Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa1

3

Click here to load reader

Transcript of Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa1

Page 1: Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa1

Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Kelab Kembara dan Rekreasi, Ruj. Tuan:SMK Kepala Batas, Ruj. Kami : SMKKB/05/KKR/09 (02)13200 Kepala Batas, Tarikh : 15 Ogos 2009Pulau Pinang.___________________________________________________________________________

………………………………….………………………………….………………………………….

Saudara/Saudari,

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KELAB KEMBARA DAN REKREASI

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Kembara dan Rekreasi, SMK. Kepala Batas akan diadakan pada :

Tarikh : 1 April 2009 (Sabtu)Masa : 8.30 pagiTempat: Bilik Kelas 5A

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:2.1 Ucapan Pengerusi2.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu2.3 Laporan Kewangan2.4 Aktiviti-aktiviti yang dirancang2.5 Perkara-perkara yang berbangkit2.6 Hal-hal lain

3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………..(SITI SARAH BT MOHD JIWA)Setiausaha Kelab Kembara dan RekreasiSMK. Kepala Batas.

s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.2. Guru Penasihat Kelab Kembara dan Rekreasi3. Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi.

Page 2: Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa1

Contoh Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Kembara dan Rekreasi Kali Kedua,SMK. Kepala Batas, Pulau Pinang

Tarikh : 1 April 2009 (Sabtu)Masa : 8.30 pagiTempat : Kelas 5AKehadiran :

1. Encik Mohd. Arif bin Ismail (Guru Penasihat)2. Mohd. Jamil bin Mat (Pengerusi)3. Loh Yeap Seng (Naib Pengerusi)4. Siti Sarah bt Mohamad Jiwa (Setiausaha)5. Nor Maimunah Bt Saad (Bendahari)6. Kaviseelan a/l Subramaniam (AJK)7. Saifuddin bin Nasharudin (AJK)8. Mohd. Saleh bin Hitam (AJK)9. Wong Fei Hong (AJK)

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran

Guru Penasihat Kelab dan semua ahli jawatankuasa. Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana semua ahli jawatankuasa dapat hadir pada mesyuarat kali kedua ini.

1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan kembara yang akan dianjurkan oleh kelab ini dan beberapa masalah berbangkit.

2.0 Pengesahan Minit mesyuarat Jawatankuasa yang PertamaSaudara Kaviseelan mengesyorkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan tanpa sebarang pindaan. Usul beliau disokong oleh Saudari Nor Maimunah.

3.0 Laporan KewanganBendahari membentangkan laporan kewangan bagi bulan Mac.

3.0 Aktiviti yang dirancang3.1 Pengerusi meminta semua anggota memberikan pendapat bentuk kegiatan yang akan

diadakan.3.2 Saudara Mohd. Saleh mengusulkan supaya pihak kelab mengadakan kegiatan

berkayak di sungai . Saudara Wong pula mengusulkan supaya diadakan kegiatan mendaki gunung.

3.3 Guru Penasihat memberikan pendapatnya. Beliau lebih cenderung menggalakkan kegiatan mendaki gunung kerana semua anggota dapat menyertainya. Jika diadakan kegiatan berkayak , hanya anggota-anggota yang tahu berenang saja yang dapat menyertainya. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan pendapat Guru Penasihat.

3.4 Saudara Loh mengusulkan supaya diadakan kegiatan mendaki Gunung Jerai. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan usul itu.

3.5 Saudara Wong mengusulkan supaya kegiatan itu diadakan pada 5 dan 6 Mei 2009, yakni pada minggu pertama cuti semester. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan tarikh tersebut.

3.6 Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa memikirkan syarat-syarat penyertaan.

Page 3: Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa1

3.7 Kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu daripada pihak berkuasa.Tindakan : Semua AJK

: Setiausaha

5.0 Perkara-perkara berbangkit Bendahari memaklumkan bahawa ada anggota yang masih belum menjelaskan yuran bulanan.

Tindakan : Bendahari

6.0 Hal-hal lain6.1 Semua ahli jawatankuasa dikehendaki memikirkan moto kelab yang baru.

6.2 Naib Pengerusi diberi tugas menghubungi orang perseorangan yang dapat menjadi pemandu semasa pendakian.

Tindakan : Semua AJK Naib Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan Guru Penasihat yang sudi menghadiri mesyuarat itu hingga selesai. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45 pagi.

Yang bertugas, 2 APRIL 2009

………………………………………(SITI SARAH BT MOHAMAD JIWA)Setiausaha, Kelab Kembara dan Rekreasi,SMK. Kepala Batas,Pulau Pinang.