Cth Minit Mesyuarat Panitia Kali Pertama

6
MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2012 SMK JELAI, 34520 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN. TARIKH : 16 JANUARI 2012 HARI : ISNIN MASA : 2.30 – 3.00 PETANG TEMPAT : BILIK GURU KEHADIRAN : Pn Hasnida bt Mat Isa Pn Norihan bt Othman BIL AGENDA 1.0 Ucapan Alu-aluan 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa kerana sudi menghadirkan diri ke mesyuarat panitia buat kali yang pertama bagi tahun ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah. 1.2 Pengerusi ingin menyampaikan beberapa pesanan daripada Tuan Pengetua. Antara intipati pesanannya ialah : 1.2.1 Semua fail panitia hendaklah disimpan di Bilik PK1 bagi memudahkan pengemaskinian bahan dan tujuan pemantauan. 1.2.2 Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah dikemaskini dan diletakkan tarikh dan tahun semasa. 1.2.3 Sebarang pengeluaran bahan sama ada fail atau sebagainya perlulah dicatat. Sehubungan dengan itu, sebuah buku Rekod Keluar-Masuk Bahan akan disediakan. 1.2.4 Rancangan Pelajaran Tahunan mestilah lengkap dan diletakkan di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar selewat-lewatnya 16 Februari 2012 dan mestilah dicop dan ditandatangani oleh Guru Kanan Kemanusiaan. 1.2.5 Para guru diingatkan agar tidak duduk di dalam kelas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. 1.2.6 Manakala mana-mana guru yang menghadiri kursus mestilah melaporkan ke dalam borang minit curai dan menghantarnya kepada Ketua Panitia atau Guru Kanan. 1.2.7 Begitu juga dengan guru yang sedang bercuti, mereka hendaklah menghantar bahan latihan kepada Penolong Kanan 1 atau Penolong Kanan HEM bagi memudahkan urusan guru pengganti yang mengambil alih tugas guru berkenaan. 1.2.8 Sukatan pelajaran bagi kelas-kelas peperiksaan hendaklah diselesaikan mengikut butir-butir seperti di bawah : 1.3.8.1 SPM - Bulan Ogos 2012 1.3.8.2 PMR - Bulan Julai 2012 1.2.9 Semua guru matapelajaran dikehendaki menghantar satu salinan Kertas Ujian dan soalan peperiksaan kepada Ketua Panitia untuk tujuan koleksi simpanan panitia. 1.2.10 Pencerapan buku latihan pelajar adalah berdasarkan kepada jadual yang telah disediakan dalam takwim. 1.2.11 Bagi tujuan perbelanjaan panitia, guru-guru 1

description

iuuytt

Transcript of Cth Minit Mesyuarat Panitia Kali Pertama

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2007

1

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2012SMK JELAI, 34520 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH:16 JANUARI 2012HARI:ISNINMASA:2.30 3.00 PETANGTEMPAT :BILIK GURU

KEHADIRAN:

Pn Hasnida bt Mat Isa Pn Norihan bt Othman

BILAGENDA

1.0

Ucapan Alu-aluan

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa kerana sudi menghadirkan diri ke mesyuarat panitia buat kali yang pertama bagi tahun ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi ingin menyampaikan beberapa pesanan daripada Tuan Pengetua. Antara intipati pesanannya ialah :1.2.1 Semua fail panitia hendaklah disimpan di Bilik PK1 bagi memudahkan pengemaskinian bahan dan tujuan pemantauan.1.2.2 Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah dikemaskini dan diletakkan tarikh dan tahun semasa.1.2.3 Sebarang pengeluaran bahan sama ada fail atau sebagainya perlulah dicatat. Sehubungan dengan itu, sebuah buku Rekod Keluar-Masuk Bahan akan disediakan.1.2.4 Rancangan Pelajaran Tahunan mestilah lengkap dan diletakkan di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar selewat-lewatnya 16 Februari 2012 dan mestilah dicop dan ditandatangani oleh Guru Kanan Kemanusiaan.1.2.5 Para guru diingatkan agar tidak duduk di dalam kelas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.1.2.6 Manakala mana-mana guru yang menghadiri kursus mestilah melaporkan ke dalam borang minit curai dan menghantarnya kepada Ketua Panitia atau Guru Kanan.1.2.7 Begitu juga dengan guru yang sedang bercuti, mereka hendaklah menghantar bahan latihan kepada Penolong Kanan 1 atau Penolong Kanan HEM bagi memudahkan urusan guru pengganti yang mengambil alih tugas guru berkenaan.1.2.8 Sukatan pelajaran bagi kelas-kelas peperiksaan hendaklah diselesaikan mengikut butir-butir seperti di bawah : 1.3.8.1 SPM - Bulan Ogos 2012 1.3.8.2 PMR - Bulan Julai 2012 1.2.9 Semua guru matapelajaran dikehendaki menghantar satu salinan Kertas Ujian dan soalan peperiksaan kepada Ketua Panitia untuk tujuan koleksi simpanan panitia.1.2.10 Pencerapan buku latihan pelajar adalah berdasarkan kepada jadual yang telah disediakan dalam takwim.1.2.11 Bagi tujuan perbelanjaan panitia, guru-guru hendaklah mengikut prosedur yang betul apabila hendak membeli buku.1.2.12 Para guru dikehendaki mencatat bentuk latihan untuk pelajar di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar dengan menggunakan pen berdakwat merah. Selain itu, semua guru dikehendaki menulis rancangan pengajaran harian berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh Ketua Panitia.1.2.13 Sementara itu, guru juga dikehendaki menulis pada bahagian refleksi dengan menggunakan petanda pencapaian dalam bentuk angka dan guru seharusnya mengambil tindakan susulan hasil dari sebarang permaslahan yang timbul.

1.2.14 Berhubung dengan bahagian catatan pada bahagian akhir setiap minggu, guru hendaklah mencatatkan semua aktiviti sama ada berbentuk majlis ataupun mesyuarat, peristiwa penting dan apa sahaja perkara yang melibatkan guru dalam mengambil tindakan.1.2.15 Selain dari itu, para guru diingatkan agar menyimpan Buku Rekod Persediaan Mengajar masing-masing dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa beliau akan mengajar Tingkatan 5K1 dan 4K1 untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. .

Tindakan : Semua ahli panitia

2.0Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahun 2012

4.1 Pengerusi menetapkan agar Rancangan Pelajaran bagi Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 yang lalu perlu diubah mengikut tarikh dan takwim pada tahun ini. Justeru, pengerusi akan menyiapkan Rancangan Mengajar Tahunan bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.4.2 Hal ini bagi menambahbaik bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun ini.4.3 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian perlu diletakkan dalam buku rekod mengajar.

Tindakan : Pn Hasnida bt Mat Isa

5.0Buku Persediaan Mengajar5.1 Buku Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan dalam tempoh dua minggu dan dihantar selewat-lewatnya pada 20 Januari 2012 (Jumaat) untuk semakan pengetua.5.2 Rancangan Harian hendaklah ditulis mulai 4 Januari 2012 iaitu selepas waktu ke 3 kerana waktu sebelum itu dikhaskan untuk guru tingkatan menguruskan urusan kelas. Perkara ini tertakluk dalam tempoh dua hari sahaja iaitu dari 4 hingga 5 Januari 2012. Setiap minggu, guru hendaklah menandatangani buku penghantaran buku rekod yang telah disediakan di pejabat.5.3 Selain dari itu, Buku Persediaan Mengajar yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Guru Kanan Kemanusiaan untuk disahkan terlebih dahulu sebelum disemak oleh Puan Pengetua. Terdapat beberapa perkara yang perlu ada iaitu :5.3.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan dan Rancangan Pelajaran.5.3.2 Senarai Nama bagi setiap kelas yang diajar5.3.3 Visi Sekolah .(Perlu dilekatkan di luar kulit buku persediaan mengajar)5.3.4 Markah TOV/TAR pelajar perlu dimasukkan ke dalam senarai nama pelajar5.3.5 Cara penulisan buku persediaan mengajar masih lagi mengikut format tahun lalu,namun guru dikehendaki menulis jenis latihan dengan menggunakan pen berdakwat merah.5.3.6 Persediaan mengajar untuk hari Isnin hendaklah ditulis terlebih dahulu sebelum dihantar kepada Tuan Pengetua. Sekiranya seseorang guru tidak menghantar buku persediaan mengajar lebih dari tiga kali, maka surat tunjuk sebab perlu dikemukakan kepada pihak pentadbir, seterusnya PPD dan JPN

5.4 Bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, butir-butir bagi rancangan mengajar harian hendaklah ditulis seragam seperti yang telah ditetapkan oleh JPN iaitu : TAJUK OBJEKTIF:Pada akhir pengajaran, para pelajar akan dapat :i.ii HPU HPK HHB PENGISIAN KURIKULUM Ilmu Nilai KBT STRATEGI P&P Pendekatan Kaedah Teknik Refleksi

Tindakan : Semua ahli panitia

6.0Guru Mata Pelajaran

6.1 Pengerusi memaklumkan susun atur tugas bagi guru-guru untuk pengajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu pada tahun 2012 adalah seperti berikut :

Pn Hasnida bt Mat Isa - Tingkatan 5K1 dan 4K1

Tindakan : Semua ahli panitia

7.0Buku Latihan

7.1 Pengerusi memaklumkan penggunaan buku latihan bagi tingkatan 4 dan 5 pada tahun 2012 tetap sama seperti tahun-tahun sebelum ini, cuma beberapa latihan akan dibukukan bersertakan nota.7.2 Butir-butir buku latihan adalah seperti berikut :

Tingkatan 4 dan 5 - Buku Tebal (NOTA) - Buku Panjang (LATIHAN)

7.3 Pengerusi juga menjelaskan latihan untuk pelajar harus diadakan secara berjadual menerusi Program Pendekatan Pembelajaran Terpimpin (PPT). Untuk langkah terawal, setiap latihan/soalan hendaklah direkodkan secara sistematik menerusi jadual. 7.4 Pada akhir tahun, ia perlu diserahkan kepada Ketua Panitia untuk dibukukan. Hal ini adalah untuk kemudahan para guru pada masa akan datang. Tindakan : Semua guru

8.0Program Kecemerlangan Sekolah (PKS) Tahun 2012

8.1 Pengerusi menjelaskan untuk tahun ini, diharapkan panitia dapat melaksanakan program-program yang bakal dirancang untuk kepentingan pelajar :8.1.1 Kelas Tambahan Intensif8.1.2 Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan8.1.3 Latih Tubi Soalan8.1.4 Nota Ringkasan Sistematik8.1.5 Latihan Berpandu8.1.6 Lembaran Kerja8.1.7 Kursus Menyemak Kertas Kesusasteraan Melayu8.1.8 Projek Menjejak Sinar8.1.9 Program Folio Sastera8.1.10 Program Pendekatan Pembelajaran Terpimpin (PPT)8.1.11 Kuiz Telaga Ilmu8.1.12 Kajian Tindakan : Minat Pelajar8.1.13 Klinik Sastera

Tindakan : Semua guru

9.0 Penilaian dan Peperiksaan9.1 Takwim Peperiksaan

Ujian / PeperiksaanTarikh

Ujian 15 9 MAC 2012

PPT21 -25 MAC 2012

PAT16 - 14 Oktober 2012

P.Percubaan PMR9 17 Ogos 2012

Pep PMR9 - 12 Okt 2012

SPM/STPM19 NOV 20 DIS 2012

9.2 Penyedia Soalan Ujian dan Peperiksaan Dalaman

9.2.1 Mesyuarat telah menetapkan penyedia-penyedia soalan ujian dan peperiksaan dalam seperti berikut ;

Ujian 1 Tingkatan 4 - Pn Hasnida bt Mat Isa Tingkatan 5

Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 - Pn Hasnida bt Mat Isa Tingkatan 5

Peperiksaan Akhir Tahun / Percubaan SPM Tingkatan 4 - Pn Hasnida bt Mat Isa Tingkatan 5 - JPN

9.2.2 Penyedia soalan dikehendaki menyediakan semua soalan ujian berdasarkan jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi melihat tahap kesukaran (Taksonomi Bloom).

9.2.3 Pengerusi menyampaikan ingatan Tuan Pengetua berkenaan penyediaan soalan hendaklah dielakkan aspek pembaziran. Muka hadapan soalan hendaklah hanya dinyatakan nama sekolah, nama pelajar, tingkatan, dan nama peperiksaan yang diletakkan di bahagian atas.

9.2.4 Pada bahagian akhir soalan, guru hendaklah meletakkan nama penyedia soalan, disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Guru Kanan Kemanusiaan

Tindakan : Semua guru

10.0Perkembangan Staff

10.1 Program perkembangan staff yang bakal dijalankan pada tahun ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru berkenaan untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran dalam proses P&P.10.2 Antara program yang bakal dilaksanakan ialah : Kursus Penyemakan Kertas Kesusasteraan Melayu SPM.

Tindakan : Semua guru

11.0Hal-Hal Lain

11.2 Pengerusi mengharapkan agar segala yang dirancang pada tahun ini terlaksana dengan jayanya.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan Oleh :Disemak oleh :

.(PN HASNIDA BT MAT ISA) (PN NORIHAN BT OTHMAN )KETUA PANITIA GURU KANAN KEMANUSIAANKESUSASTERAAN MELAYU