contoh_menulis_proposal_guna_jadual.docx

10
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN CONTOH PENULISAN 1. TAJUK KAJIAN A. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. B. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian. TAJUK KAJIAN: TEKNIK HATCHING DAN CROSS HATCHING DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBENTUKAN TON WARNA MENGGUNAKAN PENSEL WARNA BAGI MURID TAHUN 5 SK LEDANG 2. NAMA PENYELIDIK NAMA PENYELIDIK: JULIANA BINTI SARJU 3. NAMA SEKOLAH NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG, JALAN SIALANG 84900 TANGKAK LEDANG JOHOR 4. ABSTRAK Abstrak memberi maklumat umum/ penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian terlebih dahulu. Abstrak hendaklah: i)ditulis dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu mukasurat(100-200) ii) menggunakan font 9/10 dan jenis tulisan arial/times new roman. Kajian yang akan dilaksanakan oleh saya adalah berdasarkan kepada pengalaman saya dalam mengajar di Sekolah Kebangsaan Ledang dimana saya menghadapi masalah apabila melaksanakan aktiviti melukis dan mewarna. Tinjauan dilaksanakan secara pemerhatian , semakan hasil kerja murid, soal selidik, serta temubual. Berdasarkan kepada pemerhatian awal, murid menghadapi masalah mewarna dan kebanyakan hasil karya mereka tidak memenuhi kemahiran mewarna yang betul. Mereka tidak tahu

Transcript of contoh_menulis_proposal_guna_jadual.docx

BAHAGIANPROSES/PENJELASANCONTOH PENULISAN

1. TAJUK KAJIANA. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.B. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian.TAJUK KAJIAN:TEKNIK HATCHING DAN CROSS HATCHING DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBENTUKAN TON WARNA MENGGUNAKAN PENSEL WARNA BAGI MURID TAHUN 5 SK LEDANG

2. NAMA PENYELIDIKNAMA PENYELIDIK:JULIANA BINTI SARJU

3. NAMA SEKOLAHNAMA SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG, JALAN SIALANG 84900 TANGKAK LEDANG JOHOR

4. ABSTRAKAbstrak memberi maklumat umum/ penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian terlebih dahulu.Abstrak hendaklah:i)ditulis dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu mukasurat(100-200)ii) menggunakan font 9/10 dan jenis tulisan arial/times new roman.

Abstrak hendaklah mengandungi : Tujuan Kumpulan sasaran Fokus kajian Tinjauan awal Pelaksanaan kajian Dapatan

Kajian yang akan dilaksanakan oleh saya adalah berdasarkan kepada pengalaman saya dalam mengajar di Sekolah Kebangsaan Ledang dimana saya menghadapi masalah apabila melaksanakan aktiviti melukis dan mewarna. Tinjauan dilaksanakan secara pemerhatian , semakan hasil kerja murid, soal selidik, serta temubual. Berdasarkan kepada pemerhatian awal, murid menghadapi masalah mewarna dan kebanyakan hasil karya mereka tidak memenuhi kemahiran mewarna yang betul. Mereka tidak tahu bagaimana membuat ton warna dan sukar bagi mereka untuk menyiapkan hasil kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Untuk mengatasi masalah tersebut saya telah membuat perancangan untuk menggunakan teknik hatching dan cross-hatching dalam kemahiran mewarna. Dengan menggunakan kemahiran ini, murid dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam mewarna serta meningkatkan minat untuk melukis dan mewarna dalam bidang menggambar

5. REFLEKSI PdPPengkaji berpeluang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual Tahun 5 selama 2 tahun iaitu pada tahun 2013 hingga 2014. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji ketika mengajar bidang menggambar ialah terdapat murid yang sukar mewarna dengan baik apatah lagi menghasilkan ton warna yang sesuai bagi sesuatu objek. Pengkaji juga mendapati murid kurang berminat dengan aktiviti menggambar kerana terpaksa menggunakan pensel warna, hasil kerja lambat siap dan hasil kerja mereka tidak menarik kerana tiada kesan ton warna. Murid juga tidak didedahkan dengan teknik mewarna. Berdasarkan analisis terhadap karya lepas yang bertajuk Local Fruits, pengkaji mendapati murid mewarna secara mendatar dan tiada tindanan atau campuran warna. Objek diwarnakan secara penuh dengan tekanan warna sama ada secara kuat atau perlahan. Untuk menghasilkan warna yang terang, warna yang sama ditekan berulang kali sehingga terhasilnya warna yang terang dan pekat. Ada di antara mereka yang mewarna dengan warna yang samar dan ini tidak mewujudkan ton warna. Oleh yang demikian murid tidak dapat mewujudkan kesan 3 dimensi pada objek yang mereka warnakan. Di peringkat ini, pengkaji masih belum menemukan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji telah mencuba beberapa kaedah dan teknik untuk melatih murid menghasilkan ton warna yang baik.

6. FOKUS KAJIANHasil pemerhatian dan temubual beberapa murid, pengkaji merumuskan bahawa kegagalan untuk mendapat hasil yang baik dalam mewarnakan objek adalah berpunca daripada kesukaran mereka untuk menggunakan media pensel warna tersebut dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan pensel warna dalam menghasilkan ton warna. Berdasarkan kepada instrument yang digunakan oleh pengkaji iaitu pemerhatian, senarai semak, soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan dalam sessi pebelajaran dan pengajaran setiap murid mempunyai kemahiran dan cara yang berbeza dalam menghasilkan karya dalam bidang menggambar bertajuk Local Fruit dengan menggunakan teknik lukisan :1. Murid tidak mengetahui tentang konsep dan makna ton warna.2. Murid tidak dapat melakukan ton warna dengan baik kerana penggunaan media yang berbeza.3. Murid tidak dapat menghasilkan warna yang licin dan rata apabila menggunakan pensel warna.4. Murid tidak kreatif dalam pemilihan warna apabila menggunakan pensel warna untuk menghasilkan ton warna.Pengkaji mendapati penguasaan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna dalam kalangan murid begitu lemah. Sehubungan itu, satu kajian tentang meningkatkan penguasaan teknik hatching dan cross hatching menggunakan pensel warna untuk menimbulkan kesan 3 dimensi pada objek telah dijalankan. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada minat murid menjalankan aktiviti menggambar, penguasaan kemahiran mewarna secara teknik hatching dan cross hatching dan mengaplikasikan teknik hatching dan cross hatching.

7. TENTUKAN OBJEKTIF KAJIANOBJEKTIF UMUM Meningkatkan kemahiran mewarna dan menghasilkan ton warna menggunakan pensel warna secara teknik hatching dan cross-hatching bagi murid tahun 5.

OBJEKTIF KHUSUS

i. Meningkatkan minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik mewarna yang betul.ii. meningkatkan penguasaan kemahiran mewarna melalui eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching.iii. Membantu murid mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching untuk menimbulkaan kesan 3D pada objek menggunakan pensel warna dalam aktiviti menggambar.Untuk mencapai objektif kajian ini, persoalan kajian berikut diformulasikan melalui:

8. KUMPULAN SASARANKumpulan yang hendak dikaji atau menjadi sampel kajian.a. Sebutkan data/maklumat responden yang dikaji.Intervensi untuk mengatasi permasalahan mewarna melibatkan 10 orang responden daripada kelas 5 Ariff. Responden terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Responden dipilih berdasarkan merkah pencapaian semasa ujian sebelum intervensi. Kesemua responden ini telah memperolehi gred C semasa ujian sebelum intervensi. Walaupun mempunyai pencapaian yang rendah mereka menunjukkan komitmen yang baik semasa sessi P&P dimana mereka tetap akan membawa alat dan bahan yang diperlukan walaupun tidak berminat menjalani aktiviti PSV.

9. PELAKSANAAN KAJIANPelaksanaan kajian meliputi:a. Cara mengumpul maklumat. Menghurai secara terperinci cara-cara mengumpul maklumat. Meklumat diperolehi daripada:~ Pemerhatian dalam bilik darjah Pemeriksaan buku Sesi temu bual Soal selidikb. Analisis tinjauan masalah Analisis tinjauan masalah dilakukan dengan membuat jadual atau apa-apa bentuk data display untuk menunjukkan bahawa penkaji telah mengumpul data/ maklumat untuk mengetahui bagaimana masalah itu timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.Cara Pengumpulan Data 5.2.1 Aktiviti Ujian Pra. Pengkaji telah mengadakan Ujian Pra bagi mengetahui tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mewarna. Beberapa aspek telah diperhatikan dimana guru tidak lagi menerangkan kaedah mewarna dengan betul dan murid bebas melukis dan mewarna mengikut kreativiti mereka.5.1.2 Kaedah TemubualPengkaji telah menjalankan temubual terhadap 10 responden yang terlibat berkaitan tentang penggunaan warna dan minat terhadap aktiviti tersebut.

3 Kaedah Pemerhatian Sikap Dan Minat.Pengkaji telah membuat pemerhatian tentang sikap dan minat pelajar terhadap aktiviti melukis dan mewarna bagi mata pelajaran PSV. Terdapat murid-murid yang seronok dan berminat dan terdapat juga murid-murid yang tidak menunjukkan minat dan tidak menyiapkan hasil kerja mereka.

5.3 Cara Analisis DataBagi menambahbaik tahap penguasaan kemahiran mewarna, pengkaji memberikan pendedahan yang maksium teknik hatching dan cross-hatching bermula daripada aktiviti mudah kepada susah. Responden telah menjalani intervensi secara latih tubi selama empat minggu iaitu setiapkali sessi P&P PSV.5.3.1 Aktiviti Terhadap RespondenBerikut merupakan empat aktiviti yang dijalankan terhadap responden : Aktiviti 1 Mengenal alat dan eksplorasi teknik mewarna.i. Murid diperkenalkan dengan cara memegang pensel warna dengan betul.ii. Murid diperkenalkan dengan teknik mewarna menggunakan pensel warnaAktiviti 2 Eksplorasi teknik hatching dan cross- hatching i. Murid diterangkan tentang teknik hatching dan cross-hatching dengan mendalam.ii. Murid membuat latihan stroke secara berulang kali.Aktiviti 3 Eksplorasi teknik hatching dan cross-hatching pada objek.i. Murid menjalankan 4 siri latihan.ii. Murid mengaplikasikan teknik hatching dan cross-hatching pada gambar buah epal dan pir.iii. Guru menerangkan aspek cahaya dan ton warna untuk membentuk kesan 3D pada objek. Aktiviti 4 Ujian selepas Intervensi.

5.3.2 Graf Analisis Peratusan Dapatan Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca5.3.2 Carta Perbandingan Senarai Semak Pra dan Pasca Mengikut Peratusan 6 Aspek Yang Dilihat.5.3.3 Jadual Nilai Peratusan Perubahan Tingkah Laku Semasa Pembelajaran5.4 Perancangn Perlaksanaan TindakanPengkaji memilih untuk melihat aspek kefahaman dan kemahiran responden dalam bidang menggambar dalam aktiviti melukis dan mewarna menggunakan media kering untuk menghasilkan ton dengan kaedah hatching dan cross-hatching.KESIMPULAN.Berdasarkan ujian amali yang telah dijalankan, murid dapat mengaplikasikan teknik mewarna secara hatching dan cross-hatching untuk menimbulkan kesan 3Dimensi dengan baik. Hal ni jelas apabila perubahan pencapaian markah antara ujian pra dan ujian pasca. Kesimpulannya, stroke hatching dan cross-hatching ditindan antara satu sama lain dapat menimbulkan kesan terang dan gelap sekaligus memberi kesan 3Dimensi pada objek yang diwarnakan.