dapatan

2
7.0 DAPATAN Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid mencari sifir nombor dua digit dan membuat pengiraan operasi bahagi nombor empat digit dengan dua digit menggunakan kaedah SPAD. Dalam bahagian ini, saya membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan soalan kajian. Soalan Kajian 1 Adakah penggunaan teknik SPAD dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid Tingkatan Satu dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor empat digit dengan dua digit dalam bentuk lazim dengan berkesan? Penggunaan teknik SPAD dilihat banyak membantu murid- murid dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor empat digit dengan dua digit. Keputusan ini jelas dipaparkan pada analisa pencapaian perbandingan antara ujian pra dengan ujian pos. Peningkatan peratus melebihi 50% dicapai oleh murid-murid dalam kumpulan sasaran. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa sesi intervensi juga jelas menunjukkan kumpulan sasaran menunjukkan minat menyelesaikan operasi bahagi menggunakan kaedah SPAD (Lampiran)

description

dapatan kajian tindakan

Transcript of dapatan

Page 1: dapatan

7.0 DAPATAN

Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid mencari sifir nombor dua digit dan membuat pengiraan operasi bahagi nombor empat digit dengan dua digit menggunakan kaedah SPAD. Dalam bahagian ini, saya membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan soalan kajian.

Soalan Kajian 1

Adakah penggunaan teknik SPAD dapat membantu saya untuk mengajar murid-

murid Tingkatan Satu dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor empat digit

dengan dua digit dalam bentuk lazim dengan berkesan?

Penggunaan teknik SPAD dilihat banyak membantu murid-murid dalam

menyelesaikan operasi bahagi nombor empat digit dengan dua digit. Keputusan ini

jelas dipaparkan pada analisa pencapaian perbandingan antara ujian pra dengan ujian

pos. Peningkatan peratus melebihi 50% dicapai oleh murid-murid dalam kumpulan

sasaran.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa sesi intervensi juga jelas menunjukkan

kumpulan sasaran menunjukkan minat menyelesaikan operasi bahagi menggunakan

kaedah SPAD (Lampiran)

Soalan Kajian 2

Sejauhmanakah penggunaan teknik SPAD dapat membantu saya untuk

meningkatkan pemahaman dan menyelesaikan soalan operasi bahagi dengan mudah.

Berdasarkan pemerhatian semasa sesi intervensi, keenam-keenam murid kumpulan

sasaran menggunakan kaedah SPAD untuk mencari nilai sifir dua digit. Hasil

daripada temubual bersama dengan murid, mereka mengatakan mencari nilai sifir

dengan kaedah SPAD lebih cepat berbanding kaedah mencampur satu-satu nilai.

Page 2: dapatan

Saya berpendapat kaedah SPAD telah berjaya membantu murid-murid dalam

menyelesaikan masalah bahagi dengan nombor dua digit. Buktinya boleh dilihat

daripada analisa temubual yang dijalankan terhadap keenam-enam murid kumpulan

sasaran.