Dadah

download Dadah

If you can't read please download the document

description

atsmuueeuu

Transcript of Dadah

PENGENALAN

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

1. Halusinogen

Contoh: ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine.

2. Depresen

Contoh: methaqualone,tranquliser dan rahypnol

3. Kanabis

Contoh: ganja,hanish dan marijuana

4. Psikotrapit

Contoh: syabu, ice, batu Kristal, kaca diamond dan ecstacy

5. Stimulant

Contoh: daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain

6. Opiat

Contoh:candu,morfin dan heroin

DEFINISI DADAH

(Inilah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

Dadah atau Drug dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau misuse dan abuse

Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah Khamar yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis Khamar kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.

Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Pengenalan Dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai

"dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

Diperoleh secara haram

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Pengenalan

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ).

Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Penerangan

Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.

Faktor - Faktor Risiko

Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

Faktor biologi

1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

Faktor psikososial

1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

Faktor sosial

1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

Tanda- Tanda dan Gejala

Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:

a) Gejala fizikal

Berpeluh

Meremang bulu roma

Pening kepala

Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi

Keresahan

Insomnia - tidak dapat tidur

Kerisauan

Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan

Sentiasa ponteng kerja

Penurunan prestasi kerja

Digantung atau dibuang sekolah

Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan

Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam

Mencuri

Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:

Gangguan koordinasi

Mata merah

Insomnia - tidak dapat tidur

Hilang selera makan

Penurunan berat badan

Kemurungan

Cakap banyak

Tidak dapat mengimbang diri

Loya dan muntah

Mengetap gigi dan rahang

Peningkatan tenaga

Kerap menggosok hidung

Berpeluh berlebihan

Mengantuk

Menggunakan tandas terlalu lama

Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.

Komplikasi

Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.

Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.

Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Ujian - Ujian

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.

Pencegahan

Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

Read more: http://cegahdadahperak.blogspot.com/2011/01/apakah-penyalahgunaan-dadah.html#ixzz3SGg9cjzB

Apa Itu Dadah? Pengertian dan Maksud.

21:38 SMKBATU5 NO COMMENTS

Drug dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan kepada `Drug, perkataan `Use, `misuse atau `abuse perlu digunakan bersama-sama perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian `penyalahgunaan atau `salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan `dadah sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan atau `penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat , merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.

Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia.

Artikel, Awas

Entri ini dibuat bukanlah untuk mengajar para pembaca mencuba jenis-jenis dadah yang dinyatakan tetapi adalah lebih kepada memberi informasi kepada semua tentang bahaya dadah kepada kesihatan.

Apakah itu Dadah?Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan Drug bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah yang disalahguna.

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1.) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

2.) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

3.) Diperoleh secara haram

4.) Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

5.) Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

JENIS-JENIS OPIAT.

1.Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : M, White Powder, Monkey, Morpho

Morfin Mentah.

Bentuk blok / serbuk.

Bertanda 999.

Mengandungi 70% 90% morfin.

Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin.

Seperti serbuk kopi halus.

Mengandungi 60% 70% morfin.

Pil-pil Morfin.

Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.

Pil kecil berwarna putih / coklat pucat.

3.Heroin.

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink

4.Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : Ubat batuk

5.Opiat Sintetik.

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadonedigunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik

Nama Jalanan : Fizzies, Dollies

Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the dragon)

2.Methamphetamine

Syabu / Ice

Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.

Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragon

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)

Nama Jalanan : Ice

3.Kokain

Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka

Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake

Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.

Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : Ecstasy, XTC

Ganja/Kanabis

Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok cannabis sativa.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandungan THC : 0.25% 8%

Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)

Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Hashish

Resin getah kanabis

Kandungan THC : 4% 12%

Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia

menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%

Cara Menggunakan : Menghisap

Bong Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan Bong

Bong buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan

visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan

ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna

oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen

1. Ubat Depresen

Barbiturates

Ubat Depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam

sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-5,

rohypnol dan valium.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna club drugs

untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.

Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin

tinggi.

Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam

bukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam.

Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang

keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

3. GHB

GHB

Gamma-Hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : G, Grieviuos bodily Harm, Liquid Ecstasy

4. Ketamin

Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan

steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan

kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan

seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala

penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum

Daun Ketum

Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam

Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia

Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara

dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk,

supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.

Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan

dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada

ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang

wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis

pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan

menimbulkan gejala-gejala tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah

yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan

fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau

mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan

Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa

ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina,

badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan

serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

Daya tahan meningkat.

Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a)Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya

b)Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin

menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan

pernafasan dan membawa maut.

c)Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya

d)Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan

dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah

adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di

pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.

Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang

sebaya dengannya.

Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan

berfaedah.

Masalah dan tekanan rumah tangga

Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.

Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.

Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih

kesan kepada keluarga

kesan kepada masyarakat

kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan

penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.

Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.

Pitam, pengsan, & berperasaan ganas

Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk

merawatnya.

Rumah tangga menjadi porak peranda.

Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat

Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia

dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri

daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan

penagihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah,

sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkantanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan,menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang ituadalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952

sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja.

Akta Dadah Berbahaya 1952

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan

racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah

akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3

Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani

pengawasan selama 2 tahun atau

Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.

Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen

Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :

1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada

masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.

Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu

selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :

Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan

Kerajaan.

Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai

Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :

Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2

tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.

Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan

tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6

Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang :

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.

Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan

Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu

kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.

Akta Dadah Berbahaya

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :

Mengesan

Membeku

Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :

Seksyen 39

Seksyen 6

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana

kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul

maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :

Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3

Proses Siasatan :

Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.

Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan

pengedaran dadah.

Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.

Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan

Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama.

(Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .

Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan

mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang

remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi.

Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah

boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda.

Pil Kuda

Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD. Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkatPil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yang kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya

adalah:

1.) Racun tikus Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera1.

2.) Serbuk Kaca Kalimantang

3.) Pencuci lantai3.

4.) Klorox4.

5.) Ubat Nyamuk5.

6.) Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah Chase The Dragon. Pil dimasak menggunakan dapur & asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :

1.) Paranoia berkelakuan / tingkahlaku pelik1.

2.) Halusinasi lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud2.

3.) Delusi kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang3.

4.) Meth mouth kerosakan pada gigi4.

5.) Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak5.

6.) Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada

arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan

kepada keterangan nas-nas.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya

kebinasaan.. Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih

dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai

kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka Surah At-Tahrim

: 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.

Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, Fatwa Al Syariiyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya

haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang

diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak).

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Menjual beli dadah.

Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan

Kesan Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah. Di antaranya ialah:-

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka

3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.

4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)

5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.

6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.

9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

Kesimpulan

Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padahberbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasadan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuanserta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalanselamanya.