Dadah Musuh Negara
description
Transcript of Dadah Musuh Negara
Dadah Musuh Negara
Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara
kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !
Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau… dadah durjana
Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah
Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara
Nukilan,
INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA
Pengenalan Dadah
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.
DEFINISI DADAH
Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’
Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI
1. Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
3. Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di
pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah. Di antaranya ialah:-
1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya
kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat
makanan yang diperlukan.
2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-
bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa
menghina mereka
3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat
dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap
untuk melindunginya.
4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di
bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum
suntikan)
5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat
sangat.
6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi
atau gelap.
7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana
dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan
dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan
akal dan kawalan diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang
adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa
faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara
penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN
DADAH
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan
penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di
hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-
1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal
ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan
sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah
dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah
Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a)
Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20
tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30
tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan
dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan
dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah
Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau
$20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari
penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam
usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu
mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan
sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan
serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang
bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan
boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi
dan sebagainya.
3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan
kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama
membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa
terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan
pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam
melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu
mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka.
Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang
bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari
berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan
Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali
sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran
mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di
redhai Allah.
PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan
dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah:
1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar
kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari
nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas
yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang
sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan
mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana
kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan,
kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan
najis dadah.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama
dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai
haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya
rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan
dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan
sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan
menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap
rasional pada setiap masa.
3. Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di
sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka
mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu
tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah,
mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen,
muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi
kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang
tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh
mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana
kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa
pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh
mereka dalam sekelip mata sahaja.
4. Kurang Pendidikan Ugama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah
adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku
kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka.
Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan
gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.
Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati
melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan
agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari
perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media
elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat
memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah
mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua
media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja
hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja
bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau
salah.
KESAN DADAH KE ATAS MANUSIA
JENIS-JENIS DADAH
PIL KUDA