Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN...

36
1 Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KOMITMEN STRATEGI DAN KUALITI (BULAN SQ 2010) & PELANCARAN KRITERIA ANUGERAH STRATEGI DAN KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) oleh Y.BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor 31 Julai 2010 Dewan Kapitol, Universiti Malaysia Perlis

Transcript of Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN...

Page 1: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

1

Teks Ucapan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

BULAN KOMITMEN STRATEGI DAN KUALITI (BULAN SQ 2010)&

PELANCARAN KRITERIA ANUGERAH STRATEGI DAN KUALITINAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

oleh

Y.BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSINNaib Canselor

31 Julai 2010Dewan Kapitol, Universiti Malaysia Perlis

Page 2: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

2

Bismillahir-Rahma-nir-Rahim

ورحمةاهللاوبركاته عليكم السالم

Dan Salam 1Malaysia

Yang BerhormatDato’ Saifuddin Abdullah dan DatinTimbalan Menteri Pengajian Tinggi

Yang BerusahaProf. Dr. Zul Azhar Zahid JamalTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Yang BerusahaTuan Haji Rusli Haji Abd. HamidPendaftar

Yang BerusahaPegawai-pegawai Utama Universiti

Yang BerusahaSaudara Abdul Aziz MahmuddinPengarah, Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti(PUSPEK)

Yang BerusahaDekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan

Yang DikasihiSeluruh Warga Kerja Universiti Malaysia Perlis

Page 3: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

3

Yang DisayangiSaudara Muhamad Nur MisbahYang Di-Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar

Para Pemimpin Pelajar

Para mahasiswa, Rakan-rakan media dan

Hadirin yang Dikasihi Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah (s.w.t) kerana hanya

dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat berkumpul pada

petang ini. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah (s.a.w),

para sahabat dan anggota keluarga Baginda. Semoga himpunan

kekeluargaan ini diberkati Allah yang menggerakkan hati kita

untuk berhimpun di sini. Semoga Nabi Junjungan kita Baginda

Rasulullah menerima kita sebagai ummatnya apabila tiba saat dan

ketikanya.

Sekali lagi saya ingin menyatakan rasa kesyukuran saya kehadrat

Allah (s.w.t) kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama

dengan Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah yang kita undang khas

untuk merasmikan Majlis Penutupan Bulan Komitmen Strategi dan

Kualiti (Bulan Komitmen SQ 2010) dan menyempurnakan Majlis

Pelancaran Kriteria Anugerah Strategi dan Kualiti Naib Canselor.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B. Dato’

Saifuddin Abdullah dan Datin kerana sudi bertandang ke UniMAP

meskipun saya dimaklumi bahawa Dato’ berdua mempunyai acara

yang ketat di Alor Setar pada sebelah pagi dan Dato’ baru sahaja

Page 4: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

4

tiba dari Kulim kerana perlu menghadiri suatu lagi program di sana

pada tengah hari tadi.

Untuk pengetahuan Y.B. Dato’ hari genaplah UniMAP berumur

lapan tahun, lima bulan dan 15 hari sejak saya dilantik sebagai

Naib Canselor pada 16 Februari 2002 dan sejak KUKUM (nama

lama UniMAP) menerima kumpulan pertama mahasiswanya yang

berjumlah 119 orang pada 20 Jun 2002. Dalam pengambilan baru-

baru ini UniMAP mendapat sebanyak 251 orang pelajar peringkat

pengajian diploma dan 1,560 mahasiswa ijazah sarjana muda. Kini,

UniMAP sudah mempunyai sekitar 7,132 orang penuntut termasuk

penuntut peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Page 5: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

5

Jadual 1: Enrolmen Pelajar UniMAP Mengikut PeringkatPengajian 2010

Enrolmen MengikutPeringkat Pengajian Bilangan %

Diploma 890 12.47Sarjana Muda 5,896 82.66Sarjana 254 3.56Ph.D 92 1.28

Jumlah 7,132 100

Para pelajar pengambilan sesi ini merupakan kumpulan yang

pertama disambut dan diterima di kampus utama yang dinamai

Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis. Kampus Alam UniMAP ini

meliputi kawasan seluas 1,028 ekar. Pada masa ini terdapat dua

bangunan yang terbina iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan

Pembuatan dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik. Selain

itu, beberapa bangunan lagi sedang rancak dibina. Antaranya ialah

bangunan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik,

Perpustakaan Utama, Pusat Latihan Kejuruteraan, Kompleks

Dewan Kuliah dan gelanggang sukan.

Selain kampus ini, terdapat juga Kampus Hijau UniMAP di Sg.

Chuchoh yang berkeluasan 253 ekar. Di kampus ini terdapat

Stesen Penyelidikan Agroteknologi dengan pelbagai teknologi

Page 6: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

6

pertanian terkini termasuk lima buah Rumah Hijau Berteknologi

Tinggi. Di tapak ini jugalah akan dibangunkan projek pertanian

berteknologi tinggi untuk mengeluarkan benih dan tanaman

bernilai tinggi dengan memanfaatkan teknologi rumah hijau,

mekanisasi, automasi dan kultur tisu yang akan dibiayai oleh

Northern Corridor Implemetation Agency (NCIA) di bawah Northern

Corridor Economy Region (NCER) dengan pembiayaan bernilai

RM18.1 juta.

Bagaimanapun, kampus UniMAP yang terbesar pada masa ini ialah

Kampus Kota yang teragih di seluruh bandar Kangar dan Kuala

Perlis. Oleh sebab sifatnya yang dikatakan sebagai ‘bertaburan’

atau ‘berserakan,’ dan menjadi hakikat bahawa UniMAP berada di

setiap pelosok Bandar Kangar, namun ada yang berpendapat

sebaliknya. Kata mereka, “Bandar Kangar kini sudah berada di

dalam UniMAP, bukannya UniMAP berada di dalam Bandar

Kangar!” Barangkali kampus inilah kampus yang terbesar di

seluruh dunia. Bagaimanapun, pada masa akan datang, apabila

Kampus Alam dan Kampus Hijau siap sepenuhnya, kita merancang

untuk mengekalkan sekitar 30% operasi UniMAP di Kampus Kota,

dan Pusat Pengajian Perniagaan Inovasi dan Teknousahawanan

yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu akan menjadi

tonggaknya.

Page 7: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

7

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Dengan segala infrastruktur yang sedia ada inilah, UniMAP

memasuki dunia persaingan dan kerjasama dalam dunia pengajian

tinggi negara meskipun pada hakikatnya telah bermula sejak tahun

2002. Dengan prasarana yang sedia ada dan beberapa prasarana

baru yang sedang dibina, UniMAP mula memanjat carta

pemeringkatan (ranking) atau penarafan (rating) universiti

peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan kekuatan yang

sentiasa diperkasakan dan menyedari kelemahan yang sentiasa

dipantau dan diminimumkan, UniMAP pada hari ini (meskipunbaru lapan (8) tahun bersaing) berkeyakinan tinggi dan dengan

sepenuh keikhlasan menawarkan universiti ini kepada masyarakat

setempat dan antarabangsa, semua klien dan pihak

berkepentingan sebagai ‘Universiti Pilihan yang Berdaya Saing’.

Sebagai bukti keyakinan dan keikhlasan dakwaan ini, lihatlah

paparan pencapaian UniMAP dalam beberapa aspek yang sering

dijadikan kriteria penilaian oleh agensi-agensi penilai.

Page 8: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

8

(Mohon rujuk Jadual 2: Program Pengajian dan Pengiktirafan pada

skrin TV)

PUSATPENGAJIAN

PROGRAM AKADEMIK

IjazahSarjanaMuda

DiplomaKejuruteraan

Pascasiswazah

(MODPENYELIDIKA

N)

Mikroelektronik

KejuruteraanMikroelektron

ik

KejuruteraanMikroelektron

ik*telah

mendapatpengiktirafan

M.Sc.(KejuruteraanMikroelektroni

k) Ph.D

KejuruteraanElektronik

KejuruteraanFotonik

Komputer &Perhubungan

KejuruteraanKomputer Kejuruteraan

Komputer*telah

mendapatpengiktirafan

M.Sc(Kejuruteraan

Komputer)M.Sc

(KejuruteraanPerhubungan )

Ph.D

KejuruteraanPerhubunganKejuruteraanRangkaianKomputer

Mekatronik

KejuruteraanMekatronik

KejuruteraanMekatronik

*telahmendapat

M.Sc(KejuruteraanMekatronik)

M.ScKejuruteraan

Mekanikal

Page 9: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

9

KejuruteraanBioperubatan

pengiktirafan (KejuruteraanMekanikal)

M.Sc(Kejuruteraan

ElektronikBioperubatan)

Ph.D

SistemElektrik

KejuruteraanSistemElektrik

Kejuruuteraan Elektrik

*telahmendapat

pengiktirafan

M.Sc(Kejuruteraan

SistemElektrik) Ph.D

KejuruteraanElektronikIndustri

Pembuatan

KejuruteraanPembuatan Kejuruteraan

Pembuatan*telah

mendapatpengiktirafan

M.Sc.(KejuruteraanPembuatan)

M.Sc.(KejuruteraanReka BentukProduk) Ph.D

KejuruteraanRekabentuk

Produk

Bahan

KejuruteraanBahan

KejuruteraanMetalurgi

*telahmendapat

pengiktirafan

M.Sc.(Kejuruteraan

Bahan)M.Sc

(KejuruteraanPolimer)

ModCampuran

Ph.D

KejuruteraanMetalurgi

KejuruteraanPolimer

Bioproses

KejuruteraanBioproses

M.Sc.(Kejuruteraan

Bioproses)Ph.D

KejuruteraanBiosistem

Page 10: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

10

Alam Sekitar

KejuruteraanAlam Sekitar

M.Sc.(KejuruteraanAlam Sekitar)

Ph.DKejuruteraan

BangunanPusat

KemahiranKomunikasi

danKeusahawana

n

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian)(Keusahawanan Kejuruteraan)

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (PerniagaanAntarabangsa)

Sehingga kini UniMAP mempunyai enam program pengajian

diploma, dua puluh program pengajian ijazah sarjana muda

kejuruteraan (jumlah ini melebihi bilangan program pengajian

kejuruteraan di universiti-universiti yang lebih lama ditubuhkan),

satu program pengajian perniagaan antarabangsa, satu program

pengajian keusahawanan kejuruteraan, tiga belas program ijazah

sarjana sains dan kesemua pusat pengajian kejuruteraan

menawarkan program pengajian peringkat doktor falsafah/Ph.D

dalam pelbagai bidang khusus kejuruteraan.

Kesemua program pengajian diploma telah diiktiraf oleh

Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan

(JTPPK) yang dipengerusi oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi

Malaysia pada 21 Ogos 2009.

Sebanyak dua program pengajian ijazah sarjana muda

kejuruteraan yang awal iaitu Program Ijazah Sarjana Muda

Page 11: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

11

Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik dan Program

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan

Komputer telah mendapat akreditasi penuh selama lima tahun

sejak tahun 2006.

Di samping itu, oleh sebab negara kita berusaha mendapatkan

pengiktirafan badan dunia dalam bidang pendidikan kejuruteraan

melalui Washington Accord (WA) – dan kini negara kita telah

mendapat pengiktirafan itu dan siswazah kejuruteraan kita boleh

bekerja sebagai jurutera di mana-mana negara yang berdaftar

dengan badan dunia itu – maka UniMAP telah bertindak

menghantarkan Self-Assessment Report (SAR) bagi 15 program

pengajian kejuruteraan untuk dinilai atau dinilai semula supaya

menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Washington Accord.

Dalam bulan Mei yang lalu sebanyak 45 orang panel penilai kualiti

akademik program pengajian kejuruteraan telah berkampung di

UniMAP untuk mengesahkan tahap kualiti kesemua program

pengajian tersebut. Dengan segala perubahan dan

penambahbaikan pantas yang dibuat oleh para akademik UniMAP,

demi memenuhi kriteria kualiti pendidikan kejuruteraan

Washington Accord itu, maka insya-Allah berkat usaha gigih dan

doa para pensyarah, pentadbir dan mahasiswa UniMAP, dalam

bulan Ogos ini kita akan mendapat khabar gembira tentang status

akreditasi kesemua program pengajian tersebut daripada Board of

Engineers Malaysia (BEM).

Page 12: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

12

Seminggu sebelum itu sebanyak sepuluh orang panel penilai dari

Malaysian Quality Agency (MQA) telah melaksana audit kualiti

program akademik UniMAP. Meskipun keputusan audit rasmi

belum dikeluarkan oleh MQA, namun berdasarkan maklumat yang

disampaikan semasa mesyuarat penutup audit itu, disebut bahawa

kesemua program pengajian yang ditawarkan didapati telah

mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dengan

pengiktirafan seumpama ini maka dapatlah para siswazah kita

bekerja di agensi-agensi kerajaan tanpa ragu atau memerlukan

surat pengesahan khas daripada JPA yang memberikan status

Khas Untuk Penyandang bagi siswazah lepasan UniMAP sebelum

ini.

Pada hari ini, UniMAP terbina oleh sekitar 1,669 orang staf

akademik dan bukan akademik yang dilantik sama ada secara

tetap, kontrak atau sambilan. Daripada jumlah itu sebanyak 632

orang terdiri daripada staf akademik (sila rujuk jadual 3)

Page 13: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

13

Jadual 3: Bilangan Tenaga Akademik

BILANGAN

KATEGORI TENAGA PENGAJAR

Profesor

Berkelayakan Ph.D

IjazahSarjan

aPLV

GuruBahas

aTuto

r

632 26

93 358

156 19 6Bilangan Pensyarah

451

Meskipun pada masa ini UniMAP mempunyai sekitar 20.6% tenaga

akademik yang berkelulusan Ph.D, namun dalam masa empat

tahun dari sekarang kita menjangkakan bahawa peratusan

pensyarah yang berkelayakan Ph.D akan meningkat menjadi lebih

daripada 40% kerana kita telah menghantarkan sekitar 180 orang

felo di bawah Skim SLAB dan SLAI untuk melanjutkan pelajaran di

peringkat doktor falsafah di universiti-universiti di dalam dan di

luar negara (sila rujuk jadual 4).

Page 14: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

14

Jadual 4: Bilangan Fellow SLAB/SLAI dan Staf Cuti Belajardi Peringkat Ph.D di Dalam dan Luar Negara

Negara Bilangan

Dalam Negara 83

Luar Negara 97

Jumlah 180

Untuk meningkatkan imej komponen international outlook-nya,

seperti yang terdapat dalam skema penilaian Times Higher

Education Supplement (THES) UniMAP telah mendapatkan

khidmat kepakaran tenaga akademik antarabangsa sebanyak 61

orang yang didatangkan dari 16 buah negara (sila rujuk jadual 5).

Page 15: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

15

Jadual 5: Bilangan Pensyarah Antarabangsa Mengikut Negara

Bil. Negara Asal Bilangan

1. Indonesia 17

2. India 12

3. Iraq 7

4. Myanmar 5

5. Bangladesh 5

6. Great Britain 1

7. Republik Kyrgyz 1

8. Australia 1

9. Pakistan 1

10. Thailand 3

11. Jepun 1

12. Republik Uzbekistan 1

13. Republik Rakyat China 1

14. Sudan 1

15. United Kingdom 1

16. Filipina 3

Jumlah 61

Dan dalam masa yang sama, setelah berusaha sekitar dua tahun

sebelum ini, kini, UniMAP telah mempunyai 229 orang penuntut

antarabangsa yang datang dari 18 buah negara (sila rujuk Jadual

Page 16: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

16

6). Bilangan ini tidak termasuk pelajar Ijazah Sarjana Muda yang

baru mendaftar dalam sesi ini, khususnya dari Yemen, Negara

China dan Indonesia.

Jadual 6: Bilangan Pelajar Antarabangsa Mengikut Negara

BIL NEGARA BILANGANPERINGKAT PENGAJIAN

Sarjana Muda M.Sc Ph.D2009/10 2010/111. Indonesia 39 6 10 4 192. Bangladesh 5 - - 1 43. India 8 - - 5 34. Iraq 16 - 1 7 85. Thailand 3 - 1 1 -6. Algeria 1 - - - 17. Nigeria 1 - - - 18. Syria 3 1 1 1 -9. Myanmar 1 - - 1 -10. Jordon 1 - - - 111. Pakistan 1 - - - 112. Libya 9 - - 9 -13. Yemen 64 38 25 - 114. China 46 32 14 - -15. Sudan 2 1 1 - -16. Mauritius 6 1 5 - -17. Somalia 20 12 8 - -18. Uzbekistan 3 - 3 - -

Jumlah 229 91 69 30 39

Page 17: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

17

Untuk menyediakan infrastruktur ilmu yang mencukupi, Jabatan

Perpustakaan UniMAP telah diperlengkap dengan pelbagai bahan

bercetak dan bahan elektronik (sila rujuk Jadual 7).

Jadual 7: Sumber Bahan Rujukan

BIL. KEMUDAHAN JUMLAH

1 Buku dan Jurnal Berjilid 37,563 naskah

2 Buku Elektronik (e-books) 1,276,329

3 Langganan Jurnal Elektronik (e-journal)

12,677

4 Langganan Jurnal Bercetak 57 judul

5 Bahan Media 4,517 unit

Y.B. Dato’ dan hadirin sekalian.

Masyarakat dan rakan-rakan seperjuangan dari IPTA yang lain

sering mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang UniMAP

khususnya daripada segi kualiti siswazahnya. Dalam Tracer Study

2009 yang dilaksana oleh KPT didapati bahawa UniMAP hanya

melahirkan 1.6% siswazah yang bergraduat dengan Ijazah Kelas

Pertama dan 38.1% siswazah bergraduat dengan Ijazah Kelas

Kedua (sila rujuk Jadual 8). Ini membukti bahawa bukan mudah

untuk mendapatkan ijazah kelas pertama di UniMAP kerana sistem

Page 18: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

18

pemarkahannya yang berkualiti dan sekaligus melambangi kualiti

sistem akademik universiti ini.

Jadual 8: Tahap Pencapaian Akademik GraduanSemasa Bergraduat (Tracer Study) 2008

SENARAIIPTA

JUMLAHGRADUAN

PENCAPAIAN AKADEMIK (%)

Lulus 2.00-2.49

2.50-2.99

3.00-3.49

3.50-3.69

3.70-4.00

UM 5281 5.4 3.9 27.4 46.3 11.4 5.6

UKM 5408 5.6 2.6 27.6 53.7 8.0 2.6

UPM 6126 1.2 4.4 21.6 46.7 15.6 10.3

UIAM 3415 2.7 9.8 38.7 40.6 5.4 1.8

UiTM 12124 0.2 1.2 41.7 49.7 5.8 1.5

USM 5718 4.0 9.5 39.5 40.3 5.6 1.1

UTM 6029 - 7.0 28.2 49.6 10.2 5.0

UUM 5975 - 3.9 37.2 50.6 6.5 1.7

UNIMAS 1470 - 5.4 50.6 37.0 5.3 1.6

UMS 3539 0.8 13.8 52.2 30.4 2.2 0.5

UPSI 2931 - 2.3 19.3 67.1 9.9 1.4

UTHM 1247 - 9.8 35.4 39.7 10.9 4.2

UMT 1454 - 3.2 27.4 54.9 10.7 3.9

UTeM 1196 - 14.6 51.1 27.7 4.7 1.9

USIM 243 - 4.9 25.1 56.8 10.7 2.5

UMP 398 - 3.3 46.0 41.7 6.3 2.8

UniMAP 645 - 13.8 46.5 33.3 4.8 1.6

Keseluruhan 63,299 1.6 5.4 34.8 46.9 8.0 3.2

Page 19: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

19

Jika dilihat pula daripada segi tahap kemahiran insaniah para

pelajar yang bakal bergraduat tahun ini, didapati bahawa

kemahiran insaniah keseluruhan mahasiswa UniMAP (skor 7.39)

mengatasi tahap pencapaian peringkat nasional (skor 7.23) (rujuk

Jadual 9).

Jadual 9: Tahap Kemahiran Insaniah Pelajar yang Bergraduatpada 2010 (My3S)

Page 20: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

20

Penunjuk:

CS : KEMAHIRAN KOMUNIKASIKOMBM: KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIAKOMBI : KOMUNIKASI BAHASA INGGERISCTPS : PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN

PENYELESAIAN MASALAHTS : KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

Page 21: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

21

EM : MORAL DAN ETIKA PROFESIONALLS : KEMAHIRAN KEPIMPINANLL : PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN

PENGURUSAN MAKLUMATKK : KEMAHIRAN KEUSAHAWANANKI : KEMAHIRAN INSANIAH KESELURUHAN

Begitulah serba sedikit gambaran hakikat kualiti akademik

UniMAP pada masa ini berdasarkan data dan fakta yang

dikumpulkan oleh KPT melalui beberapa instrumen kajian yang

dibina oleh pakar-pakar dalaman KPT. Data dan fakta ini dilihat

mempunyai korelasi yang positif dengan satu lagi instrumen kajian

tahap kesihatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilaksana oleh

MQA iaitu Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

2009 (SETARA) yang diumumkan oleh Y.B. Menteri Pengajian

Tinggi baru-baru ini. Jika dalam kajian yang sama yang dilaksana

dalam tahun 2007, UniMAP mendapat skor 42.3% dan

dikategorikan sebagai universiti yang “memuaskan,” namun dalam

tahun ini UniMAP telah berjaya memanjat tangga penarafan itu

setelah diisytiharkan sebagai universiti Tier 4 atau universiti yang

“sangat baik” dengan skor sebanyak 69.4% yang memberikan

gambaran tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di UniMAP.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dikasihi sekalian.

UniMAP tidak membina asas perkembangannya berdasarkan satu

serombong (silo) tertentu dan khusus. Dengan pengalaman yang

dibawa dan dipelajari dari universiti-universiti lain seperti USM,

Page 22: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

22

UM, UMS dan UPM, UniMAP membangunkan fundamental yang

kukuh bagi sesebuah universiti dalam pelbagai aspek, misalnya

penyelidikan, pembangunan mahasiswa, teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT), sukan dan kebudayaan. Dalam penyelidikan,

misalnya, UniMAP telah menempa nama yang agak mengagumkan

sebagai hasil kebijaksanaan dan kerajinan para penyelidik muda

dan kanan kita membuat penyelidikan dan menyebarkan hasil

penemuan penyelidikan mereka dalam pelbagai persidangan dan

pameran penyelidikan di dalam dan luar negara. Oleh sebab itu

dalam Penilaian Tahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA (MyRA),

UniMAP diiktiraf sebagai universiti yang mengetuai senarai

universiti yang dikategorikan sebagai universiti 3 bintang dan

menduduki tangga yang ke-7 daripada 20 buah universiti awam di

negara kita. Terdapat beberapa bukti lagi tentang tahap daya saing

UniMAP dalam penyelidikan (sila rujuk Jadual 11, Jadual 12,

Jadual 13, Jadual 14 dan Jadual 15) di paparan.

Jadual 10: PenilaianTahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA(MyRA)

BIL IPTA TAHUNMULA

TAHUNAKHIR

BIL.TAHUN

STARRATING

1.Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia2007 2009 3 ****

2. Universiti Malaysia 2007 2009 3 ***

Page 23: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

23

Perlis

3.Universiti Utara

Malaysia2007 2009 3 ***

4.Universiti Malaysia

Sabah2007 2009 3 **

5.Universiti Malaysia

Sarawak2007 2009 3 **

6.Universiti Sains Islam

Malaysia2007 2009 3 **

7.Universiti Teknologi

Mara2007 2009 3 **

8.Universiti Malaysia

Terengganu2007 2009 3 **

9.Universiti Malaysia

Pahang2007 2009 3 **

10.Universiti Teknikal

Malaysia Melaka2007 2009 3 *

11.Universiti Pendidikan

Sultan Idris2007 2009 3 *

12. Universiti Darul Iman 2007 2009 3 *

13Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia2008 2009 2 *

14Universiti Malaysia

Kelantan2007 2009 3 -

15 Universiti Pertahanan 2007 2009 3 -

Page 24: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

24

Nasional Malaysia

Page 25: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

25

Jadual 11: Senarai Perolehan Pingat Mengikut KedudukanUniversiti

Dalam Pameran PECIPTA 2009

BIL NAMA IPTPINGAT JUMLAH

PINGATEMAS PERAK GANGSA

1 UM[ Universiti Malaya

]4 14 10 28

2 UTM[Universiti

Teknologi4 11 11 26

3 UPM [ Universiti Putra ] 3 5 7 15

4 USM [ Universiti Sains ] 3 5 6 14

5 UNITEN[ Universiti Tenaga

Nasional ]3 1 4 8

6 UniMAP [ Universiti Perlis ] 2 10 3 15

7 UUM [ Universiti Utara ] 2 0 0 2

8 UTeM[ Universiti

Teknikal Melaka]1 3 3 7

9 UPSI

[Universiti

Pendidikan Sultan

Idris]

1 3 4 8

10 UNIMAS Universiti 1 1 3 5

11 UKM[ Universiti

Kebangsaan ]0 3 2 5

12 UiTM[ Universiti

Teknologi MARA ]0 12 10 22

13 UTHM [ Universiti Tun 0 0 10 10

Page 26: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

26

Hussein Onn

Malaysia ]

14 UMT[ Universiti

Terengganu ]0 2 1 3

15 UMP[ Universiti Pahang

]0 5 7 12

17 UMS [ Universiti ] 0 2 2 4

18 UIAM[Universiti Islam

AntaraBangsa ]0 2 6 8

19 UMK[Universiti

Kelatan]0 0 0 0

21 UNITAR[Universiti Tunku

Abdula Rahman]0 0 0 0

22 UPNM

Universiti

Pertahanan

Nasional

0 4 0 4

23 USIMUniversiti Sains

Islam0 1 3 4

JUMLAH 24 84 92 200

Page 27: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

27

Jadual 12: Jumlah Perolehan Geran dari Pelbagai Sumber (dalam RM)

JenisGeran

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010Nilai

Keseluruhan

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

Bil

Amaun

FRGS 7 121,530

5 92,038

21

392,140

76

1,712,000

72

4,148,226

13

1,170,100

13

722,546

41

1,613,840

248

9,972,420

Sciencefund

8 1,405,500

24

5,249,912

10

1,655,390

3 640,106

2 170,510

47

9,121,418

ShortTermGrant

2 40,000

12

208,950

13

243,000

36

606,020

2 30,000

65

514,482

57

736,800

73

788,000

260

3,167,252

MOA 9 1,254,820

- - 9 1,254,820

IRPA 2 2,805,890

1 253,000

3 3,058,890

PNB 2 59,980

2 59,980

GeranKhasKPT

1 350,000

1 170,000

2 520,000

BioNexus

1 399,000

1 399,000

Page 28: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

28

YayasanFELDA

1 209,000

1 209,000

Astronautic

1 61,500

1 61,500

Unisel(MOSTI)

1 90,000

1 90,000

USM-UniMAP(MOSTI)

1 150,000

1 150,000

PusatZakatPulauPinang

1 25,000

1 25,000

Kumpulan WangPenyelidikanKhas

1 120,000

1 40,000

2 160,000

TabungInsentifJurnalPenyelidikan

16

135,000

16

135,000

Jumlah/Tahun

9 161,530

19

3,106,878

35

888,140

122

3,994,020

98

9,428,138

94

4,014,952

85

4,043,272

133

2,747,350

595

28,384,280

Page 29: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

29

Jadual 13: Jumlah Perolehan Geran Sciencefund MengikutKedudukan IPTA

NO. INSTITUSIBILANGAN PROJEK

DILULUSKANAMAUN

DILULUSKAN (RMJUTA)

1 UTM 401 79.99

2 UPM 475 79.47

3 UKM 338 64.72

4 UM 281 60.41

5 USM 257 49.23

6 UiTM 144 24.24

7 UMS 61 11.46

8 UniMAP 47 9.18

9 UMT 43 8.33

10 UNIMAS 37 6.25

11 UIAM 28 4.97

12 UTHM 18 2.85

13 UTeM 10 2.17

14 UMP 13 1.91

15 UPNM 3 0.44

16 UUM 3 0.36

Page 30: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

30

17 USIM 1 0.18

18 UPSI 1 0.16

JUMLAH 2,161 406.32

Jadual 14: Senarai Penerbitan Artikel Penyelidikan UniMAPyang Diterbitkan di dalam Jurnal yang Tersenarai di Pengkalan

Data SCOPUS (2005 hingga April 2010)

Perkara

TahunJumla

h2005

2006

2007 20082009

2010

Jumlah artikel 10 37 75 141 127 8 350

Jumlah artikel

yang

mempunyai

Impact Factor

0 6 10 28 Maklumat

belum

diperoleh

44

Jumlah Impact

Factor0

7.97

4

10.25

0

46.70

1

64.925

Jadual 15: Perbandingan Penerbitan UniMAP yang Tersenaraidi dalam

Page 31: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

31

Pangkalan Data SCOPUS dengan Universiti MTUN Dan USMbagi Tahun 2009.

Universiti

UniMAP UTeM UTHM UMP USM

Senarai

Penerbitan

dalam

Scopus

95 30 57 60 322

Y.B. Dato’ dan hadirin sekalian.

Sebentar tadi telah saya bentangkan sedikit data dan maklumat

tentang kualiti akademik dan mahasiswa yang kita lahirkan

daripada sudut pencapaian akademik dan tahap kemahiran

insaniah mereka setelah melalui proses pembelajaran dan

pendidikan di UniMAP. Selain itu, UniMAP kelihatan tidak

ketinggalan malah agak setara dengan IPTA lain dari sudut outcome

hasil kerjanya. Data kebolehpasaran siswazah UniMAP sejak 2006

hingga 2009 amat memberansangkan. Jika pada tahun 2006

Page 32: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

32

apabila kita mula melahirkan siswazah kohort pertama, sebanyak

100% siswazah kita yang berjumlah 107 orang pada ketika itu

mendapat pekerjaan, melanjutkan pelajaran atau bekerja sendiri.

Oleh sebab jumlah siswazahnya tidak banyak, maka bolehlah

dikatakan bahawa semua mampu diserap oleh industri. Namun,

data kebolehpasaran siswazah UniMAP 2009 menunjukkan

bahawa hanya 15% siswazah tidak mendapat pekerjaan setelah

selepas enam bulan setelah bergraduat. Daripada 85% yang

berjaya dipasarkan, sebanyak 27% siswazah diambil bekerja oleh

syarikat-syarikat multinasional, 16% bekerja di syarikat-syarikat

setempat, sebanyak 16% melanjutkan pelajaran dan hanya 8%

yang bekerja di agensi-agensi kerajaan. Data ini membukti bahawa

siswazah UniMAP diterima dengan baiknya oleh organisasi yang

berorientasikan perniagaan dan pengeluaran (rujuk Jadual 16).

Yang lebih mengujakan ialah sebanyak sekitar 32% mahasiswa kita

yang akan bergraduat dalam Istiadat Konvokesyen ke-5 pada 7

Ogos 2010 ini telahpun dilamar untuk mengisi jawatan Jurutera

oleh pelbagai syarikat lokal dan multinasional, selain daripada

melanjutkan pelajaran (sila rujuk Jadual 17). Jelaslah, pada

persepsi kami di UniMAP bahawa apa jua usaha dan susah payah

kami di UniMAP untuk melahirkan anak didik yang dapat

menyumbang kepada pembangunan negara seperti yang menjadi

hasrat kerajaan dapat dilaksana dengan sewajarnya.

Page 33: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

33

Jadual 16: Peratusan Kebolehpasaran SiswazahEnam Bulan Selepas Konvokesyen 2009

SAMBUNG BELAJAR16%

AGENSI KERAJAAN8%

SYARIKAT GLC2%

SYARIKAT SWASTATEMPATAN

16%

SYARIKATMULTINASIONAL

28%

TIDAK DAPATDIHUBUNGI

1%

BELUM BEKERJA15%

BEKERJA SENDIRI2%

LATIHAN LAJUTAN12%

Jadual 17: Peratusan Kebolehpasaran SiswazahSebelum Konvokesyen 2010

Kebolehpasaran Bilangan %

Bakal Siswazah yangSudah Bekerja 152 19.46

31.62Bakal Siswazah yangMelanjutkan

Pelajaran95 12.16

Bakal Siswazah yang

Page 34: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

34

Belum MempunyaiPekerjaan

534 68.37

Jumlah Mahasiswayang BakalBergraduat 781 100.00

Y.B. Dato’ dan Tuan dan Puan Sekalian.

Apa pun persepsi masyarakat terhadap kekuatan, kelemahan dan

keupayaan UniMAP, saya kira data dan maklumat yang dikongsi

sebentar tadi dapat menggambarkan kedudukan sebenarnya.

Kekuatan terbaru UniMAP yang dapat menjelaskan lagi kekuatan

dan keupayaan yang ada ialah kejayaan UniMAP mendapatkan

pengiktirafan standard kualiti setelah pada bulan Disember yang

lalu dianugerahi Sijil MS 1722:PART 1:2005 dan OHSAS

18001:2007 bagi Occupational Safety and Health Management for

Clean Room and Teaching Factory yang dianugerahkan oleh

National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) dan

pada 16 Julai yang baru lalu, UniMAP dianugerahi pula Sijil ISO

9001:2008 bagi pengurusan perkhidmatan pendidikan tinggi

program ijazah sarjana muda (kepujian) oleh SIRIM QAS

International dan The International Certification Network

(IQNetwork), suatu badan persijilan kualiti antarabangsa.

Page 35: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

35

Tetapi bagi kami warga Universiti ini, UniMAP yang berumur lapan

tahun ini mempunyai kekuatan yang tersendiri, meskipun masih

ada ruang-ruang kelemahan yang wajar dibaiki. Tetapi, percayalah

bahawa berdasarkan rekod-rekod yang ditunjukkan, UniMAP ialah

universiti yang berdaya saing. UniMAP ialah ‘Universiti Pilihan yang

Berdaya Saing’. Visi UniMAP memaparkan bahawa UniMAP ialah

institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada

antarabangsa. Insya-Allah, kami yakin bahawa visi ini akan dapat

direalisasikan, khususnya untuk tergolong dalam kalangan 500

buah universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020.

Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah apa kiranya

serangkap dua pantun warisan budaya kita untuk bekalan Y.B.

dan isteri:

Jauh di mata, rindu di hati,Hati terusik mengenangkanmu,

Relakanlah anak bangsamu berada di sini,Mengabdikan diri menuntut ilmu.

Usah bersedih, duka di hati,Rindui kasih nun di utara,

Warga UniMAP sedia berjanji,

Page 36: Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN …portal.unimap.edu.my/portal/page/portal30/FP_COLLECOFRECTOR/2010/JUL...Teks Ucapan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ... untuk merasmikan Majlis

36

Mendidik anak bangsamu ke mercu jaya.

Sekian sahaja ucapan saya. Akhir kata, saya mewakili seluruh

warga UniMAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B.

Dato’ Saifuddin Abdullah dan Datin, serta seluruh warga UniMAP

sama ada staf, pemimpin mahasiswa dan mahasiswa yang mewakili

unit-unit badan beruniform kerana hadir untuk meraikan dan

memeriahkan Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan KomitmenStrategi dan Kualiti (Bulan Komitmen SQ 2010) dan MajlisPelancaran Kriteria Anugerah Strategi dan Kualiti NaibCanselor yang akan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Saifuddin

Abdullah sebentar nanti. Tahniah dan syabas kepada seluruh

jentera jawatankuasa program ini kerana berjaya meletakkan satu

lagi batu tanda kejayaan UniMAP yang berupaya melaksana apa

jua program dengan lancarnya. Inilah tanda jika kita ada

kemahuan, di situlah Allah menunjukkan jalan kejayaan.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,

ورحمةاهللاوبركاته عليكم والسالم

Terima kasih.