Dasar Ekonomi Baru

17
DASAR EKONOMI BARU

description

1

Transcript of Dasar Ekonomi Baru

  • DASAR EKONOMI BARU

  • TRAGEDI 13 MEIPeristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

  • FAKTOR TRAGEDI 13 MEILayanan Berat Sebelah Oleh Tentera JepunMasyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Ini kerana Jepun pernah berperang dengan China dan menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.

  • Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggerispunca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan polarisasi kaum.orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.

  • orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum India pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

  • 3. Latar belakang pendidikan yang berbeza sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka.

  • Buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

  • 4. Pertelingkahan Parti PolitikSemasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif syak wasangka.Parti pembangkang telah memenangi 25 kerusi mengalahkan parti perikatan.penyokong-penyokong parti pembangkang telah mengutuk dan menghina orang melayu dalam mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

  • 5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayuPihak pembangkang telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.

  • Namun hakikatnya, kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negaraperisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk untuk menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

  • Merupakan tindakan langsung daripada tragedi 13 Mei 1969. Matlamat rancangan ini ialah memperbaiki dan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah di Malaysia.

    SEBAB-SEBAB DASAR EKONOMI BARU DIPERKENALKAN

  • Menggunakan Strategi Serampang Dua Mata,iaitu (INTAN 1991):Mengurang dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.b. Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

  • MATLAMAT DEBMewujudkan suatu susunan sosioekonomi yang adil bagi semua rakyat negara ini.Sebagai alat perpaduan dalam negara berbilang kaum di Malaysia.Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara masyarakat Bumiputera dan Bukan Bumiputera di Malaysia.Kerajaan menyusun aktiviti yang merangkumi (INTAN,1991) untuk membasmi kemiskinan.

  • Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:Wujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.Memberikan peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluaran berpindah kepada sektor yang lebih lumayan.Kurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum di kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

  • e. Memodenkan kehidupan di luar bandar.f. Wujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.g. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.h. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.Ia juga bagi menyusun semula kedudukan dalam masyarakat.

  • Beberapa program ditetapkan mengikut sektor perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pendidikan.Ini bagi memastikan semua kaum mendapat faedah dan pembahagian yang adil.Antara strategi penting bagi mencapai matlamat ini ialah (Mohd Idris Salleh,1999):a. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera supaya mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990.

  • b) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan bertujuan membantu penyertaan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan.c) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.d) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui kegiatan pembangunan dan permodenan kawasan luar bandar.

    *