Curriculum Implementation

download Curriculum Implementation

of 5

description

: Curriculum implementation

Transcript of Curriculum Implementation

7.1 Definisi Pelaksanaan Kurikulum Pelaksanaan kurikulum melibatkan proses membantu pelajar dalam memperoleh pengetahuan atau pengalaman. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa kurikulum pelaksanaan tidak boleh berlaku tanpa pelajar. Oleh itu, pelajar adalah watak utama dalam proses pelaksanaan kurikulum. Pelaksanaan berlaku sebagai pelajar memperoleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, idea-idea dan sikap yang dirancang atau dicadangkan yang bertujuan untuk membolehkan pelajar yang sama untuk berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. (Universiti Zimbabwe, 1995:8).Pelaksanaan kurikulum juga merujuk kepada peringkat apabila kurikulum itu sendiri, sebagai program pendidikan, ini mula berkuatkuasa. Meletakkan kurikulum ke dalam operasi memerlukan ejen pelaksana. Stenhouse (1979 : 4) telah mengenal pasti guru sebagai ejen dalam proses pelaksanaan kurikulum. Beliau berhujah bahawa pelaksanaan adalah cara bagaimana guru memilih dan campuran pelbagai aspek pengetahuan yang terkandung dalam dokumen kurikulum atau sukatan pelajaran. Pelaksanaan berlaku apabila sukatan pelajaran dibina, personaliti guru, bahan-bahan pengajaran dan persekitaran pengajaran saling berinteraksi dengan pelajar (Universiti Zimbabwe, 1995:9). Dari situ, pelaksanaan kurikulum itu merujuk kepada bagaimana kursus yang dirancang atau direka secara rasmi, diterjemahkan oleh guru ke dalam sukatan pelajaran , skim kerja dan pembelajaran disampaikan kepada pelajar.

7.2 Faktor penting yang mempengaruhi pelaksanaan KSSRAntara faktor yang perlu diberi perhatian ialah komunikasi. Saluran komunikasi harus disediakan agar program baru tidak dijalankan secara mengejut. Perbincangan tentang kurikulun baru ini seharusnya berlaku dalam kalangan pengetua/ guru besar, guru dan mereka yang terlibat dalam penggubalan kurikulum ini. Selain itu, sokongan juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum. Perancangan kurikulum perlu menyediakan sokongan yang diperlukan agar pelaksanaan dapat berjalan dengan lancar. Sokongan ini adalah penting dalam memberi keyakinan kepada pendidik yang pertama kali didedahkan dengan kurikulum baru ini. Guru-guru ini memerlukan latihan dalaman agar mereka selesa dengan kurikulum yang baru dihasilkan. Di sini juga perbincangan terbuka juga harus diadakan antara pendidik dengan pejabat pelajaran daerah agar guru-guru menyuarakan kekeliruan mereka. Latihan dalaman juga semestinya dilaksanakan bagi mencapai objektf program dan juga selari dengan falsafah kurikulum baru. Sokongan dari segi kewangan juga harus diambil perhatian. Bajet wang diperlukan untuk bahan dan peralatan dalam kurikulum yang baru. Perkhidmatan atau tenaga manusia juga memerlukan bayaran pada awal pelaksanaan kurikulum. Perhubungan yang baik dan salaing mempercayai juga merupakan salah satu sokongan. Pengetua adalah penjamin utama kejayaan inovasi dan pelaksanaan. Mereka yang dianggap sebagai pengetua yang berjaya berpengetahuan dan komited dalam kurikulum; mereka melihat peranan mereka sebagai satu dorongan dalam satu kontinum dan juga berkhidmat sebagai pemimpin kurikulum. Pelaksanaan merupakan usaha bersama dan emosi.

7.3 KBAT dan i-THINK Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga diperkenalkan sempena dengan pelancaran KSSR. Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Kemahiran ini telah diterapkan dalam kesemua mata pelajaran utama dan elektif seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani dan sebagainya untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid. Contohnya1. Dalam mata pelajaran KSSR Bahasa Malaysia, guru boleh menggunakan persoalan seperti mengapakah, bagaimanakah, apakah pendapat anda dan bandingkan. Cara penyoalan ini nescaya boleh mencetuskan kemahiran berfikir mereka. 2. Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, terdapat standard pembelajaran yang memerlukan murid untuk membuat ramalan selepas membaca petikan yang diberikan. Di sini, pelajar boleh menggunakan kemahiran menaakul. 3. Dalam pelajaran KSSR Matematik, sukatan menggalakkan murid mencari pelbagai strategi dalam menyelesaikan atau menjawab sesuatu masalah penambahan. 4. Dalam pelajaran KSSR Sains, meramal merupakan antara standard pembelajaran yang perlu dikuasai. Murid boleh menbuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu atau data. Dalam proses untuk menjana KBAT di kalangan pelajar, satu program bernama i- THINK telah dilancarkan. Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Program i-THINK ini secara ringkasnya menggunakan alat berfikir seperti seperti lapan peta pemikiran. Di samping itu, program i-THINK ini juga menggalakkan teknik menyoal dan menaakul untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan Taksonomi Blooms dan Versi Lorin Anderson.Dalam pelancaran program i-THINK, Kementerian Pelajaran juga memperkenalkan i- THINK online di mana guru boleh mengenali program i- THINK dan mempelajari peta-peta pemikiran dengan cara melayari laman i-THINK. Ujian juga disertakan untuk menguji penguasaan guru dalam peta-peta pemikiran tersebut. Penggunaan i-THINK boleh diggalakkan diterapkan oleh pendidik ke dalam mata pelajaran KSSR. Peta pemikiran boleh diggunakan dalam mengajar sukatan kurikulum untuk menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. Contohnya:1. Kemalangan jalan raya Jalan raya Sikap Keadaan kereta Kematian kecederaan Emosi/ mentalPeta pelbagai alir boleh diggunakan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid boleh menggunakan peta ini untuk menulis karangan sebab dan akibat.

2. Peta titi boleh diggunakan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Guru boleh menggunakan peta titi untuk mengajar murid antonim dan sinonim.

Hot Cold Small Big

3. Peta alir boleh diggunakan dalam mata pelajaran Matematik. Guru boleh mengajar murid cara menjawab soalan dengan menunjukkan setiap langkah melalui peta alir tersebut.