contoh soalan edu

3
1.. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang dirancang ini? (Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini. Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid.) 2.. Persoalan tajuk kajian : Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan penguasaan kemahiran? (soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan) 3.. Sila tunjukkan contoh hasil murid yang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnya anda perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti. 4.. Di manakah anda menerangkan masalah yang anda temui semasa kajian anda? (leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal) 5.. Bagaimanakah anda menentukan gred dalam ujian anda? (soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengan sokongan tinjauan literatur.) 6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang

description

furu dan cabaran

Transcript of contoh soalan edu

1.. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang dirancang ini?(Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini. Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid.)

2.. Persoalan tajuk kajian : Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan penguasaan kemahiran? (soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan)

3.. Sila tunjukkan contoh hasil murid yang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnya anda perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti.

4.. Di manakah anda menerangkan masalah yang anda temui semasa kajian anda? (leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal)

5.. Bagaimanakah anda menentukan gred dalam ujian anda? (soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengan sokongan tinjauan literatur.)

6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang tidak anda terangkan dalam dapatan kajian? Maksudnya, Terangkan fungsi item yang tidak menjawab soalan kajian anda. Apakah kegunaannya?

7.. Sekiranya kumpulan sasaran anda tidak melibatkan setiap pelajar dalam kelas. Soalan seperti ini mungkin ditanya, Mengapa kumpulan sasaran anda hanya 10 orang? Bagaimanakah dengan murid yang lain? Adakah mereka tidak perlukan intervensi yang dirancang?Apakah aktiviti yang anda lakukan kepada murid lain yang tidak terlibat dalam kajian anda?Bilakah anda laksanakan intervensi/tindakan anda ini? Semasa pnp / di luar waktu pnp?8.. Sekadar maklumat tambahan : Apabila 2 alat kajian menjawab satu soalan kajian, itu dinamakan SEMAKAN SILANG. Apabila 3 alat kajian menjawab 1 soalan kajian, itu dinamakan triangulasi.

9.. Mengapakah anda menggunakan alat kajian (soal selidik, temu bual, ujian / analisis dokumen) dalam kajian anda ini? (Untuk menyokong & membuktikan instrumen yang direka dapat membantu murid meningkatkan kemahiran .........)

10.. Bagaimana anda mencipta rumus/akronim tersebut? Misalnya, kalau anda cipta rumus MATBPAKOP untuk membezakan fungsi kata sendi dari / daripada. (Di sini anda ceritakanlah bagaimana anda cipta rumus tu.... Sebaiknya dengan sokong literatur...)

11. Kajian anda menggunakan rumus/akronim PKKNSB untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penulisan, anda meminta murid menghafal ayat (Pak Kasim Kata Nini Seperti Bulan) untuk murid ingat PKKNSB itu. Soalan ini boleh ditanya, Apakah nama kaedah ini? (Dalam erti kata lain, anda kena kuasai juga keadah anda itu, tinjauan literatur berkaitan kaedah ini.)

12. Dalam kajian ini, teori apakah yang anda pegang?

13. Slide cadangan seterusnya, soalan yang selalu buat pembentang keliru. Anda mahu lanjutkan tempoh pelaksanaan kajian / tempoh penyelidikan tindakan? (Kebanyakkan jawapan ialah tempoh pelaksanaan kajian / intervensi untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam kemahiran .......)