Dapatan Kajian SELL in Gee

download Dapatan Kajian SELL in Gee

of 14

description

Dapatan Kajian SELL in Gee

Transcript of Dapatan Kajian SELL in Gee

  • GGGE 6533:PENGAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA

    TAJUK: PERBINCANGAN DAPATAN (INVENTORI PEMBELAJARAN BAHASA)

    DISEDIAKAN OLEH: FAUDZIAH BINTI RASAD(P59185)

    PENSYARAH:PROF. DR. MOHAMED AMIN EMBI

  • PENGGUNAAN STRATEGI MENDENGAR

    - Strategi yang paling kerap digunakan berbanding strategi lain

    - Dapatan bertepatan dengan kajian Nik Rahimi, Zamri dan Kamarulzaman (2008) dalam Zamri, Mohd Amin & Nik Rahimi (2010) apabila pelajar mendengar dengan baik, secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman sesuatu tajuk yang dipelajari ketika itu.

    - Kenyataan disokong oleh Mohd Fariz (2007) mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar

  • PENGGUNAAN STRATEGI MEMBACAMenjadi pilihan responden selepas strategi mendengar

    Banyak strategi yang berkesan dalam menguasai bahasa Inggeris yang digunakan dalam membaca

    Rata-rata responden memilih kadang kala benar, biasanya benar dan sentiasa benar tentang mereka kerap menggunakan strategi yang dinyatakan.

    Strategi yang menjadi pilihan responden berdasarkan soalan ke-2 iaitu mencari bahan bacaan yang hampir sama atau sama dalam konteks bahan bacaan tersebut dan soalan ke-9 iaitu meneka makna yang hampir sama dalam konteks bahan bacaan tersebut

  • Pembacaan yang banyak dapat melatih mereka mengenal setiap perkataan yang dibaca.

    Cara ini dapat membantu mereka membaca dengan lancar, mengumpul maklumat dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang dibaca dapat meningkatkan kemahiran membaca

  • PENGGUNAAN STRATEGI MENULISSoalan 6 merupakan strategi yang paling diaplikasikan oleh responden-menyemak apa yang telah saya tulis sebelum sambung menulisStrategi ini amat berkesan digunakan kerana semakan yang dibuat selepas aktiviti menulis dapat memberikan idea yang bernas dan dapat meminimumkan kesalahan bahasa- strategi ini dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajarStrategi ini juga dapat mempelbagaikan bentuk penulisan mereka-Pendapat ini selaras dengan pendapat Zamri dan Mohamed Amin (2003) yang menyatakan bahawa kemahiran menulis pelajar boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian strategi kemahiran menulis

  • PENGGUNAAN STRATEGI BERTUTURResponden menggunakan pelbagai strategi kemahiran sebagai satu cara mempelajari, menguasai dan memahami sesuatu tajuk atau bahasa yang dipelajariKemahiran yang kerap digunakan oleh responden adalah berdasarkan soalan ke-6 dan 8 iaitu bertanyakan soalan sebagai satu cara untuk turut serta dalam perbualan dan menggalakkan orang orang lain membetulkan kesilapan dalam percakapan sayaStrategi ini kerap digunakan mungkin kerana apabila responden kerap berbual, mereka dapat meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa sasaran

  • Pembetulan kesilapan dalam pertuturan amat penting dalam menguasai bahasaZamri (2005) menyatakan bahawa bertutur memerlukan pelajar bukan sahaja menghasilkan keperluan bahasa yang tertentu seperti tatabahasa, sebutan atau kosa kata, tetapi juga kecekapan sosiolinguistik

  • PENGGUNAAN STRATEGI KOSA KATAPilihan penggunaan strategi ini oleh responden adalah pelbagaiSoalan 8 iaitu berusaha mengingati situasi pertama kali saya mendengar atau melihat sesuatu perkataan atau mengingati muka surat atau tanda arah yang saya lihat dalam bentuk tulisan merupakan strategi yang paling diminati dan diaplikasikan oleh respondenHal ini mungkin disebabkan responden dapat menguasai dan meluaskan kosa kata merekaPenguasaan kosa kata yang baik dan luas banyak membantu pelajar dalam pelbagai kemahiran bahasa terutamanya bertutur, membaca dan menulis

  • BENTUK MODUL

    Bentuk bercetak lebih menjadi pilihan, diikuti bentuk berasaskan Web dan akhir sekali bentuk CD-ROMPenggunaan bentuk modul bercetak lebih mudah digunakan - boleh dibaca di mana-mana sahaja boleh dibaca berulang kali dibuat catatan tambahanBentuk CD-ROM sukar mendapatkan sumber yang betul-betul berkaitan dengan topik pengendaliannya memerlukan komputer

  • PILIHAN BAHASA-Responden lebih gemar memilih modul yang menggunakan bahasa Melayu memudahkan pembelajaran meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap apa yang dipelajari

  • KEUTAMAAN KEMAHIRAN BAHASA-Kemahiran membaca menjadi pilihan respondenMembaca- satu cara untuk mendapatkan ilmuSemakin banyak membaca, semakin bertambah ilmu diperolehSemasa membaca- perlu memahami isi yang disampaikan oleh penulis memberi kesan kepada pembacaSelaras dengan definisi membaca oleh Zamri, Mohamed Amin, Nik Mohd Rahimi, Parilah & Azliza (2009) strategi kemahiran membaca sebagai cara yang digunakan untuk memahami, memproses dan menganalisis sesuatu bahan atau teks yang dibaca

  • IMPLIKASI DAN KESIMPULANKepelbagaian strategi kemahiran bahasa pelajar cemerlang ini boleh dijadikan rujukan dan panduan guru bagaimana hendak mengajar pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan kognitifGuru-guru bahasa perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan penguasaan bahasa anak didik mereka-Guru-guru boleh menggunakan kekuatan bahasa pelajar untuk mengajar dengan lebih menarik dan menyeronokkan

  • Secara keseluruhannya,aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di samping kemahiran tatabahasa dan kosa kata

    Kemahiran mendengar dan bertutur - aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa

    Pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik

  • Dapatan kajian yang dijalankan mendapati bahawa strategi pelajar cemerlang dalam penggunaan bahasa Inggeris dari segi kemahiran membaca, menulis, bertutur, mendengar dan kosa kata kesemuanya berkait rapat antara satu sama lain

    Sekianterima kasih