Contoh tugasan edu

4
)TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME. Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme ialah seperti berikut: Pengetahuan dibina oleh pelajar. Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas. Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial. Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan perselisihan faham. Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar. Implikasi Teori Konstruktivisme ke atas Pengajaran dan Pembelajaran. Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan

description

 

Transcript of Contoh tugasan edu

Page 1: Contoh tugasan edu

)TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME.

Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme ialah seperti berikut:

Pengetahuan dibina oleh pelajar.

Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas.

Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.

Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan perselisihan faham.

Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar.

Implikasi Teori Konstruktivisme ke atas Pengajaran dan Pembelajaran.

Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.

Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyedikan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.

Page 2: Contoh tugasan edu

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan.

Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak.

 

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 111, Penerbitan Fajar Bakti,2002.

Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan 1, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2001.

Atan Long, Psikologi Pendidikan, DBP, Kuala Lumpur, 1978.

Poh Swee Hiang, KBKK, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2000.

Hasan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

________, Beberapa Tinjauan dalam Pendidikan Islam, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1981.

Mahmood Nazar Mohamed, Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia, Kuala Lumpur, 1986.

Page 3: Contoh tugasan edu

REFLEKSI.

Alhamdulillah, Syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan ini, walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.

Walaupun ianya tidak begitu lengkap dan mungkin tidak mencapai sasarannya tetapi inilah yang terbaik yang dapat saya hasilkan. Saya tetap bersyukur dan gembira kerana jerih perih saya membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang cahaya mata, guru agama dan pelajar tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini daripada Encik Md. Zin , saya agak keliru tentang kehendak soalan. Berulang kali dibaca barulah saya dapat memahami kehendak soalan. Setelah itu, kami berempat berbincang bersama-sama dan membahagikan tugas kepada setiap ahli. Kemudian apabila masing-masing telah menyiapkan tugas, hasil tugasan dikumpulkan.

Dalam tugasan ini, saya mengambil masa yang agak lama kerana kekangan masa dan keletihan akibat rutin hidup seharian. Adakalanya saya menaip pada waktu awal pagi dan adakalanya pada lewat malam kerana pada waktu itulah saja yang sesuai dan tenang.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru dan pengalaman baru yang saya perolehi. Semuanya menginsafkan diri ini betapa kerdilnya saya jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu Allah s.w.t anugerahkan di maya pada ini. Ilmu yang saya perolehi hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah s.w.t.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Md. Zin b. Badui yang telah memberikan bimbingan, kedua ibubapa, suami dan anak-anak yang tersayang yang begitu

Page 4: Contoh tugasan edu

memahami diri ini dan telah banyak berkorban untuk saya demi segulung diploma pada Dis. 2004.

Sekian, terima kasih,