Ctu 151-Hedonisme Assignment

20
PENGENALAN Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan (pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.Selain itu,Kecenderungan [Type text]

Transcript of Ctu 151-Hedonisme Assignment

Page 1: Ctu 151-Hedonisme Assignment

PENGENALAN

Hedonisme  berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan 

(pleasure)   ialah   suatu  pola  pemikiran  dan  budaya  hidup  yang   terlalu   sukakan 

kepada  aktiviti  hiburan  dan  keseronokan   semata   (Encyclopedia  of  Philosophy, 

2006;254-258).  Menurut   kamus   dewan  pula,   hedonisme   ialah   pegangan   atau 

pandangan   hidup   yang   mementingkan   keseronokan   atau   kesenangan   hidup. 

Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini 

telah  mula  menular  masuk sekian  lama dalam kehidupan masyarakat   Islam di 

Malaysia   terutamanya  dikalangan  muda  mudi.   Salah   satu   faktor  penting  yang 

menyumbang kepada berlakunya fenomena  ini   ialah realiti media massa sama 

ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat 

banyak kepada aspek hiburan.Selain itu,Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan

bermewah-mewahan juga diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang

mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang

berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam

dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan

remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan

dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

[Type text]

Page 2: Ctu 151-Hedonisme Assignment

FAKTOR-FAKTOR BUDAYA HEDONISME

Bagaimana budaya hedonisme semakin menjadi pengamalan generasi muda

sekarang? Ramai pihak menyalahkan pihak media sebagai medium utama yang

menyebarkan budaya barat ini.Sebenarnya terdapat banyak faktor-faktor yang

menyumbang budaya hedonism ini dalam kalangan muda mudi Negara

kita.Antaranya Ialah :

1. Stesen televisyen tempatan tidak putus-putus menyuguhkan rancangan

bercorak hiburan hingga semacam tiada rancangan lain yang boleh

disajikan kepada penonton remaja. Stesen televisyen swasta terutamanya

berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti berkonsepkan

hiburan bagi menaikkan rating penonton. Media cetak juga dicemari

dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan ilmiahnya

cukup kurang. Yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang kebenarannya

hanyalah secebis, kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan ceritera

cinta hangat penyanyi popular. Media seharusnya memainkan peranan

sebaik-baiknya.

[Type text]

Page 3: Ctu 151-Hedonisme Assignment

2. Kewujudan pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor kepada kewujudan

budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar

meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal

menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya. Pusat-pusat hiburan

di negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi

kekosongan di lantai tari. Saban minggu, DJ-DJ dari luar dijemput bagi

memeriahkan acara tertentu. Ketidakkawalan kewujudan pusat-pusat

hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi

pewaris. Rave Party atau parti liar semakin menjadi acara wajib bagi

sesebuah kelab malam. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar

budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda

remaja.

3. Kurang pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa merupakan

hujah yang agak klise yang acap kali dilontarkan oleh sesetengah pihak.

Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi ibu

bapa. Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan

menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dan

sukar dikawal.

[Type text]

Page 4: Ctu 151-Hedonisme Assignment

KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME

Impak dari pengembangan budaya hedonisme ialah pemasalahan kebejatan sosial

di kalangan remaja. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor

utama masalah sosial. Menurut statistik penangkapan khalwat oleh JAIS bagi tahun

2006, bulan Ogos mencatat tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1547 tangkapan.

Hal ini jelas menunjukkan kegiatan sumbang ini meningkat ketika sesuatu

perayaan diraikan. Majoriti tangkapan ialah ketika sambutan kemerdekaan

diadakan. Adakah ini merdeka yang diertikan oleh anak-anak muda?

Selain itu, peningkatan keruntuhan moral dan akhlak remaja turut

membimbangkan. Konsert-konsert hiburan walaupun memberi impak kepada

keharmonian dan ekonomi negara, namun terlalu banyak mendatangkan kesan

negatif. Kegelojohan remaja menyertai program realiti dengan mengabaikan

tanggungjawab sebagai pelajar dikhuatiri menjadi aliran baru generasi millennium.

Bahkan, hampir setiap minggu remaja diajak berpesta, berdansa dan khayal dengan

hiburan. Secara sedar atau tidak, kegiatan ini memacu mereka ke arah keruntuhan

moral. Mahu atau tidak, kita bertanggungjawab kepada situasi bobrok ini.

[Type text]

Page 5: Ctu 151-Hedonisme Assignment

Justeru, hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan dalaman degara.

Remaja masa kini semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buas

hedonisme. Semangat patriotik dan cinta akan negara semakin pudar dan luntur.

Tembok pertahanan akan mula lemah dan mungkin akan roboh menyembah bumi

suatu ketika nanti. Sedar atau tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit dan

agenda barat serta gerakan Zionisme dalam melemahkan dan meruntuhkan institusi

Islam dan Iman dalam masyarakat kita. Kala ummah leka berhibur, bila-bila masa

sahaja pesawat pejuang Zionis boleh menjunamkan bom dan peluru untuk

meranapkan negara Islam Hadhari yang penuh harmoni ini. Mana amalan Islam

Hadhari yang dicanang-canangkan oleh kerajaan jika rakyatnya begini. Apabila

sosial kita lemah, kurang jati diri dan lembik serba-serbi, musuh Islam dengan

mudah mengeksploitasikan dan memanipulasikan pemikiran pemuda-pemudi

Islam kita.

[Type text]

Page 6: Ctu 151-Hedonisme Assignment

Oleh yang demikian,tidak hairan lah apabila berita rompakan bank dan kedai

emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lain

lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang

dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah

umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta,

hiburan dan sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkan

sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang

sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan

orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai

nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Sesuatu hal yang

amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan

remaja. Intihalnya,langkah-langkah drastik perlulah diambil bagi mengelakkan

kesan-kesan di atas lebih menjadi lebih kritikal seterusnya mendatangkan masalah

kepada masyarakat setempat.

[Type text]

Page 7: Ctu 151-Hedonisme Assignment

CARA-CARA MENGATASI MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM

Dalam menangani masalah budaya hedonisme dalam kalangan muda mudi

ini,Islam telah menjadi sau penyelesaian terbaik dalam mencari jalan penyelesaian

yang pasti mampu merubah pandangan dan perspektif muda mudi terhadap budaya

hedonism ini.Para ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka

dituntut untuk menanganinya.

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan

manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan

hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk

menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah

menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari

diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di

dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--

Maksudnya:

[Type text]

Page 8: Ctu 151-Hedonisme Assignment

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia

dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik

bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”

(Q.s. Al-An’am: 32).

Firman-Nya lagi:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan

pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

(Q.s. Ali Imran: 185).

Walaubagaimanapun,antara cara-cara efektif yang dapat diambil melalui

prspektif dan gaya hidup islam ialah :

[Type text]

Page 9: Ctu 151-Hedonisme Assignment

1. Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam

di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana di

dalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini

jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah

kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak

masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari

rebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci

ini dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak

mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi

buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ia

akan menjadi sia-sia.

2. Seterusnya, gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para da’i

atau pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya

lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka

juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mengapa

agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan

menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian?

Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan

[Type text]

Page 10: Ctu 151-Hedonisme Assignment

hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru

budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan

terkini. Itulah yang perlu mereka kaji

3. Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan

'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka

berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan

fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkan

juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan

perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya

contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim

mahupun bersentuh-sentuhan. Dari situ mereka akan faham bahawa

agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar

lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti. Ini

adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah

manusia sukakan keindahan dan kecantikan , kehidupan yang selesa

di dunia, harta kekayaan, kenderaan mewah, perhiasan dan

berpasang-pasangan.

[Type text]

Page 11: Ctu 151-Hedonisme Assignment

KESIMPULAN

Jika dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku di

sekeliling kita. Cuaca dunia telah menjadi semakin tidak menentu. Apabila maksiat

dan gejala sosial yang disebabkan oleh pengaruh budaya hedonisme tidak

terbendung maka akan datang bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit

menular dan terkini kemarau berpunca daripada El-Nino. Apabila bencana berlaku,

ia akan meliputi semua makhluk sama ada yang beriman atau tidak; inilah iktibar

yang didapati pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa.

Oleh itu umat Islam perlulah merenungkan bahawa segala ujian dan dugaan ini

adalah merupakan peringatan kepada manusia yang berterusan melakukan dosa

dengan mengabaikan perintah Allah. Maka umat Islam perlulah berganding bahu

berpegang tangan untuk memastikan penularan pengaruh budaya hedonisme yang

merosakkan jati diri umat Islam terutamanya dalam kalangan muda mudi pada

masa kini dapat dibanteras sama sekali menyelamatkan diri kita dan generasi umat

Islam pada masa akan datang.

[Type text]

Page 12: Ctu 151-Hedonisme Assignment

RUJUKAN

1. Budaya Usahawan Berjaya,2011,Pengarang : Buerah Tunggak,Hussin

Salamon,Bab 3 : Konsep Nilai,Etika,Moral dan Akhlak

2. Judul: Advencer Si Peniup Ney,Pengarang : Faisal Tehrani,Penerbit : Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan Pertama 2005

3. Hedonism , 2004-04-20,Stanford Encyclopedia of Philosophy

4. http://entarostukov.blogspot.com/2008/09/pengaruh-barat.html

5. http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/29/budaya-hedonisme-melalaikan-

masyarakat/3jh

[Type text]

Page 13: Ctu 151-Hedonisme Assignment

[Type text]