Credit Guarantee Corporation - · PDF fileDokumen yang diperlukan untuk ... • Senarai...
Transcript of Credit Guarantee Corporation - · PDF fileDokumen yang diperlukan untuk ... • Senarai...
Program pendidikan pengguna oleh:
Credit Guarantee Corporation
Credit GuaranteeCorporation
M A K LU M AT A M
kan
du
ng
an
Penafian
Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.
Tarikh: 1 Mac 2004
1 Pengenalan
2 Peranan CGCSkim-skim yang ditawarkan oleh CGC
3 Di mana jaminan CGC boleh dipohonSkim Jaminan Laluan Terus (SJLT)
5 Dokumen yang diperlukan
6 Skim-skim selain daripada Skim JaminanLaluan Terus (Skim bukan SJLT)
7 iGuarantee: Permohonan pinjaman melalui laman web CGC
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman
10 Kos dan fi bagi menggunakan skim-skim jaminan CGC
12 Khidmat lain yang disediakan oleh CGC
13 Tip-tip berguna bagi memperolehilindungan jaminan
14 Soalan yang sering ditanya
19 Pertanyaan
20 Lampiran
Pengenalan
Bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat akseskepada pembiayaan, Bank Negara Malaysia bersama-sama bankperdagangan dan syarikat kewangan telah menubuhkan Credit GuaranteeCorporation Malaysia Berhad (CGC) bagi menyediakan kemudahanlindungan jaminan kredit kepada PKS.
Buku panduan ini memberi maklumat mengenai pelbagai skim danperkhidmatan yang ditawarkan oleh CGC kepada PKS serta menjelaskanbagaimana PKS boleh memohon skim-skim tersebut.
Buku panduan inimemberi maklumat mengenai
pelbagai skimyang ditawarkan oleh
CGC kepada PKS
SKIM-SKIM YANG DITAWARKAN OLEH CGC
CGC menawarkan enam jenis skimlindungan jaminan:
• Skim Jaminan Laluan Terus (SJLT)
• Skim Jaminan Utama Baru (SJUB)
• Skim Jaminan Perbankan Islam (SJPI)
• Skim Jaminan Anjal (SJA)
• Skim Jaminan Usahawan Kecil (SJUK)
• Skim Pembiayaan Francais (SPF)
Ciri-ciri dan kriteria kelayakan bagi skim-skim yang ditawarkan oleh CGC boleh didapati dalam laman web CGC di www.iGuarantee.com.my. Andajuga boleh menghubungi mana-manacawangan CGC yang berdekatan untukmendapat maklumat tersebut.
PERANAN CGC
CGC ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Objektif utama CGC adalah membantu PKS yang belum mempunyai rekod prestasi perniagaan ataupun cagaran ataukekurangan cagaran untuk mendapatkemudahan kredit daripada institusikewangan dengan memberi lindunganjaminan ke atas kemudahan kredit.
2
DI MANA JAMINAN CGC BOLEH DIPOHON
Terdapat 2 cara memohon kemudahan jaminan CGC danianya bergantung kepada jenis-jenis skim yang terlibat:
SKIM JAMINAN LALUAN TERUS (SJLT)
Bagaimana Memohon SJLT
Bagi memohon kemudahan kredit di bawah SJLT, sila hadirdi cawangan CGC yang terdekat. Apabila anda memohonSJLT, CGC menilai permohonan anda dan sekiranyamemenuhi kriteria yang ditetapkan, CGC akan membantuanda mendapatkan pinjaman daripada institusi kewanganpelaksana. Senarai institusi kewangan pelaksana bagi SJLTadalah seperti di Lampiran. Proses yang terlibat adalahseperti dalam Rajah A di muka surat 4.
3
Jenis
SJLT
Skim Lain
(bukan SJLT)
Permohonan Melalui
• Cawangan-cawangan CGC
• Institusi kewangan pelaksana
Objektif utamaCGC adalah membantu PKS yangmasih belum mempunyai rekodprestasi perniagaan ataupun cagaranuntuk mendapat kemudahan kredit
(1) Jika anda memenuhi keperluan syarat-syarat CGC, surat akujanji dan dokumenberkaitan akan dikeluarkan kepada semuainstitusi kewangan pelaksana bagi tujuanpenilaian.
(2) Institusi kewangan pelaksana bolehmenolak permohonan anda danmengemukakannya semula kepada CGC.Sekiranya CGC berpendapat permohonananda layak dipertimbangkan semula, CGCakan meminta institusi kewanganpelaksana untuk menilai semula kes anda.
(3) Sebaik sahaja permohonan diluluskan,institusi kewangan pelaksana akanmenghantar surat tawaran melaluicawangannya yang terdekat. Institusikewangan pelaksana turut memaklumkanCGC berhubung dengan perkara ini.
RAJAH A: Langkah-langkah bagi memohon skim SJLT
4
Nota: IKP = Institusi Kewangan Pelaksana
IKP menghubungi anda danmemberitahu CGC(3)
Permohonan dinilai oleh IKP (1)
CGC memaklumkanpemohon Layak?
Setuju?
YAYA
YA
TIDAK
TIDAK
TIDAK
Memohon lindungan jaminandaripada CGC bagi mendapatkankemudahan kredit daripada IKP
Permohonan dinilai oleh CGC
IKP memulangkanpermohonan kepada CGCuntuk penilaian semula(2)
CGC meminta IKPmembuat pertimbangansemula
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut ialah senarai dokumen yang diminta olehCGC semasa anda memohon SJLT:
Dokumen Berkanun
• Memorandum dan tataurusan pertubuhan
• Sijil penubuhan (Borang 9)
• Penyata peruntukan saham (Borang 24)
• Penyata butir-butir daftar pengarah dan lain-lain (Borang 49)
• Salinan kad pengenalan rakan kongsi/pemilik
• Salinan penyata cukai pendapatan (Borang J) pemilik/rakan kongsi/pengarah
Dokumen Kewangan dan Pengurusan
• Salinan 3 tahun terakhir penyata akaun tahunan
• Akaun pengurusan terkini
• Unjuran aliran tunai 3 tahun akan datang
• Salinan penyata bank 6 bulan terakhir
• Senarai pinjaman masa kini
• Senarai peminjam dan pembekal utama serta jadualpembayaran
• Salinan penyata bank 6 bulan terakhir bagi pinjamanperibadi dan pinjaman perniagaan/resit pembayaranpinjaman peribadi pemilik/rakan kongsi/pengarah
• Salinan surat tawaran pinjaman sedia ada, termasuk sewa beli
• Profil syarikat
Dokumen Lain
• Borang pengisytiharan yang telah diisi oleh semua pengarah
• Laporan penilaian harta untuk gadaian (sekiranya ada)
• Salinan perjanjian sewa/surat ikatan hakmilik
• Profil kontraktor utama*
• Senarai kontrak yang diterima*
• Pesanan belian terkini*
*sekiranya berkaitan
5
SKIM-SKIM SELAIN DARIPADA SKIM JAMINAN LALUAN TERUS (SKIM BUKAN SJLT)
Bagaimana Memohon Skim Bukan SJLT
Apabila anda memohon pinjaman daripadainstitusi kewangan pelaksana, merekamembuat penilaian dan mengesyorkansupaya anda mendapat lindungan jaminandaripada CGC, sekiranya perlu. Senaraiinstitusi kewangan pelaksana bagi bukanSJLT adalah seperti di Lampiran. Proses yang terlibat adalah seperti yang berikut:
CGC mengeluarkan Surat Jaminankepada IKP. Anda akan diberitahudan diberi surat tawaran oleh IKP
IKP mengemukakan permohonanlindungan jaminan kepada CGC
CGC membuat penilaian kredit
CGC memberitahu IKP
IKP akanmemaklumkan andamengenainya
Perlulindunganjaminan?
Lulus?
YA
YA
TIDAK
TIDAK
6
Memohon pinjaman melalui IKP
Nota: IKP = Institusi Kewangan Pelaksana
Penilaian permohonan oleh IKP
RAJAH B: Langkah-langkah bagi memohon skim bukan SJLT
iGUARANTEE: PERMOHONANPINJAMAN MELALUI LAMAN WEB CGC
iGuarantee menyediakan pusat setempatyang mudah bagi permohonan pinjamandaripada PKS. Bagi iGuarantee, andaboleh menghantar permohonan melaluiportal CGC dengan mengisi borangpermohonan yang disediakan di portal.Permohonan pinjaman anda akandiposkan di portal CGC, yang mana bolehdiakses oleh semua institusi kewanganpelaksana. Institusi kewangan pelaksanamungkin akan menghubungi anda untukmendapatkan maklumat lanjut sebelumpermohonan anda diluluskan.
iGuarantee boleh menolong menjimatkanmasa dan wang kerana anda tidak perlupergi ke institusi kewangan lain danmelengkapi pelbagai permohonanpinjaman. Di samping itu, anda bolehmenikmati tawaran yang kompetitif bagipermohonan pinjaman anda. Proses yangterlibat adalah seperti dalam Rajah C dimuka surat 8.
7
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUKPERMOHONAN PINJAMAN
Kebanyakan institusi kewangan pelaksanamemerlukan dokumen yang tertentu bagimenyokong permohonan pinjaman anda.Selain daripada dokumen-dokumen yangdinyatakan di muka surat 5, institusikewangan pelaksana mungkin memerlukandokumen-dokumen tambahan seperti yangberikut:
Maklumat Syarikat
• Borang pendaftaran perniagaan (Borang A)
• Sijil pendaftaran (Borang D)
• Profil syarikat
– Latar belakang syarikat
– Aktiviti syarikat
– Latar belakang pengurusan
– Vitae kurikulum pemilik
– Modus operandi
• Permohonan SJLT yang telahditandatangani oleh pemohon
8
(1) Setelah anda bersetuju menerimatawaran CGC, CGC akanmemberitahu institusi kewanganpelaksana terbabit, yang akanmenghubungi anda dan memintaanda mengemukakan permohonanbagi mendapatkan pinjaman.Setelah menerima permohonanpinjaman, institusi kewanganpelaksana akan mengeluarkan surattawaran kepada anda.
Walau bagaimanapun, pengeluaranlindungan jaminan oleh CGC masihtertakluk kepada proses penilaiankredit oleh institusi kewanganpelaksana.
(2) Proses yang terlibat dalampermohonan SJLT adalah seperti diRajah A.
CGC menilai tawaranIKP dan memilihtawaran terbaik yangmemenuhi keperluananda
CGC menghubungi andauntuk memastikan andasetuju dengan pemilihanIKP yang berjaya(1)
Mengemukakan permohonansecara dalam talian diwww.iGuarantee.com.my
IKP menilai permohonan anda
IKP menawarkankemudahan kredit
CGC memaklumkankeputusannya
Permohonan andaakan diproses(2)
CGC menilai semulapermohonan anda dibawah SJLT
Layak?
Lulus?Lulus?
TIDAK
TIDAK
TIDAK
YA
YA
YA
Nota: IKP = Institusi Kewangan Pelaksana
CGC menilaipermohonan anda
Permohonan andadipaparkan di iGuarantee.Boleh diakses oleh IKP sahaja
RAJAH C: Langkah-langkah untuk memohon pinjaman melalui iGuarantee
Maklumat Peribadi Pengarah
• Salinan kad pengenalan semuapemilik/penjamin
• Borang J/Borang EA atau sekurang-kurangnya slip gaji untuk 3 bulan terakhir
• Borang pengisytiharan olehpemilik/penjamin
– Senarai aset serta nilainya seperti rumah,kereta dan tanah
– Senarai liabiliti seperti pinjamanperumahan/kereta dan pinjamanperibadi
– Bukti pembayaran pinjaman sepertipenyata pinjaman, surat daripada bankdan resit pembayaran 6 bulan terakhir
– Maklumat akaun peribadi, sekiranya ada
– Salinan dokumen pelaburan sedia adaseperti simpanan tetap, syer, hartanahdan tabung amanah
9
Butir-butir Kewangan
• Akaun yang diaudit bagi 3 tahun terakhir
• Akaun pengurusan terkini
• Unjuran aliran tunai 3 tahun akan datang(unjuran bulanan tahun pertama),sekiranya ada
• Penyata bank 6 bulan terakhir
• Senarai penghutang dan pemiutang
• Salinan surat tawaran pinjaman sedia ada,termasuk sewa beli
– Bagi sewa beli/pinjaman berjangka: bukti pembayaran seperti resitpembayaran pinjaman untuk 6 bulanterakhir atau penyata pinjaman
Dokumen Lain
• Salinan perjanjian penyewaan (sekiranya menyewa pejabat/premisperniagaan)
• Peta tunjuk arah ke premis perniagaan
10
• Gambar:
– Pemilik/penjamin
– Papan tanda perniagaan
– Keadaan pejabat
– Persekitaran kerja
– Hasil pengeluaran
• Profil kontraktor utama*
• Senarai kontrak yang diterima*
• Pesanan belian terkini*
• Lain-lain
*jika berkaitan
KOS DAN FI BAGI MENGGUNAKANSKIM-SKIM JAMINAN CGC
Fi Pemprosesan
Fi pemprosesan hanya dibayar sekalisahaja, sama ada kepada institusikewangan pelaksana (yang manapinjaman perniagaan diperolehi) ataupun kepada CGC.
Bagi SJLT, fi yang dikenakan adalah ditetapkanoleh CGC dan pembayaran perlu dibuat olehpeminjam terus kepada cawangan CGC. Bagikemudahan skim bukan SJLT pula, institusikewangan pelaksana masing-masingmenentukan jumlah fi yang dikenakan.
Kadar Faedah
Kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjamanyang diluluskan kepada peminjam ditentukanoleh institusi kewangan pelaksana berdasarkankadar yang ditetapkan di bawah pelbagai jenisskim CGC.
Fi Jaminan
Jumlah fi jaminan yang dibayar kepada CGCadalah berbeza dan bergantung kepada jenis kemudahan jaminan yang diluluskan.Pembayaran fi ini dibuat secara terdahulusetiap tahun oleh institusi kewanganpelaksana. Institusi kewangan pelaksanakemudiannya akan mendebit akaun anda bagifi yang dibayar bagi pihak anda.
Fi bagi skim jaminan CGC adalah di antara0.5% sehingga 2.0% daripada jumlahjaminan yang dilindungi.
Walau bagaimanapun, fi jaminan yangdikenakan di bawah Skim Jaminan Anjalditanggung oleh institusi kewanganpelaksana yang memberi pinjaman bagimembolehkan anda terus menikmatipinjaman di bawah pelbagai tabung padakadar yang ditetapkan.
11
Fi jaminan yang dibayar kepada CGC adalah berbeza danbergantung kepada jenis kemudahanjaminan yang diluluskan
12
Fi yang dikenakan oleh EPPP berbezabergantung kepada jenis perkhidmatanyang mungkin merangkumi penyediaankertas kerja bagi permohonan pinjaman,lawatan tapak ke premis perniagaan,lawatan tapak untuk memeriksa cagaranyang ditawarkan, penyediaan unjurankewangan, analisis pasaran danpemantauan serta laporan secara sukutahunan (untuk tahun pertama sahaja).Jumlah fi yang dikenakan lazimnya tidakmelebihi RM3,000 bagi khidmat-khidmat di atas.
Bagaimanakah Boleh Saya MemperolehiKhidmat Ini?
Anda boleh berjumpa pegawai-pegawaiCGC yang terlibat atau sekiranya andamengenali syarikat-syarikat panel EPPP, silaterus berjumpa dengan mereka. Alamatuntuk hubungi EPPP boleh didapati dilaman web CGC.
KHIDMAT LAIN YANG DISEDIAKAN OLEH CGC
Entiti Perkhidmatan Penasihat Perniagaan(EPPP)
Bagi membantu PKS yang kurangberpengalaman atau kurang arif tentangbagaimana hendak menyediakan dokumenyang diperlukan bagi permohonanpinjaman, CGC melantik panel EPPP.Objektif-objektifnya adalah seperti yangberikut:
• Bagi mempercepatkan tempohpemprosesan dan mengelakkan kelewatanakibat pengemukaan dokumen yang tidaklengkap
• Bagi membantu PKS mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi melindungidan terus memperbaiki perniagaanmereka.
Anda boleh melanggan khidmat EPPPdengan dikenakan sedikit fi yang manapembayaran hendaklah dibuat teruskepada EPPP. Penggunaan khidmat EPPPoleh pemohon bukanlah jaminan yang CGC akan meluluskan permohonanpinjaman anda.
TIP-TIP BERGUNA BAGI MEMPEROLEHILINDUNGAN JAMINAN
• Sediakan dan siapkan segala dokumen yang perlu(seperti profil perniagaan, pelan perniagaan,penyata kewangan, anggaran aliran tunai dan lain-lain)
• Sekiranya anda kurang arif tentang bagaimanauntuk menyediakan pelan perniagaan/dokumen-dokumen lain bagi permohonan pinjaman, andaboleh berjumpa jurunasihat pilihan anda ATAUPUNhubungi EPPP dalam panel CGC
• Rancang keperluan kewangan perniagaan terlebihdahulu supaya anda dapat mengemukakanpermohonan pinjaman dengan awal bagimengelakkan sebarang percanggahan di antarakeperluan anda dan pinjaman yang akandikeluarkan
• Berjumpa dengan institusi kewangan anda danCGC untuk membincangkan sebarang halanganyang bakal dihadapi dalam membuat pembayaranbalik pinjaman mengikut tarikh yang ditetapkansupaya penyelesaian yang baik boleh dicapai
13
S&JPerlukah saya mengemukakanpermohonan kepada institusikewangan pelaksana dan CGCsecara berasingan?
Tidak. Bagi SJLT, sila pergi ke cawangan CGC yang terdekat dan CGC akan membantuanda mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan pelaksana. Bagi skim bukanSJLT, apabila anda memohon pinjaman atau apa-apa kemudahan kredit lain untukdilindungi oleh CGC, institusi kewangan pelaksana akan memproses dan menilaipermohonan anda dan membantu anda untuk memperolehi jaminan CGC yangdiperlukan bagi pinjaman atau kemudahan kredit.
Bagaimanakah boleh sayamelayakkan diri bagi pinjamandi bawah jaminan CGC?
Bergantung kepada skim yang dipilih, anda mestilah seorang warganegara Malaysiaatau merupakan sebuah syarikat kawalan residen, mengendalikan perniagaanberdaftar atau berlesen di Malaysia dan aset bersih atau dana pemegang saham ataujumlah pinjaman perniagaan sedia ada mematuhi keperluan skim jaminan masing-masing.
SOALAN YANG SERING DITANYA
Berapakah skim jaminan yangditawarkan oleh CGC?
Pada masa ini, CGC menawarkan enam skim jaminan. Bagi memilih yang palingbersesuaian dengan keperluan anda, anda boleh menghubungi CGC atau melawatlaman webnya di www.iGuarantee.com.my.
14
Bagaimanakah saya bolehmendapat manfaat denganmenggunakan iGuarantee?
iGuarantee menyediakan pusat setempat yang mudah bagi permohonan pinjamandaripada PKS. Permohonan pinjaman anda akan diposkan di portal CGC, yang manaboleh diakses oleh semua institusi kewangan pelaksana. Oleh itu, ia menjimatkan masadan wang kerana anda tidak perlu pergi ke institusi-institusi kewangan lain danmelengkapi pelbagai permohonan pinjaman. Di samping itu, anda boleh menikmatitawaran yang kompetitif bagi permohonan pinjaman anda.
Bolehkah saya menghubungiCGC terus bagi mendapatkanlindungan jaminan?
Anda hanya boleh menghubungi CGC secara terus bagi permohonan berkaitandengan Skim Jaminan Laluan Terus (SJLT).
15
Adakah khidmat menghantarpermohonan pinjaman melaluiiGuarantee melibatkan apa-apakos/fi?
Tiada fi dikenakan ke atas pemohon.
Institusi kewangan manakahyang menyertai skim-skimCGC?
Senarai institusi kewangan pelaksana adalah seperti di Lampiran.
Apakah jenis-jenis kemudahankredit yang CGC jamin di bawahskim-skimnya?
Di antara kemudahan kredit yang dijamin adalah pinjaman berjangka, overdraf,surat jaminan, pembiayaan kredit eksport, pembelian bil, pinjaman perdagangan,resit amanah, sewa beli, pajakan, penerimaan jurubank dan kemudahan lain yangditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa.
16
Adakah selamat untuk sayamengemukakan maklumatkewangan secara dalam talian?
CGC telah mengambil semua langkah pencegahan yang perlu bagi memastikankeselamatan data yang diperolehi dan dipindahkan melalui iGuarantee.
Berapakah had jumlah jaminanyang saya boleh perolehidaripada CGC pada sesuatumasa?
Peminjam dibenarkan menikmati pelbagai jaminan dengan syarat ianyamemenuhi ciri-ciri kelayakan dan berupaya membayar balik pinjaman. Pelbagaijaminan dibenarkan untuk skim-skim berlainan, di bawah institusi kewangan yangsama, tertakluk kepada jumlah nilai pinjaman. Bagi peminjam dengan lindunganjaminan CGC yang sedia ada, mereka hendaklah tidak mempunyai rekod burukdengan CGC.
Bagaimanakah fi jaminandikenakan?
Fi jaminan dikenakan ke atas jumlah lindungan jaminan dan dibayar kepada CGColeh institusi kewangan pelaksana pada permulaan tempoh jaminan dan tarikh ulangtahunnya. Akaun anda akan didebit untuk fi yang telah dibayar bagi pihak anda.Walau bagaimanapun, bagi Skim Jaminan Anjal, fi yang telah dibayar ditanggungoleh institusi kewangan pelaksana.
17
Bolehkah saya mendapat rebatbagi fi jaminan yang telah dibayarsekiranya saya membayar balikpinjaman saya?
Anda boleh perolehi rebat di bawah keadaan berikut:
(i) Bagi semua skim jaminan, kecuali bagi Skim Jaminan Usahawan Baru (SJUB) dan SkimJaminan Perbankan Islam (SPI) yang dipinda (berkuat kuasa 1/11/2002), anda bolehmendapat bayaran balik sepenuhnya bagi fi jaminan sekiranya anda telah membayarkeseluruhan pinjaman dan institusi kewangan pelaksana telah memaklumkanpembatalan lindungan jaminan kepada CGC dalam tempoh tiga bulan dari tarikhkelulusan Surat Jaminan (atau tarikh ulang tahun berikutnya). Fi jaminan tidak akandibayar balik sekiranya institusi kewangan pelaksana memberitahu CGC tentangpembatalan lindungan jaminan tersebut selepas tiga bulan dari tarikh kelulusanSurat Jaminan (atau tarikh ulang tahun berikutnya)
(ii) Bagi SJUB dan SPI yang telah dipinda, anda juga boleh mendapatkan bayaran balik seperti dinyatakan di perenggan (i). Anda hanya mendapat 50% bayaran balik sekiranya institusi kewangan pelaksana memaklumkan pembatalan lindunganjaminan anda antara hari ke-91 dan ke-180 dari tarikh kelulusan Surat Jaminan (atau tarikh ulang tahun berikutnya) dalam keadaan yang mana:
– Lindungan jaminan CGC tidak lagi diperlukan berikutan pembatalan kemudahankredit yang belum digunakan; atau
– Surat Jaminan yang baru dikeluarkan akan membatalkan Surat Jaminan sedia ada apabila institusi kewangan pelaksana meluluskan pinjaman tambahankepada anda; atau
– Perjanjian lindungan jaminan sedia ada diperbaharui sebelum tarikh luput
18
19
PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila kemukakan pertanyaan anda kepada CGC melalui telefon,faks, surat, ataupun e-mel kepada:
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Ibu PejabatTingkat 13-16, Bangunan CGCKelana Business Centre97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan
Tel: 03-7806 2300Faks: 03-7806 3308E-mel: [email protected]
atau hubungi cawangan yang terdekat. Sila lawati laman web CGC untuk mendapatkansenarai cawangan yang terkini.
20
INSTITUSI KEWANGAN PELAKSANA BAGI SKIM BUKAN SJLT
No Skim Institusi Kewangan Pelaksana*
1. Skim Jaminan Utama Baru • Bank perdagangan
• Syarikat kewangan
2. Skim Jaminan Perbankan Islam Semua bank perdagangan & syarikat kewangan
yang menawarkan khidmat perbankan tanpa
faedah di bawah konsep perbankan Islam
3. Skim Jaminan Anjal • Bank perdagangan
• Syarikat kewangan
• Institusi kewangan pembangunan
4. Skim Jaminan Usahawan Kecil • Bank perdagangan
• Syarikat kewangan
5. Skim Pembiayaan Francais • Bumiputra-Commerce Bank Berhad
• Malayan Banking Berhad
*Sila hubungi CGC untuk senarai terkini institusi-institusi kewangan pelaksana yang terlibat
LAMPIRAN
INSTITUSI KEWANGAN PELAKSANA BAGI SKIM JAMINAN LALUAN TERUS (SJLT)
• Malayan Banking Berhad
• RHB Bank Berhad