Cth Tugasan TGFU (Bahan)
-
Upload
md-shukri-sultani -
Category
Documents
-
view
259 -
download
1
Transcript of Cth Tugasan TGFU (Bahan)
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
1/19
1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________
TARIKH SERAH: ________________
Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUM
JUMLAH
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
2/19
2
Isi Kandungan Muka
surat
Pendahuluan 3
Definisi
4
Kepentingan TGFU 5
komponan 6
Kepentingan menggunakan kaedah TGFU7
Membandingka antara pengajaran secara tradisional dengan 8-
10
kaedah TGFU.
Rancangan Pengajaran Harian 11-12
Permainan berasaskan tgfu
13-14
Rujukan 15
Lampiran 16-19
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
3/19
3
Pendahuluan
Teaching Games for Understanding (TGFU) merupakan suatu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang diilhamkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di
Universiti Loughboroungh.TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk
kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar
bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan.
Kaedah TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh
pada setiap permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep
dalam permainan tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti
fizikal.Oleh yang demikian, waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah
rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-
pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan
Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta
bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan
menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan
kerjasama di antara pelajar.
Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah
yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk
belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta
dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu
banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran dengan seronok.
Definisi
Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet AmerikaSyarikat.Model ini menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani
untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran
permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun
meningkatkan kemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada.Teori Bunker dan
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
4/19
4
Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja
mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruang kepada kanak-
kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok
dan ia menghasilkan faedah yang baik.
Manakala Almy(1984)menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka, bebas
dari segala peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang
baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif.Apa yang
dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg
(1983).Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah
diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan
dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-
kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana
sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan
. Kepentingan TGFU
Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran
taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain, selain menggalakkan
pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang
meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks
aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa
bermain.TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan
bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran
untuk meningkatkan permainan.
Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui
beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain.
Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan
taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai
permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami
apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
5/19
5
bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik
dan pelbagai.
TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk
membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang
dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu.
TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke
atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran
sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman
belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam
bidang perkembangan pergerakan kognitif.
Komponen TGFU
Sebelum murid memulakan sesebuah permainan,guru mestilah memastikan
sasaran murid yang akan bermain permainan tersebut.Hal ini adalah sangat penting
agar permainan yang akan dimainkan bersesuaian dengan tahap, kemampuan dan
potensi murid.
Persembahan ialah hasil daripada proses yang lepas iaitu membuat keputusan
dan kemahiran strategi. Selain itu, hasil daridapa teknik yang dilakukan.Kemahiran
yang dilaksanakan (Skill Execution) Stail dan model latihan perlu dimanipulasikan dan
disusun untuk memberi faedah latihan kepada murid kumpulan kemahiran tinggi,
sederhana dan rendah.Setiap teori dan model mempunyai kelebihan dan
kelemahannya, tetapi yang penting ialah menggunakan unsur kekuatannya bagi
meningkatkan prestasi murid pelbagai kumpulan kemahiran dalam permainan dan
sukan.Kemahiran yang dilaksanakan juga mestilah mengikut tahap dan kesesuaian
murid.
Seterusnya, Kesedaran Taktik (Tactical Awareness) Model TGFU yang
menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan
pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat
menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan bijak membuat keputusan tentang
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
6/19
6
pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran
sukan.Maka, untuk menguasai sesebuah permainan, Murid hendaklah merangka
strategi dan taktik tertentu untuk mencapai tahap yang diinginkan.Model TGFU
menekankan kepentingan latihan dalam situasi permainan bagi meningkatkan aspek
membuat keputusan tentang penggunaan taktik dan kemahiran dalam permainan.
Komponan TGFU yang seterusnya adalah membuat Keputusan yang Tepat
(Making Appropiate Decisions).Dalam permainan ini, pemain hendaklah bijak membuat
keputusan untuk memasukkan gelung tepat ke sasaran dan memperoleh mata dalam
jangka masa yang terhad. Oleh sebab itu, sekiranya pemain mempunyai kemahiran dan
kebolehan untuk memasukkan gelung ke dalam skital yang lebih jauh(mata lebih tinggi),
maka pemainakan berjaya memperoleh markah keseluruhan yang banyak. Sekiranya
pemain tidak cekap, adalah lebih baik pemain mensasarkan gelung rotan ke arah skital
yang lebihdekat.Oleh itu, pemain mestilah bijak membuat keputusan yang tepat.
TGFU juga memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubah
suai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.Tambahan pula, pengubah
suaian permainan akan menjadinya lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang
sedia ada. Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan
kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan.Maka, kanak-kanak dapat menerokai
permainan ubahsuai peringkat demi peringkat.Permainan ini telah diubah suai daripada
permainan yang terlalu mudah dan bosan dan secara tidak langsung menjadi aktiviti
lebih menarik.Hal ini dapat menggalakkan setiap individu berupaya untuk mencuba dan
bermain permainan ini.Sebagai ganjaran, kata-kata semangat, dorongan, sokongan dan
hadiah akan mendorong mereka untuk lebih bersemangat dan seronok untuk bermain
sekaligus dapat memberi penghargaan kepada mereka.
kepentingan pengajaran menggunakan kaedah TGFU
Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah
yang tinggi dan menjadikan pemenang, ia juga adalah penting untuk pelajar untuk
belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta merta
dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
7/19
7
banyak peraturan.Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran dengan seronok.Menurut, Almy(1984) beliau menyatakan kanak-kanak
bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan
bermain.Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan.Melalui permainan,
kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.Kanak-kanak melibatkan diri dalam
permainan secara aktif.Model TGFU membentuk kemahiran secara menyeluruh dan
bebas yang boleh dipindah ke pelbagai sukan.Oleh yang demikian, TGFU amat sesuai
dengan pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin
diterapkan kepada kanak-kanak.
Kita juga akan melihat TGFU dari perspektif psikologi, Thorpe menganalisis
bahawa dalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja
pendorong.TGFU menekankan pada permainan dan mengarahkan pelajar untuk
menemukan permainan itu, yang merupakan modal dalam cabang yakni interaksi
sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman dengan berharap pelajar dapat
mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapai bekerja dengan
taktik yang tepat.Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompok kecil,
sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha
membantu perkembangan pemikiran.Di dalam TGFU, pelajar dapat menghalusi dan
mengembangkan penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara
berperingkat, di bawah bimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang
lebih canggih.
Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki
pemahaman yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi.Dalam
target games yang terdapat dalam model TGFU, para pelajar didorong
mengembangkan kesadaran taktikal dan kemampuan pembuatan keputusan manakala
hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran.Target games merupakan permainan
yang menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam
permainannya. Apabila aktiviti target games dilakukan maka akan terbentuk sifat -sifat
yang terdapat dalam target games. Setelah konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
8/19
8
target games memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya proses
pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat
Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan
kaedah TGFU.
Pendekatan tradisional
Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.
Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan.
Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar
Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran
khas.
Ciri-ciri pendekatan tradisional.
Kurikulum yang ditetapkan
Mementingkan pengajaran
Guru menentukan tugas
Tugasan diberikan kepada pelajar
Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru
Mengukur pengajaran mengikut gred.
Pendekatan TGFU
1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi
daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari
aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian.
2. Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang
diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain.
3. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk
mengatasi pihak lawan.4. Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi
untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan
kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.
5. Pendekatan ini berkonsepkan ansur- maju dengan mempraktikkan kemahiran yang
mudah dan yang telah dikuasai.
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
9/19
9
Model Tradisional Model TGFU
Perlakuan kemahiran
Lebih mementingkan kepada
pemahaman perlakuan dalam
sesuatu aktiviti atau kemahiran yang
dipelajari.
Ikut Kurikulum yang disediakan.
Permainan
Permainan merupakan fokus utama
dalam setiap permainan
Lebih mirip kepada permainan yang
mencabar minda.
Permainan
penguasaan hanya pada kemahiran
yang terlalu asas selalunya gagal
difahami sepenuhnya oleh pelajar.
Appresiasi Permainan
Penggunaan taktik dan boleh diubah
suai untuk kemajuan permainan.
Prestasi
Dinilai setelah selesai pengajaran
dan pembelajaran
Kesedaran Taktikal
Dikuasai semasa permainan dalam
usaha atasi pihak lawan..
Buat Keputusan
Tidak dapat membuat keputusan dan
terlalu mengharapkan kepada guru.
Buat Keputusan
Boleh membuat keputusan sendiri.
Kesedaran Taktikal
Dilakukan dalam situasi permainan
sebenar.
Tahu hasil pendedahan guru
Perlakuan Kemahiran
Berlaku dalam suasana permainan
yang direka khas,
Lebih menguasai kerana pemahaman
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
10/19
10
kendiri.
Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 25.Oktober.2012
Waktu : 7.45 pg 8.45 pg
Bil Murid : 10 orang
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang Kemahiran : Bola Baling
Kemahiran : Hantaran Dada
Strategi Pengajaran : Pengajaran Kontekstual
Peralatan
Bola baling 10 unit
Penanda ( gelung / skittle).
Objektif pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :
1. melakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan dan badan
menghadap sasaran.
2. Melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut lajak selepas hantaran
dilakukan.
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
11/19
11
3. memahami bahawa tangan lurus ke hadapan dan badan menghadap ke sasaran
untuk menambah ketepatan.
4. Mengetahui tujuan tangan lurus kehadapan semasa lakuan untuk menambahkan
daya.
5. Mengetahui kaki mengikut lajak selepas hantaran untuk menambah ketepan dan
daya.
6. menambah keyakinan diri semasa melakukan hantaran dada dan menambah
keseronokan semasa bermain.
7. murid dapat membezakan permainan bola baling dengan bola jaring.
8. Murid dapat membuat gambaran mental urutan langkah yang perlu dilakukan
semasa melakukan hantaran dada.
9.
Aktiviti Pengajaran & pembelajaran
1. Guru meminta murid melakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke
hadapan dan dan badan menghadap sasaran
2. Kemudian guru meminta murid melakukan hantaran dengan kaki kehadapan
mengikut lajak selepas hantaran dilakukan
3. Guru mengedarkan borang semak kendiri kepada murid.
4. Guru meminta respon daripada murid dengan P&P dengan bertanya soalan.
5. Guru memberi pengetahuan umum dan kemahiran
6. Guru memberi murid tugasan dengan meminta mereka mencari artikel bola
baling.
Refleksi : Semua murid telah mengetahui cara-cara untuk bermain bola baling dengan
cara yang betul.
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
12/19
12
Permainan berasaskan tgfu
Kategori sasaran (target)
NAMA PERMAINAN : BALUNG
BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa
ALATAN : 3 skital besar, 15 gelung rotanl
Cara dan peraturan permainan:
1. Ketiga-tiga pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan ( sila rujuk rajah)
2. Setiap pemain dibekalkan 5 gelung rotan.
3. Pemain mestilah melontarkan kesemua gelung rotan ke dalam skital yang diletakkan.
4. Pemain yang dapat memasukkan kelima-lima gelung rotan ke dalam skital dan paling
cepat menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.
5. Permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang dengan 3 orang peserta yang
seterusnya.
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
13/19
13
Cara pemarkahan:
Setiap gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital akan diberi markah 10
mata.
Jika gelung tersasar daripada skital peserta tidak akan mendapat sebarang
markah.
Pemain yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.
Contoh gambar rajah
http://3.bp.blogspot.com/-RNJq8CnvuMA/T36RVUzTM5I/AAAAAAAAAWs/4dOAVaCeT-w/s1600/2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-FlyAKwbftL0/T36RIh50_fI/AAAAAAAAAWk/cCcJoUGpBA0/s1600/1.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-RNJq8CnvuMA/T36RVUzTM5I/AAAAAAAAAWs/4dOAVaCeT-w/s1600/2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-FlyAKwbftL0/T36RIh50_fI/AAAAAAAAAWk/cCcJoUGpBA0/s1600/1.jpg -
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
14/19
14
Lakaran Gambar rajah
BIBLIOGRAFI
Buku :
Abdul Hafidz Bin Haji Omar.2003.Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan tahun
2. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Sofian Omar Fauzee.2006.Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. Karisma
Publications Sdn.Bhd.
Internet:
http://www.tgfu.org/
http://www.tgfu.info/
http://www.tgfu.org/http://www.tgfu.org/http://www.tgfu.info/http://www.tgfu.info/http://www.tgfu.info/http://www.tgfu.org/ -
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
15/19
15
http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf
LAMPIRAN
http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdfhttp://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdfhttp://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf -
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
16/19
16
Gambar rajah 1: Model TGFU(Burker & Thorpe)
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
17/19
17
Gambar Rajah 2: Elemen taktik
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
18/19
18
Gambar rajah 3: Model TGFU
-
7/27/2019 Cth Tugasan TGFU (Bahan)
19/19
19
Gambar rajah 4: klasifikasi permainan