Contoh surat

download Contoh surat

of 8

description

contoh surat

Transcript of Contoh surat

Nazree Munir | D067419SISTEM KOMPUTER

1. Apakah yang anda fahami berkenaan dengan bahasa mesin?Bahasa mesin atau kode mesin adalah satu-satunya bahasa komputer yang hanya difahami oleh CPU. Bahasa mesin ditulis dalam serangkaian bit-bit (bilangan-bilangan biner, iaitu bilangan yang hanya mempunyai angka 1 dan 0). Beberapa pola-pola bit disimpan dalam mikroprosesor sebagai kode operasi (opcode), yang bererti mengarahkan CPU melakukan operasi tertentu, sementara pola-pola bit lain dapat menunjukkan suatu lokasi memori tertentu, dan pola-pola bit lain dapat menjadi sebuah bilangan.

2. Nyatakan jumlah bit berdasarkan kiraan nibble, byte, word dan long word.Ditentukan oleh persamaan 2n dimana n adalah bilangan bit.Contohnya, Suatu nombor 4 bit boleh mewakili 24 = 16 nombor! (0-15)Suatu nombor 6 bit boleh mewakili 26 = 64 nombor! (0-63)Saiz bit dan gelarannya 4 bit - 1 nibble 8 bit - 1 byte 16 bit - 1 word 32 bit - 1 long word

3. Bagaimanakah pengkelasan jenis komputer boleh dilakukan? Nyatakan jawapan anda beserta dengan contoh-contoh jenis komputer yang terdapat di dalam pasaran.Pengkelasan Komputer Mengikut Saiz:Komputer boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz dan keupayaan. Ada komputer yang sekecil tapak tangan dan ada yang sebesar sebuah bilik. Ada komputer yang memadai untuk orang perseorangan dan ada komputer yang sesuai bagi organisasi besar. Lain orang lain keperluan dan komputer yang sesuai bergantung kepada keperluan tersebut.Komputer semakin lama semakin kecil. Tetapi tidak semestinya, komputer yang lebih besar sudah ketinggalan zaman atau tidak semestinya digunakan lagi. Sebaliknya, komputer yang lebih kecil tidak boleh dianggap kurang berguna. Ini semua terpulang kepada tujuan kita memerlukan komputer. Komputer dikategorikan mengikut saiz, kelajuan, kebolehan pemprosesan dan harga.I) Komputer Mikro:Komputer mikro merupakan jenis komputer yang terkecil yang sesuai untuk kegunaan individu. Harganya dalam linkungan RM2 000 ke atas. Oleh sebab harga dan saiznya, mikrokomputer paling banyak digunakan. Komputer jenis ini dilihat di mana-mana seperti di rumah, sekolah atau pejabat dan digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.Sejak diperkenalkan pada tahun 1975 , ia telah merevolusikan pendidikan dan cara hidup harian. Di negara kita, pada tahun 1991 sahaja, sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan untuk membeli kira-kira 65 000 unit PC. Angka ini dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.Terdapat beberapa bentuk komputer mikro, yang paling popular ialah PC (Personal Computer) atau komputer peribadi yang banyak digunakan di pejabat, restoran, sekolah dan rumah. Komputer mikro yang lebih kecil daripada PC termasuklah komputer pangku atau laptop, komputer notebook, dan komputer poket.a) Komputer Peribadi (Personal Computer)Pada waktu Pc baru muncul, harga sebuah unit yang mempunyai ingatan 16K dan monitor monokrom lebih kurang RM 10 000. Komputer seperti ini sudah dianggap kuno dan tidak sesuai untuk zaman sekarang. Pada hari ini, dengan harga yang sama kita boleh membeli sebuah sebuah komputer mikro yang jauh lebih baik, dan jauh lebih tinggi keupayaan. Malahan kita boleh membeli dua buah PC yang berkemampuan agak tinggi dengan wang RM 10 000 itu.b) Komputer Pangku (Laptop)Dalam dunia yang serba moden ini, ramai yang bergantung pada komputer di pejabat dan di rumah. Ramai eksekutif, pensyarah dan penulis buku perlukan komputer yang senang dibawa ke mana sahaja supaya mereka boleh membuat kerja di mana saja mereka berada. Komputer pangku memberi keistimewaan ini. Tahap keupayaannya sama seperti PC yang lengkap dengan pemacu cakera liut dan/ atau pemacu cakera keras. Oleh sebab saiz lebih kecil, ia senang dibawa ke mana-mana. Saiz terkecilnya lebih kurang 12 x 12 x 2 .Beratnya antara 4 7kg. Selain menggunakan kuasa elektrik, komputer pangku boleh juga menggunakan kuasa bateri.c) NotebookWalaupun komputer pangku mudah dibawa ke mana-mana, ramai orang menganggap komputer pangku tidak cukup kecil dan masih agak berat. Lantas lahir komputer notebook yang menyerupai komputer pangku tetapi lebih kecil dan ringan. Saiznya lebih kurang 8 x 11 x 1 dan beratnya lebih kurang 2 3.5kg. Ia juaga boleh dimasukkan ke dalam beg bimbit. Seperti komputer pangku ia boleh menggunakan kuasa elektrik ataupun bateri. Kini komputer notebook lebih popular daripada komputer pangku.Komputer notebook juga mempunyai pemacu cakera dan /atau cekera keras. Skrin kedua-dua komputer pangku dan notebook ini ialah skrin paparan hablur cecair (LCD- Liquid Crystal Display). Imejnya agak baik sungguhpun tidak setanding dengan monitor PC atau tiub sinar katod (CRT-Cathode Ray Tube). Walau bagaimanapun skrin LCD boleh memaparkan 24 baris x 80 kolum seperti juga skrin CRT.

d) Komputer poketAkhir akhir ini muncul pula komputer sekecil tapak tangan yang bleh dimuatkan ke dalam poket sebuah jaket. Berukuran 4 x 8 x1 dan seberat 0.5kg atau kurang , komputer kecil ini mempunyai skrin yang kecil. Ia mempunyai papan kekunci miniatur seperti kekunci kalkulator. Contoh komputer poket yang terdapat di negara kita ialah HP95LXPalmtop dan Psion Organizer II.Keupayaan komputer poket tidak sama dengan PC. Walaupun begitu, komputer poket boleh disambungkan ke PC dengan kabel. Biasanya komputer poket berfungsi sebagai kalkulator, pengelola elektronik,dan mengandungi perisian popular seperti Lotus 1-2-3. Ia tidak ada pemacu liut atau pemacu cekera keras. Maklumat disimpan di dalam ingatan eletronik yang dikuasai bateri. Oleh sebab keupayaannya yang terhad dan harganya yang agak mahal, komputer poket ini sesuai untuk kegunaan khusus dan bukan menggantikan komputer pangku, notebook, atau PC.II) Komputer MiniKomputer mini tidak sebesar komputer utama dan tahap keupayaannya sesuai bagi organisasi yang sederhana dan tidak memerlukan kuasa komputer utama. Pengguna berinteraksi dengan komputer mini melalui terminal seperti dengan komputer utama. Harga komputer mini dalam lingkungan ratus ribu ringgit.Harga minikomputer dalam lingkungan RM500 000. Kini komputer mini tidak sepopular masa lampau disebabkan banyak organisasi mula membeli komputer mikro yang semakin habat.III) Kerangka UtamaKerangka utama besar dan memerlukan sebuah bilik yang besar serta pantas. Kerangka utama adalah termahal dari minikomputer atau mikrokomputer. Komputer ini juga boleh membuat lebih banyak tugas dan lebih pantas daripada minikomputer atau mikrokomputer. Ia boleh mengendalikan berjuta pengiraan sesaat dan boleh menampung beberapa pengguna melalui terminal dalam masa yang serentak. Ia juga memerlukan persekitaran khusus termasuk penyaman udara, penyejukkan dan kuasa elektrik yang berasingan. Pendawaian kabel sambungan juga rumit. Satu sistem yang lengkap berharga beberapa ratus ribu hingga berjuta ringgit. Harga sesebuah kerangka utama lebih kurang RM300 000 ke atas. Pengguna kerangka utama terdiri daripada organisasi besar khususnya dalam dunia perniagaan, penyelidikan dan angkatan tentera.IV) Super KomputerSuper komputer mempunyai tahap keupayaan yang tertinggi,terpantas dan harganya amat mahal ; ia komputer paling hebat antara semua komputer. Ia boleh memproses berbillion arahan sesaat 40 000 hingga 50 000 kali lebih cepat daripada komputer mikro. Super komputer biasanya digunakan untuk meramal iklim dunia, membentuk strategi peperangan moden, reka bentuk dan ujian kejuteraan, penerokaan angkasa lepas dan kerja-kerja yang memerlukan pengiraan kompleks dan mengambil masa yang lama. Ia boleh memproses mengiraan sebanyak 800 juta sesaat, contohnya super komputer Cray Y- MP EL (yang termurah dari Cray). Harganya sejuta ringgit ke atas

4. Nyatakan lima komponen yang terdapat di dalam model Von Neumann.Komponen model Von Neumann1. MemoriMemori (atau lebih tepat disebut memori fisik) merupakan istilah generik yang merujuk pada media penyimpanan data sementara pada komputer.2. Processor (CPU)Central Processing Unit atau Unit Pemproses Pusat atau CPU berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input , output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan. CPU terdiri dari3. Input Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer4. Output Output merujuk kepada maklumat terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data. Merupakan perangkat komputer yang digunakan untuk menghasilkan keluaran. 5. Unit KawalanMenyelaras dan mengarah segala aktiviti yang berjalan dalam sistem komputer. Ia boleh diandaikan sebagai satu pusat saraf yang mengeluarkan isyarat kawalan kepada unit-unit lain.5. Nyatakan perbezaan di antara ingatan utama dan storan sekunder.Ingatan UtamaSifatIngatan Sekunder

Berbentuk sementara dan akanhilangapabila bekalanelektrik terputusStoran dataStoran kekal dan tidak akanhilang walaupunbekalan elektrik terputus

Tempoh capaian data adalahpantasCapaian dataTempoh capaian data adalahlebih perlahan

Mempunyai saiz storan yanglebih kecilSaiz StoranMempunyai saiz storan yang lebihbesar berkali ganda

Menyimpan data, maklumatatau arahandi dalamkapasiti yang rendahKapasiti DataData, maklumat atau arahandisimpan pada kapasitiyang besar

Storan ini tidak bolehdipindah-pindah,menyebabkandata atau maklumat yangtersimpan di dalam storanprimer hanyalahuntuk komputer tersebutsahajaFizikal StoranSifat fizikal storan sekunderadalah mudah alih,ia boleh digunakan olehkomputer lain

6. Apakah fungsi unit kawalan (CU) yang terdapat di dalam pemproses?Unit kawalan adalah sebahagian daripada CPU. Unit ini menyelaras dan mengarah segala aktiviti yang berjalan dalam sistem komputer. Ia boleh diandaikan sebagai satu pusat saraf yang mengeluarkan isyarat kawalan kepada unit-unit yang lain. Beberapa fungsi unit kawalan adalah:a. Mencapai arahan daripada ingatan dan pindahkan ke CPU satu demi satu.b. Menterjemahkan setiap arahan dan menjana isyarat kawalan untuk memulakan pengendalian tindakan yang tertentu berdasarkan kepada arahan yang telah diterjemahkan.c. Mengarah dan mengawal pengaliran data antara CPU, ingatan dan peranti input dan output.7. Terangkan fungsi daftar di dalam pemproses.Daftar merupakan satu jenis ingatan yang kecil dan pantas. Dalam CPU terdapat beberapa set daftar. Walau bagaimanapun, bilangan saiz dan jenis daftar berbeza daripada satu pemproses dengan pemproses yang lain. Struktur daftar dalam CPU memainkan peranan yang penting dalam mereka bentuk seni bina CPU. Pada asasnya terdapat dua kategori daftar CPU, iaitua. Daftar Kawalan dan StatusDaftar-daftar ini digunakan oleh unit kawalan untuk mengawal pengendalian CPU dan diguna oleh sistem pengendalian untuk mengawal pelaksanaan sesuatu aturcara.b. Daftar Penggunaan PenggunaDaftar ini membenarkan perngaturcara bahasa mesin atau himpunan mengurangkan rujukan ke ingatan utama dengan mengoptimumkan penggunaan daftar-daftar penggunaan pengguna.Walau bagaimanapun, tidak terdapat satu perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kategori daftar tersebut kerana ada juga komputer yang membernarkan daftar kawalan dan status digunakan oleh pengaturcara, sementara yang lain tidak membenarkan langsung.8. Nyatakan perbezaan di antara cache dan daftar.Cache ditempatkan di antara ingatan utama dengan CPU. Tujuan utama cache adalah untuk menghasilkan kelajuan capaian purata yag terpantas sambil meminimumkan jumlah kos keseluruhan sistem ingatan. Cache boleh dianggap sebagai ingatan penimbal untuk ingatan utama. Masa capaian cache ialah lima hingga sepuluh kali lebih pantas daripada ingatan utama. Ia merupakan komponen terpantas dalam hirarki ingatan dan kelajuannya hampir sama dengan daftar-daftar pemproses. Walaupun maklumat yang tersimpan dalam cache adalah terdiri daripada ingatan utama, ia tidak berinteraksi terus dengan ingatan utama. Apa yang akan disimpan di cache dan yang akan dipulangkan ke ingatan utama ialah di bawah kawalan CPU.Daftar pula merupakan satu jenis ingatan yang kecil dan pantas. Dalam CPU terdapat beberapa set daftar. Walau bagaimanapun, bilangan saiz dan jenis daftar berbeza daripada satu pemproses dengan pemproses yang lain. Struktur daftar dalam CPU memainkan peranan yang penting dalam mereka bentuk seni bina CPU. Pada asasnya terdapat dua kategori daftar CPU, iaitua. Daftar Kawalan dan StatusDaftar-daftar ini digunakan oleh unit kawalan untuk mengawal pengendalian CPU dan diguna oleh sistem pengendalian untuk mengawal pelaksanaan sesuatu aturcara.b. Daftar Penggunaan PenggunaDaftar ini membenarkan perngaturcara bahasa mesin atau himpunan mengurangkan rujukan ke ingatan utama dengan mengoptimumkan penggunaan daftar-daftar penggunaan pengguna.

9. Huraikan perbezaan di antara perisian sistem dan perisian aplikasi dengan memberikan contoh yang bersesuaian.Perisian ini telah dibahagikan kepada 2 katogeri iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Pengendalian Perisian sistem pengendalian ialah program yang mengawal dan menyelaras semua aktiviti komputer. Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh sistem pengendalian ialah :1.Menyediakan antaramuka2.Memasang perisian3.Melancarkan perisian4.Memperuntukkan ruang memori Contoh Perisian Sistem ialah - Windows, Linux dan Mac OSPerisian Aplikasi ialah program yang membantu pengguna melaksanakan tugas khusus. Contoh perisian aplikasi 1.Pemprosesan kata (Word, Notepad) 2.Hamparan elektronik (Excel,Statistica) 3.Persembahan elektronik (powerpoint) 4.Pangkalan data (Access,oracle) 5.Penyunting grafik (paint, photoshop) 6.Pemain media (winamp, real player)Perisian sistem termasuk semua program dan perisian yang direka oleh pengilang untuk menjalankan sistem. Satu sistem computer tidak dapat berjalan tanpa pemasangan perisian sistem dalam computer. Sistem perisian termasuk sistem operasi., tingkap, DOS dan sebagainya. Permohonan perisian berbeza dengan perisian sistem permohonan bertulis pengguna dan program yang ditetapkan pengguna contohnya Microsoft power point. Perkataan, Exel, permainan, pad nota dan aplikasi lain. Fungsi dan arahan bertulis oleh pengguna dalam hal perisian aplikasi manakala arahan pra- dikodkan oleh pengilang dalam hal perisian sistem. Kedua- dua mereka adalah bahagian penting dalam sistem computer.10. Senaraikan contoh peranti input dan output berdasarkan jenis data.Peranti input dan output boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu:Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer. Berikut adalah jenis-jenis peranti input komputer Papan Kekunci Tetikus Mikrofon Pengimbas Kamera Digital Joystick Pengimbas kod bar Mesin CT X-Ray Pembaca kad pintar Pengimbas cap jariPeranti output merujuk kepada maklumat terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data. Contoh peralatan bagi peranti output adalah Unit alat papar video Pemplot Terminal grafik Pencetak Pembesar suara