Copy of ukm

7
LAPORAN KAWALAN MUTU TAHUN 2000 1. PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN KUALITI PERNIAGAAN TEMPATAN DAN EKSPORT Sejumlah 5,983 sampel (2000) diambil atau merosot 8.8% berbanding 6,561 sampel (1999) bagi pengawasan dan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Perusahaan Minyak Kelapa Sawit ( Kawalan Kualiti) 1983, bagi kualiti tempatan dan eksport oleh Pegawai-pegawai yang diberikuasa MPOB di seluruh Malaysia. Rajah 1 : Jumlah keseluruhan sampel diambil oleh pegawai diberikuasa seluruh Malaysia (Tahun 1996-2000) Prestasi kualiti tempatan lebih baik , iaitu 1.7 % (2000) berbanding 1.96 % pada 1999 (1998 -2.7 %, 1997- 2.62 %, 1996 – 3.81 %) berdasarkan peratus sampel yang terkeluar spesifikasi bagi kontrak PORAM atau MPOA- MEOMA(tempatan). Berdasarkan kontrak PORAM , MEOMA(eksport) atau negara pengimport , mencatatkan prestasi kualiti lebih baik atau 5.41% (2000) sampel terkeluar spesifikasi berbanding 5.70 % bagi 1999, (1998 - 5.30 %, 1997 - 2.8 %, 1996 – 7.69 %). 1

description

ukm

Transcript of Copy of ukm

RINGKASAN LAPORAN TAHUNAN

LAPORAN KAWALAN MUTU TAHUN 2000

1. PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN KUALITI PERNIAGAAN TEMPATAN DAN EKSPORT

Sejumlah 5,983 sampel (2000) diambil atau merosot 8.8% berbanding 6,561 sampel (1999) bagi pengawasan dan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Perusahaan Minyak Kelapa Sawit ( Kawalan Kualiti) 1983, bagi kualiti tempatan dan eksport oleh Pegawai-pegawai yang diberikuasa MPOB di seluruh Malaysia.

Rajah 1 : Jumlah keseluruhan sampel diambil oleh pegawai diberikuasa

seluruh Malaysia (Tahun 1996-2000)

Prestasi kualiti tempatan lebih baik , iaitu 1.7 % (2000) berbanding 1.96 % pada 1999 (1998 -2.7 %, 1997-2.62 %, 1996 3.81 %) berdasarkan peratus sampel yang terkeluar spesifikasi bagi kontrak PORAM atau MPOA-MEOMA(tempatan). Berdasarkan kontrak PORAM , MEOMA(eksport) atau negara pengimport , mencatatkan prestasi kualiti lebih baik atau 5.41% (2000) sampel terkeluar spesifikasi berbanding 5.70 % bagi 1999, (1998 - 5.30 %, 1997 - 2.8 %, 1996 7.69 %).

Selain tumpuan pengawasan dan penguatkuasaan eksport ke pasaran utama dan bermasalah , projek khas dengan kerjasama AOTC turut dilaksanakan seperti :

Projek khas pengawasan kualiti minyak RBDPO ke Pakistan dengan pelantikan syarikat juruukur berkhidmat di sana

Projek pengawasan kualiti dan pengesanan disel import CPO dari

Indonesia .

Rajah 2 : Peratus sample terkeluar spesifikasi tahun 1996 hingga 2000

2. KUALITI PENGELUARAN DAN STOK MINYAK SAWIT MENTAH

( CPO ) DAN ISIRUNG (PK ) KELAPA SAWIT

Berdasarkan pelaporan kualiti pengeluaran harian dan stok CPO kilang buah melalui QC/MF/1, purata % ffa pengeluaran ( 3.5%) dan stok

( 4.05%) CPO lebih baik bagi tahun 2000 berbanding 3.68%

( pengeluaran) dan 4.12% (stok) bagi tahun 1999.

Rajah 3 : Perbandingan purata kualiti pengeluaran dan stok minyak sawit mentah (berdasarkan % ffa) tahun 1996 hingga 2000 (September 2000)

Purata % dirt and shell (D&S) pengeluaran PK merosot , 5.56 %

(2000 ) berbanding 5.54 % (1999). Purata kualiti stok PK lebih baik 5.09% (2000) berbanding 5.55%.

Rajah 4 : Purata kualiti pengeluaran isirong sawit

(berdasarkan % dirt & shell) bagi tahun 1996 hingga 2000

3. ADUAN KUALITI

10 aduan kualiti (2000) berbanding 11 aduan kualiti pada tahun 1999. Aduan diterima mengenai mengenai kualiti bungkil isirung sawit, soap noodles , minyak isirung dan perkhidmatan pengukuran .

4.PEMERIKSAAN DAN AUDIT KUALITI PREMIS DAN AKTIVITI PEMEGANG LESEN

Sektor Perkhidmatan

Selain aktiviti pengambilan sampel, 256 kali (2000) pemeriksaan premis atau aktiviti juruukur dan makmal bebas pemegang lesen untuk menyemaksemula kesahihan maklumat yang dilaporkan dan kelengkapan atau peralatan yang ada untuk beroperasi berbanding 272 kali pada tahun 1999 turut dilaksanakan oleh pegawai-pegawai diberikuasa MPOB.

Berdasarkan pelaporan maklumat pengukuran di dalam QC/SV/1, bilangan syarikat juruukur yang tidak aktif atau beroperasi berkurang , 10% berbanding 13.6% ( 1999) .

Bagi makmal bebas , 20% syarikat makmal bebas tidak aktif atau menjalankan analisis in-house berbanding 17.2 % (1999) .

Sektor PengeluaranSelain pemeriksaan premis , tiga (3) kilang yang mencatatkan purata kadar perahan minyak (OER)dibawah 17% diaudit kualitinya dengan melaksanakan pengredan buah dan pengesanan kehilangan minyak . Audit kualiti premis kilang penapis, instolasi dan makmal di kawasan Lahad Datu dan Sandakan yang terlibat dengan pengeksportan RBDPO ke Pakistan turut dilaksanakan dengan bantuan pegawai penyelidik TAS dan AOTC.

5. PROGRAM MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KUALITI

PERKHIDMATAN PENGUKURAN

Kursus Juruukur Keluaran Kelapa Sawit Malaysia ke 14 telah diadakan 5

hingga 8 Jun 2000 di Hotel Equatorial, Pulau Pinang bagi sesi teori dan sesi amali di MALPOM Industries, Seberang Prai dengan kehadiran 41 peserta (2000) berbanding 36 peserta (1999). Peperiksaan Juruukur Keluaran Kelapa Sawit Malaysia ke 13 pula , telah diadakan pada 7 hingga 9 September 2000 di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang bagi kertas teori dan FIMA Bulking Services bagi kertas amali. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan merosot iaitu 28 orang pada tahun 2000 berbanding 34 pada tahun 1999. Keputusan peperiksaan siri ke 13 masih belum diumumkan.

Rajah 5 : Bilangan peserta Kursus Juruukur Keluaran Kelapa Sawit Malaysia bagi tahun 1996 hingga 2000

Rajah 6 : Jumlah calon Peperiksaan Juruukur Keluaran Kelapa Sawit Malaysia

bagi tahun 1996 hingga 2000

Bilangan juruukur berdaftar dengan Lembaga pada tahun 2000 turut meningkat iaitu 90 orang berbanding 87 orang pada tahun 1999.

6.AKTIVITI MENYERAGAMKAN KOD AMALI DAN STANDARD KUALITI KELUARAN KELAPA SAWITSelain kerja kawalan mutu , bahagian ini turut bergiat aktif di dalam beberapa jawatankuasa teknikal di dalam industri atau peringkat kementerian/agensi kerajaan untuk menyeragamkan kod amali dan standard tempatan dan antarabangsa berkaitan dengan industri sawit. Jawatankuasa-jawatankuasa ini seperti :

jawatankuasa-jawatankuasa kerja Codex ( Codex Committee for Food Import/Export Certification System dan Oils and Fats ) di bawah Kementerian Kesihatan dan Lembaga ini

Sanitary and Phytosanitary Measures (Kementerian Kesihatan)

ISO /TC 122 Packaging ( SIRIM Bhd.)

Draf Akta Makanan Ternakan (Kementerian Pertanian/Jabatan Veterinar)

Standards Oils and Fats MPOB

PORAM Technical Committee

Bahagian ini turut melaksanakan dialog bersama industri untuk membincangkan isu-isu kualiti dan draf undang-undang subsidiari.

EMBED MSGraph.Chart.8 \s

Tahun 2000- sehingga September 2000.

Tahun 2000- sehingga September 2000.

Tahun 2000- sehingga September 2000.

Aduan diterima Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan termasuk pejabat pelabuhan

PAGE 5

_1045200038.xls

_1045200209.xls

_1044975031.xls

_1044976330.xls

_1044976409.xls

_1044974093.xls