Contoh Tugasan 2

4
Tugasan 2 Bagi setiap tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Tajuk-tajuknya ialah: i. Melukis piktograf. ii. Mencari nilai julat antara kuartil menggunakan graf ogif. CONTOH Tema : Pengurusan Data Tajuk : Mengurus dan Mentafsir Data Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- 1. Melengkapkan jadual bagi data terkumpul untuk data kualitif Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengetahui dan memahami data kekerapan dan kekerapan relatif Langkah-langkah Pengajaran

Transcript of Contoh Tugasan 2

Page 1: Contoh Tugasan 2

Tugasan 2

Bagi setiap tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Tajuk-tajuknya ialah:

i. Melukis piktograf.ii. Mencari nilai julat antara kuartil menggunakan graf ogif.

CONTOH

Tema :

Pengurusan Data

Tajuk :

Mengurus dan Mentafsir Data

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-

1. Melengkapkan jadual bagi data terkumpul untuk data kualitif

Pengetahuan sedia ada :

Murid sudah mengetahui dan memahami data kekerapan dan kekerapan relatif

Langkah-langkah Pengajaran

Langkah 1

1. Setiap orang murid di beri pilihan memilih kad gambar haiwan hidupan laut

yang mereka suka Ikan ( I ), obor-obor ( O ) dan tapak sulaiman ( T )

( I ) ( O ) ( T )

Page 2: Contoh Tugasan 2

2. Murid yang memegang kad gambar ikan akan berdiri dan seorang murid akan

membilang dan merekodkannya.

3. Selepas itu murid yang memegang kad gambar obor-obor pula akan berdiri

dan seorang murid akan membilang dan merekodkannya.

4. Seterusnya murid yang memegang kad tapak sulaiman pula akan berdiri dan

seorang murid akan membilang dan merekodkannya

5. Taburan kekerapan data adalah seperti di bawah:

I O I O O O I O

O I T I O T T T

I O O O I O I O

O T I I T I T O

I O I O O O T T

Langkah 2

1. Berdasarkan jadual di atas murid diminta untuk tentukan taburan kekerapan

dan kekerapan relatif

2. Murid di minta untuk melengkapkan jadual di bawah:

Hidupan Laut Kekerapan Kekerapan Relatif

Ikan ( I ) 13 0.325

Obor-obor ( O ) 18 0.45

Tapak Sulaiman ( T ) 9 0.225

Jumlah 40 1.000

3. Guru menerangkan kepada murid bagaimana untuk mencari kekerapan relatif.

Contoh :

Kekerapan relatif untuk ikan

1340

=0 . 325

Kekerapan relatif untuk obor-obor

1840

=0 .45

Page 3: Contoh Tugasan 2

Kekerapan relatif untuk tapak sulaiman

940

=0 . 225

Langkah 3

1. Guru menaksir kefahaman murid dengan memberikan latihan sebagai pe-

naksiran

2. Murid-murid menyiapkan penaksiran secara individu

Penilaian

Nama :……………………………………………. Kelas:……………..

Berdasarkan jadual, bina jadual taburan kekerapan dan kekerapan relatif bagi penjual

buah-buahan yang berjaya menjual buah-buahan digerainya.

Oren Pir Oren Pir Pir

Pir Oren Tembikai Durian Oren

Tembikai Tembikai Oren Durian Belimbing

Oren Pir Tembikai Oren Pir

Tembikai Pir Tembikai Durian Oren

Oren Belimbing Oren Belimbing Belimbing

Buah-buahan Kekerapan Kekerapan Relatif

Oren

Pir

Tembikai

Belimbing

Durian

Jumlah