CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah...
Transcript of CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah...
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 1
1
Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
PENGENALAN 2
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan definisi, fungsi dan metod komunikasi menurut Al-Quran.
KANDUNGAN
4. Komunikasi dalam
Pengurusan Islam
4.1 Definisi Komunikasi
4.2 Fungsi Komunikasi
4.3 Metod Komunikasi
menurut Al-Quran
4.4 Nilai dan Etika
Komunikasi
4.5 Halangan dalam
Komunikasi
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 2
PENGENALAN 3
Komunikasi memainkan peranan dalam perjalanan kehidupan setiap
makhluk Allah yang ada di muka bumi ini. Ia adalah asas dalam
kehidupan seseorang manusia. Dalam aspek pekerjaan dan
perniagaan, komunikasi menjadi nadi yang menentukan kejayaan
dan kegagalan sesebuah operasi atau perancangan.
Sebagai alat untuk menyampaikan maksud serta maklumat kepada
setiap individu, masyarakat mahupun organisasi. Kegagalan untuk
menyampaikan maklumat atau maksud yang sebenar-benarnya
boleh menyebabkan salah faham dan seterusnya krisis yang tidak
diingini.
Oleh itu setiap inidividu atau pekerja dalam sesebuah organisasi
dari semua peringkat perlu mengamalkan kaedah atau sistem
komunikasi yang berkesan.
Komunikasi dari segi bahasa berasal dari perkataan
“communicate” yang bermaksud penyertaan atau
pemberitahuan. Oleh yang demikian, perkataan
komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau
kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain.
Menurut Kamus Dewan (2002), komunikasi ialah
perhubungan (secara langsung atau perantaraan surat,
radio, telefon dan lain-lain); mengadakan perhubungan
(bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan
lain-lain).
4
4.1 Definisi Komunikasi
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 3
5
Menurut Sillars (1988) dalam Succes in Communication:
“Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual (atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut) supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.”
Menurut The American Heritage Dictionary (1991), komunikasi bermaksud proses pertukaran pemikiran, mesej, dan maklumat melalui ucapan, isyarat, tanda atau penulisan.
4.1 Definisi Komunikasi
6
Trenholm dan Jensen (1991) telah mendefinisikan
komunikasi sebagai proses untuk menghantar
maklumat, idea, perasaan, kemahiran dan lain-lain
dari penyampai kepada penerima melalui saluran
tertentu.
Kesimpulannya, komunikasi ialah satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea dan
fikiran seseorang individu kepada
individu/sekumpulan individu yang lain.
4.1 Definisi Komunikasi
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 4
7
Unsur-unsur komunikasi
4.1 Definisi Komunikasi
penyampai
saluran
penerima mesej
maklum balas
8
Jenis Komunikasi
4.2 Fungsi Komunikasi
• Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara.
• Berkomunikasi secara lisan lebih menitik beratkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan.
Komunikasi Lisan
• Komunikasi jenis ini tidak melibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggota badan.
Komunikasi bukan lisan
• Secara amnya media dan saluran adalah benda yang sama kerana kedua-duanya membawa atau mengandungi mesej untuk disampaikan daripada pihak sumber atau pengeluar kepada pihak penerima.
• Dalam konteks penulisan media ditakrifkan sebagai alat atau bahan yang mempunyai mesej, maklumat atau pengetahuan yang terbit atau dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi.
Komunikasi media
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 5
9
Tujuan Komunikasi Islam
1. Memberitahu.
- memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat
tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan as-
Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan
dengan akidah, syariah dan akhlak.
- menghebahkan kepada umat manusia tentang Islam adalah
agama yang membawa rahmat kepada dunia.
2. Menerangkan.
- memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara
terperinci mengenai ajaran-ajaran Al-Quran dan as-Sunnah
supaya ia difahami oleh semua golongan masyarakat dan
mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita.
4.2 Fungsi Komunikasi
10
3. Memberi kefahaman.
- perjelaskan tentang ajaran Islam agar ia boleh
difahami oleh umat Islam.
4. Memberi ilmu.
- Komunikasi Islam atau juga disebut komunikasi
dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan
pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam
ajaran Islam. Ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada ilmu
wahyu atau naqli dan juga ilmu-ilmu aqli (pemikiran).
4.2 Fungsi Komunikasi
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 6
11
5. Memberi petunjuk.
- Komunikasi Islam ini penting untuk mengajar individu dalam
masyarakat tentang bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan
oleh umat Islam dalam melaksanakan ajaran Al-Quran dan as-
Sunnah. Memberi petunjuk di sini bermaksud memberi panduan
atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar dan diredhai Allah
SWT.
6. Menyeru kepada kebajikan.
- Komunikasi Islam juga merupakan komunikasi dakwah yang
sangat penting, dalam hal ini ia membantu menangani masalah
kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Antara kaedah
dakwah ialah melalui lisan, selain perbuatan.
4.2 Fungsi Komunikasi
12
7. Menguruskan pemerintahan. - Melalui komunikasi Islam ini membantu hubungan dua hala menjadi baik dan menjadikan negara kita lebih makmur.
8. Memberi hikmah. - hikmah ialah kebijaksanaan
atau suatu kebenaran. - tindakan yang hikmah dapat
membentuk masyarakat pada
hari ini lebih persefahaman
antara satu sama lain.
4.2 Fungsi Komunikasi
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 7
13
9. Menyampaikan khabar gembira dan peringatan. - khabar gambira bererti berita-berita dari Al-Quran dan as-Sunnah tentang:
balasan syurga kepada umat yang patuh kepada ajaran Islam.
pahala yang berlipat ganda kepada orang yang beribadah di bulan dan di hari mulia.
kesediaan Allah untuk mengampuni dosa umatnya yang bertaubat dengan taubat nasuha.
kenikmatan yang dialami oleh penghuni syurga.
kelebihan mati syahid dan lain-lain lagi.
4.2 Fungsi Komunikasi
14
yang dimaksudkan memberi peringatan ialah perkara yang merupakan amaran dari Allah SWT terhadap umat yang lalai dam melanggar ajaran-ajaran Islam.
balasan azab neraka kepada orang yang melanggar hukum-hukum agama.
azab kubur dan seksaan Mahsyar terhadap orang yang mati dengan membawa dosa.
kutukkan Allah terhadap orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi.
ditimpa bencana terhadap kaum atau masyarakat manusia yang membuat kerosakan di muka bumi ini.
Tujuan pengkhabaran perkara-perkara tersebut terhadap umat manusia adalah untuk mendorong manusia supaya selalu melakukan kebaikan dalam hidup dan cuba kawal diri untuk melakukan perkara yang tidak diredha Allah.
4.2 Fungsi Komunikasi
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 8
15
4.2 Fungsi Komunikasi
Tujuan Komunikasi dalam Organisasi Islam
1. Saling Faham Memahami
Majikan dan pekerja berkomunikasi kerana ada beberapa tujuan
yang hendak dicapai. Kadangkala mereka berkomunikasi untuk
memahami keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sama ada
yang berkait dengan tugas, bidang kerja, gaji, ganjaran dan
sebagainya.
2. Menjalin Hubungan.
Sebagai majikan yang mempunyai ilmu berkomunikasi yang baik,
pasti mereka dapat mendekati para pekerja mereka dengan baik.
Perkara ini akan menyebabkan kedua-dua pihak merasa dihargai
dan dihormati.
16
4.2 Fungsi Komunikasi
3. Mempengaruhi.
Perbuatan berkomunikasi juga berkait rapat dengan
perbuatan cuba mempengaruhi fikiran, perasaan,
tingkah laku orang lain
4. Membantu.
Seorang majikan akan memberitahu tentang tugas-
tugas yang perlu dilakukan oleh pekerjanya.
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 9
17
Adab Berkomunikasi dalam Islam untuk
Individu
Sentiasa senyum dan elakkan bermasam muka atau
bermuram. Bercakaplah dengan lembut dan jangan
meninggikan suara.
Jika ketawa, ketawalah
secara bersederhana dan
bukan berdekah-dekah.
4.3 Metod Komunikasi Islam
18
Jika anda bercakap dengan orang yang sedang berdiri maka berdirilah sama, jika tidak, jemputlah ia untuk duduk. Sebaik mungkin, anda duduk setelah orang itu duduk.
Jadilah orang yang pertama menyapa dengan memberi salam melainkan sekiranya anda sedang duduk atau berada dalam kumpulan.
Jawablah salam dengan penuh dan bukan sebahagian sahaja. Jawablah dengan penuh keceriaan.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 10
19
Apabila seseorang itu bercakap dengan anda, berikan perhatian sepenuhnya.
Apabila berbicara dengan jantina sejenis anda, pandanglah mukanya ketika ia sedang berbicara.
Sebutlah sedikit sahaja mengenai diri anda dan hindarkan percakapan yang menyakitkan hati seseorang walaupun ia benar. Sekira perlu maka susun ayat anda supaya ia tidak menyakitkan hati si pendengar
4.3 Metod Komunikasi Islam
20
Belajarlah untuk memberi pujian
kepada orang yang anda sedang
bercakap dan doakan kerahmatan
Allah kepadanya semasa perbualan.
Jaga penampilan anda, sentiasa
dalam keadaan tengak dan bukan
membongkok atau menyandar.
Apabila menguap atau bersin, tutup
mulut anda dengan sesuatu atau
dengan tangan.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 11
21
Organisasi
Semakan Ketepatan Fakta
Sebelum sesuatu maklumat itu
disampaikan, pastikan maklumat
tersebut mempunyai fakta yang
tepat. Oleh itu, setiap fakta yang diterima dan yang hendak
di sampaikan hendaklah ditapis, disaring dan disahkan
kebenarannya sebelum disampaikan kepada orang lain.
Elakkan dari menyebarkan maklumat-maklumat yang masih
spekulatif atau semata-mata sangkaan.
4.3 Metod Komunikasi Islam
22
Pilih Maklumat yang Sesuai Dengan Penerima yang
Sesuai
Pilihlah maklumat yang hendak disampaikan. Ketepatan
memilih maklumat berasaskan fungsi atau kedudukan
sipenerima maklumat. Maklumat yang tepat, jika diberikan
kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh
menyebabkan kesilapan atau krisis.
Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara
Sebagai pengurus yang baik, anda wajar melatih diri
supaya anda petah berkata-kata bagi menyampaikan
sesuatu maklumat. Sekiranya anda tidak mampu maka anda
perlu melantik jurucakap yang petah berkata-kata.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 12
23
Hikmah Dalam Komunikasi
Berbicaralah dengan penuh hikmah kerana ia mampu
untuk mengelakkan konflik antara dua pihak. Berbicara
dengan penuh hikmah dapat memberi pengajaran
yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita,
malah berbincang dan berbahas dengan baik
merupakan cara terbaik bagi mengatasi konflik.
Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu
diselesaikan dengan cara komunikasi yang berhemah.
4.3 Metod Komunikasi Islam
24
Prinsip Taqwa Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam
melalukan sesuatu perkara dengan mengelakkan diri daripada dosa
dan sifat tercela. Dalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai
bangsa, kaum, budaya dan ragam manusia. Sistem komunikasi yang
berjaya ialah dengan menggunakan pelbagai saluran, saluran rasmi
dan saluran tidak rasmi, namun, krisis sering terjadi apabila saluran
komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Nilai
dan etika yang digariskan oleh manusia, tidak mampu dikawal
sepenuhnya. Oleh itu prinsip taqwa amat penting dalam
berkomunikasi kerana dengan adanya taqwa manusia akan menjaga
batas-batas komunikasi mereka secara lebih berkesan. Takwa juga
menjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka
terhadap orang lain.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 13
25
Bentuk-bentuk komunikasi yang dianjurkan oleh Islam
KOMUNIKASI ANTARA HAMBA DENGAN ALLAH S.W.T.
1. Berdoa
Firman Allah s.w.t :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai
Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku
(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-
Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan
mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah:186)
4.3 Metod Komunikasi Islam
26
4.3 Metod Komunikasi Islam
2. Solat
Solat adalah asas komunikasi antara hamba dengan Allah s.w.t. Ini kerana amalan solat adalah perintah yang diambil sendiri oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t.
Selain itu solat merupakan tiang agama dan menjadi ukuran antara muslim dan kafir. Manakala apabila dibangkitkan semula amalan solat akan ditanya dahulu kemudian disusuli amalan lain.
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 14
27
3. Zikir
Zikir adalah komunikasi yang unggul.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-
benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka (Ali Imran: 191).
4.3 Metod Komunikasi Islam
28
4. Melakukan ibadah
Perlaksaan ibadah melalui perbuatan sebagai lambang
komunikasi Muslim.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan (memberi
peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami
(kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi
saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaasin: 65)
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 15
29
KOMUNIKASI SESAMA MANUSIA/ HAMBA
1. Komunikasi Dengan Ibu bapa.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan) (Luqman: 3).
4.3 Metod Komunikasi Islam
30
2. Komunikasi dengan rakan sebaya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian; kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-
Asr: 1-3 ).
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 16
3. Komunikasi dengan Jiran Tetangga.
Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak
sempurna iman seseorang itu,
sebelum dia mengasihi saudaranya
atau baginda bersabda: Sebelum
dia kasihkan jiran tetangganya,
sebagaimana dia kasihkan dirinya
sendiri.
31
4.3 Metod Komunikasi Islam
4. Komunikasi dengan Pemimpin
32
4.3 Metod Komunikasi Islam
Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya kebenaran itu membawa
kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Dan
sesungguhnya seseorang itu akan berkata benar
sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang
yang berkata benar.
Sesungguhnya dusta itu membawa
kepada kedurjanaan, dan kedurjanaan
membawa kepada neraka.
Sesungguhnya seseorang itu akan
berkata dusta hingga dia ditulis di
sisi Allah sebagai pendusta.
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 17
33
5. Komunikasi Dengan Staff/Rakyat
Semua ketua bertanggungjawab kepada setiap rakyat yang
bernaung di bawah pentadbirannya. Maka setiap ketua
hendaklah menjalankan peranan tersebut.
Dalam memberi arahan kepada staf bawahan ataupun
berhubungan dengan unit, atau bahagian atau jabatan ketua
juga harus berhubung dengan pihak luar atau rakan kongsi di
luar lingkungan organisasi.
Oleh itu, komunikasi bukan hanya sekadar melalui
percakapan atau perbualan tetapi juga melalui, penulisan,
gambar lakaran atau melalui tindakan, ataupun bahasa
badan.
4.3 Metod Komunikasi Islam
34
Komunikasi juga boleh dijalankan secara formal atau pun tidak.
Selain itu komunikasi digunakan untuk mengembangkan
organisasi contohnya dalam latihan, taklimat dan mesyuarat.
Komunikasi juga penting dalam penyelasaian masalah, membuat
keputusan dan juga menguruskan konfliks. Oleh itu, sorang ketua
harus mengetahui pendekatan dan strategi komunikasi yang
berkesan.
Kepimpinan yang berkesan mestilah mempunyai kemahiran
dalam berkomunikasi, di mana komunikasi dua hala dia antara
pemimpin dan staf bawahan merupakan kaedah komunikasi
yang hebat dan boleh memberi kejayaan kepada organisasi.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 18
35
Selain itu, memberi latihan atau membimbing staf
dengan kaedah yang betul dan sistematik di samping
kaedah mentoring merupakan cara terbaik untuk
membangun staf atau pengikut.
Kemahiran mengurus konflik juga harus ada pada
setiap pemimpin bagi menghadapi konflik dalam
organisasi.
Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang
mempunyai pengetahuan dalam komunikasi,
kejurulatihan dan juga mengurus konflik.
4.3 Metod Komunikasi Islam
36
Kaedah Komunikasi Islam
Qaulan Kariman
Qaulan Sadidan
Qaulan Balighan
Qaulan Layyinan
Qaulan Ma’rufan
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 19
37
Qaulan Kariman
Sebagai muslim kita harus berkata dengan kata-kata yang mulia, hindarilah kata-kata yang hina, seperti mengejek, mengolok-ngolok hingga menyakiti perasaan orang lain.
Pepatah mengatakan, “Lidah tidak bertulang”, walaupun lidah tak bertulang, namun lidah boleh lebih tajam dari pedang. Banyak orang boleh sembuh bila dilukai dengan pedang, namun bila dilukai dengan lidah, sakitnya akan terbawa sampai mati.
Hati-hati dengan perkataan, bila ingin bergurau tetap jaga lidah dari kata-kata yang menyakiti, bergurau dan bergaul harus tetap dengan kata-kata yang mulia.
4.3 Metod Komunikasi Islam
38
Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan kariman:
53. Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (al-Isra’: 53)
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 20
39
Qaulan Ma’rufan
“Berkatalah yang baik atau diam” itu pesan rasullulah kepada umatnya. Sebagai muslim yang beriman lisan harus dijaga dari perkataan yang sia-sia, apapun yang diucapkannya harus selalu mengandungi nasihat, menyejukkan hati bagi orang yang mendengarnya. Jangan biarkan lisan ini mencari-cari kejelekan orang lain.
Hindari kata-kata yang hanya bisa mengkritik atau mencari kesalahan orang lain, memfitnah, menghasut. Ia perbuatan yang sangat hina, hingga Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 12, ia seumpama orang yang memakan bangkai temannya sendiri. Sungguh sangat menjijikkan.
4.3 Metod Komunikasi Islam
40
12. Wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 21
41
Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan makrufan:
5. Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (an-Nisa: 5)
4.3 Metod Komunikasi Islam
42
Qaulan Sadidan
Seorang muslim berkata harus benar, jujur jangan berdusta. Kerana sekali kita berkata dusta, selanjutnya kita akan berdusta untuk menutupi dusta kita yang pertama, begitu seterusnya, sehingga bibir kita pun selalu berbohong tanpa berasa berdosa. Siapapun tak ingin dibohongi, seorang akan sangat sakit hatinya bila mengetahui orang yang dipercayainya berbohong. Rakyat pun akan marah bila dibohongi pemimpinnya. Juga amat penting dalam menyampaikan kebenaran, adalah keberanian untuk berbicara tegas, jangan ragu dan takut, apa lagi ia jelas hukumnya dalam Al-Quran dan hadis.
“Katakanlah kebenaran itu, meskipun sakit”.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 22
43
Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan
qaulan sadidan:
70. Wahai orang yang beriman, bertaqwalah
kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat
- benar (dalam segala perkara). (Ahzab: 33)
4.3 Metod Komunikasi Islam
44
Qaulan Balighan
Sebagai orang yang bijak bila berkomunikasi kita harus melihat stuasi yang tepat dan menyampai-kan dengan kata-kata yang tepat. Bila bicara dengan kanak-kanak kita harus berkata sesuai dengan pemikiran mereka, bila dengan remaja kita harus memahami dunia mereka. Jangan kita berbicara tentang teknologi nuklear di hadapan khalayak yang berusia lanjut tentu sangat tidak tepat sasaran, malah membuat mereka semakin tidak faham.
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 23
45
Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan balighan:
63. Mereka itulah orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. (al-Nisa’: 63)
4.3 Metod Komunikasi Islam
46
Qaulan Layyinan
Tidak mengeraskan suara, seperti membentak, meninggikan suara. Siapapun tidak suka bila berbicara dengan orang yang kasar.
Rasullulah SAW selalu bertutur kata dengan lemah lembut, hingga setiap kata yang beliau ucapkan sangat menyentuh hati siapapun yang mendengarnya.
Allah SWT melarang bersikap keras dan kasar dalam berdakwah, kerana kekerasan akan mengakibatkan dakwah tidak akan berhasil malah akan dijauhi orang.
Dalam berdoa pun Allah memerintahkan agar kita memohon dengan lemah-lembut, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lemah-lembut, sungguh Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas,” (Al-A’raaf: 55)
4.3 Metod Komunikasi Islam
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 24
47
Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan
qaulan layyinan:
44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepada-
Nya, Dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga
ia beringat atau takut". (Taha: 44)
4.3 Metod Komunikasi Islam
48
Asas-asas Komunikasi dalam Islam
4.3 Metod Komunikasi Islam
Taqwa
Rahmah
Ukhuwwah Kemaafan
Melebihkan orang lain
CTU263 8/29/2013
Maruwiah Ahmat 25
49
Rujukan Nota Kuliah Bab 4
1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota
Samarahan, Sarawak.
2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalam-
islam.html (18/7/2013)
3. http://epjjuitmdgn.blogspot.com/2009/03/komunikasi-dalam-
pengurusan-islam.html (15/8/2013)
4. http://www.squad99.org/sq/index.php?option=com_content&vi
ew=article&id=181:kaedah-ber (15/8/2013)
5. http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=6
(15/8/2013)
RUJUKAN