Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

13
SULIT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG LUMPUR KUANTAN PAHANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 TINGKATAN SATU PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN 1 JAM JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab SEMUA soalan 1 Kegunaan Pemeriksa Bahagi an Soalan Markah Penuh Markah A 1 - 40 40 B 1 10 2 5 3 5 4 5 JUMLAH 65

description

cover soalan

Transcript of Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

Page 1: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG LUMPURKUANTAN PAHANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015TINGKATAN SATU

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab SEMUA soalan

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

[Lihat sebelah

1

Kegunaan Pemeriksa

Bahagian Soalan MarkahPenuh

Markah

A 1 - 40 40

B 1 10

2 53 5

4 5

JUMLAH 65

Page 2: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

Bahagian A: Soalan Objektif- 40 Markah

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi? A Kerajaan yang memerintah dengan adil. B Kerajaan yang dimonopoli oleh kerabat diraja. C Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. D Kerajaan yang mempunyai penyokong yang ramai.

2 Kerajaan yang akan memerintah negara dipilih melalui proses A pelantikan. B pilihan raya. C perundingan. D pewarisan takhta.

3 Sistem raja berpelembagaan ialah A sistem beraja yang dilantik oleh pemerintah. B sistem beraja yang dipilih melalui sistem monarki. C sistem beraja yang dipilih oleh kerajaan pusat. D sistem beraja yang menepati perlembagaan negara.

4 Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong terhadap negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan? A Menjadi ketua agama Islam. B Mentauliahkan duta-duta negara. C Mengurniakan darjah kehormatan. D Merupakan lambang perpaduan di negeri-negeri tersebut

5 Apakah tanggungjawab rakyat dalam mengekalkan sistem demokrasi negara? A Mengundi dalam pilihan raya. B Menggunakan bantuan kerajaan untuk kepentingan diri. C Mengkritik pentadbiran yang tidak berkesan. D Menambahkan bilangan parti politik.

6 Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat bertanggungjawab A melaksanakan dasar pembangunan negara. B menjaga kebajikan rakyat yang telah memilih. C membangunkan kawasan yang dimenanginya sahaja. D menjalankan kuasa-kuasa Yang di Pertuan Agong.

7 Rakyat berhak memilih wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang diadakan setiap _____ tahun sekali. A tiga B empat C lima D enam

8 Wakil rakyat akan menyuarakan pendapat mereka melalui persidangan di _________________. A Parlimen. B Dewan Rakyat. C Dewan Negara. D Suruhanjaya Pilihan Raya

2

Page 3: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

9 Rakyat berpeluang memilih kerajaan yang mentadbir melalui A pilihan raya. B undang-undang. C perlembagaan. D proses perundangan.

10 Kita dapat mengamalkan prinsip demokrasi di dalam kelas dengan cara A melaungkan perkataan demokrasi beramai-ramai. B membuat bising di dalam kelas apabila tiada guru. C menghormati adat resam dan budaya rakan-rakan yang berbilang kaum. D merosakkan harta benda sekolah.

11 Kelebihan sistem demokrasi dalam memilih tokoh murid di sekolah ialah A dapat memilih rakan yang rapat. B dapat mewujudkan persaingan antara rakan-rakan. C dapat memilih calon yang berkelayakan. D dapat mengambil hati rakan yang tercalon sebagai tokoh murid.

12 Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain? A Mewujudkan semangat perpaduan. B Mewujudkan semangat kekitaan. C Mewujudkan semangat berpersatuan. D Mewujudkan semangat persefahaman.

13 Kita boleh membentuk jati diri yang positif melalui A usaha yang berterusan. B pendidikan akademik di sekolah. C bakat dan potensi diri. D didikan agama dan moral.

14 Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap empati? A Menghulurkan derma tanpa mengharapkan balasan. B Memberi bantuan kewangan untuk menunjuk-nunjuk. C Menghulurkan bantuan kerana mahu menjaga hati seseorang. D Mengharapkan sesuatu apabila memberi sebarang bantuan atau pertolongan.

15 Apakah maksud kelestarian alam sekitar? A Menjaga keindahan alam sekitar. B Mengekalkan keadaan alam sekitar. C Membawa perubahan kepada alam sekitar. D Berusaha untuk memulihara alam sekitar.

16 Pilih warganegara yang mempunyai kesedaran sivik. A Menjaga harta benda awam untuk kepentingan bersama-sama. B Melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan diri sendiri. C Melanggar peraturan dan undang-undang negara. D Membaik pulih kemudahan awam yang rosak.

3

Page 4: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

17 Apakah kelebihan mempunyai jati diri dalam menghadapi cabaran? A Menjadikan diri lebih berkualiti. B Dapat menunjukkan kehebatan diri. C Diri akan mendapat pujian daripada orang lain. D Dapat menaikkan imej dan maruah diri.

18 Individu yang mempunyai kesedaran sivik ialah individu yang A mempunyai pendidikan agama dan moral. B mematuhi norma-norma dalam masyarakat. C mempunyai perasaan empati terhadap golongan kurang upaya. D sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

19 Pilih situasi yang menggambarkan individu yang mempunyai kesedaran sivik. A Faizal membuang sampah melalui tingkap keretanya. B Roslan tidak menutup paip air di tandas awam dengan betul. C Suhana memberikan tempat duduk kepada nenak tua. D Chong Wei memotong barisan ketika membeli makanan di kantin.

20 Kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan melalui A Setiap kaum bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. B Wujud diskkriminasi antara kaum dalam bidang ekonomi. C Bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana alam sukar diperoleh. D Berlaku pencemaran di kawasan bandar.

21 Perpaduan antara kaum dapat dipupuk melalui perlakuan yang berikut. A Mencontohi cara hidup orang lain. B Menjauhkan diri daripada masyarakat agar tidak berlaku pertelingkahan. C Mengambil tahu hal peribadi orang lain. D Mengamalkan sikap bertolak ansur dalam masyarakat.

22 Antara berikut, penyataan manakah yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang sejahtera? A Setiap kaum bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. B Wujud diskriminasi antara kaum dalam bidang ekonomi. C Bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana alam sukar diperoleh. D Berlaku pencemaran di kawasan bandar.

23 Kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan sekiranya kita mengamalkan sikap A pesimistik. B bersatu padu. C individualistik. D berdaya saing.

24 Perlakuan menyayangi dan menghargai alam sekitar dapat ditunjukkan dengan cara A membuka kawasan perindustrian di luar bandar. B melaporkan kegiatan yang mencemarkan persekitaran kepada pihak berkuasa. C meneroka kawasan tadahan air. D menjadikan binatang yang telah diawet sebagai perhiasan.

4

Page 5: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

25 Mengapakah kita perlu mengekalkan kelestarian alam sekitar? A Alam sekitar membantu meneruskan kelangsungan hidup makhluk lain. B Alam sekitar menyumbang kepada kekayaan negara. C Alam sekitar menggambarkan sikap masyarakat di sesuatu tempat. D Alam sekitar memerlukan kos yang tinggi untuk dipelihara.

26 Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan kurang upaya? A Orang yang mengalami masalah kesihatan. B Orang yang tidak pandai berdikari dalam mencapat matlamat hidupnya. C Orang yang tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas. D Orang yang tidak mampu memenuhi keperluan seperti individu normal.

27 Anda mempunyai seorang rakan yang datang daripada keluarga yang miskin. Dia berazam untuk mengubah kehidupan keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh. Bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda itu mencapai cita-citanya? A Mengajaknya tinggal bersama-sama agar dapat belajar dengan selesa. B Meminjamkan buku rujukan yang tidak mampu dimilikinya. C Memberikan wang saku kepadanya pada setiap hari. D Meminta rakan-rakan membantunya secara bergilir-gilir.

28 Apakah cabaran utama dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera? A Perpaduan kaum. B Ketidakseimbangan ekonomi. C Pembangunan tidak menyeluruh. D Kegagalan pelaksanaan dasar kerajaan.

29 Bagaimanakah layanan yang harus diberikan kepada golongan kurang berupaya? A Menghormati kemudahan dan keistimewaan yang disediakan untuk mereka. B Memastikan mereka sentiasa berada dalam kelompok yang sama. C Menggalakkan mereka hidup berdikari tanpa bantuan orang lain. D Menyedarkan mereka tentang kelemahan dan kekurangan diri.

30 Apakah cabaran yang sering dihadapi oleh golongan kurang berupaya? A Kekurangan kemudahan untuk memajukan diri. B Sikap masyarakat yang memandang rendah kebolehan mereka. C Dasar kerajaan tidak menitikberatkan kebajikan mereka. D Ketiadaan pertubuhan yang dapat menjaga kebajikan mereka.

31. Pernyataan berikut mununjukkan sikap positif murid untuk meningkatkan keceriaan sekolah kecuali A Menggunakan tandas dengan betul B Melukis corak mural di dinding C Menjaga pokok bunga D Menconteng dinding tandas

5

Page 6: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

32. Antara berikut, yang manakah merupakan langkah mengatasi masalah ponteng sekolah? A Mengambil kehadiran pada waktu pertama B Mengadakan perhimpunan pada waktu pagi C Mewajibkan pemakaian tag nama D Memberikan motivasi dan kaunseling

33. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan sikap diri yang positif? A Usaha hanya di separuh jalan B Mengalah tanpa usaha C Berjuang hingga berjaya D Mensia-siakan peluang yang diberi

34. Pilih perlakuan yang menggambarkan sikap menghormati golongan kurang upaya A Kee Hong mengajar rakan-rakannya cara mempertahankan diri B Suria mendermakan sejumlah wang kepada mangsa perang di Lubnan C Faiz menasihati adiknya agar tidak bermain di tepi jalanraya D Hasrul memimpin tangan seorang lelaki yang cacat penglihatan melintas jalan

35. Antara berikut, perlakuan manakah dapat mengekalkan perpaduan kaum? A Hidup secara bersendirian B Mementingkan diri sendiri C Bersikap sederhana dalam pergaulan D Sukar bertolak ansur apabila berlaku masalah

36. Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui A Perwatakan B lantikan C pilihan raya D kepetahan berucap

37. Semangat kejiranan yang diamalkan oleh masyarakat negara ini akan mewujudkan A perbezaan B perkauman C keharmonian D ketidaktenteraman

38. Bagaimanakah cara untuk memupuk kesedaran sivik? A mewajibkan orang ramai menderma B menampal iklan-iklan di perhentian bas C mengadakan kempen-kempen kesedaran sivik D mengikuti kelas Pendidikan Sivik di sekolah

6

Page 7: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

39. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan sikap diri yang positif? A Usaha hanya di separuh jalan B Mengalah tanpa usaha C Berjuang hingga berjaya D Mensia-siakan peluang yang diberi

40. Sikap bersatu padu perlu diamalkan agar A menjadi ikutan negara luar B menarik minat pelancong luar C mewujudkan persefahaman dalam masyarakat D memudahkan tugas pasukan keselamatan

Bahagian B : Soalan Subjektif - 25 Markah

A. Tandakan (/) pada pernyataan yang benar dan (X) pada pernyataan yang salah. (10 markah)

1. Pengawas sekolah sahaja yang perlu menjaga nama baik sekolah ( )

2. Setiap pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah anda perlu diberikan ( )sokongan moral

3. Persekitaran sekolah yang bersih dapat menjana pemikiran yang sihat ( )

4. Penghayatan nilai murni perlu bagi murid yang mengambil mata pelajaran ( )Pendidikan Moral sahaja

5. Menjaga imej sekolah ialah tanggungjawab pengetua dan guru semata-mata ( )

6. Menjaga keselamatan sekolah ialah tanggungjawab anggota polis sahaja ( )

7. Masyarakat setempat wajar untuk bersama-sama menjaga dan meningkatkan imej sekolah ( )

8. Sekolah adalah satu-satunya institusi untuk membentuk disiplin dan akhlak murid ( )

9. Murid yang gagal dalam peperiksaan akan mencemarkan nama sekolah ( )

10. Semua murid perlu bersikap positif sama ada di dalam mahupun di luar sekolah ( )

7

Page 8: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.(5 markah)

Penyelesaian Pertimbangan Keyakinan Mengelak Keputusan

a) Menghadapi sesuatu masalah atau konflik, kita tidak seharusnya ____________ daripada masalah tersebut tetapi mesti cuba menyelesaikan.

b) Setiap masalah atau rintangan yang dihadapi dalam hidup ini pasti ada jalan ___________ yang terbaik.

c) Setelah membuat ____________ terhadap konflik yang dihadapi, kita mesti yakin dengan keputusan yang telah kita pilih.

d) Seseorang yang mempunyai _________ yang tinggi akan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul walaupun bersendirian.

e) Orang yang selalu bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalahnya tidak akan dapat membuat __________ sendiri apabila menghadapi masalah pada masa akan datang.

C. Tandakan BETUL atau SALAH bagi situasi-situasi yang diberikan (5 markah)

1. Keluarga yang harmoni akan melahirkan generasi yang mementinkan diri sendiri

2. Kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita dengan cara mengejek nasihat mereka.

3. Datuk Scallie sedang sakit dan dirawat di hospital. Scallie telah melawat datuknya sambil membawa buah tangan.

4. Setiap anak mesti membalas jasa ibu bapa dengan membiarkan mereka bersendirian di kampung.

5. Kita dilarang menganiayai anggota keluarga kerana perbuatan tersebut boleh meregangkan hubungan kekeluargaan

8

Page 9: Cover Soalan Pendidikan Sivik Akhir Tahun t1

D. Jawab soalan di bawah dengan menulis jawapan yang sesuai. (5 markah)

1. Nyatakan tiga ciri masyarakat yang sejahtera. a)_________________________________________________________________________b)_________________________________________________________________________c)_________________________________________________________________________

(3 markah)

2. Nyatakan 2 kesan kemusnahan alam sekitar.

a)_________________________________________________________________________b)_________________________________________________________________________

(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

…………………....... …………………....... ... ………………............

(Puan Mariah bt Othman) (Puan Siti Asfarina bt Sarimin ) (Puan Rumani bt Suhaimin) Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Pendidikan Sivik Ketua Bidang Kemanusiaan

9