Kelab Badminton,
SK Bumiputera,
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu.
_________________________________________________________________________
Guru Besar, Ruj. Tuan:
SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (2)
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu. Tarikh : 14 Ogos 2014
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN
Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon
kebenaran tuan untuk menggunakan dewan sekolah iaitu Dewan Serbaguna Sri Gading
bagi mengadakan satu karnival iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah
Kebangsaan Bumiputera pada tarikh berikut:
Tarikh: 9 – 14 September 2014
Masa :
2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-
murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan
Badminton ini juga adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para guru untuk
menilai kemahiran peserta-peserta, supaya boleh menjadi calon pemilihan untuk
pertandingan mewakili sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan mempertimbangkan
dan memberi jawapan atas permohonan kami. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai
dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
(VENESSA PHANG IYWON)
Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana,
Karnival Kejohanan Badminton Tertutup,
Sk. Bumiputera, Lundu.
Kelab Badminton,
SK Bumiputera,
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu.
_________________________________________________________________________
Unit Kewangan, Ruj. Tuan:
SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (3)
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu. Tarikh : 20 Ogos 2014
Tuan,
MEMOHON PERUNTUKKAN KEWANGAN
Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon
peruntukkan kewangan daripada Unit Kewangan bagi menjayakan satu karnival yang
dianjurkan oleh Kelab Badminton iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah
Kebangsaan Bumiputera yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang berikut:
Tarikh : 9 – 14 September 2014
Masa :
Tempat: Dewan Serbaguna Sri Gading, SK Bumiputera
2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-
murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan
Badminton ini juga adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para guru untuk
menilai kemahiran peserta-peserta, supaya boleh menjadi calon pemilihan untuk
pertandingan mewakili sekolah.
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat
menyumbangkan peruntukkan kewangan agar program ini dapat berjalan dengan lancar.
Sumbangan boleh diberi dalam bentuk cek atas nama Natasha Binti Misol selaku bendahari
Kelab Badminton.
4. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program ini untuk dipertimbangkan
oleh pihak tuan.
5. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
(GREGGERRYLY LIND)
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana,
Karnival Kejohanan Badminton Tertutup,
Sk. Bumiputera, Lundu.
Kelab Badminton,
SK Bumiputera,
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu.
_________________________________________________________________________
Unit Kokurikulum, Ruj. Tuan:
SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (4)
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu. Tarikh : 20 Ogos 2014
Tuan,
MEMOHON PINJAMAN PERALATAN
Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon untuk
meminjam peralatan daripada Unit Kokurikulum bagi menjayakan satu arnival yang
dianjurkan oleh Kelab Badminton iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah
Kebangsaan Bumiputera yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang berikut:
Tarikh : 9 – 14 September 2014
Masa :
Tempat: Dewan Serbaguna Sri Gading, SK Bumiputera
2. Berikut ialah senarai peralatan yang kami perlukan;
Bil Peralatan Kuantiti1. First Aid2. Jaring (net)3. Stretcher4. Bulu Tangkis 10 Tabung
3. Pihak kami akan memastikan semua peralatan yang dipinjam akan digunakan dan
dijaga dengan baik. Kami juga akan memulangkannya selepas aktiviti tersebut berlangsung.
4. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program ini untuk dipertimbangkan
oleh pihak tuan.
5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan mempertimbangkan
dan memberi jawapan atas permohonan kami. Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai
dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
(GREGGERRYLY LIND)
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana,
Karnival Kejohanan Badminton Tertutup,
Sk. Bumiputera, Lundu.
Kelab Badminton,
SK Bumiputera,
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu.
_________________________________________________________________________
Guru Besar, Ruj. Tuan:
SK Bumiputera, Ruj. Kami: SKB/141/100/4/14 (5)
Lorong 1, Jalan Sekambal,
94500 Lundu. Tarikh : 25 Ogos 2014
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN CENDERAHATI
Merujuk kepada perkara di atas saya wakil daripada Kelab Badminton ingin memohon
sumbangan dan tajaan cenderahati daripada pihak tuan bagi menjayakan satu karnival yang
dianjurkan oleh Kelab Badminton iaitu Karnival Kejohanan Badminton Tertutup Sekolah
Kebangsaan Bumiputera yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang berikut:
Tarikh : 9 – 14 September 2014
Masa :
Tempat : Dewan Serbaguna Sri Gading, SK Bumiputera
Sasaran peserta :
2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk memberi peluang kepada murid-
murid untuk menghayati semangat kesukanan badminton. Selain itu, Karnival Kejohanan
Badminton ini juga adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para guru untuk
menilai kemahiran peserta-peserta, supaya boleh menjadi calon pemilihan untuk
pertandingan mewakili sekolah.
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat
menyumbangkan sumbangan dan tajaan cenderahati ataupun kewangan agar program ini
dapat berjalan dengan lancar. Sumbangan berbentuk kewangan boleh diberi dalam bentuk
cek atas nama Natasha Binti Misol selaku bendahari Kelab Badminton.

Top Related