mana keberkesanan tindakan yang telah dijalankan kepada semua responden dalam kajian ini.

Tujuan pengumpulan data dilakukan agar saya dapat melihat perubahan yang berlaku pada

pencapaian murid selepas melaksanakan intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Peringkat pengumpulan data memerlukan saya peka terhadap sebarang perubahan

terhadap responden yang dipilih. Hal ini diperlukan bagi memastikan saya dapat melihat

kekuatan dan kelemahan bahan yang digunakan semasa intervensi berlangsung.

Saya telah menggunakan pemerhatian berstruktur, ujian pra dan pasca serta temu bual

bagi mengumpul data untuk melihat keberkesanan HDD. Pemerhatian dilaksanakan ketika

murid membuat latihan menulis. Ujian pra dan pasca pula untuk melihat perubahan terhadap

menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Manakala, temu bual

dilakukan bersama dengan guru yang mengajar responden mata pelajaran BM untuk meminta

pandangan sama ada berlaku atau tidak peningkatan terhadap kemahiran menulis responden.

Page 22: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

22 |

e) Membuat Refleksi Terhadap Tindakan

Selepas menganalisis dan menilai semua data yang dikumpulkan iaitu sebelum dan

selepas melaksanakan intervensi kepada responden, penilaian dapat dibuat. Tujuannya untuk

mengenal pasti sama ada berlaku perubahan ataupun tidak selepas intervensi dijalankan.

Refleksi terhadap tindakan dapat dibuat berdasarkan data yang dikumpul untuk melihat

sejauh mana keberkesanan tindakan yang dijalankan.

Peringkat terakhir memerlukan saya membuat refleksi terhadap amalan pengajaran

yang dilaksanakan oleh saya. Peringkat ini saya akan membuat refleksi mengenai kajian yang

dijalankan dan melihat sama ada penggunaan bahan yang dibina memberi perubahan kepada

murid. Selain itu, melalui refleksi juga saya boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan

mengenai bahan dan melaksanakan kitaran kedua bagi penambahbaikan.

Berdasarkan refleksi ini, saya telah dapat melihat kekuatan dan kekurangan

penggunakan teknik HDD untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p

dan y dengan betul dan kemas.

6.2 Perancangan cara mengumpul data

Pemilihan alat kajian yang sesuai dan tepat dapat membantu membuat pengesahan

kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran guru (Rosinah, 2013). Oleh itu, bagi membantu

mengenal pasti keberkesanan intervensi yang telah saya dilakukan, saya telah menggunakan

ujian pra dan pasca, temu bual serta pemerhatian berstruktur sebagai alat pengumpulan data

dalam kajian ini.

i. Ujian Pra dan Pasca

Saya menggunakan alat kajian berbentuk ujian sebelum dan selepas intevensi bagi

melihat peningkatan penguasaan kemahiran murid menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y

dengan betul dan kemas. Ujian pra dijalankan ke atas responden pada minggu pertama dan

ujian pasca dilaksanakan pada minggu ke empat. Ujian sebelum intervensi dilaksanakan

untuk melihat tahap pencapaian murid sebelum intervensi dijalankan dan ujian selepas

intervensi adalah untuk mengukur tahap kemajuan yang berlaku terhadap murid (Lampiran

2).

Page 23: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

23 |

Ujian awal memberi maklumat awal kepada saya mengenai cara murid menulis huruf

b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan langkah yang betul. Manakala, ujian akhir adalah untuk

menguji sama ada intervensi yang dijalankan berkesan atau tidak (Lampiran 3).

Ujian ini membawa kadar markah sebanyak 100 markah. Markah dikira dengan

menolak 1 markah bagi kesalahan dalam menulis huruf mengikut langkah yang betul dan

dalam garisan yang sedia ada. Markah yang diperolehi oleh responden akan dikira dan

dibahagikan kepada 10 markah dan didarabkan kepada 100 bagi mencari peratus markah.

Berikut merupakan cara pengiraan peratus markah. Jadual 8 adalah pengiraan peratus ujian

pra dan pasca.

Jadual 8: Pengiraan Peratus Ujian Pra Dan Pasca

Ujian dilaksanakan untuk melihat peningkatan dan perbandingan markah antara

sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Ujian pasca ini akan dapat menentukan sejauh

mana alat dua dimensi ini dapat meningkatkan kemahiran murid menulis huruf b, d, h, k, t, g,

j, q, p dan y dengan betul dan kemas, seterusnya menjawab soalan kajian yang pertama.

ii. Pemerhatian

Menurut Sabhita (2005) kelebihan pemerhatian adalah data yang diperoleh lebih tepat

dan kurang dipengaruhi oleh ingatan atau kegemaran masyarakat. Menurut Rosinah (2013)

pula, pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak adalah mudah untuk

dilaksanakan dan mudah dianalisis serta memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat

pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Oleh itu, penyelidik telah menggunakan senarai

semak pemerhatian seperti jadual 2 kerana ingin melihat peningkatan terhadap kemahiran

menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas selepas intervensi

dijalankan.

Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap responden sepanjang proses intervensi

dijalankan. Tujuan pemerhatian dijalankan ke atas aktiviti penulisan perkataan yang

mempunyai huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y. Aspek yang difokuskan dalam pemerhatian

(Jadual 2) adalah cara menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y mengikut langkah yang

betul. Saya telah menggunakan senarai semak pemerhatian untuk melihat peningkatan

Bilangan huruf yang betul x 100%

10

Page 24: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

24 |

menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Tujuan pemerhatian

tersebut adalah untuk melihat sejauh mana alat dua dimensi itu membantu murid menulis

huruf huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Hasil dapatan daripada

pemerhatian ini juga akan digunakan untuk mengukuhkan lagi dapatan yang diperolehi

daripada ujian pra dan pasca serta temu bual. Melalui pemerhatian ini juga, saya akan dapat

menjawab soalan kajian kedua yang telah dikemukakan.

iii. Temu bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data secara bersemuka antara saya dengan

responden atau orang yang ingin ditemu bual. Temu bual digunakan untuk memperoleh

maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan

kajian (Mohd Majid, 2000). Malahan, temu bual juga dapat meneroka dan mendapatkan

maklumat yang lebih terperinci dan mendalam.

Saya telah melaksanakan sesi temu bual dengan Guru A (Guru yang mengajar subjek

BM) yang juga mengajar responden. Temubual ini adalah untuk mengetahui pandangan guru

berkaitan keberkesanan HDD dalam membantu responden menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p

dan y dengan betul dan kemas. Dapatan hasil temu bual ini akan mengukuhkan lagi data yang

diperolehi menerusi ujian pra dan pasca dan pemerhatian yang telah dijalankan. Antara

soalan yang dikemukakan oleh saya adalah seperti jadual 9.

Jadual 9: Soalan Temu Bual Bersama Guru A

BIL SOALAN REFLEKSI SAYA

1. S : Adakah puan melihat peningkatan terhadap

kemahiran menulis murid yang dipilih?

J :

2. Pada pandangan puan, adakah intervensi yang saya

lakukan dapat membantu meningkatkan kemahiran

menulis b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y murid?

J :

Page 25: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

25 |

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Jadual 10:Perlaksanaan Penyelidikan Tindakan

7.1.2 Carta Gantt

BIL

AKTIVITI/PERKARA

JANGKAAN TARIKH

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

Tinjauan awal

3 Februari 2014

2 Menentukan tajuk kajian 10 Februari 2014

3 Menentukan objektif /soalan kajian 17 Februari 2014

4 Merancang tindakan 25 Februari 2014

5 Melaksanakan tindakan 3 Mac 2014

6 Mengumpul data 7 April 2014

7 Menganalisis data selepas tindakan 14 April 2014

8 Membuat refleksi 28 April 2014

9 Menulis laporan penyelidikan tindakan 28 Mei 2014 dan seterusnya

secara berterusan.

10 P embentangan dapatan penyelidikan September/Oktober 2012

BIL Bulan JANUARI FEB

MAC APRIL

Tindakan M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

1. Penerangan kajian tindakan

2. Memilih sampel kajian

Page 26: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

26 |

3. Menjalankan tinjauan masalah

(menjalankan ujian diagnostik Matematik)

4. Mengenalpasti tajuk dan masalah kajian

5. Penentuan fokus dan objektif kajian

6. Penentuan langkah tindakan untuk

interversi

7. Menentukan alat kajian

8. Penentuan cara pengumpalan data

9. Penentuan analisis data

10. Merangka draf awal proposal

11. Menghantar proposal untuk semakan

pertama

12. Mengubahsuai draf proposal untuk

semakan kedua

13. Menulis draf penuh proposal

14. Berjumpa dengan pensyarah penyelia

15. Membentangkan proposal kajian tindakan

16. Menhantar proposal kajian tindakan

BIL Bulan MEI JUN JULAI OGOS

Tindakan M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

17. Menganalisis data

18. Membincangkan hasil dapatan kajian

tindakan

Page 27: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

27 |

7.2 Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti × Harga seunit Jumlah Kos

1. Tali RM 2 X 1 RM 2

2. Mounting board RM 2.40 X 3 RM 7.20

3. Warna air RM 3 X 2 RM 6

4. Kertas A4 RM 10 X 2 RM 20

19. Berjumpa dengan pensyarah penyelia

20. Penulisan Laporan kajian dari masa ke

semasa

21. Pembentangan cara persembahan data hasil

dapatan kajian yang diperoleh selepas

melaksanakan tindakan

22. Pembentangan Penulisan Penyelidikan

Tindakan : Kedua

23. Semakan Penulisan Penyelidikan Tindakan

sebelum pembentangan pada Seminar

Penyelidikan Pendidikan

BIL Bulan SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

Tindakan M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

24. Penyediaan Powerpoint untuk

pembentangan dalam seminar penyelidikan

tindakan

25. Pra bentangan mengikut kelas

26. Penghantaran Powerpoint kepada urusetia

seminar penyelidikan tindakan untuk

pembentangan

27. Pembentangan Penulisan Penyelidikan

Tindakan (Seminar Penyelidikan Tindakan)

28. Pemurniaan Laporan penulisan

penyelidikan tindakan selepas Seminar

Penyelidikan Tindakan

29. Penghantaran Penulisan Penyelidikan

Tindakan untuk Pentaksiran

30. Penghantaran Laporan Penulisan

Penyelidikan Tindakan yang telah

dijilidkan (*Buckram – 5 salinan )

Jadual : Kos bagi kajian tindakan

Page 28: Contoh Proposal

Penyelidikan Tindakan

28 |

5. Dakwat pencetak RM 37 X 2 RM 74

6. Kertas beralun RM 3.50 X 4 RM 14

Jumlah RM 123.20