Report Ctu 555
description
Transcript of Report Ctu 555
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN
PENGURUSAN HOTEL (HM240)
SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) (Hubungan Etnik Di Malaysia)
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT(Jadual Mukmin untukPegurusan Masa )
Disediakan oleh:
Mohamed Hirsham bin Azmi 2015101001
Suhaimi bin Yusoff @ Aziz 2014567249
Siti Nazihah binti Md.Aliman 2014753485
Siti Nurul Ain binti Mohd Yunus 2013978273
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kami merasa nikmat dari-Nya serta tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami untuk subjek CTU 555 iaitu Ustazah Mahfuzah Binti Mohammed Zabidi kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya dapat membuka ruang untuk kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada respondan kami untuk menyertai kajian kami berkenaan projek kami.
Dengan kerjasama daripada beliau dapat kami mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah dan melancarkan lagi tugasan kami yang sedang kami lakukan.. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan buat diri kami sekumpulan kerana telah bersama-sama menjayakan dan menyiapkan projek khidmat masyarakat walaupun dalam masa yang singkat.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.
PENGENALAN
Projek khidmat masyarakat untuk subjek CTU 555 ini ialah menghargai masa. Sebagai
seorang pelajar yang berwibawa adalah pelajar yang bijak menguruskan masa dengan
sebaiknya. Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam
hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi
keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.
Pengurusan masa adalah kemampuan untuk meancang dan mengawal penggunaan masa kitadalam
sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita.Penggunaan masa yang
efektifmerujuk kepada bagaimana kita merancang masa itu dengan lebih berkesan
dan mendatangkankeuntungan kepada kita.Sebagai seorang pelajar,matlamat kita untuk
belajar dan berjuang adalahmenjurus kepada matlamat sebenar kita untuk bejaya
dalam bidang pendidikan kerana pada pandangkita pendidikan sahaja yang boleh mengubah
taraf hidup kita menjadi lebih baik dai yangsebelumnya.Untuk itu,Pelbagai caa dan pelbagai
kaedah harus disusun dan dirancang dengan begiturapi untuk membawa kita kepada matlamat
tersebut. Pengurusan masa ini semestinya mempunyai agenda yang tesendiri dalam mencapai
kemajuan diri pada masa akan datang.Pengurusan masa yang tidak baik selalunya akan
menyebabkan adanya penangguhan dalam membuat aktiviti yang dirancang.Pengurusan yang
tidak baik ini boleh kita kaitkan dengan disiplin yangrendah.Disiplin yang rendah
biasanya akan menggangu kita untuk mematuhi jadual harian yang telah kita buat.Sebagai
contoh,Jadual haian yang kita hasilkan lebih memfokuskan kepada aktiviti pengetahuan dan
riadah,tetapi tahap disiplin yang rendah ini akan mendorong kepada kita untuk melakukan
perkara lain selain daripada aktiviti yang tersenarai dalam jadual harian
kita.Contohnya,melepak bersama kawan-kawan.
Di sini, kami berkerjasama satu kumpulan ingin mengeluarkan suatu bentuk jadual
yang berkait dengan rohani dan juga jasmani. Dengan adanya jadual ini mungkin para pelajar
UiTM Puncak Alam dapat melaksanakan perkara wajib dengan smpurna dan di tambah
dengan perkara sunat dan bonus. Justeru kami memilih pendekatan terhadap pelajar
Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam bagi memupuk sifat dalam menghargai
masa dalam menguruskan masa seharian mereka dengan sebaikny
Permulaan Projek
Pada permulaan perbincangan antara ahli kumpulan, kami telah mengemukakan tiga
pilihan topik yang akan menjadi tajuk projek bagi kumpulan kami. Tajuk-tajuk yang
dibincangkan adalah perniagaan, kesihatan dan pengurusan masa. Setelah memikirkan dan
memerah otak, kami telah memilih topik pengurusan masa dalam kalangan pelajar untuk
kami jadikan tajuk projek kami. Antara sebab utama pemilihan tajuk ini adalah setelah kami
mendapati bahawa ramai pelajar yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa mereka.
Kesibukan belajar adalah antara sebab pelajar tidak boleh atau sukar untuk fokus dalam
melakukan aktiviti lain dan ibadah. Perkara ini sebenarnya adalah sesuatu yang sangat serius
memandangkan ianya dapat memberikan impak yang buruk kepada para pelajar. Bagi
membantu pelajar dalam menguruskan masa mereka, kami telah menyediakan satu platform
bagi mereka untuk membantu mereka menguruskan masa iaitu dengan membuat satu jadual
khas yang dipanggil 'Jadual Mukmin'. Jadual ini bukanlah satu ciptaan baru dari kami semua
tetapi ianya adalah satu pengubahsuaian dari sebuah jadual biasa kepada satu jadual yang
senang dipraktikkan oleh seorang pelajar sesuai dan seiring dengan kesesuaian hidup sebagai
seorang pelajar. Disiplin adalah sesuatu yang amat susah untuk dikekalkan. Dengan
berpandukan jadual yang telah kami edarkan kepada responden, ianya mungkin akan sedikit
sebanyak membantu mereka menyusun aktiviti seharian mereka dengan teratur
Proses mencetak jadual mukmin Bentuk jadual mukmin
Hasil cetakan jadual mukmin
Menerangkan cara-cara mengisi jadual mukmin kepada responden
Hasil Dapatan Projek
Daripada projek ini, kami mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan daripada semua
pelajar yang terlibat sebagai responden bagi menjayakan projek kami. Berdasarkan respon yang kami
perolehi daripada kesemua responden yang bekerjasama dalam projek ini, kami mendapati bahawa
kebanyakan jadual yang diberikan kepada mereka diisi dengan teratur. Walaupun tidak semua
responden dapat menyempurnakan semua perkara yang diperuntukkan kepada mereka dalam jadual,
sekurang-kurangnya kebanyakan daripada mereka telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi
tuntutan wajib iaitu solat fardhu lima waktu. Daripada pemerhatian projek ini, kami dapati bahawa
setiap pelajar seharusnya mempunyai satu perancangan bagi melakukan setiap aktiviti seharian agar
mereka boleh menjadi lebih komited bagi melaksanakan tugasan harian. Cara terbaik adalah dengan
mempunyai jadual kerja seperti 'Jadual Mukmin' ini. Walaupun tanpa jadual kerja, pelajar sebenarnya
mampu untuk menguruskan masa mereka dengan syarat mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan.
Jadual ini hanyalah untuk memupuk disiplin dalam kalangan pelajar agar menepati masa yang
ditetapkan. Bila ianya sudah menjadi satu praktik, sudah semestinya mereka akan komited dalam
melakukannya walaupun tanpa jadual. Hasil sebeginilah yang amat kami harapkan daripada projek
kami ini. Kami hanyalah sebagai penyumbang idea biasa. Yang dapat menjadikan idea kami sesuatu
yang luar biasa adalah individu itu sendiri dengan izin Allah. Apa yang penting adalah ilmu
menguruskan masa. Kami amat berharap agar semua pelajar dan semua muslim agar tidak
membazirkan masa di dunia yang sementara ini sehingga lupa tujuan sebenar hidup kita di dunia ini.
Refleksi Projek Oleh Ahli Kumpulan:
SUHAIMI BIN YUSOFF@AZIZ
Daripada projek yang telah kami jalankan iaitu berkenaan dengan pengurusan masa, apa yang
saya dapat simpulkan adalah berkenaan sikap sesetengah masyarakat kita yang tidak komited
dalam melakukan tugasan atau aktiviti seharian. Istiqamah adalah sesuatu yang sangat
penting dalam menjadikan seseorang individu itu seorang muslim yang mukmin dan berjaya
dunia akhirat. Dalam konteks seorang pelajar pula,ianya amat penting untuk menguruskan
masa agar tidak membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah.
MOHAMED HIRSHAM BIN AZMI
Berdasarkan pemerhatian saya, projek kami telah menampakkan sesuatu yang sangat penting
untuk dikongsi. Ramai pelajar sebenarnya tidak mempunyai perancangan untuk melakukan
aktiviti seharian mereka. Disebabkan itulah ramai pelajar mengalami tekanan dalam proses
pembelajaran mereka. Mereka banyak melakukan kerja-kerja di hujung-hujung waktu. Akibat
kerja yang tertangguh, hasil kerja menjadi tidak sempurna. Ini adalah selari dengan kehendak
Islam yang menganjurkan agar umatnya tidak melakukan perkara yang sia-sia. Dengan
adanya jadual kerja, mereka akan mampu untuk merancang hala tuju hidup sebenarnya
sekaligus kerja boleh disiapkan dengan sempurna. InsyaAllah.
SITI NAZIHAH BINTI MD.ALIMAN
Hasil pemerhatian saya terhadap projek ini adalah agak berkesan kepada responden. Jadual
ini dapat membantu para pelajar untuk mengurus masa sebaiknya untuk melakukan perkara
waji seperti solat fardhu. Jika kita menyegerakan untuk menunaikan solat fardhu, iaitu
perkara wajib, maka kita akan rasa lebih lapang dan mempunyai banyak masa dan masa yang
ada sangat damai. Bukan sekadar kepada responden sahaja yang memberi respon terhadap
projek ini, malah saya juga turut serta untuk menggunakan jadual ini. Ternyata berkesan
untuk saya mengurus masa dengan sebaiknya. Tetapi kita perlu istiqamah dalam melakukan
sesuatu perkara kebaikkan. Jika kita ingin melakukan perkara kebaikkan,maka segerakanlah
ia adalah sesuatu yang sangat dituntut daripada kita bertangguh. Suka saya ingat,
segerakanlah kebaikkan dan istiqamah lah dengan sesuatu amalan itu dan ia akan menjadi
kebiasaan dan kita akaan menjadi seronok dengan melakukan kebaikkan tersebut. Sekecil
zarah kebaikkan turut juga di pandang oleh Allah. In shaaAllah.
SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUNUS
Sepanjang saya menjalani assignment mencipta kalender mukmin ini, saya memperoleh
banyak faedah disamping dapat membantu meringankan beban kerja rakan-rakan saya.
Dengan kalender mukmin ini.pembahagian masa dapat diatur dengan tepat dan strategik di
mana kalender ini membantu kita membahagikan masa dengan berkesan dan kita menjadi
lebih berdisiplin dalam menuruskan rutin harian kita. Rakan-rakan yang turun menolong serta
respondent yang telah respon di dalam projek kelender mukmin memberi respon yang baik
dan memberangsangkan kerana mereka percaya dengan adanya mekanisme seperti kelender
mukmin ini mereka menjadi lebih menghormati masa dan merasakan masa itu emas. Selain
dari itu, mereka juga dapat menyempurnakan ibadah dengan berkesan dan dapat memperbaiki
ibadah yang kurang dilakukan didalam aktiviti seharian mereka.
KESIMPULAN
Menghargai masa dalam Islam adalah tanda keimanan seseorang. Ketepatan waktu
dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang
menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak
akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat
kelak.