Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta...

11
1 Contoh Soalan SPM: Bahagian B SOALAN 1 Encik Roslan memiliki tanah seluas 1.5 hektar dan bercadang untuk menternak ayam dan menanam lobak. Beliau telah mengupah 10 buruh asing untuk membantunya mengusahakan tanah tersebut. Beliau mempunyai beberapa pilihan pengeluaran seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut. Pilihan Ayam (ekor) Lobak (kg) A 2,000 1,700 B 3,000 1,300 Harga ayam meningkat daripada RM4.00 sekilogram kepada RM5.50 sekilogram dari tempoh Mei hingga September 2014 kerana musim perayaan. Encik Roslan menambahkan pengeluaran ayam daripada 2,000 ekor kepada 3,000 ekor. Bagi melicinkan urus niaganya, beliau membuat keputusan untuk menukarkan akaun simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah 3% setahun kepada akaun simpanan semasa. Kebelakangan ini, harga petroleum, kos pengangkutan dan bahan mentah semakin meningkat dan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran. Menurut Persatuan Penternakan, banyak penternak terpaksa memberhentikan pengeluarannya. Pengeluar ayam tempatan menghadapi persaingan dari Indonesia dan Negara Thai yang menjual pada harga RM4.50 di pasaran tempatan. Keadaan ini menyebabkan aliran keluar pertukaran asing. Pertubuhan bukan kerajaan seperti FOMCA, CUEPACS dan MTUC menyeru kepada pihak kerajaan supaya melindungi industri penternakan ayam. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. (a) i. Hitung kos lepas apabila Encik Roslan menambahkan pengeluaran ayam daripada 2,000 ekor kepada 3,000 ekor. [2 markah] ii. Mengapakah wujudnya kos lepas? [1 markah] (b) Hitung keanjalan harga penawaran. [3 markah] (c) Terangkan tiga kelebihan akaun simpanan semasa. [3 markah] (d) Adakah anda bersetuju bahawa harga ayam akan naik di pasaran? Jelaskan. [4 markah] (e) i. Tentukan kesan kepada pengeluar tempatan akibat ayam diimport? [3 markah] ii. Terangkan tiga cara kerajaan dapat melindungi industri tempatan. [6 markah] (f) Terangkan kesan aliran keluar pertukaran asing terhadap: i. Kadar pertukaran asing [1 markah] ii. Imbangan dagangan Malaysia [4 markah]

Transcript of Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta...

Page 1: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

1

Contoh Soalan SPM: Bahagian B

SOALAN 1 Encik Roslan memiliki tanah seluas 1.5 hektar dan bercadang untuk menternak ayam dan menanam lobak. Beliau telah mengupah 10 buruh asing untuk membantunya mengusahakan tanah tersebut. Beliau mempunyai beberapa pilihan pengeluaran seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut.

Pilihan Ayam (ekor) Lobak (kg)

A 2,000 1,700

B 3,000 1,300

Harga ayam meningkat daripada RM4.00 sekilogram kepada RM5.50 sekilogram dari tempoh Mei hingga September 2014 kerana musim perayaan. Encik Roslan menambahkan pengeluaran ayam daripada 2,000 ekor kepada 3,000 ekor. Bagi melicinkan urus niaganya, beliau membuat keputusan untuk menukarkan akaun simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah 3% setahun kepada akaun simpanan semasa.

Kebelakangan ini, harga petroleum, kos pengangkutan dan bahan mentah semakin meningkat dan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran. Menurut Persatuan Penternakan, banyak penternak terpaksa memberhentikan pengeluarannya. Pengeluar ayam tempatan menghadapi persaingan dari Indonesia dan Negara Thai yang menjual pada harga RM4.50 di pasaran tempatan. Keadaan ini menyebabkan aliran keluar pertukaran asing. Pertubuhan bukan kerajaan seperti FOMCA, CUEPACS dan MTUC menyeru kepada pihak kerajaan supaya melindungi industri penternakan ayam.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. (a) i. Hitung kos lepas apabila Encik Roslan menambahkan pengeluaran ayam

daripada 2,000 ekor kepada 3,000 ekor. [2 markah] ii. Mengapakah wujudnya kos lepas? [1 markah]

(b) Hitung keanjalan harga penawaran. [3 markah]

(c) Terangkan tiga kelebihan akaun simpanan semasa. [3 markah]

(d) Adakah anda bersetuju bahawa harga ayam akan naik di pasaran? Jelaskan. [4 markah]

(e) i. Tentukan kesan kepada pengeluar tempatan akibat ayam diimport? [3 markah] ii. Terangkan tiga cara kerajaan dapat melindungi industri tempatan. [6 markah]

(f) Terangkan kesan aliran keluar pertukaran asing terhadap: i. Kadar pertukaran asing [1 markah] ii. Imbangan dagangan Malaysia [4 markah]

Page 2: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

2

Cadangan Jawapan

(a) i. – kos lepas ialah 400 kg lobak untuk menambahkan 1,000 ekor ayam ii. – buruh yang sedia ada terpaksa diagihkan semula, iaitu lebih ramai diagihkan kepada penternakan ayam dan kurangkan buruh untuk penanaman lobak – tanah yang terhad memaksa lebih luas kawasan tanah digunakan untuk menternak ayam berbanding dengan kawasan penanaman lobak

(b)

2000

00.4

00.450.5

20003000 RM

RMRMEs

= 1.33

(c) – kemudahan menggunakan buku cek – tiada tempoh simpanan dan boleh keluarkan wang pada bila-bila masa – kemudahan overdraf, kad kredit dan kad juruwang elektronik disediakan

(d) – setuju – peningkatan kos pengeluaran menyebabkan pengurangan penawaran dan

permintaan tetap – pasaran mengalami lebihan permintaan – harga cenderung naik

(e) i. – permintaan ayam tempatan berkurang – tingkat keuntungan menurun / mengalami kerugian – tingkat pelaburan jatuh / terpaksa tutup perniagaan ii. Tarif

– kerajaan mengenakan tarif untuk menaikkan harga barang import Kuota

– kerajaan mengehadkan jumlah kemasukan ayam Kawalan pertukaran asing

– kerajaan mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan

(f) i. – kadar pertukaran Ringgit Malaysia jatuh berbanding dengan Baht dan Rupiah ii. – harga eksport secara relatif lebih murah – jumlah eksport bertambah – harga import secara relatif lebih mahal – jumlah import berkurang

– nilai eksport melebihi nilai import, maka imbangan dagangan Malaysia positif

SOALAN 2 Syarikat Zamrah Sdn. Bhd. ialah pengeluar tunggal daun teh. Pasaran bagi daun teh keluaran syarikat ini sangat luas iaitu pasaran di dalam negeri dan di luar negara. Rajah yang berikut berkaitan dengan permintaan daun teh dalam negeri dan luar negara.

Page 3: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

3

Matlamat Syarikat Zamrah Sdn. Bhd. adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Pada awal tahun ini, permintaan di luar negara sangat memberangsangkan sehingga syarikat tersebut mengimport daun teh dari luar negara untuk dieksport semula. Syarikat tersebut memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 30%. Namun begitu, syarikat tersebut masih membuat pinjaman dari bank perdagangan. Akhir-akhir ini, rakan dagang antarabangsa telah mengurangkan permintaan kerana kemelesetan ekonomi dan kerajaan negara Sri Lanka memberi subsidi 15% kepada pengeksport daun teh negara tersebut. Persatuan Pengeksport Minuman telah menghantar memorandum kepada kerajaan untuk menurunkan kadar faedah.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. (a) i. Hitung pekali keanjalan harga permintaan bagi permintaan dalam negeri dan

permintaan luar negara. [4 markah] ii. Tafsirkan pekali keanjalan harga permintaan. [4 markah]

(b) “Syarikat tersebut memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 30%. Namun begitu, syarikat tersebut masih membuat pinjaman dari bank perdagangan.” Adakah anda setuju dengan tindakan syarikat itu berbuat demikian? Berikan alasan anda. [2 markah]

(c) Jelaskan tiga kesan subsidi dari kerajaan Sri Lanka terhadap Syarikat Zamrah Sdn. Bhd. [3 markah]

(d) Huraikan bagaimana kerajaan melalui belanjawan negara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi melalui: i. Kadar cukai [4 markah] ii. Perbelanjaan kerajaan [3 markah]

(e) Jelaskan kesan kepada pihak yang berikut sekiranya kadar faedah diturunkan. i. Isi rumah [2 markah]

Page 4: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

4

ii. Firma [3 markah] Cadangan Jawapan

(a)

Permintaan Daun Teh Dalam Negeri

Permintaan Daun Teh Luar Negara

i.

8

9

915

86

dE

= 0.375 12

14

1412

1218

dE

= 3.5

ii. – pekali keanjalan harga permintaan kurang daripada satu – kurang anjal

– pekali keanjalan harga permintaan melebihi satu – lebih anjal

(b) – setuju – syarikat tersebut dapat mengurangkan cukai pendapatan syarikat

(c) – harga secara relatif lebih mahal – permintaan eksport berkurang – keuntungan berkurang

(d) i. Kadar cukai – menurunkan kadar cukai – pendapatan boleh guna meningkat – jumlah permintaan bertambah – tingkat harga umum naik ii. Perbelanjaan kerajaan – menambahkan perbelanjaan kerajaan – permintaan bertambah – tingkat harga umum naik

(e) i. Isi rumah – tabungan isi rumah berkurang – pendapatan boleh guna bertambah / permintaan bertambah ii. Firma – pinjaman firma bertambah – pelaburan meningkat – permintaan bertambah

SOALAN 3 Encik Ariffin merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik di Subang Jaya. Beliau mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan isterinya tidak bekerja. Selain daripada mencarum dalam KWSP, beliau juga mencarum sebahagian pendapatannya di dalam PERKESO. Pendapatan bulanan Encik Ariffin adalah sebanyak RM1,200 sebulan. Namun, pendapatan ini masih tidak mencukupi untuk membiayai keperluan keluarganya memandangkan kos hidup semakin meningkat. Banyak harga barang meningkat dalam masa yang singkat di samping pelbagai jenis cukai yang perlu dibayar seperti cukai pintu dan cukai pelbagai perkhidmatan yang digunakan.

Page 5: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

5

Encik Ariffin mempunyai sebuah kereta Proton Wira. Beliau telah mengambil keputusan untuk menjualkan kereta tersebut kerana bayaran ansuran kereta tersebut agak membebankan. Sebahagian wang daripada jualan keretanya akan dijadikan modal membuka perniagaan menjual pau. Beliau menjalankan perniagaan membuat pau dengan menggunakan dua orang buruh yang dapat mengeluarkan pau sebanyak 300 biji sebulan. Setelah enam bulan, perniagaan pau Encik Ariffin semakin mendapat sambutan. Sehubungan dengan itu, Encik Ariffin telah menambah dua orang buruh lagi dan keluaran paunya telah meningkat kepada 550 biji sebulan. Encik Ariffin berhasrat membesarkan perniagaannya dengan membuka sebuah kilang membuat pau dan meluaskan pasarannya ke seluruh negara. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Jelaskan objektif caruman PERKESO yang dilakukan oleh Encik Ariffin.

[3 markah]

(b) Terangkan cara kerajaan melalui belanjawan negara bagi mengatasi fenomena kenaikan harga barang yang berterusan. [6 markah]

(c) Bezakan cukai pintu dan cukai perkhidmatan yang terpaksa dibayar oleh Encik Ariffin. [4 markah]

(d) Setujukah anda dengan tindakan yang diambil oleh Encik Ariffin untuk menjualkan keretanya? Beri alasan anda. [3 markah]

(e) Hitungkan keluaran sut bagi pengeluaran pau Encik Ariffin. [3 markah]

(f) Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh Encik Ariffin untuk membesarkan perniagaannya. [6 markah]

Cadangan Jawapan

(a) – mentadbir skim keselamatan sosial – memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap kejadian di luar jangka – contohnya, kemalangan semasa perjalanan, ilat dan kematian

(b) i. Menaikkan kadar cukai – pendapatan boleh guna dan kuasa beli pengguna akan berkurang – permintaan berkurang dan ini dapat mengawal inflasi ii. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan – terutamanya perbelanjaan pembangunan seperti pembinaan lapangan terbang dan jambatan – pengurangan pendapatan penduduk dan pengurangan permintaan – inflasi dapat dikawal

(c)

Cukai Pintu Cukai Perkhidmatan

– cukai langsung – cukai dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan

– cukai tidak langsung – cukai dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan

Page 6: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

6

Majlis Kerajaan Tempatan

(d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

(e) Keluaran sut

biji 125

24

300550

buruhbilangan Perubahan

keluaranjumlah Perubahan

(f) i. Pembelian barang modal – pembelian mesin membuat pau dapat meningkatkan pengeluaran ii. Membeli dan menyimpan stok bahan mentah

– memastikan bahan mentah sentiasa mencukupi agar pengeluaran tidak tergendala

iii. Pelaburan sumber manusia – Encil Ariffin atau pekerjanya dihantar berkursus membuat pau agar menjadi mahir dan cekap dalam pengeluaran pau

SOALAN 4 Encik Azwan ialah seorang pengusaha yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak untuk pasaran tempatan dan juga sebahagiannya dieksport ke negara-negara ASEAN. Kini, beliau mempunyai dua buah kilang yang mengkhusus dalam pengeluaran pakaian kanak-kanak di Melaka dan Lembah Klang. Berikut ialah maklumat tentang kos pengeluaran kilang Encik Azwan di Seremban, Negeri Sembilan pada bulan Jun 2015:

Output (helai) Kos Tetap (RM) Kos Berubah (RM)

18,000 8,000 8,000

20,000 8,000 11,000

23,000 8,000 14,000

27,000 8,000 16,000

32,000 8,000 20,000

Pada bulan Ogos 2015, syarikat Encik Azwan bercadang untuk mengeluarkan kasut kanak-kanak jenama 'Happy Wear' dan permainan kanak-kanak 'Power Strike' yang setiapnya menelan perbelanjaan kos sebanyak RM350,000 masing-masing. Ini adalah ekoran daripada hasrat syarikat untuk menguasai 20 peratus daripada pasaran tempatan. Namun, hasrat syarikat Encik Azwan tidak tercapai setelah mesyuarat pihak lembaga pengurusan syarikat yang memutuskan untuk mengeluarkan kasut kanak-kanak. Pada bulan September 2015, bersempena dengan hari perayaan yang menjelang, Encik Azwan telah mengambil tindakan untuk menaikkan harga pakaian kanak-kanak syarikat sebanyak 15 peratus dengan pekali keanjalan harga permintaan ialah

Page 7: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

7

2.5. Selain itu, syarikat Encik Azwan juga ingin memperoleh pinjaman sebanyak RM2.5 juta daripada institusi kewangan tempatan untuk membina sebuah lagi kilang baru di Ayer Keroh, Melaka pada awal bulan Januari 2016. Dalam belanjawan negara yang bakal dibentangkan, Encik Azwan berharap kerajaan akan menurunkan beberapa jenis cukai yang dikenakan ke atas barang yang diimport oleh syarikat dan keluaran syarikat yang dijual di pasaran tempatan. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) i. Kenal pasti jangka masa pengeluaran syarikat Encik Azwan. [1 markah]

ii. Berikan alasan untuk jawapan anda dalam (a)(i) di atas. [2 markah] iii. Hitungkan nilai kos sut pada setiap tingkat output syarikat Encik Azwan. [3 markah] iv. Berapakah nilai kos purata bagi output 27,000 helai pakaian. [2 markah]

(b) Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat Encik Azwan. [4 markah]

(c) i. Adakah anda bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh syarikat Encik Azwan meningkatkan harga pakaian kanak-kanak? [1 markah] ii. Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda dalam (c)(i) di atas. [3 markah]

(d) i. Kenal pasti institusi kewangan yang sesuai untuk memberikan pinjaman kewangan kepada syarikat Encik Azwan. [1 markah] ii. Jelaskan jenis pinjaman yang sesuai untuk syarikat Encik Azwan. [3 markah]

(e) Terangkan jenis-jenis cukai yang dimaksudkan dengan pernyataan 'menurunkan beberapa jenis cukai yang dikenakan ke atas keluaran syarikat yang dieksport dan dijual di pasaran tempatan’. [5 markah]

Cadangan Jawapan

(a) i. – pengeluaran jangka masa pendek ii. – sekurang-kurangnya terdapat satu input tetap / wujudnya kos tetap – tingkat output dapat diubah dengan mengubah penggunaan input

berubah ke atas input tetap iii.

Output (helai) Kos Berubah (RM) Kos Sut (RM)

18,000 8,000 –

20,000 11,000 50.12000

3000RM

RM

23,000 14,000 1.00

27,000 16,000 0.50

32,000 20,000 0.80

iv. Kos purata untuk 27,000 helai pakaian

Page 8: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

8

RM0.89

000 27

000 RM24

outputJumlah

kosJumlah

(b) Masalah kekurangan – kekurangan sumber ekonomi / faktor pengeluaran / modal Masalah pilihan – barangan / projek pelaburan yang memaksimumkan keuntungan / projek

pengeluaran kasut kanak-kanak Masalah kos lepas – barangan / projek pelaburan kedua terbaik / melepaskan projek pengeluaran

permainan kanak-kanak ‘Power Srike’

(c) i. – tidak setuju ii. – mempunyai keanjalan harga permintaan yang anjal, iaitu 2.5

– tindakan menaikkan harga pakaian kanak-kanak akan menyebabkan kuantiti diminta terhadap pakaian kanak-kanak jatuh

– kesannya, jumlah hasil jualan syarikat akan berkurang – tindakan yang wajar ialah dengan menurunkan harga pakaian kanak- kanak

(d) i. – bank perdagangan ii. Pinjaman bercagar – berbentuk pinjaman jangka panjang dan bertujuan untuk membiayai perbelanjaan pembelian aset tetap atau hartanah seperti rumah, bangunan kedai, tanah dan sebagainya – biasanya melibatkan jumlah nilai yang tinggi dan memerlukan cagaran seperti geran tanah, rumah atau polisi insurans nyawa yang bernilai tinggi – kadar faedah akan dikenakan terhadap keseluruhan jumlah pinjaman sehingga kesemua pinjaman berjaya diselesaikan

(e) Duti import – cukai yang dikenakan terhadap barang penggunaan yang diimport dari luar

negara seperti pakaian, kereta, motosikal, buah-buahan, minuman keras, rokok dan minyak wangi

– duti import boleh dikenakan dalam bentuk cukai ad valorem atau cukai spesifik

Cukai jualan – cukai yang dikenakan terhadap penjualan barang akhir keluaran tempatan

atau barang yang diimport dari luar negara – barang yang biasanya dikenakan cukai jualan ialah barang siap yang tidak

perlu diproses lagi untuk kegunaan pengguna

SOALAN 5 Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat perabot rotan yang terkenal di Malaysia. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai corak perabot rotan yang unik dan bermutu tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Sasaran pengguna syarikat ialah golongan masyarakat yang berpendapatan bulanan sebanyak RM4,000 dan ke atas.

Page 9: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

9

Encik Razak ialah seorang pengurus Bahagian Pengeluaran yang telah berkhidmat selama 10 tahun di Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. Beliau memperoleh gaji bulanan sebanyak RM3,800 dan elaun-elaun lain yang berjumlah RM600 sebulan. Pada 15hb Julai 2014, Encik Razak telah membelanjakan wang sebanyak RM2,888 untuk membeli satu set perabot rotan bersempena dengan Perayaan Hari Raya tahun 2014. Selain itu, Encik Razak telah mencarumkan sebanyak 11 peratus daripada gajinya kepada KWSP dan menyimpan sebanyak RM30,000 dalam akaun simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah 3.2% setahun selama tiga tahun. Pada bulan November 2014, Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. telah menjalankan satu kajian terhadap permintaan untuk perabot rotan syarikat dari bulan Julai hingga Ogos tahun 2014 seperti dalam jadual di bawah:

Bulan Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)

Julai 2,888 2,200

Ogos 2,888 1,600

Ekoran daripada keadaan ekonomi yang semakin pulih di negara-negara Eropah, Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. bercadang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membina sebuah kilang pembuatan perabot rotan yang baru. Justeru itu, Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. telah mengadakan kerjasama dengan Bank Islam XYZ Berhad, yang mana Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. akan menyumbangkan sebidang tanah di Ayer Keroh, Melaka untuk pembinaan kilang pembuatan perabot rotan baru untuk memperoleh keuntungan yang disasarkan. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Terangkan masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Taza

Design Sdn. Bhd. [4 markah]

(b) Dengan rajah yang sesuai, jelaskan aliran pendapatan yang berlaku dalam ekonomi dua sektor. [6 markah]

(c) Apakah motif utama Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. dan Encik Razak dalam kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh mereka. [2 markah]

(d) Terangkan tiga penentu permintaan yang menyebabkan berlakunya perubahan kuantiti permintaan seperti jadual di atas. [6 markah]

(e) Hitungkan: i. Jumlah caruman tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat oleh Encik Razak. [1 markah] ii. Jumlah faedah yang diterima oleh Encik Razak atas simpanan beliau dalam

tempoh masa tiga tahun. [2 markah]

(f) Terangkan prinsip perbankan Islam yang diamalkan dalam hubungan kerjasama antara Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. dan Bank Islam XYZ Berhad. [4 markah]

Page 10: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

10

Cadangan Jawapan

(a) i. Apakah yang hendak dikeluarkan? – pelbagai corak perabot rotan ii. Untuk siapa dikeluarkan?

– golongan masyarakat yang berpendapatan bulanan sebanyak RM4,000 dan ke atas

(b)

– aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor melibatkan aliran fizikal dan aliran wang yang melibatkan sektor isi rumah dan firma Aliran Fizikal – (Aliran I) melibatkan aliran faktor pengeluaran daripada sektor isi rumah

kepada firma / Encik Razak yang bekerja di Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. melalui pasaran faktor

– (Aliran II) melibatkan aliran barang dan perkhidmatan daripada sektor firma kepada isi rumah / mengeluarkan perabot rotan melalui pasaran barangan

Aliran Wang – (Aliran III) melibatkan aliran bayaran pendapatan faktor pengeluaran seperti

upah, faedah dan sewa daripada sektor firma kepada isi rumah / membayar gaji / upah RM4,000 melalui pasaran faktor

– (Aliran IV) melibatkan aliran perbelanjaan penggunaan ke atas barang dan perkhidmatan daripada sektor isi rumah kepada firma / belanja RM2,888 untuk membeli set perabot rotan melalui pasaran barangan

(c) Motif pengeluaran firma / Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. – memaksimumkan keuntungan Motif perbelanjaan penggunaan isi rumah / Encik Razak – memaksimumkan kepuasan / utiliti

(d) i. Harga barang lain / harga barang penggenap / barang pengganti – jika harga perabot rotan jenama lain meningkat dengan banyak – permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah ii. Cita rasa – pengguna suka akan perabot rotan Syarikat Taza Design

Page 11: Contoh Soalan SPM: Bahagian B6 Majlis Kerajaan Tempatan (d) – setuju – wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan

11

– permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah iii. Pendapatan individu

– tingkat pendapatan individu bertambah / pendapatan boleh guna meningkat / kuasa beli pengguna meningkat – permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah

iv. Jangkaan harga masa depan – harga perabot rotan Syarikat Taza Design dijangka akan naik / meningkat pada masa depan – permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design pada masa kini akan bertambah

v. Dasar kerajaan – kerajaan menurunkan cukai pendapatan perseorangan, kuasa beli masyarakat akan bertambah / naik – permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah

vi. Musim – ketibaan musim perayaan, contohnya Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali – permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan meningkat untuk meraikan musim perayaan

(e) i. Jumlah caruman tahunan KWSP

00.5016 RM

45600RM100

11

ii. Jumlah faedah yang diterima

00.2880 RM

tahun3 30000RM100

2.3

(f) Musyarakah – suatu kontrak perkongsian atau usaha sama antara pihak bank dengan

pemilik modal untuk menjalankan sesuatu pelaburan – modal adalah terdiri daripada wang dan barang yang dapat dinilai dengan

wang – keuntungan atau kerugian akan ditanggung bersama mengikut nisbah yang

telah dipersetujui dalam perjanjian