Cuci Tangan Dr Muda
-
Upload
brandon-henderson -
Category
Documents
-
view
69 -
download
4
description
Transcript of Cuci Tangan Dr Muda
Mencuci tangan adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan seperti cirit-birit, keracunan makanan dan taun. Ini kerana tangan yang kotor membawa kuman-kuman pada kulit, celah-celah jari dan di bawah kuku.1. Masa-masa Yang Perlu Untuk Mencuci Tangan
Doktor Muda dinasihatkan supaya mencuci tangan pada masa-masa tertentu seperti berikut : Sebelum dan selepas makan.
Sebelum menyedia dan menghidang makanan.
Selepas ke tandas.
Selepas menyentuh sampah atau kotoran.2. 7 Langkah Mencuci TanganUntuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman
yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :
i. Sabunkan tangan secukupnya sehingga berbuih.
ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari.
iii. Gosok setiap jari dan celah jari.
iv. Gosok kuku di tapak tangan.
v. Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan.
vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.
vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.3. Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air berpunca dari tangan yang kotor. Tangan yang kotor boleh memindahkan kuman-kuman serta telur cacing kepada makanan dan minuman. Akibatnya, seseorang itu boleh menghidap penyakit seperti keracunan makanan, taun dan demam kepialu (Tifoid). Selain itu, tangan kotor juga boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit kulit dan kudis buta.