Dapatan Kajian

18
Dapatan Kajian 8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke atas alam persekitaran dan mengakibatkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi kepada mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya

Transcript of Dapatan Kajian

Page 1: Dapatan Kajian

Dapatan Kajian

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pencemaran adalah suatu perbuatan yang

mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam

sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari

aktiviti manusia ke atas alam persekitaran dan mengakibatkan terganggunya keselesaan atau

kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta

Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan

sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-

aras radiasi kepada mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau

kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Page 2: Dapatan Kajian

8.2 Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Antara jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Taman Garing Permai ialah

pencemaran udara, air, dan pencemaran tanah.

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang

terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-

bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,

tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui

pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh

menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, dan anaemia. Habuk,

asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan

pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran air pula berlaku apabila berlakunya perubahan sumber air dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.

Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya

berlaku di sungai tetapi juga di laut dan boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini

lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan

buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar

organik, kimia atau fizik.

Page 3: Dapatan Kajian

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, salah satu punca pencemaran alam sekitar ialah kenderaan.

Pelepasan asap dari kenderaan yang melalui lebuh raya utara-selatan bersebelahan Taman

Garing Permai, dan kedudukan kilang simen di kawasan sekitar Rawang menyebabkan

pencemaran udara berlaku. Antara bahan pencemar yang dilepaskan dari kenderaan ialah habuk,

asap dan gas lain seperti karbon monoksida. Enjin kereta yang kurang baik juga akan

melepaskan asap yang lebih ke udara. Manakala kilang simen pula akan menyebabkan habuk

simen berterbangan di udara dan mencemarkan udara. Tambahan pula habuk ini mengandungi

merkuri, arsenik

Selain itu, pembangunan yang pesat membangun turut menjadi punca pencemaran

alam sekitar di Taman Garing Permai. Misalnya kerja-kerja pembinaan jalan raya, pembinaan

bangunan seperti pusat perniagaan dan pasar. Malah aktiviti pembinaan ini telah menyebabkan

pasir, tanah, dan simen yang ditimbus telah mengubah landskap sungai di kawasan sekitar

Rawang.

Di samping itu, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat menjadi punca

pencemaran alam sekitar di Taman Garing Permai. Penduduk yang tidak bertanggungjawab

membuang sampah seperti sisa-sisa makanan, beg plastik dan sebagainya di tepi jalan raya atau

ke dalam sungai.

Tambahan pula, pembinaan di Pusat Bandar Rawang turut mengundang pencemaran

bunyi dan udara.

Oleh itu, saya menyedari bahawa keprihatinan terhadap kepentingan alam sekitar,

semangat patriotisme dan perpaduan amat penting agar pencemaran dapat dikurangkan.

Page 4: Dapatan Kajian

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Melalui pemerhatian saya, salah satu kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

ialah kawasan perairan tercemar. Bahan buangan yang dibuang seperti sisa-sisa makanan dan

beg plastik terapung di permukaan air menyebabkan air sungai kotor.

Selain itu, kualiti air akan terjejas. Bahan kimia tidak organik seperti sebatian

plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai. Bahan pejal menyebabkan

keindahan sungai tercemar. Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

Tambahan pula, pelepasan asap dari kenderaan menyebabkan udara tercemar. Bahan-

bahan seperti karbon monoksida yang dilepaskan dari kenderaan akan mengganggu sistem

pernafasan dan menjejaskan kesihatan kita. Penyakit-penyakit seperti asma, batuk, dan bronkitis

akan merebak dengan mudah. Semuanya adalah berpunca daripada pencemaran udara.

Di samping itu, pencemaran bau turut berlaku. Sisa-sisa makanan dan sampah sarap

yang dibuang di sekitar Pusat Bandar Rawang akan mereput dan menghasilkan bau busuk. Bau

busuk ini sukar untuk ditahan.

Oleh itu, saya merasakan bahawa semangat patriotisme dan perpaduan amat penting

supaya kita dapat menangani masalah pencemaran ini dengan efisien.

Page 5: Dapatan Kajian

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, salah satu cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran

alam sekitar di kawasan kajian ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Dengan ini,

penduduk di Taman Garing Permai dan kawasan sekitar Rawang akan menjadi lebih berdisiplin

dan bertanggungjawab seterusnya tabiat membuang sampah sarap di merata-rata tempat dapat

dikurangkan.

Selain itu, kempen mencintai alam sekitar harus dijalankan. Melalui kempen ini,

penduduk akan menyedari kesan dan bahaya pencemaran yang berlaku di Pusat Bandar Rawang

kepada kesihatan manusia sejagat. Dengan kesedaran ini, adalah diharapkan mereka akan

berganding bahu untuk menjaga keindahan alam sekitar dari sebarang pencemaran.

Di samping itu, pemasangan alat Catalytic Converter dalam kereta perlu diperluaskan

kepada umum. Penggunaan Catalytic Converter dalam ekzos kereta dapat mengurangkan

pelepasan karbon monoksida di udara. Alat ini juga dapat menukarkan karbon monoksida yang

beracun kepada karbon dioksida. Seterusnya, petrol tanpa plumbum harus digunakan.

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan

asap kenderaan. Dengan ini, pelepasan gas-gas yang berbahaya dapat dikurangkan.

Akhirnya, kita haruslah prihatin terhadap masalah pencemaran di kawasan kita dan cuba

menangani dengan sebaik mungkin agar kita dapat hidup dengan penuh keselesaan dan kesihatan

kita akan lebih terjamin, seterusnya berbangga dengan keindahan negara kita.

Page 6: Dapatan Kajian

Bahan Grafik

Peta Minda

Rajah 1: Peta Minda pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan

Pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan

Punca

Pelepasan asap dari kenderaan

Pembuangan sampah sarap

Pembinaan

Kesan

Kawasan perairan tercemar

Hidupan akuatik terancam

Udara tercemar

Penyakit merebak

Bau busuk

Cadangan

Menguat kuasakan undang-undang

Mengadakan kempen cintai alam sekitar

Memasang catalytic converter

Menggunakan petrol tanpa

plumbum

Page 7: Dapatan Kajian

Rajah aliran

Rajah 2: Rajah aliran pencemaran udara

PuncaPelepasan asap dari kenderaan

KesanUdara tercemar

CadanganMenggunakan petrol tanpa plumbum

Page 8: Dapatan Kajian

Rumusan

Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk

di Pusat Bandar Rawang. Kegiatan penduduk di Pusat Bandar Rawang bukan hanya membawa

kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan dan menyediakan banyak

kemudahan tetapi membawa kesan negatif.

Punca- punca pencemaran yang terdapat di Pusat Bandar Rawang ialah pelepasan asap dari

kenderaan dan kilang, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat dan pembinaan di Pusat

Bandar Rawang.

Kesan-kesan pencemaran di Pusat Bandar Rawang ialah pencemaran bunyi, visual,

pencemaran udara, bau dan air. Cadangan bagi menangani masalah pencemaran ialah

penguatkuasaan undang-undang, mengadakan kempen cintai alam sekitar, pemasangan Catalytic

Converter dan penggunaan petrol tanpa plumbum.

Sebagai konklusi, saya berharap penduduk di Pusat Bandar Rawang dapat bekerjasama

dengan pihak kerajaan supaya masalah pencemaran ini boleh dikurangkan pada masa yang akan

datang. Jika masalah pencemaran dapat diselesaikan, kita akan berjaya mencapai Wawasan

2020.

Page 9: Dapatan Kajian

Lampiran

Lampiran 1 - Surat kebenaran membuat kajian

Page 10: Dapatan Kajian

Lampiran 2 - Surat makluman kepada ibu bapa

Page 11: Dapatan Kajian

Lampiran 3 - Gambar

Sampah-sarap dibuang ke dalam sungai

Catalytic Converter

Page 12: Dapatan Kajian

Sampah-sarap akan menghasilkan bau busuk yang sukar ditahan

Kilang Simen

Page 13: Dapatan Kajian

Bahan pembinaan seperti pasir akan mengganggu sistem pernafasan kita

Page 14: Dapatan Kajian

Rujukan

1. Buku teks

Mohd. Jamil Bin Mohamed, HJ.Rodzli bin HJ. Hashim, HJH. Mahani binti HJ.Mahbab. (2004).

Geogafi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn. Bhd.

2. Buku Rujukan

S. L. Kang, Rufina Mansor.(2009). My Resos Geografi PMR,Petaling Jaya: PEP Publications

Sdn. Bhd.

3. Internet

http://www.google.com

http://www.scribd.com