Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

6
Tarikh : 2 May Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit) Kelas : 3 Aman Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Pecahan Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 6 Menamakan pecahan wajar. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. Pengetahuan Sedia ada : Pelajar tahu mengenai kedudukan pengangka dan penyebut di dalam pecahan wajar dan mengenalpasti pecahan wajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : video Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai Murni : Jujur, berjumat-cermat, bertanggungjawab, amanah

description

Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

Transcript of Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

Page 1: Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

Tarikh : 2 May

Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)

Kelas : 3 Aman

Bidang : Nombor dan Operasi

Tajuk : Pecahan

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

6 Menamakan pecahan wajar.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.

Pengetahuan Sedia ada : Pelajar tahu mengenai kedudukan pengangka dan

penyebut di dalam pecahan wajar dan mengenalpasti

pecahan wajar.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : video

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :

Nilai Murni : Jujur, berjumat-cermat, bertanggungjawab, amanah

Page 2: Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

Fasa Cadangan AktivitiCadangan

Komunikasi

1. Persediaan(10 minit)

Pemerhatian dan Analisis

a. Sediakan dua biji kek dan diberikan kepada dua orang murid.

b. Kek yang pertama dipotong kepada dua bahagian yang sama besar dan satu bahagian diberikan kepada murid tersebut.

c. Kek yang kedua dipotong kepada empat bahagian yang sama besar dan dua bahagian diberi kepada murid tersebut.

d. Murid diminta untuk menyatakan pecahan setara bagi satu perdua.

e. Jelaskan kepada murid bahawa dua perempat adalah sama dengan satu perdua.

12=24

i. Berapa biji kek yang ada di atas meja?

ii. Berapa bahagian kek yang sudah dipotong?

iii.Berapa bahagian kek yang murid kedua dapat?

iv.Adakah bahagian kek yang dipegang oleh murid pertama dan kedua adalah sama saiznya?

v. Nyatakan bahagian kek tersebut dalam bentuk pecahan.

Page 3: Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

2. Imaginasi(20 minit)

Penjanaan Idea

Sintesis Idea

a. Murid dibahagikan kepada dua orang satu kumpulan.

b. Setiap kumpulan diberi dua kertas A4.

c. Setiap kumpulan diminta melipat dan menggunting satu helai kertas kepada empat bahagian yang sama dan hasil guntingan itu dibahagikan kepada kedua-dua ahli kumpulan dengan sama banyak.

d. Kertas kedua pula dilipat dan digunting kepada lapan bahagian yang sama besar dan dibahagikan kepada ahli kumpulan dengan sama banyak.

e. Bandingkan saiz bahagian yang diperoleh oleh seorang murid.

f. Jelaskan kepada murid bahawa 24

adalah setara dengan 48

.

g. Ulang aktiviti dengan

i. Berapa keeping potongan kertas setiap murid dapat?

ii. Nyatakan secara lisan pecahan bagi hasil kerja yang ditampal.

iii. Diminta seorang murid menulis jawapan di papan tulis.

Page 4: Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

3. Perkembangan(20 minit)

a. Tunjukkan kad gambar seperti di bawah.

b. Murid diberi jawapan secara lisan dan menyatakan pecahan setara bagi suatu pecahan wajar.

c. Minta murid mewarnakan dua helai kertas A4 yang diberi mengikut pecahan yang dinyatakan.

d. Warnakan 13 .

e. Warnakan bahagian berikut supaya menjadi pecahan setara

bagi 13 .

i. Berapakan pecahan setara

bagi 35 ?

ii. Berapakah pecahan setara

bagi 12 ?

iii. Warnakan satu bahagian daripada tiga bahagian yang sama.

iv. Berapakah bahagian yang diwarnakan supaya menjadi pecahan setara?

Page 5: Cth Rph Pecahan Setara Tahun 3

f. Jelaskan kepada murid bahawa 13

adalah setara dengan 26 .

4. Tindakan(10 minit)

Pelaksanaan

Amalan Berterusan

a. Edarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

b. Bincangkan hasil kerja murid.

i. Selesaikan tugasan yang diedarkan.

5. Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid melakukan aktiviti secara berkumpulan.

6. Nilai dan sikap

Bekerjasama, tolong-menolong, tekun, yakin diri.