dapatan kajian
-
Upload
keethagurl24 -
Category
Documents
-
view
230 -
download
4
description
Transcript of dapatan kajian
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan persamaan dan perbezaan adat
menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan India di Taman Macang
Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Dalam borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, Bahagian A
merupakan demografi responden iaitu latar belakang responden. Demografi responden amat
penting bagi tujuan analisis dalam dapatan kajian. Maklumat demografi yang digunakan
adalah jantina, umur, bangsa, pekerjaan, dan bilangan anak. Namun demikian, tiga maklumat
demografi dipilih untuk memudahkan analisis dilakukan, iaitu jantina, umur, dan juga
bangsa.
5.1.1 Jantina
Jantina Kekerapan (orang) Peratus (%)
Lelaki 10 33.33
Perempuan 20 66.67
Jadual 1 : Demografi responden berdasarkan jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2015
33.33%
66.67%
Jantina
LelakiPerempuan
Rajah 1 : Demografi responden berdasarkan jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 30 orang responden, seramai 10 orang
(33.33 peratus) adalah responden lelaki. Seramai 20 orang (66.67 peratus) lagi merupakan
responden perempuan. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 1. Terdapat jurang
dalam pemilihan jantina responden, iaitu responden perempuan lebih ramai berbanding
responden lelaki. Hal ini demikian kerana, responden perempuan lebih arif mengenai adat
menyambut kelahiran bayi berbanding responden lelaki. Namun demikian, pendapat
responden lelaki juga penting untuk membuat analisis bagi dapatan kajian.
5.1.2 Umur
Umur (tahun) Kekerapan (orang) Peratus (%)
21 – 30 8 26.67
31 – 40 9 30
41 – 50 7 23.33
51 dan ke atas 6 20
Jadual 2 : Demografi responden berdasarkan umur
Sumber : Kajian Lapangan 2015
26.67%
30%
23.33%
20%
Umur
21 - 30 tahun31 - 40 tahun41 - 50 tahun51 tahun dan ke atas
Rajah 2 : Demografi responden berdasarkan umur
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 30 orang responden, seramai 8 orang
(26.67 peratus) adalah responden yang berumur antara 21 hingga 30 tahun. Seramai 9 orang
(30 peratus) responden berumur antara 31 hingga 40 tahun, dan 7 orang (23.33 peratus)
responden berumur antara 41 hingga 50 tahun. Seramai 6 orang (20 peratus) lagi adalah
responden yang berumur 51 tahun dan ke atas. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada
Rajah 2. Tiada jurang pemilihan responden mengikut kategori umur yang ketara dapat dilihat.
Bilangan responden yang dipilih bagi setiap kategori umur adalah lebih kurang sama. Hal ini
demikian kerana pendapat setiap kategori umur adalah sama penting bagi analisis dapatan
kajian.
5.1.3 Bangsa
Bangsa Kekerapan (orang) Peratus (%)
Melayu 15 50
India 15 50
Jadual 3 : Demografi responden berdasarkan ban
Sumber : Kajian Lapangan 2015
50%50%
Bangsa
MelayuIndia
Rajah 3 : Demografi responden berdasarkan bangsa
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 30 orang responden, seramai 15 orang
(50 peratus) adalah responden yang berbangsa Melayu. Seramai 15 orang (50 peratus)
responden lagi berbangsa India. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 3. Tiada
jurang dalam pemilihan responden mengikut bangsa. Bilangan responden yang berbangsa
Melayu dan India adalah sama. Hal ini demikian agar tidak ada bias dalam mendapatkan
persamaan dan perbezaan adat menyambut kelahiran bai dalam kalangan masyarakat Melayu
dan India.