Contoh Surat Permohonan Dewan

11
Kelab Badminton, SK Bumiputera, Lorong 1, Jalan Sekambal, 94500 Lundu. ____________________________________________________________________ _____ Guru Besar, Ruj. Tuan: SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (2) Lorong 1, Jalan Sekambal, 94500 Lundu. Tarikh : 14 Ogos 2014 Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan dewan sekolah iaitu Dewan Serbaguna Sri Gading bagi mengadakan satu karnival iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah Kebangsaan Bumiputera pada tarikh berikut: Tarikh: 9 – 14 September 2014 Masa : 2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan Badminton ini juga adalah bertujuan

description

Contoh Surat Permohonan Dewan

Transcript of Contoh Surat Permohonan Dewan

Page 1: Contoh Surat Permohonan Dewan

Kelab Badminton,

SK Bumiputera,

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu.

_________________________________________________________________________

Guru Besar, Ruj. Tuan:

SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (2)

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu. Tarikh : 14 Ogos 2014

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN

Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon

kebenaran tuan untuk menggunakan dewan sekolah iaitu Dewan Serbaguna Sri Gading

bagi mengadakan satu karnival iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah

Kebangsaan Bumiputera pada tarikh berikut:

Tarikh: 9 – 14 September 2014

Masa :

2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-

murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan

Badminton ini juga adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para guru untuk

menilai kemahiran peserta-peserta, supaya boleh menjadi calon pemilihan untuk

pertandingan mewakili sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan mempertimbangkan

dan memberi jawapan atas permohonan kami. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai

dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Page 2: Contoh Surat Permohonan Dewan

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………

(VENESSA PHANG IYWON)

Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana,

Karnival Kejohanan Badminton Tertutup,

Sk. Bumiputera, Lundu.

Page 3: Contoh Surat Permohonan Dewan

Kelab Badminton,

SK Bumiputera,

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu.

_________________________________________________________________________

Unit Kewangan, Ruj. Tuan:

SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (3)

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu. Tarikh : 20 Ogos 2014

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKKAN KEWANGAN

Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon

peruntukkan kewangan daripada Unit Kewangan bagi menjayakan satu karnival yang

dianjurkan oleh Kelab Badminton iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah

Kebangsaan Bumiputera yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang berikut:

Tarikh : 9 – 14 September 2014

Masa :

Tempat: Dewan Serbaguna Sri Gading, SK Bumiputera

2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-

murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan

Badminton ini juga adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para guru untuk

menilai kemahiran peserta-peserta, supaya boleh menjadi calon pemilihan untuk

pertandingan mewakili sekolah.

Page 4: Contoh Surat Permohonan Dewan

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat

menyumbangkan peruntukkan kewangan agar program ini dapat berjalan dengan lancar.

Sumbangan boleh diberi dalam bentuk cek atas nama Natasha Binti Misol selaku bendahari

Kelab Badminton.

4. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program ini untuk dipertimbangkan

oleh pihak tuan.

5. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan

terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………

(GREGGERRYLY LIND)

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana,

Karnival Kejohanan Badminton Tertutup,

Sk. Bumiputera, Lundu.

Page 5: Contoh Surat Permohonan Dewan

Kelab Badminton,

SK Bumiputera,

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu.

_________________________________________________________________________

Unit Kokurikulum, Ruj. Tuan:

SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (4)

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu. Tarikh : 20 Ogos 2014

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN

Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon untuk

meminjam peralatan daripada Unit Kokurikulum bagi menjayakan satu arnival yang

dianjurkan oleh Kelab Badminton iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah

Kebangsaan Bumiputera yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang berikut:

Tarikh : 9 – 14 September 2014

Masa :

Tempat: Dewan Serbaguna Sri Gading, SK Bumiputera

2. Berikut ialah senarai peralatan yang kami perlukan;

Bil Peralatan Kuantiti1. First Aid2. Jaring (net)3. Stretcher4. Bulu Tangkis 10 Tabung

Page 6: Contoh Surat Permohonan Dewan

3. Pihak kami akan memastikan semua peralatan yang dipinjam akan digunakan dan

dijaga dengan baik. Kami juga akan memulangkannya selepas aktiviti tersebut berlangsung.

4. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program ini untuk dipertimbangkan

oleh pihak tuan.

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan mempertimbangkan

dan memberi jawapan atas permohonan kami. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai

dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………

(GREGGERRYLY LIND)

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana,

Karnival Kejohanan Badminton Tertutup,

Sk. Bumiputera, Lundu.

Page 7: Contoh Surat Permohonan Dewan

Kelab Badminton,

SK Bumiputera,

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu.

_________________________________________________________________________

Guru Besar, Ruj. Tuan:

SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (5)

Lorong 1, Jalan Sekambal,

94500 Lundu. Tarikh : 25 Ogos 2014

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN CENDERAHATI

Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon

sumbangan dan tajaan cenderahati daripada pihak tuan bagi menjayakan satu karnival yang

dianjurkan oleh Kelab Badminton iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah

Kebangsaan Bumiputera yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang berikut:

Tarikh : 9 – 14 September 2014

Masa :

Tempat : Dewan Serbaguna Sri Gading, SK Bumiputera

Sasaran peserta :

2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-

murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan

Badminton ini juga adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para guru untuk

menilai kemahiran peserta-peserta, supaya boleh menjadi calon pemilihan untuk

pertandingan mewakili sekolah.

Page 8: Contoh Surat Permohonan Dewan

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat

menyumbangkan sumbangan dan tajaan cenderahati ataupun kewangan agar program ini

dapat berjalan dengan lancar. Sumbangan berbentuk kewangan boleh diberi dalam bentuk

cek atas nama Natasha Binti Misol selaku bendahari Kelab Badminton.