Copy - t1a4 Pendidikan Inklusif 2014

13
FAKULITI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEM 8 / SMP : JANUARI 2014 KOD KURSUS : HBEF 3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF TUTOR ONLINE : PN. FUZIAH BTE ISHAK KOD TUGASAN : T1A4 (RJ) TOPIK TUGASAN : PENULISAN REFLEKSI NO MATRIKULASI : NAMA :

description

PENDIDIKAN INKLUSIF

Transcript of Copy - t1a4 Pendidikan Inklusif 2014

FAKULITI PENDIDIKAN

DAN BAHASA

SEM 8 / SMP

: JANUARI 2014

KOD KURSUS

: HBEF 3503 TAJUK KURSUS: PENDIDIKAN INKLUSIF

TUTOR ONLINE: PN. FUZIAH BTE ISHAK KOD TUGASAN: T1A4 (RJ)

TOPIK TUGASAN : PENULISAN REFLEKSINO MATRIKULASI :

NAMA

:

NO KAD PENGENALAN :

NO TELEFON

:

EMAIL

:

LEARNING CENTRE :DEADLINE :OUM BATU PAHAT

TUESDAY, MARCH 11

PENULISAN REFLEKSISELEPAS MENYELESAIKAN TIGA SIRI-TUGASAN BERKAITAN PENDIDIKAN INKLUSIFPrakata

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, semua kerja kursus PENDIDIKAN INKLUSIF saya bermula dari TUGASAN 1 (T1A1), TUGASAN 2 (T1A2) DAN TUGASAN 3 (T1A3) telah dapat saya sempurnakan. Apa yang paling melegakan saya ialah apabila selesai melaksanakan Tugasan T1A3 iaitu proses penilaian menggunakan instrumen yang saya bangunkan, proses saringan serta pelaporan hasil saringan. Tugasan tersebut telah berjaya dihantar pada 25 Februari yang lalu. Alhamdulillah, sepanjang melaksanakan Tugasan T1A3 tersebut, segalanya telah berjalan dengan lancar dengan sedikit kesulitan namun semuanya dapat diatasi dan diselesaikan. Saya juga merasa amat puas dan lega kerana dengan sempurnanya Tugasan T1A3 itu, maka dapatlah saya memulakan pula TUGASAN 4 (T1A4) ini, yang merupakan tugasan terakhir daripada empat siri tugasan iaitu membuat JURNAL REFLEKTIF ke atas ketiga-tiga tugasan sebelum ini yang telah pun diselesaikan mengikut jadual sepertimana yang telah ditentukan oleh pihak OUM.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Pendidikan Khas, Puan Ramlah bt Hamzah di atas bantuan, sumbangan idea, bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan kerja-kerja kursus saya ini terutama Tugasan 1, 2 dan 3. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Guru Kelas Tahun 2 Nuri, Pn Atikah bt Redzuan dan semua rakan-rakan guru yang terlibat di atas kerjasama yang telah diberikan samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses saya menyiapkan keempat-empat siri tugasan ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang diberikan, ketiga-tiga tugasan termasuk tugasan yang ke empat ini dapat saya selesaikan mengikut perancangan.

Jurnal Refleksi

Sebaik selesai melaksanakan Tugasan T1A3, keputusan yang diperolehi telah menunjukkan seorang murid dalam kelas Tahun 2 Nuri yang saya saring itu iaitu SAIFOL BIN BAHARI telah mendapat markah sebanyak 50.16%. Mengikut skala Skor Markah Penempatan Individu, perolehan markah sebegitu adalah dikategorikan sebagai SEDERHANA. Maksudnya di sini ialah murid ini perlu terlebih dahulu mengikuti Program Percubaan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKBP) sebelum dia disahkan / diperakui benar-benar perlu mengikuti Program Pendidikan Khas Dalam Pembelajaran (PKBP) yang sebenar.

Di sepanjang program percubaan itu, murid ini akan bersama-sama murid Pendidikan Khas yang lain mengikuti Program Pendidikan Khas Dalam Pembelajaran akan tetapi beliau akan dipantau dengan rapi dan teliti selama tiga bulan. Tempoh tiga bulan itu adalah tempoh percubaan bagi menentukan samada murid ini benar-benar memerlukan Pendidikan Khas atau sebaliknya. Lagipun murid ini sebenarnya adalah kategori Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities) iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah sedangkan anggota fizikalnya tidak ada sebarang kekurangan atau pun apa-apa kecacatan. Dengan kata lain anggota fizikalnya adalah sama sepertimana anggota fizikal murid-murid normal juga, cuma mentaliti atau keupayaan intelektualitinya saja yang agak kurang normal atau terlalu lemah. Jadi, selepas tempoh tiga bulan nanti, maka dapatlah diketahui samada murid ini perlu kekal di Kelas Pendidikan Khas atau patut kembali semula ke kelas asalnya, Kelas Tahun 2 Nuri.

2. Seterusnya daripada kursus ini dapatlah saya definisikan bahawa Pendidikan Khas adalah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas berkenaan. Dengan kata lain, Pendidikan khasadalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikanyang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.Saya juga mendapat tahu bahawa urusan kebajikan kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sedangkan urusan dan tanggungjawab pendidikan bagi kanak-kanak tersebut pula dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan hanya kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah berikut:

cacat fizikal teruk,

rencatan akal sederhana dan teruk,

pelbagai kecacatan, dan

kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Manakala di pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pula dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah :

Sindrom Down,

Autisme ringan,

Attention Deficit Hyperaktif Disorder,

Terencat akal minimum, dan

Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Program yang dijalankan adalah berlandaskan kepada dasar, akta, deklarasi, konvensyen, mandat dan lain-lain ketetapan yang antara lain termasuklah :

Akta Pendidikan 1996, Bab 8. Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).

The World's Declaration on Education for All (1990). The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) juga bertangungjawab menyediakan pendidikan khas dalam bentuk Pendidikan Khas Integrasi yang mengabungkan kanal-kanak yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran dalam satu kelas yang sama.Ianya diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama 6 tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama 5 tahun dan dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum mengikut keperluan murid.

Syarat-syarat kemasukan ; Syarat-syarat kemasukan ke sekolah Pendidikan Khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah; Tadika (berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah (berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan syarat terakhir dan dikira terpenting juga ialah calon mestilah berkeupayaan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.

3. Walaupun ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan Khas mahupun Pendidikan Inklusif yang saya perolehi melalui kursus ini dikira boleh tahan juga banyaknya, hinggakan kerana terlalu banyak itu menyebabkan ada diantaranya agak mengelirukan bahkan ada juga yang gagal difahami, rasanya semua itu belum menjamin keyakinan dan kesediaan saya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dalam membantu murid-murid berkeperluan khas. Saya beranggapan begitu kerana apa yang saya perolehi daripada kursus ini sebenarnya hanyalah sekadar teori semata-mata dan belum ada pengalaman ataupun praktikal yang saya kira sama juga pentingnya dengan ilmu-ilmu teori tadi. Ibaratnya sama dengan kemahiran memandu kereta yang memerlukan seseorang itu menguasai kedua-dua bidang teori dan praktikal sekali, dan bukannnya sekadar ilmu teori sahaja.

Satu lagi dapatan yang saya perolehi daripada kursus ini yang pada mulanya saya tidak begitu perasan mengenainya ialah berkaitan dengan Pendidikan Khas Bermasalah Dalam Pembelajaran. Pendidikan ini diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah kronologi perkembangan program Pendidikan Khas Bermasalah Dalam Pembelajaran di Malaysia.

TahunPeristiwa

1988-

-Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, KualaLumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).

Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990-

-Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus responden/murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.

Mesyuarat membincang dan menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.

1991-Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

1992-Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.

1993-Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.

1995-Pendidikan Inklusif bermula.

1996-Pembukaan program Perintis Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2006-Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

Daripada jadual di atas menunjukkan, pengkategorian ini ataupun istilah ini sebenarnya baru saja mula digunapakai menjelang tahun 1988 berbanding istilah Pendidikan Khas yang sudah terpakai sejak tahun 1963 lagi iaitu tahun permulaan bagi Program Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti yang tercatat dalam laman berikut ; http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PKU3101_INTERAKSI_1-25_JUN/08_Isi_Pelajaran.pdfPada awalnya saya beranggapan Pendidikan Khas hanyalah untuk kanak-kanak yang cacat anggotanya ataupun derianya. Rupa-rupanya kacacatan mentaliti ataupun keupayaan intelek yang terlalu rendah juga ada pendidikan atau kelas khas yang diperuntukkan untuk mereka. Tahulah saya sekarang apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Khas Bermasalah Dalam Pembelajaran (PKBDP).

Cuma hingga setakat ini , saya masih tertaya-tanya sudahkah ditubuhkan atau dibuka program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) untuk kategori pelajar pintar cerdas. Setakat yang saya tahu Program Permata Pintar memang ada tetapi adakah itu bersamaan dengan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) untuk kategori pintar cerdas yang saya maksudkan, saya sendiri pun kurang pasti. Beberapa laman web berikut yang telah saya layari nampaknya sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan yang saya musykilkan.

http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htmhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/110.pdfhttp://www.permatapintar.edu.my/http://pppnukm.wordpress.com/permatapintar/http://munirah-bahari.blogspot.com/2008/02/di-manakah-tempat-untuk-kanak-kanak.html

Saya menimbulkan persoalan ini kerana beranggapan adalah lebih berbaloi rasanya mengambil berat / mengutamakan golongan ini berbanding murid-murid berkeperluan khas yang lain-lain kerana yang pasti golongan ini sudah sedia memiliki kebijaksanaan dan kepandaian yang merupakan suatu aset berharga yang perlu kita gilap, asah dan pupuk supaya bila dewasa nanti boleh menjadi pemimpin negara dan seterusnya memacu negara kita menjadi negara yang bila berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mana mana negara sekalipun yang sudahpun maju hari ini.

Saya juga musykil kerana pada tahun 2014 ini, negara kita sudah 57 tahun merdeka, tetapi apakah usaha dan tindakan yang telah kita lakukan selama ini dalam memanipulasi / memanfaatkan golongan yang tinggi nilainya ini, seolah-olah kita tidak tahu menilai antara kaca dan permata, seolah-olaah kita lebih menghargai kaca daripada permata, salah siapa dan di mana silapnya kita selama ini ? Ataupun adanya cerita / agenda tersembunyi di sebalik tindakan mengundur / melawan jam / melawan arus pemimpin-pemimpin atasan kita selama ini yang tidak didedahkan kepada umum disebabkan negara kita negara berbilang kaum ? Entahlah .saya sendiri pun sebenarnya tidak begitu pasti dan tidak yakin dengan diri sendiri, adakah persoalan yang utarakan ini sesuatu yang benar dan boleh diterima ataupun sebaliknya. Takut-takut perkara ini hanya idea picisan atau suatu yang merapu atau cuma sekadar idea orang gila yang hanya membuang / membazirkan masa untuk difikir-fikirkan dan direalisasikan. Waullahu Alam Bis Sawab.

RUMUSANSebagai kesimpulan, Pendidikan Khas sebenarnya ada banyak jenisnya yang diwujudkan khusus untuk manfaat kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia ini tetapi agak malang sedikit nasibnya jika dibandingkan dengan mereka yang agak beruntung kerana dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang kita kategorikan sebagai normal anggota tubuh badannya bahkan juga intelektualitinya. Inilah suatu amalan keadilan yang wajar kita insafi sebagai insan normal dalam menyediakan/memberikan peluang pendidikan terbuka luas / sama rata / yang seluas-luasnya untuk mereka ikuti sebagai persediaan / ilmu untuk mereka hidup berdikari bila dewasa nanti agar mereka tidak dipandang hina atau disisihkan oleh masyarakat dek kerana ketidaknormalan mereka itu yang mereka sendiri pun sebenarnya tidak rela dilahirkan sebegitu. Dengan adanya pendidikan ini, bermakna kita telah melaksanakan tanggungjawab kita atau dengan kata lain, kita telah menunaikan hak mereka untuk mendapatkan hak yang sama rata dalam pendidikan sepertimana kita yang normal telah mendapat hak-hak kita. Tidak keterlaluan rasanya jika kita dianggap telah melakukan satu jenayah kemanusiaan bilamana kita menafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan dek kerana ketidaknormalan mereka sedangkan mereka dan kita adalah sama-sama makhluk Tuhan yang bernama manusia yang punya nafsu, akal , hati dan juga perasaan. Sedangkan kalau pada binatang pun, mereka juga ada hak tersendiri yang perlu kita hormati, inikan pula pada manusia, makhluk Tuhan yang sama seperti kita cumanya mereka itu agak kurang normal sepertimana kita. Sudahlah mereka kurang bernasib baik, kita yang normal ini pula tanpa rasa belas semakin menambah kesengsaraan dan keperitan yang sudah sediakala mereka deritai. Jadi memang wajarlah Pendidikan Khas ini kita sediakan untuk mereka dengan harapan mereka mampu berdikari dan dapat diterima baik dalam masyarakat dan bukan sebaliknya, memandang rendah pada mereka, menghina mereka ataupun menyisihkan mereka dari masyarakat. Sebenarnya bukan setakat pendidikan ini saja, kemudahan-kemudahan awam pada hari ini perlu lebih mesra pengguna-pengguna OKU dan peluang-peluang pekerjaan juga sepatutnya perlu lebih luas terbuka untuk mereka.Walau apa pun, sebelum saya menamatkan jurnal refleksi ini, kali ini saya rasa saya perlu buat penegasan bahawa sudah tiba saat dan ketikanya dimana dalam usia 57 tahun negara ini merdeka, di saat kita mengejar status sebagai negara maju, di sudut lain pula kita mahu memartabatkan tahap pendidikan yang bertaraf dunia ( world class ), mewujudkan pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas sepatutnya sudah menjadi salah satu agenda utama negara. Program seperti Program Permata Pintar kendalian UKM dan dibawah naungan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor amat wajar diberi sokongan. Cumanya kalau boleh, perkembangannya perlu lebih dipertonjolkan lagi dan produknya perlu dipaparkan dan dipertontonkan pada umum bagi memperlihatkan bahawa keberhasilan daripada programnya adalah sesuatu yang memberangsangkan dan membanggakan kita semua. Program Permata Pintar perlu menunjukkan/menyerlahkan kehebatan yang programnya bisa/mampu membuahkan hasil/produk yang negara boleh banggakan. Akhirkata, pendidikan dan pembangunan modal insan sememangnya amat penting kerana kanak-kanak pada hari ini adalah pemimpin negara di masa depan. Mereka perlu diberi peluang yang sebaik-baiknya untuk bekalan hidup mereka di masa depan bila mereka dewasa nanti. Akhir kalam, untuk memajukan negara, kita juga dalam masa yang sama mesti memajukan mutu pendidikan kita. Wassalam.

Page | 1