Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

14
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1.1.1 Objektif Pendidikan Jasmani. 1.1.2 Defenisi Pendidikan Jasmani 2.0 Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua ( KSSR ) 2.2.1 Matlamat Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua 2.2.2 Objektif Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua 3.0 Modul KSSR Tahun Dua 4.0 Aspek Pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua (KSSR) 4.1 Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan 4.1.1 Konsep Pergerakan 4.1.2 Pergerakan Asas 4.1.3 Rekreasi dan Kesenggangan 4.2 Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan 4.2.1 Pergerakan Berirama 4.3 Aspek 5 : Kesukanan 4.3.1 Keselamatan dan Pengurusan 5.0 Kesimpulan 6.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani 7.0 Sumber Rujukan 1.0 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Jasmani dihasilkan untuk memenuhi keperluan murid mengikut peringakat umur.Pendidikan Jasmani juga merupakan mata pelajaran yang memeberi ruang dan persekitaran kepada murid untuk bergiat dalam aktiviti kecergasan fizikal dan pelbagai kemahiran sukan. Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan. Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada peningkatan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI dalam meningkatkan potensi individu.

Transcript of Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

Page 1: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

ISI KANDUNGAN

1.0  Pengenalan            1.1.1   Objektif Pendidikan Jasmani.             1.1.2 Defenisi Pendidikan Jasmani 2.0 Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua ( KSSR )            2.2.1 Matlamat Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua             2.2.2 Objektif Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua 3.0 Modul KSSR Tahun Dua4.0 Aspek Pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua   (KSSR)           4.1 Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan           4.1.1 Konsep Pergerakan           4.1.2   Pergerakan Asas           4.1.3 Rekreasi dan Kesenggangan           4.2 Aspek 2   :   Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan           4.2.1 Pergerakan Berirama           4.3 Aspek 5 : Kesukanan           4.3.1 Keselamatan dan Pengurusan 5.0 Kesimpulan6.0   Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani 7.0 Sumber Rujukan

 1.0 PengenalanKurikulum Pendidikan Jasmani dihasilkan untuk memenuhi keperluan murid mengikut

peringakat umur.Pendidikan Jasmani juga merupakan mata pelajaran yang memeberi ruang

dan persekitaran kepada murid untuk bergiat dalam aktiviti kecergasan fizikal dan pelbagai

kemahiran sukan. Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang

menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan

kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan. Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal

yang bermatlamatkan pendidikan. 

Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada peningkatan

keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti

fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menegaskan elemen JERI dalam meningkatkan potensi individu.1.1.1   Objektif Pendidikan Jasmani. 1. Memahami dan menghuraikan konsep Pendidikan Jasmani

2. Menyatakan dan menerangkan definisi Pendidikan Jasmani

Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan

Page 2: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan

harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.1.1.2 Defenisi Pendidikan JasmaniPendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat

dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan.

Pettifor (1999)

Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang

memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanak-kanak

melalui pengalaman pergerakan

Dauer (1995)2.0 Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua ( KSSR )

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard kandungan dan

standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai.Standard kandungan ialah

pernyataan spersefik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam

suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran , pengetahuan dan nilai.Standard

pembelajaran merupakan penetapanj kriteria atau indikatort pencapaian setiap standar

kandungan.

Kurikulum Standard Pendidikan JasmaniI Sekolah Rendah juga digubal dengan mengekalkan

prinsip-prinsip Kurukulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Pendidikan Jasmani dan

menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid Sekolah

oleh International Council for Health ,Physical Education , Recreational-Sports And Dance

( ICHPERR-SD ) sebagai panduan .Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga

domain pendidikan , iaitu psikomotor , kognitif dan efektif.

Pengubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adlah bertujuan

memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek , emosi , rohani dan jasmani .Kurikulum ini menyediakan

murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.

Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai

pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecegasan berdasarkan displin ilmu

Pendidikan Jasmani .Antaranya melibatkan displin pembelajaran motor , perkembangan

motort , biomekanik , suaian fizikal , fisologi senam , spikologi sukan , sosiologi sukan ,

estetika dan nilai.Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani

seharusnyan dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek

keselamatan.

  

2.2.1 Matlamat Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua           

Matlamat dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani KSSR Tahun dua ialah bertujuan

membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan

dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah  mencapai kesejahteraan hidup.

Page 3: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

2.2.2 Objektif Pendidikan Jasmani KSSR Tahun DuaKurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membolehkan murid  mencapai

standard pembelajaran berikut :

a)      Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep pergerakan

b)      Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.

c)      Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan .

d)     Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.

e)      Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala .

f)       Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

g)      Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang sama.

h)      Mematuhi peraturan dan mengamalkan lungkah keselamatan semasa melakukan aktiviti

fizikal.

i)        Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.3.0 Modul KSSR Tahun DuaDi dalam KSSR tahun dua terdapat dua modul yang merangkumi kandungan pembelajaran

dalam bentuk unit kendiri-lengkap ( self-contained ) yang terdiri daripada pengetahuan ,

kemahiran dan nilai yang telah di kenal pasti untuk dikuasai dan dicapai oleh setiap orang

murid di sekolah rendah bagi tahun semasa.

           

Terdapat dua modul pembelajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum

Pendidikan Jasmani Tahun Dua yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid.Berikut adalah

modul pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran iaitu:

Modul 1 :   

Kemahiran

Aspek 1 Kemahiran pergerakan

Aspek 2kemahiran pengetahuan  

dalam pergerakanAspek 5 Kesukanan

Modul 2 : Kecergasa

n

Aspek 3 Kecergasan Meningkatkan Kesiahatan

Aspek 4Aplikasi Pengetahuan dalam meningkatkan

KecergasanAspek 5 Kesukanan

4.0 Aspek Pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua   (KSSR)            

Terdapat lima aspek pembelajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard Pendidikan

Jasmani Tahun Dua iaitu:

a)      Aspek 1 – Kemahiran Pergerakan

i-                    Konsep pergerakan

ii-                  Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor , bukan lokomotor , manipulasi

              alatan dan pergerakan berirama.

iii-                Gimnastik asas

iv-                Akuatik asas

Page 4: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

v-                  Rekreasi dan kesenggangan

b)      Aspek 2 – Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

i-                  Konsep pergerakan

ii-                Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor ,  bukan lokomotor  , manipulasi 

             alatran dan pergerakan berirama.

iii-              Gimnastik asas

iv-              Akuatik asas

v-                Rekreasi dan kesenggangan

c)      Aspek 3 – Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

i-                    Konsep kecergasan

ii-                  Komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik , kelenturan, kekuatan

              dan daya tahan otot dan koposisi badan.

d)     Aspek 4 – Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan

i-                    Konsep kecergasan

ii-                  Komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu aerobik , kelenturan , kekuatan dan

              daya tahan otot dan komposisi badan.

e)      Aspek 5 – Kesukanan

i-                    Keselamatan dan pengurusan

ii-                  Tanggungjawab kendiri

iii-                Interaksi sosial

iv-                Dinamika kumpulan4.1 Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan           

Dalam aspek 1 , setiap murid  haruslah menguasai semua pergerakan dan kemahiran motor

yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal dalam pedidikan jasmani melalui

kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam standard kandungan yang ditetapakan oleh

Kementerian Pelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah pada tahun 2012.4.1.1 Konsep PergerakanTerdapat empat konsep pergerakan dalam kemahiran pergerakan yang memain peranan

penting dalam pergerakan iaitu :

a)      Kesedaran Tubuh Badan Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai

Memberi tumpuan gerakan kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

Pindahan berat antara anggota badan

Pelbagai bentuk yang boleh dilakukan oleh badan.

b)      Kesedaran Ruang Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. 

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.

Page 5: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

-          Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian seperti berikut :

i-                     Aras – tinggi, sederhana, rendah

ii-                   Arah – hadapan, belakang, sisi atas dan sisi bawah. 

iii-                 Ekstensi – mengecil, membesar, jauh dan dekat.

iv-                 Aliran – awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig zag.

 c)      Kesedaran Beban      Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa    melakukan pergerakan .

          Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

-         Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang

contohnya:-

i -      Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan

kekuatan otot

               yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

ii -     Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. 

d)     Kesedaran Masa            Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

          Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta seperti berikut :-

i -   Kawal-lambat

Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin,

beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-

gesa.

ii-  Serta-merta

Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan

dinamik.4.1.2  Pergerakan AsasTerdapat dua jenis pergerakan asas dalam pendidikan jasmani iaitu :

a)      Pergerakan Lokomotor            Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan

Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.Bagi lokomotor beritma sekata  ialah :

i-              Berjalan

ii-            Berlar

iii-          Melompat ( mendarat dengan dua kaki )

iv-          Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )

Page 6: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

v-            Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki  berselang

          seli          Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :

i        Skip

ii       Galop

iii      Melongsor

b)      Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor  merupakan pergerakan yang static atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar.

Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah meregang , memusing , membongkok , menghayun , menolak , menarik , mengilas , bangkit , merebah dan berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya

Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakanmerupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas.

          Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-

pergerakan di

          atas :-

                                i.      Merangkak = membongkok + berjalan

                              ii.      Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau  lebih langkah berjalan atau

berlari

                            iii.      Mendekan  = rebah + membongkok, menolak dan menyokong

                            iv.       Menguak    = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

c)      Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :

i-      Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan

merejam

ii-    Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut

iii-  Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Page 7: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah.

Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari

kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.4.1.3 Rekreasi dan KesengganganAktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi  masa lapang. Di dalam aktyiviti rekreasi

dan kesenggangan tiada unsur pertandingan tetapi bertujuan untuk memperoleh keseronokan,

ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi  murid akan menggunakan

pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor seperti  memukul , mengelak ,

melambung, berlari dan menyambut semasa melakukan permainan tradisional dan aktiviti

kesenggangan pula melibatkan permaian seperti Datuk Harimau, Galah Panjang, Batu

Seremban, Rondas dan sebagainya.

Dalam aktiviti ini juga , murid menggunakan kemahiran motor halus dalam permaianan

rekreasi yang melibatkan aktiviti seperti membina  istana pasir, dan mereka cipta objek

menggunakan plastian atau blok mainan seperti lego.

  

4.2 Aspek 2  :  Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan4.2.1 Pergerakan BeriramaMengaplikasikan konsep pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. Gimnastik

berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih

(biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali,gelang, bola, belantan dan reben.

Gimnastik berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-

unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus. Pemenang adalah peserta yang

memperoleh mata terbanyak, sebagai dianugerahi oleh panel hakim, untuk lompatan,

kestabilan, putaran, kebolehlenturan, pengendalian aparatus, dan kesan seni.

4.2.2 Gimnastik Asas

i)   Hambur dan Pendaratan – memahami konsep hambur dan pendaratan untuk mengenal

pasti

     postur badan yang betul semasa hambur dan mendarat.

ii)  Aktiviti hambur badan ke atas bangku dan mendarat :       a)   Dalam aksi dekam bawa kaki di antara kedua-dua belah tangan ke kedudukan mencangkung,           tangan lurus dan mata memandang ke hadapan.      b)   Ulangan aksi yang sama beberapa kali.      c)   Semasa melakukan aksi dekam di atas bangku.      d)   Dari posisi dekam di atas bangkul, melonjak ke atas dan mendarat.      e)   Dari posisi mencangkung lonjak ke atas dan mendarat.

4.3 Aspek 5 : Kesukanan4.3.1 Keselamatan dan Pengurusan

Page 8: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

Pengajaran pendidikan jasmani melibatkan kanak-kanak sekolah dan dengan itu keselamatan

perlu diberi perhatian.Guru pendidikan jasmani perlu mengetahui faktor-faktor yang

menyebabkan kemalangan dan seterusnya mengambil langkah pencegahan supaya pekara

yang tidak diigini tidak berlaku.Di dalam KurikulumStandard Pendidikan Jasmani Tahun

Dua ( KSSR ) ia lebih menekankan kepada mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan

dan keselamatan ketika   aktiviti pendidikan jasmani dilalaksanakan.

Sebagai seorang guru juga haruslah menitik beratkan tentang soal keselamatan pelajar semasa

melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.Murid juga haruslah sentiasa mendengar dan

mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti supaya tidak berlaku sebarang kecederaan.

Guru Pendidikan Jasmani yang bertanggungjawab perlu merancang pelajaran dengan baik ,

mengawasi padang atau tempat aktiviti Pendidikan Jasmani , memeriksa peralatan dan

kemudahan yang akan digunakan supaya kemalangan tidak berlaku.Kemalangan sering

berlaku bila guru gagal mengambil langkah yang munasabah sebelum dan semasa

mengendalikan aktiviti atau kelas 

Pendidikan Jasmani.

Berikut adalah tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum

menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan ialah:a)      Memanaskan badan           melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum       melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti gerak kendur iaitu menyejukkan badan       selepas menjalani latihan.b)      Latihan bersistematik.           latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. Usah sesekali       melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.c)      Kenal pasti kecergasan diri.          setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapkan       objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing terlebih dahulu.d)      Kenal pasti kemampuan diri.           lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. Jangan sesekali memaksa diri       melakukan aktiviti yang melebihi had keupayaan masing-masing.e)      Persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai.          pastikan persekitaran dan tempat yang selamat untuk diri sendiri dan orang lain terlebih dahulu.f)       Kemudahan peralatan.          pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti.

Page 9: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

Alatan      termasuklah juga pakaian perlu sesuai udengan aktiviti yang akan dijalankan.

g)      Perlakuan yang betul.           jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Ini boleh membahayakan diri anda.

5.0 Kesimpulan

Di dalam Pendidikan Jasmani KSSR tahun ini murid akan diajar setiap pelajar akan

diajar untuk membina kemahiran pergerakan asas dan kemahiran motor.Ia juga turut

memperkenalkan konsep kecergasan  berdasarkan kesihatan contohnya melalui

pergerakan aerobik selain itu ia juga dapat memupuk elemen keselamatan  ketika

melakukan aktiviti pendidikan jasmani.Dalam pendidikan jasmani juga ia dapat

membentuk tanggungjawab kendiri seperti tanggung jawab dalam kumpulan.Pendidikan

Jasmani juga dapat melatih pelajar dalam bentuk interaksi sosial semasaa melakukan

aktiviti fizikal. Pelajar juga akan di nilai sepanjang masa dan berterusan untuk mencapai

tahap band yang ditetapkan oleh standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 10: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

6.0   Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani Mata Pelajaran                        : Pendidikan Jasmani

Kelas                                       : 2 Kreatif

Masa                                        : 9.00 – 9.30 pagi

Tajuk                                       : Galah Panjang

Standard Kandungan              : 2.10 Rekreasi dan Kesenggangan

Standard Pembelajaran           : 2.10.3 Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan

lokomotor dalam permainan tradisional

                                                  5.2.3   Menghargai kemenangan dan kekalahan dalam

permainan

                                                  5.4.3   Bekerjasama dalam kumpulan

EMK                                       : Kreatif dan inovatif

Nilai                                        : Kerjasama

BBM                                       : Wisel , skitel

Fasa Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Alatan /

catatan

Langkah 1

5 minit

1.      Pemanasan

badan

        Rengangan

dari kepala

hingga kaki di

iringi muzik

yang sesuai./

        Murid mengambil

ruang selesa untuk

melakukan aktiviti

pemanasan badan.

        Murid melakukan

aktiviti pemanasan

dengan diketua

oleh ketua murid

dan dibimbing

oleh guru.

        Murid melakukan

aktiviti regangan

dari kepala hingga

ke kaki .

                 

                  X

X                X               

X

X                X               

X

X                X               

X

X                 X              

X

Perkembangan1.      Permainan

kecil

Cuit lutut 

(berpasangan)

        Guru tunjuk cara

permaianan.

        Murid mencari

pasangan masing-

masing.

        Murid

dikehendaki

mencuit lutut

  

X               X

                 X               X  

X              X

 

                X               X

       Wisel

        skitel

Page 11: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

pasangan masing-

masing sehingga

kena.

        Murid akan

mengelak apabila

pasangan mereka

ingin mencuit

lutut.

        Sekiranya lutut

pasangan dicuit

maka mereka

akanbertukar

posisi.

Kemuncak 1.      Permaianan

Tradisional

        Galah panjang

        Peraturan

permaian

        Cara

permaianan

1.      Murid

dibahagikan

kepada dua

kumpulan kecil.

2.      Guru

menerangakan

peraturan

permaianan.

3.      Guru melukis

garisan untuk

permaian galah

panjang.

4.      Guru terang cara

permaianan

5.      Setiap  ahli

kumpulan

hendaklah

maenjaga

keselamatan diri

masing-masing

supaya tidak dicuit

oleh pasukan

lawan.

6.      Sekiranya salah

seorang seorang

terkena cuit maka

satu pasukan

dikira mati dan

       Skitel

        wisel

Page 12: Contoh Rph Pj Kssr Thn 2

pasukan akan

bertukar posisi .

Penutup 1.Sejukan

badan

  ( warming

down )

        rengangan dari

kaki ke kepala

dengan iringi

muzik.

        PBS

1.      Murid melakukan

aktiviti rengangan

dari kaki hingga

ke kepala dengan

di ketuai oleh

guru.

2.      Murid akan

melaksanakan

PBS berkatan

dengan pergerakan

lokomoto dan

pergerakan bukan

lokomotor dalam

permainan galah

panjang.

         

7.0 Sumber Rujukan

1.      Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )Modul Teras Asas

Pendidikan Jasmani Tahun Dua , Bahagian Pembangunan Kurikulum

2.      Dr.Wee  Eng Hoe , Pendidikasn Jasmani & Kesihatan , Universiti Terknologi Mara ,Falkulti

Sains Sukan dan Rekreasi , Shah Alam , Selangor , Oktober 2001

3.      http: //ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik berirama

4.       http://dkgleong.blogspot.com/2011/gimnastik-ass-hambur-dan-mendarat.html 5.               http://kpli-teslians.blogspot.com/2011/06/asas-pendidikan-jasmani.html

6.      Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 2 Sekolah

Kebangsaan , Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2011

7.      Open University Malaysia ( OUM ) , November 2011, HBPE 1103