Contoh proposal

51
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK HALAMAN PENGAKUAN Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Kursus : Kumpulan / Unit : Kod Mata Pelajaran : Nama Institut : Nama Pensyarah : Tarikh Serahan :

Transcript of Contoh proposal

Page 1: Contoh proposal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBINTANGOR, SARAWAK

Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Kursus : Kumpulan / Unit : Kod Mata Pelajaran : Nama Institut : Nama Pensyarah : Tarikh Serahan :

Page 2: Contoh proposal

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : …………………………

Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Kursus : Kumpulan / Unit : Kod Mata Pelajaran : Nama Institut : Nama Pensyarah : Tarikh Serahan :

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Seikhlasnya,

………………………….

( )

Page 3: Contoh proposal

Nama :

Tarikh :

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

PENGHARGAAN

Page 4: Contoh proposal

HALAMAN PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iii

ABSTRAK 1

1.0 PENDAHULUAN 2

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 2

1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR 4

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 5

2.1 TINJAUAN MASALAH 5

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Page 5: Contoh proposal

2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 6

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 7

3.1 OBJEKTIF KAJIAN 7

3.2 SOALAN KAJIAN 7

4.0 KUMPULAN SASARAN 8

5.0 TINDAKAN 9

5.1 PROSEDUR TINDAKAN 9

5.2 CARA MENGUMPUL DATA 13

5.3 PENILAIAN 15

6.0 TINJAUAN LITERATUR 17

7.0 PENUTUP 20

REFLEKSI 21

RUJUKAN 22

KOLABORASI

LAMPIRAN

KAEDAH SALIN, JALIN DAN ULANG BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6

Oleh:

…………………………………..

IPG Kampus Rajang, Bintangor

ABSTRAK

Page 6: Contoh proposal

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan menggunakan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang dalam kalangan murid Tahun 6 Alamanda Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan menjalani Kaedah Salin, Jalin dan Ulang manakala kumpulan kawalan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.. Tinjauan masalah mendapati bahawa semasa Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012, terdapat 10 orang murid telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu terutama Bahagian B kerana kurang kemahiran mengolah dan menghuraikan isi karangan tersebut. Beberapa prosedur tindakan telah dirancang dengan melaksanakan tiga jenis aktiviti berpandukan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang yang akan dijalankan dan hendaklah bersesuaian dengan objektif kajian pengkaji. Data akan dikumpulkan melalui pemerhatian, temubual,, Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012, Ujian Pra, dan Ujian Pasca.

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid.

Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis, murid-murid akan

dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan

maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin

Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).

Page 7: Contoh proposal

Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSR,

bagaimanapun tidak menjamin murid-murid benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa

Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir

(Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang

memuaskan dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti dan berminda kelas pertama

demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Murid-murid kelas 6 Alamanda terdiri daripada 30 orang yang merupakan target Panitia Bahasa

Melayu Sekolah Kebangsaan St. Francis untuk lulus dalam Kertas Penulisan pada Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.

Semasa pengkaji menyemak karangan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 pada 22 Mac 2012

yang lalu, seramai 10 orang murid Tahun 6 Alamanda telah gagal dalam Kertas Penulisan

Bahasa Melayu. Hal ini kerana, murid-murid hanya mendapat 10 hingga 15 markah sahaja

daripada 30 markah dalam Bahagian B, Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Markah mereka masih

belum cukup kuat untuk mendapat gred yang baik.

Page 8: Contoh proposal

Rajah 1.1: Hasil Karangan Bahagian B

Bagi mengetahui punca kegagalan murid ini, pengkaji telah membuat kajian dengan meminta

murid-murid membuat pembetulan ujian lepas, dengan membuat draf karangan yang lengkap

Bahagian B, kertas penulisan Bahasa Melayu Peperiksaan Pertengahan Semester 1.

Pengkaji telah mengambil beberapa inisiatif agar pengajarannya dapat memberi kesan yang

positif terhadap pembelajaran dan pencapaian anak didiknya. Pengkaji yakin dan percaya

bahawa prestasi murid-murid ini masih boleh dipertingkatkan dan diperbaiki lagi dengan adanya

usahasama serta motivasi yang tinggi yang diberikan oleh guru.

1.2 Refleksi Sorotan Literatur

Teori Psikologi Leo S.Vygotsky, telah menyatakan bahawa dalam proses penulisan

mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan penulisan khususnya, seperti perspektif

Page 9: Contoh proposal

pemprosesan maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif Vygotskian (McCathey & Raphael,

1992 dalam Roselan Baki, 2003). Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling

sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan

kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair

Mohd. Nor, 2005).

Memandangkan dominasi murid kelas ini berbangsa Iban, iaitu seramai 27 orang dan 3 orang

murid berbangsa Melayu, jadi penguasaan mereka dalam penulisan karangan bahasa Melayu

agak lemah. Walaupun mereka telah diajar membina pelbagai jenis ayat dan pengunaan struktur

ayat yang betul sejak Tahun 2 lagi tetapi masih ada yang ketinggalan dalam pembelajaran

mereka.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa meminta murid membuat draf karangan soalan

Bahagian B, mereka kurang mahir dalam menghasilkan karangan yang baik. Hal ini kerana,

mereka tiada kemahiran dalam mengolah dan menghuraikan isi karangan terutama 10 orang

murid yang telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu tersebut.

Kajian ini membincangkan aspek yang berkaitan sorotan literatur iaitu menggunakan Kaedah

Salin, Jalin dan Ulang yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan, kesan

kaedah yang digunakan dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan, mengetahui

perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang

diaplikasikan oleh kumpulan rawatan manakala kumpulan kawalan menjalankan pengajaran dan

Page 10: Contoh proposal

pembelajaran seperti biasa dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan keupayaan

meningkatkan menulis karangan dalam kalangan murid-murid.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih

berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan murid yang sedang

menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru

dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai merupakan kebolehan memberi idea atau

pendapat dalam penulisan karangan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Tinjauan Masalah

Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang murid-murid ialah

bagaimana mengolah dan menghuraikan isi-isi karangan mereka. Pengkaji telah mengesan

kelemahan menulis karangan dalam kalangan murid apabila memeriksa kertas penulisan

Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang lalu.

Bagi memastikan kesahihan masalah ini, pengkaji meminta murid-murid membuat pembetulan

ujian karangan Bahagian B. Isi-isi penting karangan telah diberikan dan diminta untuk membuat

draf karangan yang lengkap bagi menjawap karangan Bahagian B, kertas penulisan Bahasa

Melayu. Pengkaji mendapati bahawa draf karangan tidak dapat dijawab dengan baik. Penulisan

mereka tidak mengikut struktur binaan ayat yang betul. Mereka begitu susah untuk

menyampaikan maklumat, idea, pandangan, dan perasaan dalam penulisan mereka.

Page 11: Contoh proposal

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, pengkaji membuat rumusan bahawa sesuatu

perlu dilakukan terhadap murid-murid Tahun 6 Alamanda ini untuk membantu mereka

menghadapi UPSR tahun 2012 ini.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Bagi mengukuhkan lagi tinjauan masalah yang dikemukakan di atas, pengkaji telah membuat

analisis markah Peperiksaan Pertengahan Semester 1, iaitu Kertas Penulisan Bahasa Melayu

murid Tahun 6 Alamanda.

Jadual di bawah menunjukkan markah Ujian Bahasa Melayu Kertas 2 pada Peperiksaan

Pertengahan Semester 1, kelas Tahun 6 Alamanda pada bulan Mac yang lalu. Terdapat 20 orang

murid mendapat markah lebih daripada 50% ke atas manakala 10 orang telah mendapat markah

kurang daripada 50% pada Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang lalu kerana lemah

menjawab soalan Bahagian B, Bahasa Melayu Kertas 2. (Rujuk Lampiran 1). Berikut adalah

hasil analisis tersebut:

Jadual 2.1Markah Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012

Page 12: Contoh proposal

MARKAH (%) BILANGAN MURID

80 - 89 6 orang

70 – 79 6 orang

60 – 69 5 orang

50 – 59 3 orang

40 – 49 2 orang

30 – 39 8 orang

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Objektif Kajian bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6

Alamanda ialah:

1. Mengenal pasti punca masalah murid dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan

dalam kalangan murid Tahun 6.

2. Pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan ulang bagi meningkatkan

keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6.

3. Mengenal pasti kesan pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi

meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6.

4. Mengetahui perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin,

Hafal dan Ulang diaplikasikan.

3.2 Soalan Kajian

Page 13: Contoh proposal

Pengkaji telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-

persoalan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6

Alamanda ialah:

1. Apakah punca masalah murid dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam

kalangan murid Tahun 6?

2. Adakah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan

dalam kalangan murid 6?

3. Apakah kesan pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi

meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid 6?

4. Apakah perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal

dan Ulang diaplikasikan?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah murid-murid Tahun 6 Alamanda Sekolah Kebangsaan St. Francis

Xavier sesi 2012 yang telah gagal dalam Bahasa Melayu Kertas Penulisan. Seramai 10 orang

murid yang lemah dalam menulis karangan, di mana terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang

perempuan. 10 orang murid tersebut tergolong dalam kumpulan rawatan manakala 20 orang

murid lagi termsuk dalam kumpulan kawalan.

5.0 TINDAKAN

Page 14: Contoh proposal

5.1 Prosedur Tindakan

Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji merangka beberapa strategi bagi membantu

meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan 10 orang murid Tahun 6 yang

diketagorikan sebagai kumpulan rawatan dan seterusnya membantu mereka meningkatkan

pencapaian dalam latihan, ujian dan peperiksaan UPSR manakala 20 orang murid dalam

kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Pelaksanaan kajian ini mengambil masa selama 8 minggu termasuklah tindakan mengenal pasti

masalah murid-murid. Pengkaji merancang untuk menggunapakai tiga jenis aktiviti yang

bersesuaian dan dapat mencapai objektif kajian pengkaji. Tiga aktiviti yang telah dirancang

untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menulis karangan Bahasa Melayu dengan

menggunakan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang ialah:

i. Aktiviti Menyalin Karangan

Murid-murid akan diberikan contoh karangan yang baik dan dikehendaki menyalin

semula karangan tersebut dan dinilai dari segi penggunaan perkataan dalam tempoh masa

yang telah ditetapkan (dilaksanakan selama 2 minggu, aktiviti menyalin karangan selama

40 minit). Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan diri murid-murid dengan olahan

karangan yang baik dan dapat menjana idea dalam penulisan. Murid-murid juga telah

terlebih dahulu diberi penerangan berkenaan kaedah, teknik dan strategi penulisan

karangan. Kaedah pelaksanaan yang dirancang adalah:

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara berpasangan

Page 15: Contoh proposal

Murid berbincang tentang peranan dan tugas masing-masing merangkumi

pencatat dan pelapor

Guru memberi penerangan ringkas melalui slide yang dipaparkan di hadapan

kelas

Murid dikehendaki menyalin karangan yang telah dipilih oleh guru

Murid berbincang tentang isi karangan dan kaedah olahan karangan yang disalin

dan seterusnya membuat perbentangan

ii. Aktiviti Menjalin Isi Karangan

Kaedah ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan penulisan karangan berdasarkan

rangka karangan ringkas yang disediakan. Bentuk penulisan perlu berdasarkan karangan

yang telah disalin dalam kaedah (i) di mana murid akan merangka isi penting dan olahan

karangan. Kaedah ini juga bertujuan untuk membiasakan murid cara untuk mencari

maklumat dan mendapatkan idea serta dapat menyampaikan maklumat dengan ayat yang

tepat dan gramatis. Latihan menjalin isi karangan akan dibuat dalam masa yang

ditetapkan selama 40 minit dan dilaksanakan selama 2 minggu. Bentuk soalan dan rangka

isi ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan

Guru menayangkan gambar di skrin dan menerangkan tentang cara untuk mencari

maklumat atau idea untuk menulis

Murid-murid diberi soalan untuk setiap tugasan seperti berikut:

Page 16: Contoh proposal

Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan puisi iaitu syair

Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah

Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu

Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar

Kumpulan E – Mencari maklumat berdasarkan rencana

Murid membina dan menulis karangan berdasarkan karangan yang telah dipelajari

dan kerangka isi yang dibina.

iii. Aktiviti Mengulang Menulis Karangan

Apabila murid-murid sudah memahami kaedah (i) dan Kaedah (ii), secara individu

murid-murid akan mempraktikkan kaedah ini secara berulang kali. Aktiviti ini bertujuan

membiasakan diri murid-murid menulis karangan yang lengkap dan dapat menyampaikan

maklumat, idea, pandangan dan perasaan dengan baik dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh masa 45 minit selama 2 minggu. Kaedah

yang dicadangkan seperti berikut:

Murid-murid dikehendaki menyediakan satu karangan yang lengkap berdasarkan

kaedah yang telah dipelajari iaitu salin dan jalin sepanjang sekurang-kurangnya

80 patah perkataan dalam tempoh masa 45 minit berdasarkan tajuk karangan

yang lain yang telah disediakan.

Selepas siap, karangan akan disemak oleh guru dan sekiranya terdapat kesalahan,

perbincangan serta-merta antara guru dengan murid hendaklah dilakukan supaya

Page 17: Contoh proposal

murid-murid mengetahui kesilapan mereka dan memperbetulkan dengan kadar

segera.

Selepas itu, murid-murid hendaklah mengulangi penulisan karangan yang sama

selepas dibuat pembetulan tanpa melihat teks karangan yang ditulis itu atau

dengan erti kata lain menulis sambil menghafal isi karangan tersebut.

Selepas 6 minggu melaksanakan aktiviti ini, bagi mengetahui akan keberkesanan kaedah yang

akan digunakan ini, pengkaji akan memberikan beberapa latihan kepada Kumpulan Rawatan

sebelum mereka menjalani Ujian Pasca dan latihan ini akan dijalankan dalam tempoh 2 minggu.

Bagi Latihan Pertama dan Latihan Kedua, rangka karangan akan diberi supaya mereka senang

mengolah isi karangan tersebut tetapi untuk Latihan Ketiga dan Latihan Keempat, mereka sendiri

yang akan mengolah isi karangan tersebut tanpa bantuan daripada guru mereka. Berikut

merupakan jadual latihan yang akan dijalankan oleh murid Kumpulan Rawatan ini bagi melihat

perkembangan mereka selepas menlaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang selama 6 minggu

itu dan contoh soalan latihan seperti di Lampiran 3.

Jadual 2Jadual Perkembangan Penulisan Karangan Murid Kumpulan Rawatan

Page 18: Contoh proposal

No Latihan Kekemasan Pengolahan Isi Sistem Bahasa

1 Latihan pertama

2 Latihan kedua

3 Latihan ketiga

4 Latihan keempat

5.2 Cara Mengumpul Data

Pengkaji akan mengumpul data melalui lima cara iaitu:

i. Pemerhatian

Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dan guru

bertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pemerhatian dibuat berdasarkan peringkat penulisan karangan, iaitu sebelum menulis

karangan, semasa menulis karangan, dan selepas menulis karangan. Ini bertujuan untuk

mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap mengolah dan

menghuraikan isi karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan. Pengkaji juga akan meninjau cara murid menyampaikan idea dan

pendapat mereka melalui soalan yang diberikan.

ii. Temu bual

Page 19: Contoh proposal

Satu lagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual.

Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan Puan Qistina iaitu bekas guru mata

pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 dan Tahun 5 mereka. Untuk mendapatkan maklumat

tersebut, alat kajian telah disediakan. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan

yang disediakan oleh pengkaji dan diajukan kepada Puan Qistina serta dijawab secara

lisan.

Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur (Structured Interviews),

tidak berstruktur (Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured

Interviews). Temubual berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang

menjurus kepada topik yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada

penerokaan idea dan soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada guru tersebut. Temubual

semi berstruktur merupakan gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak

berstruktur.

Berikut merupakan kandungan dalam temu bual tersebut. Terdapat empat soalan yang

dikemukakan kepada guru terbabit, yang mana soalan-soalan yang menjurus kepada

temubual semi berstruktur iaitu

1) Soalan pertama adalah masalah yang dihadapi pelajar semasa menulis karangan.

2) Soalan kedua ialah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan

karangan.

Page 20: Contoh proposal

3) Soalan ketiga ialah teknik-teknik yang boleh digunakan dalam penulisan

karangan Bahasa Melayu.

4) Soalan empat dikemukakan adalah strategi pemilihan tajuk dan mengenal pasti

kata kunci soalan bagi memastikan soalan yang dijawab bertepatan dengan

pengetahuan dan idea murid-murid.

iii. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester 1

Keputusan murid ini merupakan instrumen utama dalam mendapatkan data bagi

mengenal pasti pemasalahan murid. Sasaran kajian adalah kepada murid-murid kumpulan

rawatan yang mendapat markah kurang daripada 50% untuk Bahasa Melayu Penulisan

Tahun 6.

iv. Ujian PRA

Ujian pra merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap

murid-murid tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan

murid-murid Tahun 6 Alamanda dalam penguasaan mereka mengolah dan menghuraikan

isi-isi karangan. Ujian ini akan melibatkan 30 orang murid iaitu murid kumpulan kawalan

dan murid kumpulan rawatan. Format ujian ini adalah seperti yang berada di Lampiran 4.

v. Ujian PASCA

Ujian Pos bertujuan mengetahui keberkesanan pelaksanaan kajian. Ujian pos juga

dijalankan untuk membandingkan nilai skor pelajar sebelum dan selepas diberikan

rawatan ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dalam ujian pos murid-

Page 21: Contoh proposal

murid juga diberi satu set soalan mengikut format Bahasa Melayu Penulisan. Contoh

soalan Ujian Pasca seperti yang berada di dalam Lampiran 5.

5.3 Penilaian

Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca bagi Kumpulan Rawatan

dan Kumpulan Kawalan akan menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Kedua-

dua ujian akan dijalankan dalam masa 45 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini

bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini.

Markah ujian pasca yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang

dilaksanakan iaitu Kaedah Salin, Jalin dan Ulang berkesan sehingga meningkatkan markah

murid Kumpulan Rawatan berbanding sebelum tindakan dijalankan. Penilaian ujian pra dan ujian

pasca juga akan diambil ke atas kumpulan kawalan yang hanya mengikuti pengajaran dan

pembelajaran seperti biasa.

Sekiranya ujian pasca ke atas Kumpulan Rawatan lebih tinggi berbanding dengan Kumpulan

Kawalan ini, bermaksud tindakan yang dijalankan atau kaedah yang digunakan berkesan. Jadual

Skor Markah ujian pra dan ujian pasca yang akan diperolehi oleh murid (Rujuk Lampiran 6).

6.0 TINJAUAN LITERATUR

Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas,

tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk

Page 22: Contoh proposal

tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan

huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.

Maka, dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan

kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran

agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994). 

Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di

bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan

penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan

karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai

kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk

tulisan.

Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa

dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang

demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis

karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan

dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006).

Selain itu, Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang

dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan

tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid

Page 23: Contoh proposal

penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu

proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005).

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan

dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung

kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan

berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran

kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf,

perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya

Othman, 2005).

Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran

menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis

melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat.

Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian

kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-

rakan, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian

bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Manakala

Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005) menyatakan penguasaan kemahiran

menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh

pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran

menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan

akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.

Page 24: Contoh proposal

Penguasaan penulisan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha

Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam

kalangan pelajar perlu ditangani segera dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang

tahun 2020.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, laporan kertas cadangan yang pengkaji buat ini akan dapat membantu murid-

murid yang mempunyai masalah dalam mengolah isi karangan dan dapat meningkatkan

penulisan mereka. Sekiranya, kajian ini dilakukan dengan penuh kesungguhan, nescaya murid-

murid dapat memperbaiki mutu penulisan mereka serta dapat memperkembangkan idea dengan

lebih bernas lagi.

Melalui Kaedah Salin, Jalin dan Ulang ini, murid-murid tidak terasa terbeban kerana kaedah ini

menggunakan teknik ansur maju iaitu dari yang senang ke susah. Proses pembelajaran kaedah ini

juga senang diikuti oleh murid dengan bimbingan padu daripada guru mereka. Oleh hal yang

demikian, pengkaji berharap agar kertas cadangan ini dapat diteruskan penyelidikan bagi

meningkatkan penulisan dalam kalangan murid-murid.

Page 25: Contoh proposal

REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan ini, saya menyediakan satu portfolio yang merangkumi

penyelidikan tindakan di mana menyediakan satu laporan kertas cadangan tentang permasalahan

murid-murid dalam pelajaran di sekolah terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini.

Pelbagai aspek yang diperhatikan dalam permasalahan murid-murid dalam pelajaran mereka dan

satu masalah yang sering dihadapi murid ialah membuat karangan.

Oleh hal yang demikian, saya telah membuat satu kertas cadangan cara-cara meningkatan mutu

penulisan dalam kalangan murid yang menghadapi masalah ini. Justeru itu, satu kaedah yang

saya cipta untuk mengahapi masalah ini iaitu Kaedah Salin, Jalin dan Ulang.

Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya menghadapi masalah dalam mencari aktiviti-aktiviti

yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah ini. Akhirnya semua itu dapat diatasi dengan

bimbingan daripada kawan-kawan serta hasil daripada bahan-bahan sumber rujukan.

Sehubungan dengan itu, melalui pengalaman yang sedia ada juga, saya dapat menjalankan kerja

kursus ini dengan berjaya dan lancar terutama dalam mengumpul data penyelidikan ini.

Pengalaman semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah ini juga banyak membantu saya dalam

menyiapkan kerja kursus ini kerana lebih dekat lagi dengan masalah murid-murid ini.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi banyak manfaat dan pengalaman saya dalam

menyediakan kajian tindakan pada masa akan datang. Ini merupakan satu bonus besar bagi saya

Page 26: Contoh proposal

dalam menghadapi alam perkerjaan yang sebenar nanti dan lebih memudahkan saya menjalankan

kerja saya nanti.

Page 27: Contoh proposal

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar Tingkatan Empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hartini Husin. (2005). Meningkatkan kemahiran merumus karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 6 melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohd.Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nadzeri Isa. (2001). Kesan penggunaan bahan rangsangan terhadap prestasi penulisan karangan pelajar peringkat menengah rendah. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti PutraMalaysia, Serdang.

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kursus Bahasa Fajar Bakti

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freeminda Horizons Sdn. Bhd.

Rozaimah Binti Abd. Hamid. (2000). Pengajaran di dalam bilik darjah: Kaedah dan teknik pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publications.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Page 28: Contoh proposal

Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com. Akses pada 16 Julai 2012.

Page 29: Contoh proposal

1

Nama:____________________________

Kelas :____________________________

Peperiksaan Pertengahan Semester 1 2012

BAHASA MELAYU — PENULISAN 012MAC

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:

Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

2. Anda dukehendaki menjawab ketiga-tiga

bahagian.

3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama

ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau

Soalan 3.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang

yang disediakan dalam kertas soalan ini.

Untuk Kegunaan PemeriksaKod Pemeriksa:

Bahagian No. Soalan Markah

A

B

C

JUMLAH

60

Page 30: Contoh proposal

2

Tajuk perbincangan kumpulan

Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair

Mencari maklumat penting berdasarkan petikan dari majalah

Mencari maklumat berdasarkan lagu

Mencari maklumat berdasarkan gambar

Mencari maklumat berdasarkan rencanan

Page 31: Contoh proposal

2

KUMPULAN A – Mencari maklumat penting berdasarkan puisi syair

Syair Cintai Alam Sekitar

Aduhai adikku kakak berpesan,

Kelak dirimu jadikan panduan,

Cintailah keindahan jaga kebersihan,

Persekitaran indah tiada pencemaran.

Kempen kebersihan bersama dihayati,

Udara nyaman pasti dinikmati,

Sihat badan wajah berseri,

Negara aman hidup harmoni.

Jadilah warga bertimbang rasa,

Kepada alam membuat jasa,

Tanah dan tumbuhan dipelihara,

Kerosakan tiada bumi sejahtera.

Air sungai mengalir damai,

Ombak berlagu memukul pantai,

Unggas bernyanyi suasana permai,

Di hari minggu kita bersantai.

Jerebu berleluasa melanda negara,

Kebakaran dan kilang punca angkara,

Lapisan ozon semakin derita,

Tanamkan kesedaran atasi segera.

Amalan meludah membuang sampah,

Mengotorkan sekitar mesti ditegah,

Menghisap rokok menagih dadah,

Page 32: Contoh proposal

Perbuatan yang buruk perlu ditegah.

2

KUMPULAN B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah.

Page 33: Contoh proposal

2

KUMPULAN C – Mencari maklumat berdasarkan lagu

Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani

Gaya hidup kini dah berubah

Anak-anak terasuh mindanya

lahir generasi bijak pandai

Pakar I.T. pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan

Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini

Kekayaan semakin hampiri

Biar di kota ataupun desa

Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya

Keranamu kami hidup selesa

Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu nyawa dipertaruhkan

Keranamu rela kami berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia

Malaysia …

Page 34: Contoh proposal

Terima kasih Malaysia !!!

2

KUMPULAN D – Mencari maklumat berdasarkan gambar

KUMPULAN E – BERITA

GUA MUSANG, 14 November – Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuan bongsunya yang berusia 18 bulan menghadapi masalah penglihatan akibat selaput mata kanannya rosak sehingga hampir menyebabkan buta.

Rosmah Yahya berkata bahawa anak bongsunya itu menghadapi masalah mata kiri dan kanan yang diselaputi putih. Ujian imbasan mata mengesahkan kanak-kanak malang itu menghidapi glukoma.

“Kini, saya terpaksa berulang alik dari Gua Musang ke Hospital

Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sebulan. Saya tidak mampu menanggung kos kerana baru kematian suami yang terlibat dalam kemalangan jalanraya tiga bulan yang lalu, manakala dua orang anak berusia lima dan empat tahun perlu ditanggung,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Rosmah Yahya di talian 0135999066.

Page 35: Contoh proposal

3

CONTOH SOALAN LATIHAN

1. LATIHAN PERTAMA

Pada suatu hari, kamu ternampak seorang budak dilanggar kereta. Budak itu terjatuh

ditepi jalan. Ceritakan tindakan kamu untuk membantu budak itu.

Pendahuluan

Bersiar-siar di taman – ternampak seorang budak dilanggar kereta

Isi-isi

Berlari ke arah budak itu – menolong budak bangun – memapahnya ke bangku – penunggang motosikal juga membantu

Lutut budak itu berdarah – mengambil sapu tangan - membalut lukanya Penunggang motosikal hendak membawa budak itu ke klinik – saya turut sama – mengekori

mereka dengan basikal Budak itu dirawat di klinik – menolong budak itu menelefon anggota keluarganya

Penutup

Ibu bapa budak itu tiba – berterima kasih kepada saya kerana membantu anak mereka

2. LATIHAN KEDUA

Masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah kamu semakin serius sejak akhir-akhir

ini. Sebagai ketua murid, kamu diminta menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk

mengadukan masalah itu. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Pendahuluan

Page 36: Contoh proposal

memperkenalkan diri - menyatakan tujuan menulis surat - membuat aduan tentang masalah disiplin dalam kalangan murid

3

Isi-isi

- Masalah disiplin dalam kalangan murid semakin berleluasa – banyak kes salah laku berlaku - datang lewat,ponteng sekolah,buli

- Bilangan murid nakal bertambah - telah diberi nasihat tetapi masih berdegil - perbuatan mereka mungkin menjadi ikutan murid lain

- Paling membimbangkan - ada yang berani melawan pengawas yang bertugas - mengugut mereka - keselamatan terancam.

- Menjejaskan nama baik sekolah - hasrat untuk mengekalkan kejayaan sebagai Sekolah Contoh tidak akan tercapai.

Penutup

Berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil - mengatasi masalah yang timbul - mengucapkan terima kasih.

3. LATIHAN KETIGA

Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu akan lakukan pada

hari tersebut.

4. LATIHAN KEEMPAT

Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan

bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada

majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

Page 37: Contoh proposal

4

CONTOH UJIAN PRA

1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut

sesuatu hari perayaan. Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka

seorang pemimpin negara. Gambarkan keadaan dan suasana rumah terbuka tersebut.

Page 38: Contoh proposal

5

CONTOH UJIAN PASCA

1. Ibu bapa tidak harus membeli makanan ringan untuk anak-anak kerana makanan ringan

tidak baik untuk kesihatan. Tulis karangan tentang kesan buruk makanan ringan terhadap

kesihatan kita.