CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileSejarah awal perkembangan agama ......
-
Upload
trinhxuyen -
Category
Documents
-
view
258 -
download
7
Transcript of CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF fileSejarah awal perkembangan agama ......
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 1
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
1
Maruwiah Ahmat
MAKLUMAT KURSUS 2
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan teras dan falsafah pengurusan Islam
KANDUNGAN
3. Amalan Pengurusan
Islam
3.1 Proses Pengendalian
Pengurusan
3.1.1 Takhtit
3.1.2 Tanzim
3.1.3 Qiyadah
3.1.4 Wiqayah
3.2 Fiqh Al-Awlawiyat
dalam Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 2
PENGENALAN 3
Asas pengurusan merupakan perkara yang perlu
diberi penekanan bagi mencapai sesuatu matlamat.
Di dalam pengurusan Islam asas pengurusan
dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
Perancangan (Takhtit)
Penyusunan (Tanzim)
Kepimpinan (Qiyadah)
Pengawasan (Wiqayah)
Pertama: Perancangan (Takhtit)
Perancangan ialah mengkaji aspek-aspek yang
berkaitan sebelum melakukan sesuatu kerja.
Kemudian memilih satu cara yang paling baik yang
membolehkan tercapainya matlamat dalam masa
tertentu, mengikut keupayaan serta suasana dan
keadaan tertentu.
Keupayaan di sini bermaksud penggunaan tenaga
manusia atau bahan yang digunakan untuk mencapai
sesuatu matlamat.
4
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 3
5
Perancangan merupakan aspek paling penting dalam pengurusan.
Sejarah awal perkembangan agama Islam menunjukkan betapa rapinya perancangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebelum Islam tersebar dengan meluas.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Perancangan Dakwah di Makkah
Perancangan Hijrah
Perancangan Menyusun
negara Madinah
6
Perancangan dalam Masyarakat Islam Makkah
Gerakan dakwah pada awal Islam dijalankan secara
rahsia selama 10 tahun sebelum Allah s.w.t mengizinkan
supaya dilakukan secara terang-terangan.
Rasulullah s.a.w telah memulakan dakwah kepada
keluarga yang terdekat, kerana sekiranya dakwah
kepada keluarga terdekat berjaya dan mendapat
sambutan ia boleh meyakin orang ramai.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 4
7
Perancangan Dakwah Rasulullah SAW
Perancangan Dakwah
Sulit
Ahli keluarga
Sahabat rapat
Terang-tengan
Bani Hasyim
Penduduk Mekah
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
8
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Dalam usaha menyelamatkan orang yang baharu memeluk Islam dari ditindas oleh orang kafir Quraisy, Rasullullah memerintahkan mereka berhijrah ke Habsyah. Dalam rancangan ini seramai 9 lelaki dan isteri mereka berpindah, seterusnya rombongan yang kedua bilangannya terdiri dari 80 lelaki dan 18 wanita.
Perancangan ini membuktikan betapa rapinya rancangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan orang terawal memeluk Islam dari terus ditindas oleh orang kafir Quraisy.
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 5
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Selepas tahun ke-11 daripada
tahun kerasulannya, Rasulullah
telah membuat perjanjian
Aqabah Pertama antara suku
kaum Aus dan Khazraj.
Pada tahun berikutnya
berlakunya Perjanjian Aqabah
Kedua dengan kemasukan suku
kaum Aus dan Khazraj dalam
agama Islam.
9
Aqabah ialah sebuah tempat yang berada
di antara Makkah dan Madinah.
Aus dan Khazraj ialah dua puak terbesar
yang mendiami Yathrib
10
Baiat Aqabah 1 (621 M) ialah perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan 12 orang dari Yathrib yang kemudian mereka memeluk Islam.
Baiat Aqabah ini terjadi pada tahun ke-12 kenabiannya. Kemudian mereka berbaiat (bersumpah setia) kepada Muhammad.
Nabi Muhammad mengirim Mushab bin Umair dan Amr bin Ummi Maktum ke Yatsrib bersama mereka untuk mengajarkan kepada manusia perkara-perkara agama Islam, membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.
T
A
M
B
A
H
A
N
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 6
11
Tidak menyekutukan Allah dengan
sesuatu apapun.
Melaksanakan apa yang Allah
perintahkan.
Meninggalkan apa yang Allah
larang.
Isi baiat Perjanjian Aqabah I ada tiga perkara:
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
T
A
M
B
A
H
A
N
12
Baiat Aqabah 2 (622 M) ialah perjanjian yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. terhadap
73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Yathrib.
Wanita itu adalah Nusaibah bintu Ka’ab dan Asma’
binti ‘Amr bin ‘Adiy.
Perjanjian ini terjadi pada tahun ke-13 kenabian.
Mush’ab bin ‘Umair kembali ikut bersamanya
beserta dengan penduduk Yathrib yang sudah
terlebih dahulu masuk Islam.
T
A
M
B
A
H
A
N
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 7
13
Isi baiat dalam Perjanjian Aqabah II ialah:
Untuk mendengar dan taat, baik dalam perkara yang mereka sukai mahupun yang mereka benci.
Untuk berinfak baik dalam keadaan sempit mahupun lapang.
Untuk amr makruf nahy anil munkar.
Agar mereka tidak terpengaruh celaan orang yang mencela di jalan Allah.
Agar mereka melindungi Muhammad sebagaimana mereka melindungi wanita-wanita dan anak-anak mereka sendiri.
T
A
M
B
A
H
A
N
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
14
Kesan Perjanjian Aqabah
Bilangan umat Islam makin meningkat.
Apabila kaum kafir Quraisy mengetahui Rasullullah s.a.w membuat hubungan dengan kaum di Yathrib, mereka bertambah marah terhadap Rasullulah serta pengikutnya lalu mereka mengenakan tekanan yang teruk kepada pengikut Islam ketika itu.
Maka turunlah wahyu yang memerintahkan supaya berhijrah ke Yathrib.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 8
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Perancangan Masyarakat Madinah
Masyarakat Madinah berbeza dengan masyarakat Makkah
dari segi anutan agama. Ini kerana di Madinah terdapat
pelbagai agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi dan lain-lain.
Oleh yang demikian itu Rasulullah s.a.w melakukan dua
perancangan awal iaitu:
Pertama: memelihara akidah Islamiah. Ini kerana di Madinah
terdapat penganut Islam yang berasal dari Makkah dan ada
yang berasal dari Madinah, Rasulullah s.a.w ingin menyatukan
mereka melalui penyatuan akidah.
Kedua: kebebasan beragama, ini membolehkan mereka yang
tidak beragama Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam.
15
Perancangan yang disertai dengan petunjuk Allah S.W.T itu telah
melahirkan satu masyarakat Islam yang ulung yang terbit dari
tiga dasar iaitu:
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
16
Orang Islam dan bukan Islam dijamin
kehidupannya dan mata pencarian mereka,
menjadikan orang Islam bertambah keimanannya,
yang kurang yakin dengan Islam bertambah
keyakinannya.
Yang takut menjadi berani dan yang lemah
menjadi kuat.
Memberi rasa ketenangan dan rasa senang hati kepada
mereka yang memeluk Islam dan bagi yang bukan Islam diberi
kebebasan memeluk agama lain.
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 9
17
Antara perancangan Rasulullah SAW lainnya yang sangat penting
ialah:
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Rasulullah s.a.w membina masjid bagi memperkuatkan umat Islam ketika itu. Masjid menjadi tempat gerakan umat Islam dan pusat menuntut ilmu di samping melakukan pelbagai aktiviti lain ketika itu.
Seterusnya Rasulullah s.a.w menyatukan antara Muhajirin dan Ansar.
Membuat perjanjian dengan orang Yahudi dan membersihkan Madinah dari mereka yang tidak memelihara perjanjian.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
18
Perancangan Menghadapi Peperangan
Rasulullah s.a.w tidak memulakan peperangan sehinggalah
diwahyukan oleh Allah s.w.t.
Peperangan bukanlah menjadi matlamat utama Islam, tetapi bertujuan
mempertahankan serangan-serangan yang menentang musuh.
Umat Islam disuruh membuat persediaan sebelum berperang. Dalam
melaksanakannya Allah s.w.t menyerahkan urusannya kepada
kebijaksanaan rasul dan pengikutnya untuk menentukan keperluan
alatan, pakaian dan seumpamanya berdasarkan kesesuaian masa dan
suasana.
Rasulullah s.a.w kerap melakukan syura untuk mengambil pendapat
ramai berhubung dengan masalah peperangan ini.
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 10
Perancangan Ekonomi
Perancangan ekonomi bermula pada zaman Saidina Umar di
mana baginda telah mengarahkan supaya tanah-tanah yang
dikuasai oleh tentera Islam tidak diagih-agihkan.
Tanah tersebut menjadi hak milik Baitul Mal dan hasil yang
dipungut akan diagihkan kepada orang miskin.
Rancangan ekonomi yang paling besar dilakukan oleh Saidina
Umar ialah rancangannya menggali terusan yang
menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah untuk
kemudahan mengangkut barangan daripada Mesir ke Hijaz.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
19
Falsafah Perancangan Ekonomi
Islam menekankan kepada dasar
rundingan dengan bijak pandai
dalam sesuatu urusan dan
melakukan syura tanpa membuat
keputusan sendirian.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
20
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 11
21
Pembahagian Kuasa Boleh dikatakan bahawa pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada permulaan Islam telah diberi kuasa penuh untuk menjalankan tugas-tugas pembangunan di wilayah masing-masing tanpa campur tangan khalifah.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Kedua: Penyusunan (Tanzim)
Penyusunan ialah mengumpul dan menyenaraikan
segala rancangan dan kegiatan yang perlu untuk capai
satu-satu tujuan tertentu.
Salah satu penyusunan yang penting dalam pengurusan
ialah menyediakan carta organisasi yang
membahagikan tugas dan tanggungjawab dalam
bidang-bidang dan bahagian-bahagian tertentu
supaya tugas itu tidak bertembung dan bertindih
dengan kerja-kerja harian yang lain.
22
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 12
23
Pada masa kini pembahagian tugas dan
penyusunan pengurus terbahagi kepada
dua bahagian iaitu:
membuat dasar dan menjadi penasihat
kepada pihak berkuasa dalam
membuat keputusan.
bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas dan kerja-kerja
yang telah dirancang oleh pemerintah
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Rancang dasar
Laksana
24
Dasar-dasar Penyusunan Pengurusan Islam
Kepimpinan iaitu dalam pentadbiran berorganisasi,
sewajarnya mempunyai pucuk pimpinan yang menerajui
pentadbiran tersebut.
Kuasa dan Tanggungjawab iaitu merupakan kemampuan
membuat keputusan atau tindakan terakhir sebelum sesuatu
perkara itu dilaksanakan.
Konsep Syura iaitu dalam pengurusan Islam syura merupakan
perkara wajib dilakukan sebelum menetapkan sesuatu keputusan.
Dasar Pengagihan Kuasa iaitu kuasa tidak terletak kepada
khalifah semata-mata tetapi juga kepada pegawai yang dilantik.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 13
25
Ketiga: Kepimpinan (Qiyadah)
Kepimpinan ialah seni penyusunan hubungan antara individu
dengan beberapa kumpulan yang mengarahkan mereka ke arah
suatu matlamat yang dirancang.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Bentuk Kepimpinan
Demokrasi Autokrasi Laissez Faire
26
Bentuk-bentuk Kepimpinan Barat
Kepimpinan Demokrasi: corak kepimpinan ini ialah segala
keputusan adalah hasil dari suara ramai tetapi pemimpin akan
menilai terlebih dahulu.
Kepimpinan Autokrasi: corak kepimpinan ialah kuasa mutlak
berada di tangan pemimpin. Segala perancangan dan
pelaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mendapat mandat
dari orang ramai.
Kepimpinan Laissez Faire: segala keputusan aktiviti dan
pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan bulat-bulat kepada
rakyat yang menentukannya.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 14
27
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Bentuk-bentuk Kepimpinan Islam
• Demokrasi Islam bukan bersumberkan akal manusia tetapi Al-Quran dan Sunnah Demokrasi
• Kepimpinan Islam juga melaksanakan syura untuk melantik pemimpin dan membuat sebarang keputusan. Syura
Al-Quran dan Sunnah
28
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Ciri-ciri Pemimpin Unggul
Taqwa
Amanah
Ikhlas Muraqabah
Bertanggungjawab
Mesra dan akrab Mengenali
persekitaran
Berilmu
Insaniyah
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 15
29
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Kedudukan Qiyadah Islamiyah
Kedudukan qiyadah Islamiyah merupakan hal yang
sangat penting bagi kepimpinan Islam. Sebagaimana
dinyatakan oleh Umar bin al-Khattab:
اَلِاْساَلَم ِاالَّ ِباْلَجَماَعِة َواَل َجَماَعَة ِاالَّ ِبْاإِلَماَرِة َواَل ِإَماَرَة ِاالَّ ِبالَطاَعِة
“Tidak ada Islam kecuali dengan berjama’ah, dan tidak
ada jama’ah kecuali dengan adanya kepemimpinan,
dan tidak ada kepemimpinan kecuali adanya
keta’atan”.
30
Kepemimpinan Tertinggi Hanya Milik Allah
Kepemimpinan tertinggi dan mutlakt sifatnya hanya
milik Allah.
Hal ini kerana Allah SWT adalah pencipta alam
semesta dan manusia. Sebagai pencipta, kedudukan
Allah adalah pemilik sekali gus Penguasa.
Di tangan-Nyalah secara mutlak segala bentuk
kekuasaan kepada makhluknya.
Dialah satu-satunya yang memiliki kekuasaan mutlak
baik kekuasaan untuk memerintah membuat dan
menetapkan hukum.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 16
31
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (67:1)
Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintah-
kan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang
lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (12:40)
“Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah.
Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (7:57)
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
32
Allah SWT memberikan amanah kepada orang terpilih
untuk bertindak sebagai utusan-Nya. Para Nabi dan
Rasul yang mendapat kepercayaan untuk memikul
amanah itu adalah orang yang telah diuji dengan
pelbagai dugaan, sehingga mereka mendapat
kedudukan sebagai al-Mustafa (yang terpilih).
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu
dan menganugerahkan ilmu dan tubuh yang perkasa”.
(2:247)
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 17
33
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Peranan Qiyadah Islamiyah
Penyelamat manusia dari lembah kesesatan.
Sebagai pelaksana hukum Allah SWT.
Sebagai badan untuk melakukan jihad menentang musuh-musuh Islam.
34
Kewajipan Pemimpin
Bekerjasama melaksanakan
syariah Islamiyah
Melaksanakan tugas dengan ikhlas dan
jujur.
Amanah
• tidak menggunakan jawatan untuk kepentingan kebendaan seperti rasuah
• tidak menjalankan tugas secara pilih kasih seperti mengutamakan keluarga atau sahabat.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 18
35
Hak Pemimpin
Disebabkan tugas dan tanggungjawab ketua dan
pemimpin dalam sesuatu organisasi itu berat, pemimpin
juga berhak menerima pelbagai kemudahan.
Pemimpin berhak mendapat ketaatan dan kesetiaan
selagi arahannya tidak bercanggah dengan akidah,
syariah dan akhlak Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah, Rasul
dan pemimpin dalam kalangan kamu.. (Nisa’: 59)
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
36
Pengukuhan Kepimpinan
• Ketepatan perjalanan organisasi.
• Memahami pandangan umum terhadap kepimpinannya.
• Mempunyai kaliber tersendiri
• Kemahiran merancang
Kemahiran Konsepsi
• Kemampuan berhubungan denan masyarakat dari pelbagai peringkat.
• Kemampuan berhubungan dengan orang bawahan
• Memliki daya penggerak
Kemahiran Komunikasi
• Mempunyai kemahiran dalam ilmu pengurusan organisasi
• Berkeupayaan melaksanakannya
• Menguasai bidang/syarikat yang dipimpinnya
Kemahiran Teknikal
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 19
37
Keempat: Pengawasan (Wiqayah) Pengawasan berperanan memastikan segala urusan pengurusan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Di samping itu tugas bahagian pengawasan ini juga mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan.
Seterusnya bertindak segera membetulkan sebarang kesilapan atau penyelewengan yang berlaku dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas-lunas undang-undang.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
38
Sistem pengawasan terbahagi kepada 4 bahagian:
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
1. Pengawasan kendiri.
2. Pengawasan Pengurusan iaitu tugas yang diselenggarakan
oleh unit pelaksana bagi pihak negara.
3. Pengawasan oleh masyarakat juga
dinamakan pengawasan rakyat.
4. Pengawasan pelaksanaan urusan
pentadbiran.
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 20
39
Tujuan
utama
wiqayah
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
Asas pengukur kejayaan
Penjamin kelicinan organisasi
Langkah pencegahan
Langkah dorongan
Fungsi akhir – mengatasi
sebarang masalah
40
Kesimpulan
Keempat-empat asas yang diterangkan di atas
membuktikan betapa Islam menitikberatkan tentang
ilmu pengurusan.
Tanpa ilmu pengurusan kemungkinan sesuatu
perancangan itu mungkin sukar dilaksanakan.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan
CTU263 7/25/2013
Maruwiah Ahmat 21
41
Rujukan Nota Kuliah Bab 3
1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota
Samarahan, Sarawak.
2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-
dalam-islam.html (18/7/2013)
RUJUKAN