Cpd Karangan 2012 Sesi 1
-
Upload
hjhnorijah-hm -
Category
Documents
-
view
72 -
download
0
Transcript of Cpd Karangan 2012 Sesi 1
1
Bengkel Strategi meningkatkan pengajaran kemahiran mengarang
bagi guru-guru Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah
2 Julai - 7 Julai 2012
Kelolaan:
Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah,Universiti Brunei Darussalam
Fasilitator:
Dr. Hjh Suraya Hj Tarasat
2
Tujuan
1. Mengenal pasti permasalahan dalam penulisan karangan.
2. Memantapkan kaedah mengajar karangan.3. Merancang, melaksanakan dan menilai strategi
dalam mengatasi masalah pelajar dalam menulis karangan.
3
Kandungan Pengenalan Karangan Tujuan mengajar karangan Binaan karangan Struktur karangan Permasalahan dalam penulisan karangan Kelemahan dan kesalahan dalam penulisan karangan Strategi penulisan karangan Menganalisis soalan Rangka karangan
4
Tugasan
Ada 2 tugasan yang akan diberikan dalam bengkel ini iaitu:
1. Menyediakan portfolio2. Projek
5
Apa dia karangan?• Gubahan(bunga,manik dsb),• Ciptaan….. Susunan (m.s 677)Kamus Dewan
Edisi Baharu
• khayalan dan rekaanSidang
penyusun• penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru.
Raminah Hj. Sabran &
Rahim Syam 6
Apa dia karangan?
•penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan kesimpulan.Konteks bilik
darjah
• latihan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara bebas tetapi dikawal oleh arahan, peraturan dan tajuk yang telah disediakan guru.Rumusan
7
Mengapa guru mengajar karangan?
Tujuan
Menguji kefahaman murid tentang sesuatu tajuk yang diberi
Menilai kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan
Menguji kematangan murid dalam melahirkan pendapat dan idea mengenai sesuatu tajuk dalam bentuk penulisan.
8
Binaan Karangan
Karangan
Intro/Pendahuluan
Isi Karangan
Kesimpulan/Penutup
Menggambarkan tajuk dan hala tuju karangan
Isi karangan berdasarkan tajuk/arahan soalan
Memperkatakan tajuk dan menjelaskan pendirian tentang tajuk karangan
9
Struktur Karangan
Perenggan Pendahuluan
Perenggan Isi
Perenggan Isi
Perenggan Isi
Perenggan Isi
Perenggan Isi
Perenggan Penutup10
Per bincangan
11
Tajuk Perbincangan
1.Permasalahan dalam penulisan karangan.
2.Kelemahan dan kesalahan dalam penulisan karangan.
12
Ketidakberkesanan penyampaian isi karangan. Contohnya:
Permasalahan dalam penulisan karangan
Faktor Remaja Lari dari rumah
Salah satu faktor yang menyebabkan remaja lari dari rumah ialah kesibukan ibu bapa. Sesetengah ibu bapa tidak ada masa untuk berada lebih lama di rumah. Ibu bapa tidak seharusnya terlalu mementingkan kebendaan sehingga tidak ada masa untuk mengurus rumah tangga. Mereka sepatutnya mengawal anak mereka supaya tidak terlibat dengan pelbagai masalah yang lain., terutama penyalahgunaan dadah, melepak, mencuri dan merompak. Jika perkara ini berlaku, imej keluarga akan terjejas dan negara akan terus menghadapi masalah gejala sosial yang lebih serius.
13
Tidak membuat perancangan semasa menulis karangan.
Kelemahan penguasaan bahasa.Tidak mahir untuk mengembangkan isi-isi karangan
agar menjadi satu huraian yang lengkap.Ketidakseimbangan isi karangan yang dihasilkan.Ketidakseimbangan dalam huraian isi.Tidak mahir untuk menulis pendahuluan dan
kesimpulan yang baik dan menarik.Kekurangan isi
Permasalahan dalam penulisan karangan
14
Tidak membaca semua tajuk yang dikemukakan dalam soalan terlebih dahulu.
Mengemukakan isi tanpa membuat huraian. Menulis beberapa isi dalam satu perenggan. Menulis karangan hanya dalam satu perenggan. Isi-isi karangan menyeleweng daripada soalan atau tidak
memenuhi kehendak soalan. Mengulang-ulang isi yang sama. Menggunakan format karangan yang salah. Menanda nombor yang bukan merupakan karangan yang
ditulis. Kesalahan dari segi penggunaan bahasa.
Kelemahan dan kesalahan dalam penulisan karangan
15
Strategi Penulisan
SEBELUM MENULIS
SEMASAMENULIS
SELEPAS MENULIS
Baca, fahami, pilih tajuk yang
sesuai
Cari kunci tajuk karangan
Menyenaraikan isi-isi penting
menyediakan rangka karangan
Satu ideasatu perenggan
Pendahuluan berkaitan tajuk
Pastikan ada penutup (merumusidea-idea utama)
Gunakan penanda wacana
Semak aspek bahasa
Semakformat
Semakaspek isi
Pastikan ideatidak tertinggal
Mengembangkan Idea-idea
16
Menganalisis soalanSetiap soalan yang dikemukakan mempunyai
kehendak yang perlu dipatuhi oleh pelajar.Sekiranya pelajar gagal membuat tafsiran yang tepat
terhadap tajuk karangan akan menyebabkan karangan pelajar terpesong daripada yang dikehendaki.
Oleh itu, pelajar perlu peka terhadap perkara yang dikehendaki oleh soalan.
Yang perlu dilakukan oleh pelajar setelah mengambil keputusan memilih soalan ialah:
17
Menganalisis soalanMengenal pasti format soalanMengeluarkan kata kunci soalanMengenal pasti isu/temaKehendak keseluruhan soalan
Menganalisis soalan ini amat penting kerana jawapan karangan yang baik perlu menepati kehendak soalan.
18
Kata Kunci Biasanya terletak pada kata atau rangkaian kata tertentu. Antara kata atau rangkai kata yang mungkin menjadi kunci
tajuk atau kunci soalan adalah seperti berikut:Bincangkan GambarkanCadangkanAndaikanBerikan pendapat andaCeritakanBahaskan
19
Analisis soalan/ tajuk
Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita. Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan pusat-pusat perniagaan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita.
20
Analisis soalan/tajuk
Format Pendapat
Kata kunci Berikan pendapat
Isu/Tema Kemasukan buruh asing
Kehendak keseluruhan
Memberikan pendapat tentang kesan kemasukan buruh asing kepada negara
21
akt ivit i
22
Tajuk Soalan1. Cintai Alam Sekitar merupakan slogan yang sering dilaung-laungkan
oleh pelbagai pihak. Malangnya, kesedaran masyarakat tentang penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar masih berada pada tahap yang agak rendah. Saban hari, pencemaran alam sekitar di negara ini semakin serius. Pada pendapat anda, apakah punca pencemaran tersebut dan bagaimanakah cara mengatasinya?
2. ‘Kemajuan Sains dan Teknologi mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan’. Bahaskan pernyataan ini.
3. Peranan media massa kepada masyarakat pada hari ini. Tuliskan sebuah rencana.
4. Pada cuti persekolahan yang lalu, anda dan keluarga telah bercuti ke Kuala Lumpur. Anda telah melawat beberapa buah tempat yang menarik dan membeli-belah di sana. Ceritakan pengalaman anda itu.
23
Apakah Rangka Karangan?
Garis panduan untuk membentuk sebuah karangan yang sempurna.
Panduan asas ini membantu pelajar menulis karangan dengan sistematik dan tidak terpesong daripada kehendak tajuk.
Pengulangan isi atau fakta dapat dielakkan.
24
Borang Rangka Persembahan Isi Karangan (BORPIK)
ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impak
(sesuai untuk menghuraikan isi yang berkaitan dengan usaha/langkah/ cadangan
(sesuai untuk menghuraikan
isi yang berkaitan dengan
kesan/punca/ faktor 25
Contoh 1: Usaha meningkatkan patriotisme dalam kalangan generasi muda
ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impak
Kerajaan hendaklah mengadakan
Kempen patriotisme
mengadakan ceramah, forum, wawancara.disiarkan melalui televisyen mengadakan peraduan menulis esei, puisi dan melukis poster
Meningkatkan kesedaran orang
ramai tentang kepentingan
menjaga alam sekitar
X
26
Contoh persembahan isi
Untuk melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik, kerajaan hendaklah mengadakan kempen patriotisme. Sehubungan dengan itu, media elektronik, terutamanya televisyen wajar dimanfaatkan untuk menghebohkan perkara ini kepada anggota masyarakat. Aktiviti lain seperti ceramah, forum dan wawancara tentang semangat patriotik boleh diadakan. Tayangan filem yang berkaitan dengan semangat tersebut amat wajar diadakan. Selain itu, pertandingan melukis poster, menulis esei dan menghasilkan karya kreatif yang bertemakan patriotisme perlu diperluas kepada semua pihak. Aktiviti ini dipercayai dapat meningkatkan kesedaran orang ramaitentang kepentingan patriotisme dalam diri setiap warga negara Brunei.
27
Peta MindaSejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan
maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat.Diasaskan oleh Tony Buzan (1984) sebagai suatu
cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
Lebih berkesan berbanding dengan kaedah mencatat nota dengan menggunakan ayat, senarai isi pendek atau senarai kata kunci yang tidak menunjukkan perhubungan antara idea.
28
TujuanMembantu memudahkan pengambilan nota-
nota penbelajaran dan mengingati isu-isu pelajaran.
Mudah mengenal pasti dan memahami struktur-struktur ilmu pendidikan yang diikuti.
29
Pengurusan Grafik
Satu kerangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkan ke atas kertas untuk dilihat dan disusun.
30
Kelebihan Pengurusan GrafikAgar sesuatu perkara ataupun perancangan
yang dibuat nampak lebih sistematik.Untuk menghasilkan idea yang lebih matang
dan tersusun.Untuk mengawal dan memahami proses
pemikiran.Untuk mengelakkan daripada membuat
sebarang keputusan secara berkecamuk dan terburu-buru.
31
akt ivit i
32
Soalan
Kini, budaya membaca dalam kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam amat kurang memuaskan. Terangkan langkah-langkah yang harus dilakukan dalam menangani masalah ini.
33