Dasar ekonomi baru

5
3.0 EKONOMI 3.1 LATAR BELAKANG DASAR EKONOMI BARU (DEB) Peristiwa 13 Mei 1969-rusuhan perkauman DEB dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud. Ia merupakan program pembangunan selama 20 tahun Peruntukan RMK-2 sebanyak RM7,250 juta Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2),1971-1975,sektor perkilangan merupakan sektor utama dalam perkembangan ekonomi negara. DEB juga menggunakan strategi serampang mata iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat 3.2 Tujuan utama Dasar Ekonomi Baru (DEB): 1.Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan,dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. 2.Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysian bagi membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 3.2.1 (a)Membasmi Kemiskinan (a)Pembukaan tanah secara besar-besaran (b)Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP) serta program input dan pelbagai pertanian (c)pengenalan konsep Halacara Baru (1984) melalui program bersepadu iaitu: (i)pengelompokan kampung-kampung terpencil (ii)penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung (iii)menjalankan aktiviti pertanian secara komersial MEMBASMI KEMISKINAN

description

Aspek ekonomi

Transcript of Dasar ekonomi baru

Page 1: Dasar ekonomi baru

3.0 EKONOMI

3.1 LATAR BELAKANG DASAR EKONOMI BARU (DEB)

•Peristiwa 13 Mei 1969-rusuhan perkauman

•DEB dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud.

•Ia merupakan program pembangunan selama 20 tahun

•Peruntukan RMK-2 sebanyak RM7,250 juta

•Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2),1971-1975,sektor perkilangan merupakan sektor utama dalam perkembangan ekonomi negara.

•DEB juga menggunakan strategi serampang mata iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat

3.2 Tujuan utama Dasar Ekonomi Baru (DEB):

1.Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan,dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

2.Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysian bagi membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

3.2.1 (a)Membasmi Kemiskinan

(a)Pembukaan tanah secara besar-besaran

(b)Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP) serta program input dan pelbagai pertanian

(c)pengenalan konsep Halacara Baru (1984) melalui program bersepadu iaitu:

(i)pengelompokan kampung-kampung terpencil

(ii)penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung

(iii)menjalankan aktiviti pertanian secara komersial

Page 2: Dasar ekonomi baru

MEMBASMI KEMISKINAN

(I)Meningkatkan Daya Pengeluaran dan Pendapatan

•Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan pada 30 september 1965 untuk memstikan petani mendapat saluran pemasaran hasil-hasil keluaran mereka serta mendapatkan tawaran harga yang lebih adil dan seimbang.

•Bank Pertanian ditubuhkan pada tahun 1969 untuk memudahkan petani mendapat kemudahan kredit dan khidmat nasihat.

•Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan pada 28 oktober 1968 dengan tujuan untuk meningkatkan mutu dan hasil keluaran pertanian Negara.

•Penanaman padi dua kali setahun mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Selangor.

•Rancangan Pengairan – Rancangan Pengairan Kuala Muda dan Kemubu.

•Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)ditubuhkan pada 20 september 1971 untuk memstikan dasar-dasar kerajaan berkaitan padi dan beras negara dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

•Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 untuk membentuk satu pertubuhan yang berdaya maju bagi melahirkan satu gerakan yang kuat ke arah meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahlinya.

•Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Razak pada tahun 1974 ketika negara mengalami inflasi dan krisis kewangan.

(II)Menyediakan Kemudahan Asas dan Infrastruktur

-bagi meningkatkan taraf hidup rakyat .Di samping itu,kerajaan telah memberi subsidi ke atas kemudahan sosial seperti elektrik dan air yang sebagai asas keperluan

-rakyat dapat mengurangkan kos sara hidup

-kerajaan turut miningkatkan infrastruktur khususnya di kawasan kuar bandar

Banci penduduk tahun 1970:

Kaum Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan purata keluarga sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00Cina 26.0 394.00India 39.2 304.00

Page 3: Dasar ekonomi baru

Lain-lain 44.8 813.00

3.2.2(b)Penyusunan Semula Masyarakat

(i)memodenkan kawasan bandar untuk meninggikan taraf hidup dan daya pengeluaran

(ii)menstabilkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga melalui pertumbuhan ekonomi

(iii)menambahkan dengan lebih cepat hak rakyat dalam pemilikan modal dalam stok masyarakat

(iv)memastikan bumiputera berjaya sebagai masyarakat perdagangan dan perindustrian

(v)memajukan negara dengan membangunkan kawasan mundur

Pembahagian Pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum:

Sektor Melayu Cina India Lain-lain1.Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.02.Perlombangan

32.1 58.7 8.5 0.7

3.Perdagangan

42.6 45.5 10.7 1.2

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Peratus penanaman modal:

1971%

1990%

Bumiputera 1.5 30Bukan Bumiputera 23.7 40Asing 62.1 30

(I)Menanam Pemilikan Modal dan Saham

•Sebelum DEB dilaksanakan,kadar pemilikan modal bagi warga asing adalah 62.1%,manakala bukan bumiputera memiliki 23.7% dan Bumiputera hanya memperolehi kurang daripada 3 %.

•Perbezaan yang ketara ini menyebabkan penstrukturan semula milikan modal kepada bumiputera 30%,bukan bumiputera 40% dan 30% bagi warga asing.

Page 4: Dasar ekonomi baru

(II)Pembangunan Luar Bandar

•Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan @ Federal Land Developement Authority (FELDA)

Ditubuhkan pada tahun 1956.

Tujuan :meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan

•22 buah tanah rancangan dibuka untuk tujuan pembangunan dan penempatan

•Pada tahun 1960,30,000 ekar tanah dibuka dengan 15,000 ekar ditanam dengan getah

•Sehingga akhir 1970, FELDA telah membuka 308,000 ekar tanah dan menempatkan 20,700 keluarga dalam 90 buah rancangan.

•Dalam RMK-2(1971-1975),FELDA membuka seluas 412,000 ekar tanah dan menempatkan 13,800 keluarga.

•Buku Merah dilancarkan pada 6 Mei 1960 menggariskan rancangan projek-projek pembangunan luar bandar yang dicadangkan bagi setiap negeri

•Lembaga Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1950.Kedai bergerak RIDA diperkenalkan pada 15 Januari 1960 untuk menarik lebih ramai penyertaan masyarakat desa dalam industri kampung (cottage industry).

•Pembangunan wilayah baru seperti FELDA,KENJORA,DARA,KESEDAR

(III)Menubuhkan Agensi Pembangunan

•Tujuan untuk membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan Kaum Bumiputera

•Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada tahun 1966 bagi menggantikan RIDA yang berperanan untuk menggalakkan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan dengan memberi bantuan teknikal dan kewangan.

•Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ditubuhkan pada tahun 1970 untuk memulihkan rancangan-rancangan pembangunan tanah yang kurang berjaya seperti rancangan tanah pinggir.

•Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) ditubuhkan pada 14 September 1971 untuk menyelaraskan pembangunan seluas satu juta hektar tanah di wilayah Pahang Tenggara.

(IV)Mewujudkan Peluang Pekerjaan

-mewujudkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum

Page 5: Dasar ekonomi baru

-tujuan sedemikian supaya tidak lagi wujudnya sistem dasar pecah dan perintah semasa zaman penjajahan british

-Program Kemahiran seperti GIATMARA dalam memberi latihan kemahiran kepada belia di luar bandar dengan memberi peluang bekerja di sektor industri

Rujukan

Shariff Ahmad.1999.Tun Razak Putera Titiwangsa.Kuala Lumpur:Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd

Dr.Ismail Said.2010.Perkembangan Sejarah Negara.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Zainal Abidin Abdul Wahid et al.1996.Malaysia Warisan dan Perkembangan.EdisiKedua.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Akrib Negara Malaysia.2011.Tun Razak Dalam Ingatan.Kuala Lumpur:Percetakan Watan

Sdn.Bhd

Paridah Abd.Samad.1998.Tun Abdul Razak, Fenomena Politik Malaysia.Kuala Lumpur:

Partisan Publication & Distribution