Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 3 DST
-
Upload
ratnavell-muniandy -
Category
Documents
-
view
483 -
download
6
description
Transcript of Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 3 DST
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUN 3
MATAPELAJARAN /KELAS
DST TAHUN 3
TEMA/TAJUK SAINS HAYATMASA 60 MINITBIL MURID 35 ORANGSTANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Mengenal pasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.
2.1.2 Menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsi.2.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran diharapkan murid-murid akan dapat:
1. Mengenal pasti dan menamakan jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham berdasarkan gambar yang diberi
2. Menyatakan fungsi tiga jenis gigi tersebut3. Menulis fungsi tiga jenis gigi tersebut dengan betul
KPS Memerhatikan, Berkomunikasi
AKTIVITI P&Pa. Guru menayangkan animasi yang berkaitan sebagai bahan rangsangan.
(animasi manusia dan haiwan sedang makan)b. Guru bersoal jawab dengan murid tentang animasi tersebut.
Contoh soalan:
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan dari animasi tersebut?Contoh jawapan:Orang sedang mengunyah makanan.Haiwan sedang makan
2. Apakah yang digunakan untuk mengunyah?Contoh jawapanGigi, mulut
c. Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Murid dikehendaki mencantumkan keratan gambar tiga jenis gigi. (puzzle) (keratan gambar disediakan mengikut warna yang berlainan)
d. Murid diminta menampal keratan gambar yang telah dicantumkan tadi di atas kad manila.
e. Wakil setiap kumpulan mempamerkan gambar yang diperoleh di hadapan kelas dan menampalnya di papan hitam.
f. Guru meminta murid menamakan gambar yang diperoleh. g. Guru bersoal jawab dengan murid
Contoh soalan:a. Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat antara ketiga-tiga gambar
tersebut.
Contoh jawapan:Bentuk gigi (tajam, bulat, leper)
b. Apakah yang akan berlaku jika manusia dan haiwan tidak mempunyai gigi?
h. Guru memperkenalkan kepada murid-murid tiga jenis gigi iaitu gigi taring,gigi kacip dan gigi geraham.
i. Murid diminta melihat gigi masing-masing menerusi cermin muka yang disediakan.
j. Guru menjalankan demonstrasi dengan meminta dua orang murid melakonkan aksi;a. Makan buahb. Makan ayam goreng.
k. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan demonstrasi tersebut.Contoh soalan:a. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ahamd untuk memotong
buah? b. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ali untuk menyiat daging
ayam? c. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ahmad dan Ali untuk
memecah dan melumatkan makanan?l. Guru menerangkan fungsi bagi setiap jenis gigi.m. Guru memilih tiga orang murid untuk menampal kad yang tertulis
fungsi setiap gigi pada gambar yang telah murid perolehi tadi di papan hitam.
n. Pengayaan- murid melakarkan tiga jenis gigi yang dipelajari.
EMK Kreativiti dan inovasi, menghargai gigi
BAHAN BANTU MENGAJAR
Slide power point, keratan gambar tiga jenis gigi, kad manila, gam, buah epal, ayam goreng.
PENILAIAN P&P Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menamakan jenis gigi dan fungsi gigi tersebut (lembaran kerja)
REFLEKSI