Contoh Teks Pengacaraan Majlis II

download Contoh Teks Pengacaraan Majlis II

of 2

description

contoh teks pengacaraan majlis untuk perhimpunan

Transcript of Contoh Teks Pengacaraan Majlis II

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS (PERHIMPUNAN)

Pemberitahuan utk bersediaAssalaamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada semua pelajar anda diminta untuk mengambil tempat kerana majlis perhimpunan ini akan dimulakan sebentar saja lagi.

Lagu NegarakuSemua pelajar diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Semua pelajar dipersilakan duduk.

Bacaan doaBagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini dijemputsaudara _________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada saudara ______________________ atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi.

Kata alu-aluan Assalaamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Yg Berusaha Pn Mahani binti Mohamad ketua jabatan Hal Ehwal Pelajar, para pensyarah, barisan JPP dan juga guru pelatih sekalian.

Ucapan Yg Berusaha Pn Mahani binti MohamadSeterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Yg Berusaha Puan Mahani binti Mohamad untuk menyampaikan ucapan.Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berusaha Puan Mahani atas ucapan itu sebentar tadi.

Ucapan daripada mana-mana pensyarah*bergantung kepada pensyarah yang hendak menyampaikan ucapanSeterusnya dijemput mana-mana pensyarah yang ingin menyampaikan ucapan.

Nyanyian 3 rangkaian LaguBagi mengakhiri majlis perhimpunan kita pada hari ini semua pelajar diminta untuk berdiri bagi menyanyikan 3 rangkaian lagu.

Akhir kataAkhir bicara, pihak majlis memohon kemaafan sekiranya tersalah bicara mahupun mengguris perasaan mana-mana pihak sepanjang mengendalikan majlis perhimpunan pada hari ini. Sekian, terima kasih.

P/S: TERSILAP ITU NORMAL. PROSES PEMBELAJARAN KAN. WELL DONE TO MYSELF! XD