Contoh Rancangan Pengajaran Pedagogi Matematik

download Contoh Rancangan Pengajaran Pedagogi Matematik

of 3

description

RPH

Transcript of Contoh Rancangan Pengajaran Pedagogi Matematik

Contoh Rancangan PengajaranKelas : 5 Hijau

Tarikh: 15.10.2015

Masa : 7.50-8.50 pagiTajuk : Isipadu

Bidang : Menulis Standard Kandungan :14.6 Penyelesaian masalah melibatkan isi padu cecair. Standard Pembelajaran: (i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian isi padu cecair yang melibatkan perpuluhan dan pecahan. Objektif: Murid dapat menyelesaikan masalah tentang soalan isipadu dengan melalui aktiviti yang dijalankan.Kaedah : permainan, penerangan, perbincangan, aktiviti kumpulan dan individu.BBM / Alatan : magic pin wheel, lembaran kerja, span, bikar.LangkahAktivitiCatatan

Set Induksi

(7 minit)

Orientasi idea berasaskan sedia ada

Guru memilih tiga orang murid ke hadapan untuk bermain permainan kecil. 1. Murid menggunakan span untuk mengambil air dan memicikkannya ke dalam bekas yang disediakan dalam masa dua minit.2. Murid membaca sukatan isipadu cecair di dalam bekas.

3. Murid membandingkan isipadu cecair dalam bekas.

Murid menggunakan span untuk mengambil air dan memicikkannya ke dalam bekas yang disediakan dalam masa dua minit.

Langkah 1

10 minit

Penstrukturan idea

Meneroka

Menjelas

Konstruk idea baru1. Murid diperkenalkan dengan konsep isipadu2. Memperkenalkan i-think iaitu peta alir.3. Guru mengemukakan satu soalan dan membimbing murid memahami cara menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan peta alir.

Langkah 2

20 minit

Penjelasan lanjut

Aplikasi idea

1. Membahagi murid dalam kumpulan

2. Mengedarkan kertas putih.3. Aktiviti kumpulan:Murid memilih soalan dalam Magic pin wheel

4. Murid akan membincangkan cara penyelesaian dalam kumpulan

5. Membimbing murid memperoleh jawapan yang betul.

6. Wakil kumpulan akan membentangkan dapatan perbincangan mereka di hadapan kelas.

Anda dikehendaki membentuk kumpulan.Apakah cara penyelesaian yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini?

Langkah 3

18 minit

PenilaianPenyiasatan lanjutan

Kaji semua perubahan idea

Mengedarkan lembaran kerjaMembincangkan hasil kerja murid

Penutup 5 minit

Mengingatkan murid supaya mengaplikasikan peta alir yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat mencapai objektif sebagai dorongan.

PentaksiranBerdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja

Nilai dan SikapTerapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.