DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut)....

46
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: J-05(M)-314-08/2016 & NO: J-05(M)-316-08/2016 ANTARA 1. S.P. RAJNATH A/L K. SAUDRAPANDIAN 2. MARVIN KUMAR A/L BASKERAN …PERAYU/ PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Di Johor Bahru Perbicaraan Jenayah No: 45B-8-12/2013 Antara Pendakwa Raya Lawan 1. S.P. Rajnath a/l K. Saudrapandian 2. Marvin Kumar a/l Baskeran KORAM: AHMADI HJ. ASNAWI, HMR IDRUS HARUN, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR

Transcript of DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut)....

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

[BIDANGKUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: J-05(M)-314-08/2016 & NO: J-05(M)-316-08/2016

ANTARA

1. S.P. RAJNATH A/L K. SAUDRAPANDIAN 2. MARVIN KUMAR A/L BASKERAN …PERAYU/

PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

[Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Di Johor Bahru Perbicaraan Jenayah No: 45B-8-12/2013

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

1. S.P. Rajnath a/l K. Saudrapandian

2. Marvin Kumar a/l Baskeran

KORAM:

AHMADI HJ. ASNAWI, HMR IDRUS HARUN, HMR

KAMARDIN HASHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

[1] Ini adalah rayuan perayu-perayu terhadap sabitan dan hukuman

gantung sehingga mati yang dijatuhkan ke atas mereka oleh

Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di Johor Bahru (hakim

bicara) atas satu kesalahan membunuh.

[2] Butir-butir pertuduhan terhadap perayu-perayu dibaca seperti

berikut:

“Bahawa kamu dengan niat bersama pada 4.1.2013, jam diantara 2.00

pagi hingga 5.00 pagi bertempat di tepi jalan Taman Rekreasi

Jamaluang KM 22, Jalan Mersing/Jamaluang/Kluang, di dalam daerah

Mersing, dalam Negeri Johor Darul Ta’zim telah melakukan kesalahan

membunuh orang dengan salah hingga menyebabkan kematian keatas

Mathan a/l Mahadevan, KP No. 940825-01-6083. Oleh yang demikian

kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah

seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34

Kanun Keseksaan.”

[3] Kami telah mendengar dan mempertimbangkan rayuan perayu-

perayu pada 12.7.2017. Kami dengan sebulat suara telah menolak

rayuan perayu-perayu dan kami mengekalkan sabitan dan hukuman

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

3

mati yang dijatuhkan oleh hakim bicara. Sekarang kami memperincikan

alasan-alasan kami dalam menolak rayuan perayu-perayu.

Kes Pendakwaan [4] Secara ringkas kes pendakwaan ialah seperti berikut.

Penyiasatan dalam kes ini bermula apabila pada pagi 4.1.2013 ketika

L/Kpl. Mohd Yazid Bin Baharom (SP3) sedang bersarapan pagi

disebuah warong di Simpang Tiga Jamaluang telah dimaklumkan oleh

seorang lelaki Melayu bahawa dia telah menjumpai satu mayat di tepi

longkang Taman Rekreasi Jamaluang (tempat kejadian). SP3 terus

bergegas ke tempat yang dimaklumkan dan tiba di sana jam lebih

kurang 8.15 pagi.

[5] Apabila sampai di tempat kejadian, SP3 telah melihat satu mayat

lelaki keturunan India yang kemudiannya dicamkan sebagai Mathan a/l

Mahadevan (Simati). SP3 terus memaklumkan tentang penemuan

mayat tersebut ke Bilik Gerakan IPD Mersing, kepada L/Kpl. Samsuriah

Binti Hj. Ostin (SP8). SP8 telah menjadikan maklumat yang diterima

sebagai laporan maklumat pertama (FIR) melalui Jemaluang Report

No. 7/2013 (P14). SP8 telah memaklumkan tentang laporan P14

kepada Pegawai Penyiasat yang bertugas ASP Abd Aziz Bin Che

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

4

Embong (SP18). SP8 turut memaklumkan laporan tersebut kepada

Inspektor Nur Aniyah Bt Ismail (SP7). Seterusnya SP8 telah

menghubungi Hospital Mersing untuk mendapatkan ambulan.

[6] Setelah dimaklumkan mengenai laporan P14, SP7 telah pergi ke

tempat kejadian dan beliau telah menemui mayat Simati dalam keadaan

tertiarap di dalam longkang. SP7 melihat jasad Simati mengalami

pelbagai kecederaan di bahagian tangan, badan dan kepala. SP7 telah

meminta bantuan Pegawai Forensik, ASP Ghazali Bin Mohamed (SP14)

untuk melakukan penyiasatan di tempat kejadian.

[7] SP14 telah melakukan siasatan di tempat kejadian dan telah

menemui dan merampas satu bilah parang panjang yang mempunyai

kesan darah berukuran 57 cm (P29A), satu puntung rokok (P26A), satu

botol kaca ‘Mai Kong Liquor’ (P32A), satu swab kesan darah pada bilah

parang (P30A), satu swab pada hulu parang (P31A) dan satu swab

pada botol kaca (P32A).

[8] ASP Mohd Faizal Bin Ibrahim (SP17) telah diarahkan untuk

membantu siasatan yang dijalankan oleh SP18. SP17 telah diminta

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

5

untuk menjalankan tugas risikan dan untuk membuat tangkapan serta

rampasan barang kes. Pada hari yang sama, 4.1.2013 jam lebih kurang

12.30 tengahari, SP17 telah membuat rampasan terhadap sebuah

kereta yang digunakan oleh Simati iaitu Perodua Viva dengan nombor

pendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut

telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang, di Jalan

Padang, Mersing Kecil. Kereta Viva tersebut dimiliki oleh sepupu Simati

yang bernama Joshua. Laporan polis dibuat sebagai Mersing Report

No: 66/2013 (P71).

[9] Pada hari yang sama (4.1.2013) jam lebih kurang 6.30 petang,

SP17 telah membuat tangkapan ke atas perayu pertama di Stesen

Minyak Esso, Jalan Jamaluang, Mersing ketika perayu pertama sedang

memandu kereta Proton Saga JCM 5788. SP17 telah merampas 2

buah telefon bimbit dan kereta Proton Saga bersama kunci kereta

tersebut. Laporan polis dibuat oleh SP17 dijadikan Mersing Report No:

73/2013 (P72).

[10] Pada 6.1.2013 jam lebih kurang 4.30 petang, dengan dipandu

arah oleh perayu pertama, SP17 telah merampas sebuah kereta Proton

Waja dengan nombor pendaftaran NBV 3785 (kereta Waja tersebut).

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

6

Rampasan dibuat disebuah rumah No. 1743, Jalan Bawal, Taman

Mersing, Mersing, Johor. Rumah tersebut adalah rumah kepada En.

Baskeran a/l Kumanair (SP5), bapa kepada perayu kedua. Perayu

pertama ada menyatakan kepada SP17 bahawa kereta Waja tersebut

telah digunakan untuk membawa Simati ke Jamaluang. Perayu pertama

berkata “Itu kereta yang bawa dekat Jamaluang” (m/s 193 RR Jld.2).

[11] Pada 7.1.2013 jam lebih kurang 10.20 pagi, SP17 telah membuat

tangkapan ke atas perayu kedua di IPD Mersing. Perayu kedua telah

dibawa oleh bapanya, SP5 dan diserahkan kepada pihak polis. Laporan

tangkapan sebagaimana Mersing Report No. 130/2013 (P79).

[12] Pada hari yang sama jam lebih kurang 12.30 tengahari, perayu

kedua telah membawa SP17 ke rumah bapanya (SP5) di alamat No.

1743, Jalan Bawal, Taman Mersing. Di sana SP17 telah merampas

pakaian yang dipakai oleh perayu kedua pada malam kejadian iaitu

sehelai seluar pendek berwarna coklat gelap (P49A), sehelai baju t-shirt

lengan pendek warna biru gelap (P50A) dan sehelai tuala mandi

berwarna merah jambu cerah (P51A). Perayu kedua ada memaklumkan

kepada SP17 bahawa “Ini pakaian yang saya pakai ketika kejadian”

(m/s 205 RR Jld.2). Laporan rampasan barang kes oleh SP17

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

7

sebagaimana Mersing Report No. 215/2013 (P85) dan Mersing Report

No. 213/2013 (P86).

[13] Pada 11.1.2013 jam lebih kurang 5.45 petang dengan dipandu

arah oleh perayu kedua, SP17 telah sekali lagi pergi ke rumah SP5.

Setibanya di rumah tersebut, ibu kepada perayu kedua, Vasantha a/p

S.Sellan (SP6) telah memberitahu SP17 bahawa dia telah membuang

satu bilah parang ke dalam sebuah perigi buta yang terletak di bahagian

belakang rumah setelah diminta oleh anaknya, perayu kedua untuk

berbuat demikian. Hasil dari pencarian di dalam perigi itu, pihak polis

telah menjumpai dan merampas 2 bilah parang (P38A dan P39A).

SP17 telah membuat laporan polis mengenainya melalui Mersing Report

No. 217/2013 (P89). Penemuan 2 bilah parang itu adalah hasil

maklumat yang telah diberikan oleh SP6.

[14] Sejumlah 37 jenis barang kes yang dirampas dan dikumpulkan

oleh SP14 dan SP17 telah diserahkan kepada SP18. Semua barang

kes itu telah diserahkan oleh SP18 kepada Pegawai Sains, Adrianee

Reeza Alwi (SP12) untuk pengnalisaan DNA profiling. Hasil analisis

yang telah dijalankan oleh SP12 adalah seperti di dalam laporan kimia

yang telah disediakan (P43).

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

8

[15] Hasil analisis yang telah dijalankan, SP12 mengesahkan kesan

darah pada swabbing bertanda 1 (kesan darah atas jalan di tempat

kejadian), bertanda 2 (juga kesan darah atas jalan tempat kejadian),

bertanda 4 (kesan darah di atas rumput di tempat kejadian), bertanda 6

(kesan darah atas daun di tempat kejadian), bertanda 7 (kesan darah

pada sebuah kerusi batu di tempat kejadian), bertanda 8A (kesan darah

pada bilah parang, P29A) dan bertanda AF1 (kesan darah pada karpet

dalam kereta Waja tersebut) adalah sepadan dengan darah Simati.

[16] SP12 juga turut mengesahkan hasil analisis beliau terhadap satu

puntung rokok bertanda 5 (P26A) yang ditemui dari tempat kejadian

adalah sepadan dengan profail DNA perayu kedua.

[17] Bedah siasat ke atas jasad Simati telah dilakukan oleh Dr. Rohayu

Binti Shahar Adnan (SP13) pada 5.1.2013 satu hari selepas jasad

Simati ditemui. Laporan bedah siasat yang disediakan oleh SP13

adalah seperti eks.P67 (di m/s 463 – 473 RR Jld.3). SP13 merakamkan

sejumlah 180 kecederaan luaran yang telah dialami oleh Simati seperti

disenaraikan oleh SP13 dalam laporan beliau. SP13 berpendapat

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

9

bahawa sebab-sebab yang membawa kematian Simati (tidak

dipertikaikan) adalah kerana “Multiple Slash Wounds to the Head”.

[18] Detik-detik terakhir sebelum Simati dibunuh telah diceritakan oleh

saksi Yeep Man Chung (SP9). Dalam keterangannya SP9 menyatakan

bahawa dia mengenali Simati sejak Simati berusia 9 tahun. Simati

tinggal berjiran dengan beliau di kampong, di Jalan Estet, Mersing Kecil.

SP9 menyatakan pada 3.1.2013 jam lebih kurang 9.15 malam perayu

pertama dan Vellavan datang mengambil beliau di rumah dan pergi

melawat bapa Vellavan di Hospital Mersing dengan menaiki kereta

Perodua Kancil milik Vellavan. Tiba di Hospital Mersing, SP9 berjumpa

Simati, perayu kedua, Ponnusamy dan Chinniah yang telahpun berada

di sana. Selepas melawat bapa Vellavan, mereka pergi ke sebuah

pondok di Hospital tersebut dan mereka telah minum minuman keras.

Lebih kurang 11.00 malam, SP9 menunggang motosikal milik perayu

kedua untuk pergi ke rumah perayu kedua kerana mahu menghantar

kasut dan parang milik perayu kedua yang berada dalam raga motosikal

perayu kedua. Apabila sampai, SP9 melihat Simati berada di rumah

perayu kedua bersama perayu kedua, perayu pertama dan juga

Vellavan. Menurut SP9 lagi semasa beliau masih berada di rumah

perayu kedua, beliau telah terima satu panggilan telefon daripada

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

10

Ponnusamy yang memberitahu mereka sedang berada di gelanggang

bola keranjang Mersing Kecil. SP9 pergi ke sana dengan menaiki

motosikal perayu kedua. Sampai di sana SP9 melihat Ponnusamy,

Vallavan dan perayu pertama sedang minum minuman keras. Mereka

berbual-bual di sana. Pada jam 12.30 tengah malam, SP9 balik ke

rumah dengan menaiki motosikal perayu kedua dan dalam perjalanan

pulang itu SP9 berselisih dengan kereta Waja tersebut yang dipandu

oleh perayu kedua seorang diri menuju ke gelanggang bola keranjang

tersebut.

[19] Pihak pendakwaan turut mengemukakan percakapan yang

dirakamkan di bawah seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ)

daripada 2 orang saksi yang gagal dikemukakan ke Mahkamah untuk

memberi keterangan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengesan

dan mendatangkan dua saksi itu ke Mahkamah namun telah gagal. Dua

saksi tersebut adalah dua orang adik beradik, Ponnusamy a/l Muttiah

dan Yogesvaran a/l Muttiah yang merupakan rakan-rakan kepada Simati

dan juga rakan-rakan kepada perayu-perayu. Percakapan dua saksi

tersebut telah diterima masuk sebagai sebahagian dari keterangan kes

pihak pendakwaan melalui peruntukan di bawah seksyen 32 (1)(i) Akta

keterangan 1950 setelah hakim bicara berpuashati prasyarat di bawah

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

11

peruntukan itu telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Percakapan

saksi-saksi tersebut telah ditandakan masing-masing sebagai P102 (m/s

538 – 541 RR Jld.3 – Ponnusamy a/l Muttiah) dan sebagai P103 (m/s

542 – 547 RR Jld.3 – Yogesvaran a/l Muttiah).

[20] Secara ringkasnya, apa yang diceritakan oleh Ponnusamy a/l

Muttiah dan adiknya Yogesvaran a/l Muttiah adalah seperti berikut.

Pada 3.1.2013 jam lebih kurang 9.00 malam hingga 11.00 malam

mereka berada di Hospital Mersing kerana melawat bapa rakan mereka

bernama Vellavan. Turut berada di sana termasuklah Simati, perayu

pertama, perayu kedua, Manco (SP9), Pria dan Chinniah. Di sana

mereka telah berbual-bual sambil meminum minuman keras jenama

“Mai Kong” yang dibawa oleh Vellavan. Mereka kemudian pergi ke

rumah perayu kedua untuk mengambil lampu suluh dan kemudiannya

mereka pergi berkumpul di gelanggang bola keranjang di Mersing Kecil.

Di sana juga mereka berbual dan minum minuman keras jenama “Mai

Kong”. Ponnusamy a/l Muttiah seterusnya menyatakan dia melihat

perayu-perayu telah menampar dan memukul Simati oleh kerana

perayu-perayu mengatakan “Mulut Mathan (Simati) yang kurang ajar

dan celupar”.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

12

[21] Dalam perjalanan pulang, Ponnusamy a/l Muttiah menyatakan di

dalam percakapannya bahawa beliau telah membuat panggilan telefon

kepada perayu kedua kerana beliau berasa tidak sedap hati. Perayu

kedua telah memaklumkan bahawa perayu kedua ada bersama dengan

perayu pertama dan Simati di sebuah kuil di Taman Wawasan 2 untuk

sembahyang. Ponnusamy dan adiknya terus bergegas ke sana dan di

sana Ponnusamy dan Yogesvaran melihat perayu-perayu menampar

muka Simati. Apabila ditanya, perayu-perayu sekali lagi menyatakan

bahawa Simati bermulut kurang ajar dan celupar. Lebih kurang jam

2.30 pagi 4.1.2013, Ponnusamy dan Yogesvaran menyatakan semasa

dalam perjalanan pulang dari Taman Wawasan 2, motosikal yang

mereka naiki diekori oleh kereta Waja tersebut yang dipandu oleh

perayu kedua dan dinaiki bersama oleh Simati dan juga perayu pertama.

Namun setibanya disatu selekoh dan persimpangan Taman Mersing

berhampiran dengan Sekolah Menengah Anjung Batu, kereta yang

dipandu oleh perayu kedua tidak lagi kelihatan. Ponnusamy

menyatakan pada malam kejadian itu perayu kedua hanya memakai

seluar pendek berwarna putih susu dan bertuala berwarna merah tanpa

memakai baju.

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

13

Keputusan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [22] Diakhir kes pendakwaan, hakim bicara mendapati pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap

kedua-dua perayu atas pertuduhan. Hakim bicara gagal untuk

menyediakan alasan penghakiman sebelum perkhidmatan beliau

sebagai Pesuruhjaya Kehakiman ditamatkan. Walau bagaimanapun,

hakim bicara ada menyediakan alasan keputusan ringkas seperti berikut

(di m/s 297 – 298 RR Jld.2A):

“Mahkamah: KEPUTUSAN (DIAKHIR KES PENDAKWAAN)

Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 dituduh di bawah seksyen 302 Kanun

Keseksaan melakukan kesalahan bunuh ke atas Mathan a/l

Mahadevan.

Dalam kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan melalui

keterangan saksi-saksi, tiada keterangan terus (direct evidence) yang

dikemukakan untuk mengaitkan kedua-dua Tertuduh 1 dan Tertuduh 2

kepada pertuduhan.

Pihak pendakwaan mengemukakan keterangan mengikut keadaan

(circumstantial evidence).

Semasa pendengaran kes pendakwaan Mahkamah ini telah diminta

untuk membuat beberapa keputusan.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

14

Keputusan (ruling) Mahkamah atas perkara ini adalah seperit berikut:

(1) Impeachment Prosiding:

Mahkamah ini memutuskan keboleh-percayaan SP6 adalah

tidak tercabar dan testimoninya tidak dipadamkan daripada

rekod prosiding.

(2) Keterangan SP17 bersabit seksyen 27 Evidence Act.

Mahkamah ini menerima masuk keterangan SP17.

(3) Penerimaan masuk penama Yogeswaran a/l Mutthiah dan

Ponnusamy a/l Muttiah melalui seksyen 32 (1)(i) Evidence Act

dan Exhibit ID 102 dan ID 103.

Mahkamah memutuskan ID 102 dan ID 103 diterima masuk sebagai

eksibit P 102 dan P 103 melalui pendakwaan seksyen 32 (1) (i)

Evidence Act.

Setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan

yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan

semua elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan secara

prima facie.

Kedua-dua Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 dipanggil untuk membela diri.”

Kes Pembelaan [23] Perayu pertama dan perayu kedua telah memilih untuk memberi

keterangan membela diri mereka dari kandang saksi secara bersumpah.

Perayu pertama menyatakan sebelum ditahan beliau bekerja sebagai

Jurulatih Fizikal Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Nasuha,

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

15

Pagoh. Masa cuti beliau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan

dengan perayu kedua sebagai majikannya. Perayu pertama dan perayu

kedua seterusnya tidak menafikan ada pergi ke Hospital Mersing pada

3.1.2013 sehingga jam 11.30 malam sebelum pergi ke gelanggang bola

keranjang di Mersing Kecil bersama dengan rakan-rakan yang lain

termasuk SP9, Simati, perayu kedua, Vellavan, Ponnusamy dan

adiknya, Yogesvaran. Dari gelanggang bola keranjang, jam 12.30

tengah malam perayu pertama dan perayu kedua menyatakan mereka

tidak pergi kemana-mana lagi tetapi terus balik ke rumah dan terus tidur.

Pada jam lebih kurang 5.00 pagi 4.1.2013 mereka telah pergi ke Kuala

Lumpur.

[24] Perayu pertama dan perayu kedua menafikan telah memegang

dan memukul Simati pada malam kejadian. Mereka turut menafikan

mereka adalah individu yang terakhir dilihat bersama dengan Simati.

Sebaliknya perayu-perayu mendakwa bahawa Ponnusamy dan

Yogesvaran adalah merupakan orang terakhir bersama Simati. Perayu-

perayu turut mendakwa mereka telah dipukul oleh pihak polis.

[25] Perayu pertama turut memanggil bapanya, K. Saundrapandian a/l

Kenapathy (SD2) sebagai saksi alibi. SD2 menyatakan selepas

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

16

anaknya perayu pertama tiba di rumah pada jam 12.30 tengah malam,

perayu pertama tidak ada lagi keluar rumah sehingga jam 5.00 pagi.

[26] Keterangan perayu-perayu turut melibatkan isu-isu berkaitan

dengan panggilan telefon antara perayu pertama dengan perayu kedua

pada pagi kejadian yang mereka dakwa telah gagal disiasat walaupun

telefon mereka telah dirampas oleh pihak polis. Pembelaan perayu-

perayu juga membangkitkan isu ketiadaan keterangan mengenai motif

mereka untuk membunuh Simati dan kegagalan untuk memanggil saksi

bernama Joshua untuk memberi keterangan berkaitan usaha penama

itu untuk mencari Simati pada malam kejadian.

[27] Mengenai penemuan DNA perayu kedua pada puntung rokok

yang dirampas dari tempat kejadian berhampiran dengan mayat Simati,

perayu kedua menjelaskan bahawa pada 3.1.20132 dia telah pergi ke

Kampung Pasir untuk menghantar barang dapur kepada pekerjanya.

Dalam perjalanan perayu kedua menyatakan dia telah singgah di Taman

Rekreasi Jamaluang untuk menghisap rokok.

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

17

Dapatan hakim bicara diakhir perbicaraan kes [28] Seperti dinyatakan diawal Penghakiman kami, hakim bicara telah

gagal untuk menyediakan alasan Penghakiman. Walau bagaimanapun

hakim bicara ada menyediakan alasan keputusan beliau secara ringkas

(di m/s 354 – 360 RR Jld.2A). Walaupun hakim bicara ada menyatakan

bahawa beliau akan menyediakan Penghakiman yang lebih details

namun telah gagal disempurnakan. Setelah meneliti semula keterangan

saksi-saksi pendakwaan dan membuat penilaian terhadap versi pihak

pembelaan, hakim bicara telah membuat dapatan dan keputusan seperti

berikut (m/s 360 RR Jld.2A):

“Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa versi yang dikemukakan oleh

pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan ke atas

kes pendakwaan kerana dengan keterangan yang diberikan oleh

Tertuduh 1 dan 2 dan juga SB2 tidak dapat dipercayai atau meyakinkan

Mahkamah ini. Secara keseluruhan Tertuduh 1 dan 2 hanya membuat

dalih dan penafian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh

TPR dan tidak dapat menggugat keterangan-keterangan terus dan

dokumentari yang telah dinilai oleh Mahkamah ini atas maximum

evaluation sebelum ini.

Terdapat beberapa isu-isu undang-undang teknikal yang tidak akan

dihuraikan di sini akan dihuraikan di dalam Penghakiman yang lebih

details selepas ini.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

18

Keputusan Mahkamah: Atas alasan yang diberikan Mahkamah ini mendapati Tertuduh 1 dan

Tertuduh 2 bersalah dan disabitkan atas pertuduhan dan dihukum

dengan satu-satunya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-

undang iaitu hukuman gantung sampai mati.”

Rayuan Perayu-Perayu [29] Di hadapan kami, peguam bela terpelajar bagi perayu pertama

telah mengutarakan tiga isu sahaja iaitu isu pertama bahawa hakim

bicara telah terkhilaf dan tersalah arah apabila memutuskan untuk

menerima masuk P102 dan P103 sebagai keterangan melalui seksyen

32 (1)(i) Akta Keterangan 1950. Peguam bela berhujah bahawa usaha-

usaha telah diambil oleh pihak pendakwaan untuk mengesan

Ponnusamy dan Yogesvaran yang telah memberi percakapan dalam

P102 dan P103 adalah tidak memadai dan tidak memenuhi kehendak di

bawah seksyen 32(1)(i) Akta itu. Walaupun P102 dan P103 telah

dikemukakan melalui saksi SP18, Pegawai Penyiasat, namun usaha-

usaha untuk mengesan kedua-dua penama tersebut telah dilakukan

oleh saksi SP7, Pegawai Penyiasat awal kes pembunuhan ini.

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

19

[30] Isu kedua dibangkitkan oleh peguam bela perayu pertama adalah

hakim bicara telah tersalah arah apabila hakim bicara telah membuat

keputusan untuk menerima masuk percakapan P102 dan P103 selepas

penutupan kes pendakwaan. Dihujahkan tindakan ini telah

memprejudiskan perayu pertama. Sekiranya keputusan itu dibuat

sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya, perayu pertama

mempunyai peluang untuk menyoal-balas saksi-saksi pendakwaan

terhadap perkara-perkara yang matan yang terdapat di dalam kedua-

dua percakapan tersebut.

[31] Isu ketiga perayu pertama adalah mengenai kegagalan hakim

bicara untuk membuat penilaian dengan secukupnya pembelaan perayu

pertama. Dihujahkan kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada

keterangan mengikut keadaan. Dihujahkan juga bahawa hakim bicara

telah terkhilaf apabila menerima keterangan P102 dan P103 dalam

mensabitkan perayu pertama sedangkan keterangan dalam P102 dan

P103 tidak diuji dalam soal-balas. Peguam bela berhujah sekiranya

percakapan P102 dan P103 ditolak maka tidak ada sebarang

keterangan yang kukuh dan mencukupi untuk mensabitkan perayu-

perayu dengan pertuduhan.

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

20

[32] Peguam bela terpelajar bagi perayu pertama telah merujuk nas-

nas berikut bagi menyokong hujahan beliau, iaitu Leong Hong Khie v.

PP [1986] 2 MLJ 206; Allied Bank (Malaysia) Berhad v. Yau Jiok Hua

[1998] 6 MLJ 1; PP v. Lam Peng Hoa & Anor [1996] 5 MLJ 405; Sim

Tiew Bee v. PP [1973] 2 MLJ 200; PP v. Mohamed Said [1984] 1 MLJ

50; Lee Kwan Woh v. PP [2009] 5 MLJ 301; PP v. Jamil bin Yahya &

Anor [1993] 3 MLJ 702; PP v. Tukiman bin Demin [2008] 4 MLJ 79

dan PP v. Resty Agpalo [2011] 4 MLJ 284.

[33] Walaupun peguam bela perayu kedua telah mengemukakan 19

alasan dalam Petisyen Rayuan yang difailkan, namun di hadapan kami

peguam bela meneruskan dengan 4 isu dalam penghujahannya. Selain

itu peguam bela menerima pakai hujahan peguam bela perayu pertama

mengenai isu penerimaan masuk percakapan P102 dan P103 sebagai

sebahagian dari keterangan kes pihak pendakwaan. 4 isu yang

dihujahkan oleh peguam bela perayu kedua adalah seperti berikut:

(a) kegagalan hakim bicara dalam membuat pertimbangan terhadap

keberatan keterangan P102 dan P103 sama ada terdapat

kekurangan, kelompangan atau percanggahan dalam P102 dan

P103 tersebut. Hakim bicara juga gagal untuk menguji

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

21

kebolehterimaan P102 dan P103 memandangkan Ponnusamy

dan Yogesvaran adalah saksi-saksi berkepentingan dan telah

turut ditangkap bersama dalam kes pembunuhan ini. Hakim

bicara juga dikatakan telah gagal membuat penilaian secara

maksima P102 dan P103 apabila hakim bicara telah gagal

memutuskan terdapat perbezaan dan percanggahan yang

material antara kedua-dua percakapan P102 dan P103 tersebut;

(b) hakim bicara telah gagal untuk membuat pertimbangan dengan

sewajarnya kepada pembelaan alibi yang telah dikemukakan

oleh perayu pertama melalui keterangan perayu kedua sendiri

yang disokong oleh ketarangan SP6, ibunya dan juga melalui

keterangan SP18, Pegawai Penyiasat kes;

(c) kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan

mengikut keadaan. Dihujahkan hakim bicara telah khilaf dalam

membuat penilaian terhadap ketarangan mengikut keadaan

yang ada terhadap perayu-perayu yang dihujahkan tidak

menjurus sepenuhnya kepada hanya satu konklusi terhadap

kebersalahan perayu-perayu. Selain itu peguam bela juga

menghujahkan tiada keterangan dikemukakan oleh pihak

pendakwaan terhadap apa yang berlaku kepada Simati selepas

jam 12.00 tengah hari 3.1.2013; dan

(d) pihak pendakwaan telah gagal untuk memberikan penjelasan

yang munasabah mengenai alasan-alasan mengapakah barang-

barang kes yang dirampas dalam kes ini diserahkan kepada ahli

kimia terlewat selama 45 hari.

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

22

Dapatan dan Keputusan Kami Penerimaan masuk P102 dan P103 sebagai keterangan di bawah Sekeyen 32(1)(i) Akta Keterangan [34] Hakim bicara telah membuat keputusan untuk menerima masuk

P102 dan P103 sebagai sebahagian keterangan kes pihak pendakwaan

di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan. Hakim bicara tidak

menyatakan alasan-alasan beliau dalam menerima masuk P102 dan

P103 tersebut sebagai keterangan di dalam alasan keputusan beliau.

Bagaimanapun, hanya terdapat satu alasan sahaja di bawah undang-

undang yang membolehkan percakapan di bawah seksyen 112 KAJ

dapat diterima masuk sebagai keterangan, iaitu, sekiranya pra-syarat

yang diperuntukkan di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan telah

dipenuhi.

[35] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan merupakan salah satu

kekecualian kepada prinsip keterangan dengar cakap. Ini

memandangkan penerimaan masuk percakapan di bawah seksyen

32(1)(i) Akta Keterangan dilakukan tanpa kehadiran pembuat atau saksi

yang memberikan percakapan tersebut hadir untuk diperiksa balas.

Dalam kes Leong Hong Khie v. PP, supra, Mahkamah Persekutuan

menyatakan mengenai isu yang sama seperti berikut:

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

23

“The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of

a fact which has been stated by a third person. This rule has been long

established as a fundamental principle of the law of evidence. To quote

Lord Normand in Teper v R [1952] AC 480 486:

“The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It

is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The

truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by

another witness cannot be tested by cross-examination and the light

which his demeanour would throw on his testimony is lost.”

In our opinion, another reason is the danger that hearsay evidence may

be concocted, fabricated and tailored to suit the witness’s testimony.

Notwithstanding this general rule certain exceptions have been

recognized upon the ground of necessity or convenience. In Malaysia,

these exceptions are set out in section 32 of the Evidence Act 1950.”

[36] Begitu juga dalam kes PP v. Lam Peng Hoa & Anor, supra, Kang

Hwee Ghee H (ketika itu) telah menyatakan dengan panjang lebar

mengenai isu yang sama seperti berikut:

“It was held in the Federal Court case of Sim Tiew Bee v PP [1973] 2

MLJ 200 that before the court could admit the statement of a witness

evidence under s 32 of the Evidence Act, the condition precedent

contemplated under the section must be satisfied. The condition

precedent that the prosecution ought to satisfy in the present case was

either to prove that the witness could not be found or that her

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

24

attendance could not be procured, without an amount of delay or

expense. The learned authors of Sarkar’s Law of Evidence (14th Ed) at

p 649 state (relying on Indian authorities) that where no diligent search

and reasonable exertion were made to procure the witness, the court

could not come to a finding that the witness could not be found and

therefore his statement could not be admitted under the section. Mere

ignorance of the whereabouts of the witness is not sufficient to invoke

the section. As the interpretation appears to be somewhat sound, I will,

for the present case, adopt their view. It stands to reason that unless

stringent conditions are prescribed and fulfilled, the established rule

against the reception of hearsay evidence would be eroded; courts

would have to accept as evidence statements which may not stand the

vigours of cross-examination had the maker been called to give

evidence.

In PP v Mohamed Said [1984] 1 MLJ 50, Mohamed Azmi J (as he then

was) observed, at p 51:

If a particular witness is material to the prosecution’s case, it is the duty

of the police to keep track of his whereabouts and take all

precautionary measures that they be informed of any change of

address. Under s 34(ii) of the CPC, the responsibility of serving

summonses or subpoenas on the accused persons and witnesses is

with police officers, unless the court otherwise directs. If a particular

witness is very material to the prosecution’s case, it stands to reason

that the police must exercise extra diligence in applying for summonses

early and in taking all necessary steps to ensure that the correct

address of the witness has been obtained, bearing in mind the

unreliability nowadays of the addresses given on identity cards. The

correct addresses of the material witnesses should be obtained at the

first opportunity and, if necessary, the police can invoke ss 111 and

112 of the CPC at the investigation stage. Section 111 of the CPC

empowers the police to require their attendance at the police station so

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

25

that they can be questioned under s 112 of the CPC. If they do not

attend, then under sub-s (ii) of s 111, they may be compelled to attend

by a magistrate (see Chong Fook Kam & Anor v Shaaban & Ors

[1968] 2 MLJ 50 at p 54). Where the person to be summoned cannot

by the exercise of due diligence be found, then under s 35(iv) of the

CPC, the summons may be served by leaving a copy thereof for him

with some adult member of his family or with his servant residing with

him. If service under s 35(iv) of the CPC cannot be effected, then the

prosecution should invoke s 36 of the CPC, by affixing a copy of the

summons to some conspicuous part of the house of other place in

which the person summoned ordinarily resides, if so directed by the

court. When a witness fails to appear in court after being served under

ss 35 or 36 of the CPC, the prosecution is then entitled to apply for

warrant of arrest under s 47 of the CPC. In the present case, it would

appear that none of these powers given by the CPC to compel the

appearances of the two material witnesses had been exhausted by the

police, either in the first or second prosecution.

In the present case it is clear to me that no diligent or exertive attempt

had been made to procure the witness. The fact that the witness was

no longer staying at the place of the incident or at her former address in

Kuala Lumpur was already known to the investigating officer, as long

ago as November 1995. Yet no attempts were made beyond trying to

locate her at addresses the police knew she was no longer keeping.

The requirements proposed in PP v Mohamed Said [1984] 1 MLJ 50

may appear stringent and cumbersome; but these are prescribed

avenues under the CPC which the prosecution must go through to trace

a witness, without which the court may not be able to act to admit a

statement under s 32 of the Evidence Act.

The same considerations would apply to the other conditions precedent.

Unless it is proved to the satisfaction of the court that they had

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

26

employed due diligence and reasonable exertion to attempt to locate

the witness and were able to assess the chances of the success of

procuring her, there could be no basis to find that she could not be

procured without an amount of delay or expense.”

[37] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan dalam

bahasa asalnya, seperti berikut:

“32.(1) Statements, written or verbal, of relevant facts made by a person

who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of

giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an

amount of delay or expense which under the circumstances of the case

appears to the court unreasonable, are themselves relevant facts in the

following cases:

(i) when the statement was made in the course of, or for the purposes

of, an investigation or inquiry into an offence under or by virtue of any

written law: and”

[38] Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan mengenai

usaha-usaha yang telah diambil untuk mengesan pemberi percakapan

dalam P102, Ponnusamy a/l Muttiah dan P103, Yogesvaran a/l Muttiah

melalui keterangan saksi SP7. Percakapan-percakapan tersebut telah

dikemukakan ke Mahkamah melalui saksi Pegawai Penyiasat, SP18.

Keterangan SP7 mengenai tindakan dan usaha-usaha yang telah beliau

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

27

lakukan untuk mendapatkan dua saksi tersebut adalah seperti terdapat

di m/s 286 – 287 RR Jld. 2A, seperti berikut:

“Saya ada ambil tindakan untuk kesan 2 saksi iaitu Yogeswaran a/l

Muttiah dan Ponnusamy a/l Muttiah.

Tindakan yang telah saya ambil iaitu telah pergi ke rumah Ponnusamy

4 kali untuk kesan beliau dan untuk Yogeswaran saya telah pergi 4 kali

ke rumah sebanyak 4 kali.

Alamat kedua-dua mereka berlainan. Alamat Ponnusamy di alamat 166, Jalan Mahkota, Taman Mahkota 1,

Mersing.

Saya dapati saksi tidak tinggal di situ lagi. Untuk Yogeswaran saya telah pergi ke nombor 157, Jalan Nakhoda 8,

Taman Seri Nakhoda 1, Mersing dan dapati setelah pergi 4 kali beliau

tidak lagi tinggal di situ.

Alamat kedua-dua mereka saya dapati dari waktu repot tangkapan

kedua-dua mereka.

Saya ada buat permohonan alamat terakhir kedua-dua mereka di

Jabatan Pendaftaran Negeri Johor pada 21.2.2016 (minggu lepas).

Saya boleh cam permohonan itu (dicam) P1 – 5 – Permohonan ke JPN. Saya dapat jawapan JPN beritahu 21.1.2016. [Surat jawapan JPN dicam (A-C)]

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

28

P106(A-C) – 3 jawapan JPN. Ikut P106(A-C) alamat terakhir Ponnusamy ialah di nombor 25, Jalan

Bayan 24, Taman Kota Puteri, Masai, Johor.

Alamat terakhir Yogesaran ialah di No. 157, Jalan Seti Nakhoda 8,

Taman Seri Nakhoda 1, Johor.

Saya telah pergi ke alamat terakhir Ponnusamy pada 23.1.2016 dan

dapati penama tidak tinggal di alamat itu.

Saya ada buat carian imigresen ke atas kedua-dua saksi pada

21.1.2016.

[Surat permohonan ke Jabatan Imigresen dirujuk dan dicam] P107 – surat permohonan ke Jabatan Imigresen. Jabatan Imigresen telah beri jawapan. (Dicam) P108 – Pengesahan pergerakan oleh Jabatan Imigresen. Hasil semakan kedua-dua penama, rekod pergerakan tidak wujud.”

[39] Semasa disoal-balas, SP7 mengakui bahawa beliau tidak ada

menyiasat mengenai keberadaan dua saksi itu dengan penjamin-

penjamin mereka atas bon jaminan sewaktu mereka dibebaskan. Begitu

juga SP7 mengakui tidak membuat penyiasatan dengan pihak

telekomunikasi atas alasan mengikut pengalaman beliau pihak

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

29

telekomunikasi enggan memberikan butir-butir pelanggan mereka

walaupun diminta oleh pihak polis.

[40] Kami tidak ingin membuat sebarang spekulasi mengenai alasan

mengapa kedua-dua penama telah menghilangkan diri mereka. Kami

tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa kedua-dua saksi

itu merupakan saksi berkepentingan dan telah menyembunyikan diri

oleh kerana mereka orang sebenar yang telah membunuh Simati.

Penyiasatan pihak polis menunjukkan dua penama tersebut tidak terlibat

dalam pembunuhan Simati walaupun mereka turut ditangkap dalam

membantu siasatan awal pihak polis. Tidak dapat disangkal bahawa

dua penama tersebut merupakan saksi yang penting yang dapat

mensabitkan perayu-perayu dengan kematian Simati dalam kes ini. Dua

saksi ini merupakan rakan-rakan bukan sahaja kepada Simati malahan

merupakan rakan kepada perayu-perayu dalam kes ini.

[41] Setelah meneliti keterangan yang telah diberikan oleh SP7

mengenai usaha-usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh SP7

untuk mengesan kedua-dua saksi penting tersebut, kami bersetuju

keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP7 telah memenuhi

prasyarat di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan. Kami bersetuju

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

30

dengan keputusan hakim bicara dalam menerima masuk P102 dan

P103 sebagai sebahagian keterangan kes pihak pendakwaan

berdasarkan fakta dalam kes ini.

Penerimaan masuk P102 dan P103 diakhir penutupan kes pendakwaan [42] Komplain utama oleh peguam bela terpelajar mengenai isu ini

adalah berkaitan dengan dakwaan peguam bela bahawa tindakan hakim

bicara dalam membuat keputusan menerima masuk P102 dan P103

sebagai keterangan di akhir penutupan kes pendakwaan telah

memprejudiskan perayu-perayu. Dihujahkan prejudis berlaku oleh

kerana perayu-perayu tidak dapat menyoal-balas saksi-saksi

pendakwaan terhadap fakta matan yang disebutkan oleh saksi-saksi

dalam P102 dan P103. Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam

bela. Prosedur yang diikuti oleh hakim bicara dalam menerima masuk

P102 dan P103 adalah betul iaitu di akhir penutupan kes pendakwaan

selepas mendengar hujahan pihak-pihak, termasuk hujahan mengenai

penerimaan masuk percakapan P102 dan P103 tersebut. Dalam buku

“Criminal Trial: Advocacy For The Defence,” pengarang yang bijaksana

Hisyam Abdullah @ Teh Pok Teik menyatakan seperti berikut (di m/s

220):

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

31

“When the prosecution tenders the 112 statement it will be marked as

either an “ID” or “P” exhibit. Either way it does not prejudice the

defence as inadmissible evidence always remain inadmissible.

Submission on admissibility can be made at the end of the case

for prosecution’s case.

Even though the 112 statement is admitted, it can be challenged

on weight as the statement is untested.” (penekanan oleh kami).

[43] Hujahan peguam bela bahawa perayu-perayu telah diprejudiskan

atas alasan tidak dapat untuk menyoal-balas saksi-saksi utama

pendakwaan terhadap intipati utama percakapan P102 dan P103 adalah

jauh tersasar dan tidak dapat diterima. Alasan kami menolak hujahan

peguam bela didasarkan kepada peruntukan yang terdapat di bawah

seksyen 425 KAJ yang memperuntukkan seperti berikut:

“425. Any Court may at any stage of an inquiry, trial or other proceeding

under this Code Summon any person as witness, or examine any

person in attendance though not summoned as a witness, or recall and

re-examine any person already examined, and the Court shall summon

and examine or recall and re-examined any such person if his evidence

appears to it essential to the just decision of the case.”

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

32

[44] Berdasarkan kepada Rekod Rayuan, tidak ada sebarang

permohonan telah dibuat kepada hakim bicara oleh perayu-perayu untuk

memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan pada peringkat kes

pembelaan untuk menyoal balas tentang perkara-perkara matan yang

timbul dalam P102 dan P103. Pihak perayu-perayu haruslah

menyalahkan diri mereka sendiri apabila gagal mengambil peluang dan

kesempatan seperti diperuntukkan di bawah seksyen 425 KAJ tersebut.

Hakim bicara gagal membuat pertimbangan dengan secukupnya Pembelaan Perayu-Perayu [45] Asas pembelaan perayu pertama adalah bahawa dia dan perayu

kedua bukanlah orang-orang yang terakhir dilihat bersama Simati.

Sebaliknya, perayu-perayu mendakwa Ponnusamy dan adiknya,

Yogesvaran adalah orang-orang yang terakhir dilihat oleh mereka

bersama dengan Simati. Perayu-perayu tidak menafikan lain-lain fakta

dalam keterangan SP9 yang disokong oleh percakapan P102 oleh

Ponnusamy dan P103 oleh Yogesvaran. Perayu-perayu mengakui fakta

mereka telah berjumpa dengan Simati di Hospital Mersing. Di sana

mereka telah minum minuman keras yang dibawa oleh Simati. Mereka

kemudian ada berjumpa Simati di rumah perayu kedua. Mereka

kemudian telah sekali lagi berjumpa dengan Simati di gelanggang bola

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

33

keranjang di Mersing Kecil. Di sana mereka juga telah minum minuman

keras sambil berbual-bual. Pada kali ini minuman keras itu telah dibawa

ke sana oleh rakan mereka bernama Vellavan.

[46] Fakta yang dipertikaikan oleh perayu-perayu adalah bahawa

mereka telah menampar dan memukul Simati semasa berada di

gelanggang bola keranjang atas alasan yang mereka katakan bahawa

Simati bermulut celupar dan kurang ajar seperti dalam P102 dan P103.

Begitu juga perayu-perayu menafikan mereka telah membawa Simati

kesebuah Kuil Hindu dengan menaiki kereta Waja tersebut yang

dipandu oleh perayu kedua. Mereka juga menafikan telah menampar

dan memukul Simati semasa berada di Kuil Hindu tersebut. Akhirnya,

perayu-perayu juga menafikan mereka telah membawa Simati ke tempat

kejadian di Taman Rekreasi Jamaluang dengan menaiki kereta Waja

tersebut dan telah menyerang Simati dengan menggunakan parang-

parang P29A dan P39A.

[47] Selanjutnya perayu-perayu menyatakan selepas pertemuan di

gelanggang bola keranjang, mereka terus balik ke rumah masing-

masing untuk tidur sebelum mereka bangun pada jam 4.30 pagi untuk

pergi ke Kuala Lumpur. Perayu pertama menyatakan beliau berada dan

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

34

tidur di rumah antara jam 12.30 t/malam hingga 4.30 pagi, waktu matan

dalam pertuduhan. Perayu pertama telah memanggil bapanya, K.

Saundrapandian a/l P. Kenapathy (SD2) bagi mengesahkan

keterangannya. Manakala perayu kedua pula telah memasukkan satu

notis alibi dan telah mengemukakan keterangan alibi melalui keterangan

ibunya, SP6 dan keterangan beliau sendiri.

[48] Perayu-perayu telah menjelaskan pemergian mereka ke Kuala

Lumpur pada awal pagi (subuh) 4.1.2013 untuk mengambil sijil dari

kolej. Perayu kedua juga telah memberi penjelasan terhadap penemuan

DNA beliau pada puntung rokok (P26) yang ditemui berdekatan dengan

mayat Simati. Penjelasan perayu kedua ialah bahawa pada malam

3.1.2013 beliau memandu lori dan telah berhenti di sana untuk

menghisap rokok. Penjelasan perayu-perayu mengenai perjalanan

mereka ke Kuala Lumpur dan penjelasan perayu kedua tentang

penemuan puntung rokok mengandungi DNA beliau nampaknya seperti

satu kebetulan, remeh dan tidak munasabah dan tidak dapat diterima

oleh hakim bicara serta gagal menimbulkan keraguan yang munasabah

terhadap kes pendakwaan.

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

35

[49] Dua fakta matan yang lain gagal diperjelaskan oleh perayu-

perayu, terutama oleh perayu kedua. Fakta pertama adalah mengenai

penemuan darah Simati pada pelapik kaki dalam kereta Waja tersebut

yang dipandu oleh perayu kedua dan dinaiki bersama oleh perayu

pertama pada malam kejadian pembunuhan itu. Keduanya, tiada

penjelasan dari pihak pembelaan mengenai fakta arahan perayu kedua

kepada ibunya, SP6 untuk membuang parang P39A yang kemudiannya

dibuang oleh SP6 ke dalam telaga buruk di belakang rumah perayu

kedua. Arahan itu telah diberikan oleh perayu kedua melalui panggilan

telefon kepada SP6 ketika perayu kedua sedang berada di Kuala

Lumpur.

[50] Pihak polis yang mengambil tindakan susulan telah menemui dua

bilah parang di dalam telaga yang ditunjukkan oleh SP6. Selain P39A,

pihak polis turut menemui sebilah pedang samurai P38A dalam perigi

yang sama. Juga tiada penjelasan daripada perayu kedua walaupun

P38A tiada berkaitan secara langsung dengan kes pembunuhan

terhadap Simati. Inferen boleh dibuat berdasarkan kepada keterangan

fakta yang sama (similar fact evidence) bahawa P38A turut telah

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

36

digunakan dalam satu kesalahan yang lain. Menurut SP6, P38A telah

beliau campakkan ke dalam telaga yang sama atas arahan anaknya

perayu kedua pada satu masa sebelum kejadian pembunuhan Simati ini

berlaku.

[51] Keseluruhan keterangan telah dipertimbangkan oleh hakim bicara

dan beliau mendapati pembelaan perayu-perayu telah gagal untuk

menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak

pendakwaan. Sebaliknya, hakim bicara mendapati pihak pendakwaan

telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap perayu-perayu

melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Keputusan hakim

bicara di m/s 360 RR Jld.2A, seperti berikut:

“Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa versi yang dikemukakan oleh

pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan ke atas

kes pendakwaan kerana dengan keterangan yang diberikan oleh

Tertuduh 1 dan 2 dan juga SB2 tidak dapat dipercayai atau meyakinkan

Mahkamah ini. Secara keseluruhan Tertuduh 1 dan 2 hanya membuat

dalih dan penafian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh

TPR dan tidak dapat menggugat keterangan-keterangan terus dan

dokumentari yang telah dinilai oleh Mahkamah ini atas maximum

evaluation sebelum ini.”

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

37

[52] Berdasarkan Rekod Rayuan, kami bersetuju dengan dapatan dan

keputusan hakim bicara. Kami mendapati hakim bicara tidak khilaf

dalam membuat pertimbangan terhadap pembelaan perayu-perayu

apabila memutuskan pembelaan perayu-perayu telah gagal untuk

menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak

pendakwaan.

Keberatan Keterangan P102 dan P103 [53] Peguam bela perayu kedua menghujahkan hakim bicara gagal

untuk mengambil kira bahawa percakapan P102 dan P103 telah tidak

diuji dalam soal-balas, terdapat kelompangan dan percanggahan dalam

keterangan tersebut. Selain itu dihujahkan juga bahawa hakim bicara

telah gagal untuk mengambilkira Ponnusamy dan adiknya turut

ditangkap dalam kes ini menjadikan mereka saksi yang mempunyai

kepentingan. Hujahan peguam bela atas isu ini hanya sepintas lalu

tanpa merujuk kepada mana-mana bahagian keterangan yang dikatakan

bercanggah dan lompang. Walau apapun pada pandangan kami seperti

dinyatakan oleh hakim bicara dalam keputusannya di m/s 360 RR Jld.

2A, hakim bicara telah membuat pertimbangan secara maksima

keseluruhan keterangan dan telah menerima P102 dan P103 dengan

Page 38: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

38

berhati-hati dan telah menerima keterangan itu setelah mendapati lain-

lain keterangan sokongan yang gagal dijelas dan gagal dipatahkan oleh

pihak pembelaan.

Pembelaan Alibi Perayu-Perayu [54] Peguam bela perayu kedua berhujah, hakim bicara telah gagal

untuk membuat pertimbangan kepada pembelaan alibi perayu kedua.

Kami mendapati alasan keputusan oleh hakim bicara diakhir kes

memang langsung tidak menyebut mengenai pembelaan alibi perayu

kedua. Walaupun begitu, kami mendapati hakim bicara telah menerima

masuk keterangan dalam P102 dan P103. Antara lain keterangan yang

telah disampaikan oleh saksi Ponnusamy dan Yogesvaran adalah

bahawa mereka melihat Simati berada bersama perayu-perayu dalam

kereta Waja tersebut sebaik sebelum kejadian pembunuhan ini berlaku.

Dua saksi tersebut melihat kereta Waja tersebut mengekori motosikal

yang dinaiki oleh dua saksi tersebut sebelum kereta Waja tersebut

hilang dari pandangan dua saksi apabila sampai di satu selekoh

berhampiran Sekolah Menengah dimana di sana terdapat satu simpang

yang menuju kearah Taman Rekreasi Jamaluang dimana mayat Simati

telah ditemui. Saksi-saksi dalam P102 dan P103 pasti dalam kereta

Waja tersebut dinaiki oleh perayu-perayu dan Simati. Identiti perayu-

Page 39: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

39

perayu adalah jelas kepada Ponnusamy dan Yogesvaran. Kereta Viva

Simati telah ditinggalkan dan ditemui di gelanggang bola keranjang di

Mersing Kecil.

[55] Perayu kedua telah memberi keterangan yang terjumlah kepada

pembelaan alibi dan telah memberi notis alibi. Perayu kedua

menyatakan antara 12.30 tengah malam hingga 5.00 pagi beliau berada

di rumahnya dan beliau menamakan ibunya sebagai saksi alibi.

Manakala perayu pertama langsung tidak mengemukakan sebarang

notis alibi walaupun pembelaan beliau melalui keterangannya sendiri

dan keterangan bapanya, SD2 berbentuk pembelaan alibi.

[56] Kedudukan undang-undang mengenai pembelaan alibi dalam

kedua-dua situasi melibatkan perayu pertama dan perayu kedua telah

dibincangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes

Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692. Dalam situasi identiti perayu-

perayu telah jelas dan dicamkan oleh saksi-saksi SP9, Ponnusamy dan

Yogesvaran, notis alibi dan pembelaan alibi oleh perayu-perayu akan

gugur dengan sendirinya. Kedudukan perayu pertama lebih teruk

kerana beliau gagal untuk memberikan sebarang notis alibi. YAA

Page 40: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

40

Richard Malanjum HB (Sabah & Sarawak) dalam menyampaikan

penghakiman Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:

“(82) However, alibi could not prevail over the positive identification of

an accused person especially so in the face of categorical statements

coming from credible witnesses who had no ill motives in testifying.

[83] Thus, in Mutachi Stephen v. Uganda ([2003] UGCA 9) the

accused said that on the night the offence took place he was already

asleep with his wife. However, there was a witness who had positively

identified him. As such his alibi collapsed. He has been squarely put at

the scene of crime.

[84] Similarly in the present case, it was the finding of the learned trial

judge, which we agree, that the appellants had been positively identified

by PW1. As such, the alibi defence of the first and second appellants

collapsed. And since the third appellant did not rely on alibi it was

therefore not relevant to him. Yet the learned trial judge appeared to

have also allowed the defence of alibi for the third appellant.

[85] Interestingly, we note that all the appellants claimed to be

together that night yet the third appellant did not find it necessary to

plead alibi as his defence. And it should also be noted that a senior

counsel represented him right from the beginning of the case. Basically

his defence was on of bare denial. But upon being positively identified

his denial collapsed as well.

Page 41: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

41

[86] Accordingly, for the above reasons there is no necessity for us to

deal with the alibi defence but merely to consider whether the

prosecution had established its case beyond reasonable doubt in order

to uphold the convictions of the appellants.”

[57] Ingin kami tekankan prinsip undang-undang mantap mengenai

pendekatan Mahkamah dalam membuat penilaian dan keputusan

terhadap penerimaan pembelaan alibi. Pendekatan yang betul ialah

dengan mempertimbangkan pembelaan alibi bersama dengan

keseluruhan keterangan yang berada di hadapan Mahkamah dan tidak

mempertimbangkan pembelaan alibi secara berasingan.

[58] Dalam kes terhadap perayu-perayu, jika keseluruhan keterangan

dinilai secara total dengan ujian penilaian yang maksima, terdapat

keterangan mengikut keadaan yang cukup kuat melalui keterangan

P102 dan P103 yang disokong oleh keterangan dari SP9, keterangan

penemuan dua bilah parang, kereta Waja yang ada kesan darah Simati,

puntung rokok mengandungai DNA perayu kedua di tempat kejadian

sudah cukup untuk membuktikan kebersalahan perayu-perayu atas

pertuduhan melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Kami

Page 42: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

42

bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan alibi

perayu-perayu adalah gagal dan tidak dapat dipertahankan.

Keterangan mengikut keadaan [59] Peguam bela berhujah, hakim bicara gagal untuk membuat

pertimbangan secara maksima dan gagal untuk memutuskan

keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak

pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kebersalahan perayu-

perayu. Kami tidak bersetuju. Setelah meneliti Rekod Rayuan dan

berdasarkan keterangan-keterangan yang berada di hadapan

Mahkamah sebagaimana yang telah kami bincangkan diawal

penghakiman ini, kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf apabila

mensabitkan perayu-perayu dengan pertuduhan.

Kelewatan barang-barang kes diserahkan kepada Ahli Kimia untuk dianalisa [60] Isu ini telah ditimbulkan oleh peguam bela perayu kedua. Melalui

keterangan ahli kimia, SP12, saksi telah menerima sejumlah 37 barang

kes pada 19.2.2013 daripada SP17. Barang-barang diserah kembali

kepada SP12 pada 13.6.2013. Barang-barang kes tersebut telah

Page 43: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

43

dirampas dan dikumpulkan diantara 4.1.2013 hingga 11.1.2013. Oleh

itu terdapat kelewatan selama 45 hari yang gagal dijelaskan oleh pihak

pendakwaan.

[61] Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami mendapati keterangan

menunjukkan bahawa barang-barang kes telah dirampas oleh SP17 dari

pelbagai tempat termasuk dari tempat mayat Simati ditemui, dari rumah

perayu-perayu dan tempat-tempat lain. Barang kes terakhir ditemui

termasuk parang P38A dan P39A telah ditemui dari rumah perayu

kedua pada 11.1.2013. Kesemua barang kes telah diserahkan oleh

SP17 kepada Pegawai Penyiasat, SP18 secara berperingkat-peringkat.

Kami mendapati peguam bela perayu-perayu langsung tidak pernah

menyoal balas SP17 dan SP18 mengenai kelewatan serahan barang

kes kepada SP12. Saksi SP12 juga tidak disoal-balas apakah kesan

terhadap kelewatan serahan barang kes tersebut terhadap hasil analisa

yang SP12 telah jalankan. Walaupun begitu peguam bela perayu kedua

ada menimbulkan isu mengenai kelewatan ini dalam hujahan bertulis

beliau di Mahkamah bawahan (lihat m/s 659 RR Jld.4 dan di m/s 755

RR Jld.4) di kedua-dua peringkat perbicaraan.

Page 44: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

44

[62] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela perayu kedua

bahawa ketiadaan penjelasan terhadap kelewatan dalam penyerahan

barang-barang kes untuk analisa oleh ahli kimia sebagai fatal terhadap

kes pihak pendakwaan. SP12 tidak disoal mengenai kelewatan telah

menyebabkan hasil penganalisaan oleh SP12 menjadi tergugat dan

tidak tepat. SP12 hanya menyatakan sekiranya barang kes terdedah

terlalu lama, dikendalikan dengan tanpa memakai sarung tangan dan

terendam di dalam air (P38A dan P39A) menjadikan barang kes

tercemar dan penganalisaan sukar dijalankan. Barang-barang kes

penting seperti puntung rokok, parang yang ditemui di tempat kejadian

dan kesan darah atas pelapik kereta Waja tersebut telah berjaya

dianalisa dengan sempurna dan mencapai keputusan seperti

diterangkan oleh SP12 dalam keterangannya. Kami tidak mendapati

sebarang prejudis atau kegagalan keadilan terhadap perayu-perayu

dalam kes ini akibat kelewatan serahan barang-barang kes kepada ahli

kimia untuk dianalisa. Kami dapati hujahan peguam bela perayu kedua

atas isu ini tidak bermerit.

Page 45: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

45

Konklusi [63] Atas alasan-alasan yang telah kami sebutkan, kami mendapati

rayuan perayu-perayu tidak mempunyai sebarang merit. Sabitan

terhadap perayu-perayu adalah selamat dan disokong oleh keterangan

yang berada di hadapan Mahkamah. Dengan itu, rayuan perayu-perayu

ditolak. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan

dikekalkan.

Bertarikh: 24 Ogos 2017

t.t ………………………………. (KAMARDIN BIN HASHIM)

Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia

Peguam cara: Bagi Pihak Perayu Pertama: Gobind Singh Deo (Mohd Haijan Omar, bersamanya) Tetuan Gobind Singh Deo & Co. No. 5, Tingkat 2, Jalan Setiapuspa Medan Damansara 50490 Kuala Lumpur.

Page 46: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-314-08-2016C.pdfpendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang,

MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016

46

Bagi Pihak Perayu Kedua: Rajehgopal Velu Tetuan Rama Velu & Associates Room 203, Tingkat 2, Jalan Besar Bumiputra Commerce Building Kuala Langat 42700 Banting Bagi Pihak Responden: Ku Hayati binti Ku Haron Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya.