Contoh Rubrik Holistik

2
CONTOH RUBRIK HOLISTIK DALAM PENGUJIAN KERJA BERKUMPULAN PEMARKAHAN HURAIAN PEMARKAHAN CEMERLANG 21 - 30 markah Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi. BAIK 11 - 20 markah Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yang bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja. LEMAH 0 - 10 markah Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal. Keputusan untuk

Transcript of Contoh Rubrik Holistik

Page 1: Contoh Rubrik Holistik

CONTOH RUBRIK HOLISTIK DALAM PENGUJIAN KERJA BERKUMPULAN

PEMARKAHAN HURAIAN PEMARKAHAN

CEMERLANG21 - 30 markah

Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.

Pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat.

Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

BAIK11 - 20 markah

Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yang bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja.

LEMAH0 - 10 markah

Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama dengan ahli yang lain.

Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal. Keputusan untuk menggunakan sesuatu jenis rubrik bukan sahaja ditentukan oleh bentuk sesuatu ujian, sama ada formatif atau sumatif.

Sebagai guru terdapat faktor-faktor lain yang perlu ditimbangkan, seperti kekangan masa, jumlah kelas, jumlah pelajar, jenis maklumat yang ingin diperolehi juga masa yang ada untuk menjalankan sesuatu pengujian.