DAERAH : KINTA LAPORAN KEMAJUAN DAN STATUS …apps.water.gov.my/jpskomuniti/dokumen/SUBLEMBANGAN...

16
SUBLEMBANGAN (KAWASAN FOKUS)@ LEMBANGAN DAERAH : KINTA LAPORAN KEMAJUAN DAN STATUS PELAKSANAAN DEEP STATUS SEHINGGA: 3O JUN 2012

Transcript of DAERAH : KINTA LAPORAN KEMAJUAN DAN STATUS …apps.water.gov.my/jpskomuniti/dokumen/SUBLEMBANGAN...

SUBLEMBANGAN (KAWASAN FOKUS)@ LEMBANGAN

DAERAH : KINTA

LAPORAN KEMAJUAN DAN STATUS PELAKSANAAN DEEP

STATUS SEHINGGA: 3O JUN 2012

ISU DAN MASALAH DIDALAM SUB LEMBANGAN

SUBLEMBANGAN Isu utama yang sering berlaku dalam sublembangan tersebut

MASALAH UTAMA DALAM SUBLEMBANGAN TERSEBUT

SG. PARI Isu banjir dengan kandungan kelodak yang tinggi sering dihadapai oleh penduduk yang terlibat

1. Kerugian akibat kerosakan peralatan rumah dan kerja-kerja pembersihan rumah mengalami kesukaran akibat kelodak yang dibawa semasa banjir.

2. Kos yang tinggi yang ditanggung oleh kerajaan untuk membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir

Punca-punca berlakunya banjir

- Peningkatan aktiviti pembangunan yang melibatkan pembersihan kawasan hutan termasuk kerja tanah di dalam kawasan tadahan Sg Pari telah menyebabkan kadar alir sungai tersebut semakin meningkat.

- Kebanyakkan kawasan yang terlibat dengan kejadian banjir menggunakan sistem saliran yang lama (rapid disposal).

- Penempatan penduduk yang padat hingga tiada ruang untuk dijadikan kolam takungan banjir.

Tindakan Yang Pernah Dilaksanakan

Untuk Mengurangkan Kejadian Banjir

Bagi Tempoh Sementara

• Membina pintu kawalan(flap gate) pada

bahagian out-let yang memasuki ke sungai.

• Memasang dan membina rumah pam

dibeberapa kawasan yang sering berlaku

banjir.

• Menaiktaraf ban Sg Pari.

KAEDAH PENYELESAIAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH BANJIR DI BEBERAPA KAWASAN PERUMAHAN DI DALAM BANDARAYA IPOH

• Projek tebatan banjir di dalam bandaraya Ipoh sedang dalam perlaksanaan, iaitu telah bermula pada 5.12.2011 dan dijangka siap pada 22.11.2012, dengan kos sebanyak RM 3,752,446.50.

• Antara komponen utama projek tersebut ialah membina kolam takungan banjir dan rumah pam.

KAEDAH PENYELESAIAN YANG MAMPU MENGURANGKAN MASALAH BANJIR BAGI

KESELURUHAN KAWASAN TADAHAN SUNGAI PARI

• Bagi mencari kaedah pelaksanaan dan perancangan yang menyeluruh bagi

menangani isu banjir maka JPS Daerah Kinta telah melantik Perunding Zaaba

Sdn Bhd untuk menjalankan kajian Pelan Induk Saliran dan Pengurusan Air

Ribut untuk Bandaraya Ipoh dan kawasan berdekatan. Laporan Akhir kajian

tersebut telah siap pada tahun 2002.

• Hasi daripada kajian tersebut beberapa kaedah penyelesaian telah diberikan

terutama dikawasan tadahan Sg Pari.

• Langkah seterusnya JPS Daerah Kinta sekali lagi melantik perunding untuk

membuat satu kajian terperinci khusus terhadap kawasan tadahan tersebut iaitu

Sg Pari bagi tujuan mencari kaedah yang paling berkesan bagi mengurangkan

kejadian banjir yang bersesuaian dengan faktor guna tanah sedia ada dikawasn

tadahan sungai-sungai tersebut.

LOKASI CADANGAN PROJEK

LOKASI CADANGAN PROJEK

Kaedah Perlaksanaan Projek Bil Aktiviti Tempoh Kos (RM) Catatan

1.

Pengambilan Balik Tanah

a) RTB SG. Pari –

Keluasan Tanah Terlibat = 65 ha.

2012-2014

5,000,000.00

2.

Perlaksanaan Projek

a) RTB Sg. Pari

- Pembinaan Kolam seluas 650,000 M2 ,

termasuk membina 3 buah pulau dan kerja

berkaitan.

- Membina4 Buah inlet structure dan sebuah

outlet structure

- Membina5 Buah rock weir

2014-2015

39,986,383.00

Kerja landskap/pengindahan tidak

dilaksanakan pada peringkat ini, dimana

projek hanya menumpu pada kerja-kerja

pembinaan struktur tebatan banjir sahaja.

3.

Kerja Penyelenggaraan

a) Kolam Tadahan Sg. Pari

2016-2020

300,000.00

Dilaksanakan setelah projek siap dan

beroperasi sepenuhnya, iaitu membuang

kelodak didalam kolam serta kerja

pembaikan pada struktur kolam yang rosak

sekiranya perlu, dan kerja-kerja tersebut

perlu dilaksanakan setiap tahun terutama

kerja pembuangan kelodak di dalam kolam

takungan.

Komponen Projek

Maklumat Analisis Data Dalam Rekabentuk RTB Sg Pari