Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
-
Upload
siti-syahirah -
Category
Spiritual
-
view
620 -
download
5
Transcript of Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
PPPG 2932 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
HAK DAN KEDUDUKAN ANAK YANG TIDAK SAH TARAF
SITI NOR AISYAH BINTI ISMAIL A131981
NUR AMALINA BINTI ADZLAN A135280
MIMA SURIATI BINTI SHAMSUDDIN A132419
KHAZIMAH BINTI MOHAMMADIAH A132770
NURUL NORFATIHAH BINTI MD YUSOFF A132404
PN. NOOR LIZZA BINTI MOHAMED SAID
PENGENALAN
Maksud nasab dan keturunan Fenomena anak tidak sah taraf di
Malaysia Laporan rasmi Jabatan Pendaftaran
Negara
DEFINISI ANAK TIDAK SAH TARAF
Istilah Arab-"Walad al-zina" Perbincangan para fuqaha: anak zina Menurut Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003:istilah anak tidak sah taraf
Peruntukan undang-undang menyatakan:
Menurut Fatwa Mengenai Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syarak di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 April 2005,
1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah
2. Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu ‘imkan ad-dukhul’
3. Ikrar (Li'an)
DALIl HAK DAN KEDUDUKAN ANAK LUAR
NIKAH
Dua Sumber: Al-Quran dan Hadis1-Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “ Anak luar nikah itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja (pembalasan)”.
2-Sabda Rasulullah S.A.W (Riwayat Abu Daud dan Tirmidhi):
Maksudnya : Sultan adalah wali kepada sesiapa yang tidak mempunyai wali.
3-Firman Allah S.W.T (surah al- An’am:164. )Maksudnya :...... dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)
HAK DAN KEDUDUKAN ANAK TIDAK SAH TARAF MENGIKUT HUKUM SYARAK
1-Para Fuqaha dan Jumhur Ulama’
-Seseorang anak yang lahir daripada perzinaan atau tanpa ikatan perkahwinan yang sah, anak itu adalah anak tidak sah taraf
2-Mazhab Hanafi
-Kurang daripada enam bulan daripada tarikh perkahwinan anak itu adalah anak tidak sah taraf
3- Mazhab Syafei
-Empat syarat kedudukan dan hak anak yang tidak sah taraf
1- Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan daripada tarikh perkahwinan ATAU anak yang dilahirkan kurang atau lebih daripada empat tahun tarikh terakhir perhubungan suami isteri iaitu selepas berlakunya perbubaran perkahwinan2- Hubungan anak yang lahir dengan suami - Suami ragu-ragu atau berat sangkaan
bahawa anak bukan daripada benihnya - Anak lahir kurang daripada enam bulan
daripada perhubungan suami isteri- Anak lahir lebih daripada enam bulan
daripada Istibra’dengan sekali pusingan haid
3- Hubungan anak yang lahir dengan suami - hak dan kedudukan anak tersebut jika suami sangka anak
tersebut daripada benihnya- Telah berlaku istibra’ selepas perhubungan suami isteri- Kemudian anak tersebut lahir daripada tarikh perhubungan
suami isteri- Sunat menghubungan anak tersebut dengan suami
tersebut
4- Hubungan anak dengan suami- Anak lahir setelah enam bulan atau lebih daripada empat
tahun daripada perhubungan suami isteri dan tidak berlaku istibra’
- Berlaku istibra tetapi anak lahir kurang daripada enam bulan
- Boleh dihubungkan dengan firash iaitu ikatan perkahwinan yang sah
KESAN KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF DALAM ISLAM
1. Penamaan dan Nasab2. Pergaulan dan Hubungan3. Nafkah4. Penjagaan5. Harta Pusaka6. Perwalian7. Perkahwinan8. Kematian9. Pertukaran Status Anak Tak Sah Taraf10. Amal Kebajikan
PEMBAHAGIAN KATEGORI ANAK YANG TIDAK SAH TARAF
1- PERZINAAN2- PERKAHWINAN SYUBHAH3- LI’AN
ZINA
1- Definisi- Persetubuhan haram antara lelaki dan
perempuan yang bukan suami isteri2- Hukuman3- Kesan Perbuatan Zina – Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah4- Haram dinasabkan di sebelah bapa
PERKAHWINAN SYUBHAH
Kajian Kes anak tidak sah taraf: 1. Perkahwinan yang tidak sah 2. Perkahwinan sesama mahram
yang haram dikahwini selama-lamanya
LI’AN
Didefinisikan sebagai salah satu daripada cara yang biasa dibuat oleh pasangan suami isteri untuk membuat penafian.
Suami menafikan anak yang dikandung oleh isterinya adalah anak dari darah dagingnya
Menyebabkan anak tersebut tergolongan dalam golongan anak tak sah taraf dalam islam.
Seterusnya, anak tak sah taraf ini tidak boleh dinasabkan dengan nasab lelaki tersebut.
CONTOH KES HAK DAN KEDUDUKAN ANAK TIDAK SAH TARAF
1- Kes pertama: kes Wan Azmi dan Nik salwani.Tarikh kahwin – 29 Jun 1987Tarikh cerai – 21 Disember 1987Tarikh Kelahiran Anak – 18 Mac 1988
2- Kes kedua: kes Ismail dan KalamTarikh cerai – 28 September 1985Tarikh kelahiran anak –23 September1989
LANGKAH MENGATASI MASALAH ANAK TIDAK SAH TARAF
1) Penamaan Anak Anak hendaklah dibin atau juga dibintikan dengan
nama abdullah atau nama asma al-husna lain yang berpangkalkan ‘abdul’
2) Kepentingan Ilmu Pengetahuan Melalui pendidikan moral, sivik serta pendidikan islam
mampu memberi panduan kepada golongan remaja dalam mengelakkan daripada berlakunya perkara sumbang mahram
Perlu mendalami ilmu berkaitan dengan alam rumah tangga sebelum mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan.
3) Tanggungjawab Ibu Bapa Mendidik anak-anak adalah tanggungjawab ibu dan bapa Hal ini kerana anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang
perlu dijaga oleh suami isteri dengan memberi segala tunjuk ajar serta nasihat-nasihat yang berguna untuk mereka jadikan sebagai panduan dalam kehidupan.
4) Peranan Masyarakat setiap individu mempunyai rasa tanggungjawab dalam
menangani masalah ini, isu anak tidak sah taraf akan dapat diselesaikan, jika hasil usaha yang dimainkan oleh mayarakat yang sedar akan keburukannya kepada generasi yang akan datang.
Masyarakat juga seharusnya tidak memberi pandangan yang buruk atau memulaukan kanak-kanak yang telah dianggap sebagai anak tidak sah taraf.
KESIMPULAN
Sebagai masyarakat Islam yang prihatin, kita hendaklah menyedari bahawa institusi kekeluargaan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesebuah masyarakat adalah berpunca daripada kehancuran institusi keluarga.
Ukuran kepada kemajuan sesebuah masyarakat dan negara perlu bersandarkan kepada indikator seperti penghayatan nilai murni, akhlak mulia dan etika ketamadunan yang baik.