Dak Waan

5
Dakwaan Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah Sebab Dengan menggunakan satu bahasa yang sama antara semua kaum iaitu Bahasa Melayu, sebagai bahasa komunikasi, ia akan memudahkan pemahaman dan juga dapat mewujudkan perpaduan di negara kita Bukti Buktinya, menurut Laporan Razak pada tahun 1956 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar utama di sekolah. Jawatankuasa Penyata Razak hendak memberi tumpuan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah- sekolah. Waran Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa pengantar dapat memupuk benih- benih perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Qualifier Secara umumya,dengan menggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, setiap murid dapat menguasai Bahasa Melayu dan dapat berkomunikasi dengan baik

description

edu

Transcript of Dak Waan

DakwaanMenjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

SebabDengan menggunakan satu bahasa yang sama antara semua kaum iaitu Bahasa Melayu, sebagai bahasa komunikasi, ia akan memudahkan pemahaman dan juga dapat mewujudkan perpaduan di negara kita

BuktiBuktinya, menurut Laporan Razak pada tahun 1956 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar utama di sekolah. Jawatankuasa Penyata Razak hendak memberi tumpuan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah.

WaranMenjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa pengantar dapat memupuk benih- benih perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

QualifierSecara umumya,dengan menggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, setiap murid dapat menguasai Bahasa Melayu dan dapat berkomunikasi dengan baik antara pelbagai kaum di Malaysia.

PembangkangApabila murid-murid dan guru-guru di sekolah hanya menggunakan bahasa ibunda sahaja maka susah untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

IMPLIKASI LAPORAN RAZAK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

DakwaanSistem pendidikan di gembleng menjadi satu jenama sahaja bagi mengelakkan kepelbagaian warna kurikulum di sekolah.

SebabHal ini kerana apabila setiap sekolah di negara kita menggunakan kurikulum yang sama, ia akan mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

BuktiHal ini amat jelas dalam Laporan Razak 1956 iaitu mempunyai persamaan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu. Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan menggunakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan

WaranKurikulum yang seragam dan standard akan menjamin perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang bermula sejak bangku sekolah lagi.

QualifierSecara umumnya, mengikut dengan menggunakan kurikulum yang sama ia tidak akan mewujudkan jurang pendidikan antara sesama individu.

PembangkangSistem pendidikan Negara akan jejas apabila setiap sekolah menggunakan sukatan sendiri tanpa menggunakan sukatan sama yang diberi dan corak pemikiran tanah melayu tidak dapat dicapai.

DakwaanMedan yang terbentang luas di sekolah amat kondusif dan terjamin ke arah pembentukan perpaduan tulen antara kaum di negara kita.

SebabSekolah memainkan peranan yang dominan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika suasana sekolah tidak kondusif, pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pelajaran.

BuktiHal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi Laporan Razak iaitu penubuhan satu jenis sekolah menegah kebangsaan yang terbuka kepada semua bangsa.

WaranPenyeragaman bahasa pengantar di sekolah seperti ini dapat membantu murid untuk berkomunikasi dengan penggunaan bahasa yang betul antara kaum yang berbeza .

Qualifier Secara umumnya, apabila melakukan komunikasi dua hala dengan murid yang berbilang kaum, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan di negara kita. Hal ini juga akan mewujudkan suasana yang harmonis dan melindungi negara kita daripada berlaku perselisihan faham antara kaum._

PembangkangApabila sekolah tidak memainkan peranan dengan baik nescaya ia mengundang kepada pergaduhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei yang melibatkan pengorbanan nyawa.