DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu...

62
DASAR KESELAMATAN ICT MDM MAJLIS DAERAH MARANG TERENGGANNU DASAR KESELAMATAN ICT

Transcript of DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu...

Page 1: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

MAJLIS DAERAH MARANG TERENGGANNU

DASAR KESELAMATAN ICT

Page 2: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MAJLIS DAERAH MARANG

2009

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 1 dari 62

Page 3: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

KANDUNGAN

PENGENALAN 12

OBJEKTIF

12

SKOP

12

PRINSIP-PRINSIP

12

CIRI-CIRI KESELAMATAN MAKLUMAT

14

PERKARA 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR 15

Dasar Keselamatan ICT MDM 15

DK-010101 Pelaksanaan Dasar 15

DK-010102 Penyebaran Dasar 15

DK-010103 Penyelenggaraan Dasar 15

DK-010104 Pemakaian Dasar 15

PERKARA 02

ORGANISASI KESELAMATAN

16

Infrastruktur Keselamatan Organisasi

16

DK-020101

Yang Dipetua MDM

16

DK-020102 Ketua Pegawai Maklumat CIO 16

DK-020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) 17

DK-020104 Pengurus ICT 18

DK-020105 Pentadbir Sistem ICT 18

DK-020106 Pentadbiran Rangkaian 19

DK-020107 Pengguna 20

Pihak Ketiga 21

DK-020201

Keperluan Keselamatan Kontrak dengan Pihak Ketiga

21

PERKARA 03

KAWALAN DAN PENGELASAN ASET

22

Akauntabiliti Aset

22

DK-030101

Inventori Aset ICT

22

Pengelasan dan Pengendalian Maklumat 22

DK-030201

Pengelasan Maklumat

22

DK-030202 Pengendalian Maklumat 22

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 2 dari 62

Page 4: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA 24

Keselamatan ICT Dalam Tugas Harian

24

DK-040101

Tanggungjawab Keselamatan

24

DK-040102 Terma dan Syarat Perkhidmatan 24

DK-040103 Perakuan Akta Rahsia Rasmi 24

Menangani Insiden Keselamatan ICT 24

DK-040201

Pelaporan Insiden

24

Pendidikan 25

DK-040301

Program Kesedaran Keselamatan ICT

25

Tindakan Tatatertib 25

DK-040401

Pelanggaran Dasar

25

PERKARA 05

KESELAMATAN FIZIKAL

26

Keselamatan Kawasan

26

DK-050101

Perimeter Keselamatan Fizikal

26

DK-050102 Kawalan Masuk Fizikal 26

DK-050103 Kawasan Larangan 27

Keselamatan Aset ICT 28

DK-050201 Perkakasan 28

DK-050202 Dokumen 28

DK-050203 Media Storan 29

DK-050204 Kabel 30

DK-050205 Penyelenggaraan 30

DK-050206 Peminjaman Perkakasan Untuk Kegunaan di Luar

Pejabat 31

DK-050207 Pengendalian Peralatan Luar Dibawa Masuk 32

DK-050208 Pelupusan 32

DK-050209 Clear Desk dan Clear Screen 32

Keselamatan Persekitaran 33

DK-050301

Kawalan Persekitaran

33

DK-050302 Bekalan Kuasa 34

DK-050303 Prosedur Kecemasan 34

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 3 dari 62

Page 5: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI 36

Pengurusan Prosedur Operasi

36

DK-060101

Pengendalian Prosedur

36

DK-060102 Kawalan Perubahan 36

Perancangan dan Penerimaan Sistem 37

DK-060201

Perancangan Kapasiti

37

DK-060202 Penerimaan Sistem 37

Perisian Berbahaya 38

DK-060301

Perlindungan dan Perisian Berbahaya

38

Housekeeping 39

DK-060401

Penduaan (backup)

39

DK-060402 Sistem Log 39

Pengurusan Rangkaian 40

DK-060501

Kawalan Infrastruktur Rangkaian

40

Pengurusan Media 42

DK-060601

Penghantaran dan Pemindahan

42

DK-060602 Prosedur Pengendalian Media 42

DK-060603 Keselamatan Dokumentasi Sistem 43

Keselamatan Komunikasi 43

DK-060701 Internet 43

DK-060702 Mel Elektronik (E-Mel) 44

Pemantauan 46

DK-060801

Merekodkan Maklumat

46

PERKARA 07

PENGURUSAN INSIDEN

47

Prosedur Pengurusan Insiden

47

DK-070101

Kawalan Pengurusan Insiden

47

DK-070102 Insiden Keselamatan ICT 47

DK-070103 Pelaporan Insiden 48

PERKARA 08

KAWALAN CAPAIAN

49

Dasar Kawalan Capaian

49

DK-080101

Keperluan Dasar

49

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM)) 1.0 08/05/09 4 dari 62

Page 6: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

Pengurusan Capaian Pengguna 49

DK-080201

Akaun Pengguna

49

DK-080202 Jejak Audit 50

Kawalan Capaian Sistem ICT 51

DK-080301

Sistem Maklumat dan Aplikasi

51

DK-080302 Rangkaian 51

DK-080303 Sistem Operasi 53

Perkakasan ICT Mudah Alih 54

DK-080401

Penggunaan Perkakasan ICT Mudah Alih dan Kerja Jarak Jauh

54

PERKARA 09

PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

55

Keselamatan dalam Membangunkan Sistem dan

Aplikasi 55

DK-090101

Keperluan Keselamatan

55

Kriptografi 55

DK-090201

Enkripsi (encryption)

55

DK-090202 Tandatangan Digital 55

DK-090203 Pengurusan Kunci 56

Fail Sistem 56

DK-090301 Kawalan Fail Sistem 56

Pembangunan dan Proses Sokongan 56

DK-090401

Kawalan Perubahan

56

PERKARA 10

PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN

58

Dasar Kesinambungan Perkhidmatan

58

DK-100101

Pelan Kesinambungan Perkhidmatan

58

PERKARA 11

PEMATUHAN

59

Pematuhan dan Keperluan Perundangan

59

DK-110101

Pematuhan Dasar

59

DK-110102 Keperluan Perundangan/Peraturan/Garis Panduan 59

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 5 dari 62

Page 7: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

DEFINISI

Aset ICT Data, maklumat, perkakasan, perisian, aplikasi, rangkaian, dokumentasi dan kemudahan ICT yang berada di bawah tanggungjawab MDM

Audit trail

Log yang dijana dari komputer, pelayan, router, firewall dan rangkaian bagi tindakan keselamatan

Ketua Bahagian/Unit

Ketua Bahagian dan Unit yang terdapat Majlis Daerah Marang

Mobile Code

Perisian yang diperolehi dari sistem luar atau jauh (remote), dipindahkan melalui rangkaian dan kemudiannya dilaksanakan pada sistem local tanpa instalasi nyata (explicit) atau pelaksanaan oleh penerima. Contoh mobile code ialah termasuklah scripts (JavaScript, VBScript), Java applets, ActiveX controls, Flash animations, Shockwave movies (and Xtras), and macros di dalam dokumen office

Pasukan Penyelaras Keselamatan ICT MDM

Pasukan yang menyelaraskan keselamatan aset ICT

Pegawai Aset

Pegawai yang bertanggungjawab ke atas pengurusan inventori aset ICT Agensi/Bahagian/Unit.

Pegawai Keselamatan

Pegawai Keselamatan Agensi/ Bahagian/ Unit yang dilantik.

Pegawai yang perlu dirujuk sekiranya terdapat cadangan pengwujudan jawatan, pengambilan dan latihan penjawat-penjawat awam yang menjalani tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggunaan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 6 dari 62

Page 8: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

Pegawai Teknikal

Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) dan pegawai lain yang bertanggungjawab mengendalikan aset ICT.

Pengguna

Warga MDM, pembekal, kontraktor, pakar runding dan lain-lain yang menggunakan aset ICT .

Pengurus ICT

Ketua yang menguruskan Bahagian/ Unit ICT

Pentadbir Rangkaian

Pegawai yang bertanggungjawab dalam mentadbir, membina dan menguji rangkaian

Pentadbir Sistem

Pegawai yang bertanggungjawab mentadbir sesuatu sistem

Penyelaras ICT

Penyelaras ICT Maj l is Daerah Marang

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 7 dari 62

Page 9: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

Rahsia

Dokumen terperingkat yang membahayakan Keselamatan Negara dan menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada kuasa asing.

Rahsia Besar

Dokumen terperingkat dimana jika terdedah akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia

Sulit

Dokumen terperingkat dimana jika didedahkan tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat atau kegiatan kerajaan atau perseorangan atau memalukan atau menyusahkan kepada pentadbiran atau memberi keuntungan besar kepada negara asing.

Terhad Maklumat-maklumat/dokumen-dokumen/ bahan- bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan.

Warga MDM

Kakitangan MDM

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 8 dari 62

Page 10: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

SINGKATAN

CERT

Computer Emergency Response Team

CIO

Chief Information Officer

DK

Dasar Keselamatan

ICTSO

ICT Security Officer (Pegawai Keselamatan ICT)

JPKICT

Jawatankuasa Pemandu dan Keselamatan ICT

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 9 dari 62

Page 11: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH MARANG

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Teknologi

Maklumat di atas kejayaan menghasilkan satu lagi penerbitan bertajuk Dasar

Keselamatan ICT Majlis Daerah Marang (MDM) untuk dijadikan rujukan khasnya

oleh warga Jabatan ini.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem

penyampaian melalui penggunaan ICT. Selaras dengan hasrat ini, MDM telah

meningkatkan penggunaan ICT dalam meningkatkan kualiti penyampaian

perkhidmatan dengan menyediakan lebih banyak saluran interaktif seperti sms,

aplikasi laman web dan teknologi komunikasi tanpa wayar untuk digunakan.

Sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat dan era dunia tanpa sempadan

pada hari ini, kita tidak dapat lari daripada ancaman siber seperti pencerobohan

data, fraud dan sebagainya. Sehubungan itu, adalah penting untuk kita selaku

pengguna ICT memahami dan mengetahui kaedah serta prosedur tertentu dalam

menggunakan aplikasi ICT secara berhemah yang seterusnya dapat

mengurangkan risiko daripada terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman seperti

yang disebutkan.

Sebagai memenuhi hasrat ini, penerbitan dokumen Dasar Keselamatan ICT

diharap dapat dijadikan panduan oleh semua warga MDM di samping

memberi pendedahan mengenai kaedah penggunaan ICT yang selamat dan

penerangan mengenai bahaya ancaman ICT terhadap operasi Kementerian.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua kakitangan M D M agar dapat

menggunakan peralatan ICT dengan bijak dan berhemah serta mematuhi arahan-

arahan keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan ICT

MDM.

Terima kasih.

EN. IBRAHIM BIN MOHAMAD YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH MARANG

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 10 dari 62

Page 12: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PENGENALAN

Dasar Keselamatan ICT MDM mengandungi peraturan-peraturan yang mesti

dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) Majlis Daerah Marang (MDM). Dasar ini juga menerangkan

kepada semua pengguna di MDM mengenai tanggungjawab dan peranan

mereka dalam melindungi aset ICT MDM. Aset ICT termasuk data, maklumat,

perkakasan, perisian, aplikasi, rangkaian, dokumentasi dan kemudahan ICT

yang berada di bawah tanggungjawab MDM.

OBJEKTIF

Dasar Keselamatan ICT MDM diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan

MDM dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

SKOP

Dasar ini meliputi semua sumber atau aset ICT yang digunakan seperti :

a. Maklumat (contoh: fail, dokumen, data elektronik),

b. Perisian (contoh: aplikasi dan sistem perisian),

c. Fizikal (contoh: komputer, peralatan komunikasi dalam rangkaian berwayar

dan tanpa wayar serta media magnet).

Dasar ini terpakai kepada semua pengguna yang menggunakan aset ICT di MDM.

PRINSIP-PRINSIP

Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT MDM dan

perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Akses atas dasar perlu mengetahui

Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan

spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar “perlu

mengetahui” sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya

peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut.

Pertimbangan untuk akses adalah berdasarkan kategori maklumat seperti

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 12 dari 62

Page 13: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

yang dinyatakan di dalam dokumen Arahan Keselamatan perenggan 53,

muka surat 17;

b. Hak akses minimum

Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum

iaitu untuk membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan perlu untuk

membolehkan pengguna mewujud, menyimpan, mengemas kini,

mengubah atau membatalkan sesuatu data atau maklumat. Hak akses

adalah dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peranan dan

tanggungjawab pengguna/bidang tugas;

c. Akauntabiliti

Semua pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua tindakannya

terhadap aset ICT MDM.

d. Pengasingan

Tugas mewujud, memadam, mengemaskini, mengubah dan mengesahkan

data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak

dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran

maklumat terperingkat atau di manipulasi. Pengasingan juga merangkumi

tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian;

e. Pengauditan

Pengauditan adalah untuk mengenal insiden berkaitan keselamatan atau

mengenal pasti keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan

pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan. Dengan itu,

aset ICT seperti komputer, pelayan, router, firewall dan rangkaian

hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan

keselamatan atau audit trail;

f. Pematuhan

Dasar Keselamatan ICT MDM hendaklah dibaca, difahami dan dipatuhi

bagi mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang

boleh membawa ancaman kepada keselamatan aset ICT;

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 13 dari 62

Page 14: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

g. Pemulihan

Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan

kebolehcapaian. Objektif utama adalah untuk meminimumkan sebarang

gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh

dilakukan melalui aktiviti penduaan dan mewujudkan pelan pemulihan

bencana/kesinambungan perkhidmatan; dan

h. Saling bergantungan

Setiap prinsip di atas adalah saling lengkap-melengkapi dan bergantung

antara satu sama lain. Dengan itu, tindakan mempelbagaikan pendekatan

dalam menyusun dan mencorakkan sebanyak mungkin mekanisme

keselamatan adalah perlu bagi menjamin keselamatan yang maksimum.

a. Kerahsiaan

CIRI-CIRI KESELAMATAN MAKLUMAT

Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan di

akses tanpa kebenaran;

b. Integriti

Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemaskini. Ia hanya

boleh diubah dengan cara yang dibenarkan;

c. Tidak boleh disangkal

Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh

disangkal;

d. Kesahihan

Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya; dan

e. Kebolehsediaan

Data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 14 dari 62

Page 15: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 01 - PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR

01 Dasar Keselamatan ICT

DK-010101 Pelaksanaan Dasar

Tanggungjawab melaksanakan dasar

Pelaksanaan dasar ini adalah tanggungjawab Yang Dipertua MDM dengan dibantu oleh Pasukan Pengurusan Keselamatan ICT yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) dan Ketua Bahagian/Unit.

YDP MDM, Ketua Bahagian/Unit, Pengurus ICT

DK-010102 Penyebaran Dasar

Penyebaran

Dasar ini bertujuan memastikan hala tuju pengurusan organisasi untuk melindungi aset ICT selaras dengan kehendak perundangan,

Dasar ini perlu disebarkan kepada semua pengguna MDM yang berurusan dengan MDM.

ICTSO

DK-010103 Penyelenggaraan Dasar

Penyelarasan mengikut perubahan dan keperluan semasa

Dasar Keselamatan ICT MDM adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan atau kepentingan sosial.

Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan Dasar keselamatan ICT MDM:

a. Kenal pasti dan tentukan perubahan yang diperlukan;

b. Kemukakan cadangan pindaan secara bertulis kepada ICTSO untuk pembentangan dan persetujuan JPKICT; dan

c. Perubahan yang telah dipersetujui oleh JPKICT dimaklumkan kepada semua pengguna;

ICTSO

DK- 010104 Pemakaian Dasar

Pemakaian tanpa pengecualian

Dasar keselamatan ICT MDM adalah terpakai kepada semua pengguna Aset ICT MDM dan tiada pengecualian diberikan.

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 15 dari 62

Page 16: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

01 Infrastruktur Organisasi Keselamatan

Objektif : Menerangkan peranan dan tanggungjawab individu yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif organisasi.

DK-020101 Yang Dipertua (YDP) MDM

Peranan dan tanggungjawab YDP MDM

Peranan dan tanggungjawab YDP MDM adalah seperti berikut:

a. Memastikan semua pengguna memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MDM;

b. Memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; dan

c. Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT MDM.

YDP MDM

DK-020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Peranan dan tanggung jawab CIO

Peranan dan tanggung jawab CIO adalah seperti berikut:

a. Membantu dan menasihati YDP MDM/ Ketua Bahagian/Unit dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT;

b. Menentukan keperluan keselamatan ICT;

dan

c. Membangun dan menyelaras pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.

Nota:

Merujuk kepada surat pelantikan rasmi CIO oleh YDP MDM atau Ketua Bahagian/Unit.

CIO

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 16 dari 62

Page 17: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

DK-020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Peranan dan tanggungjawab ICTSO

Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut:

a. Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT MDM;

b. Menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT MDM;

c. Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT MDM kepada semua pengguna;

d. Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MDM;

e. Menjalankan pengurusan risiko;

f. Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;

g. Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah - langkah perlindungan yang bersesuaian;

h. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT (GCERT) MAMPU dan memaklumkannya kepada CIO dan Jawatankuasa Pemandu dan Keselamatan ICT (JPKICT);

i. Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;

j. Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT MDM; dan

k. Menyedia dan melaksanakan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.

ICTSO

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 17 dari 62

Page 18: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

Nota:

Merujuk kepada surat pelantikan rasmi ICTSO oleh YDP MDM atau Ketua Bahagian/Unit.

DK-020104 Pengurus ICT

Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT

Peranan dan tanggung jawab Pengurus ICT adalah seperti berikut:

a. Memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MDM;

b. Menentukan kawalan akses semua pengguna terhadap aset ICT kerajaan;

c. Melaporkan sebarang perkara atau penemuan mengenai keselamatan ICT kepada ICTSO; dan

d. Memastikan penyimpanan rekod, bahan bukti dan laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT MDM dilaksanakan.

e. Menyelaras aktiviti ICT MDM

Pengurus ICT

DK-020105 Pentadbir Sistem ICT

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT adalah seperti berikut:

a. Memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MDM;

b. Bertanggungjawab atas operasi Pusat Data MDM ;

c. Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera apabila dimaklumkan mengenai pegawai atau kakitangan yang berhenti, bertukar, bercuti atau berlaku perubahan dalam bidang tugas;

d. Menentukan ketepatan dan kesempurnaan sesuatu tahap capaian berdasarkan arahan pemilik sumber maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT MDM;

e. Memantau aktiviti capaian harian pengguna;

Pentadbir Sistem ICT

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 18 dari 62

Page 19: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

f. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta-merta;

g. Menyimpan dan menganalisis rekod jejak audit; dan

h. Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian kepada pemilik maklumat berkenaan secara berkala.

DK-020106 Pentadbir Rangkaian

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian adalah seperti berikut:

a. Memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MDM;

b. Memantau penggunaan rangkaian komputer Kementerian/Jabatan/Agensi;

c. Menyediakan laporan aktiviti rangkaian;

d. Memastikan pengurusan keselamatan berjalan dengan sempurna;

e. Memantau aktiviti capaian harian pengguna;

f. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta-merta;

g. Menyimpan dan menganalisis rekod jejak audit; dan

h. Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian kepada pemilik maklumat berkenaan secara berkala.

Pentadbir Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 18 dari 62

Page 20: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

b. Melaporkan sebarang perkara atau

penemuan mengenai keselamatan ICT kepada ICTSO.

DK-020108 Pengguna

Peranan dan tanggungjawab pengguna

Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut:

a. Membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MDM;

b. Mengetahui dan memahami implikasi keselamatan ICT kesan dari tindakannya;

c. Melaksana prinsip-prinsip Dasar Keselamatan ICT dan menjaga kerahsiaan maklumat MDM;

d. Melaksana langkah-langkah perlindungan seperti berikut:

i. Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan;

ii. Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;

iii. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;

iv. Menjaga kerahsiaan kata laluan;

v. Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan;

vi. Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan,pemprosesan,penyimpanan, penghantaran,penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan

vii. Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum.

e. Melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan ICT kepada Penyelaras ICT dengan segera;

f. Menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; dan

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 20 dari 62

Page 21: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

g. Menandatangani surat akuan pematuhan

Dasar Keselamatan ICT MDM.

02 Pihak Ketiga

Objektif : Menjamin keselamatan semua aset ICT yang digunakan oleh pihak ketiga.

DK-020201 Keperluan keselamatan Kontrak dengan Pihak Ketiga

Akses kepada aset ICT MDM perlu berlandaskan kepada perjanjian kontrak.

Perkara-perkara berikut hendaklah dimasukkan di dalam perjanjian yang dimateraikan:

a. Dasar Keselamatan ICT MAMPU;

b. Tapisan Keselamatan;

c. Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 dimana adalah menjadi kesalahan seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi sekiranya sebarang rahsia rasmi dibocorkan;

d. Hak Harta Intelek; dan

Pihak Ketiga adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan Hak Harta Intelek untuk sebarang perkakasan dan perisian yang dibekalkan kepada MDM. MDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang isu yang berkaitan dengan Hak Harta Intelek perkakasan dan perisian yang dibekalkan.

e. Klausa Disclaimer

Klausa Disclaimer hendaklah disediakan sekiranya pengguna dibenarkan mengakses maklumat yang dibekalkan oleh MDM.

Nota:

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 bertajuk “Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan secara Tender” dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 1995 bertajuk “Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perundingan” yang berkaitan juga boleh dirujuk.

YDP MDM

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 21 dari 62

Page 22: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 03 - KAWALAN DAN PENGELASAN ASET

01 Akauntabiliti Aset

Objektif : Memberi dan menyokong perlindungan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT MDM

DK-030101 Inventori Aset ICT

Semua aset ICT MDM hendaklah direkodkan.

Ini termasuklah mengenal pasti aset, mengelas aset mengikut tahap sensitiviti aset berkenaan dan merekodkan maklumat seperti pemilik dan sebagainya.

Setiap pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua aset ICT di bawah kawalannya.

Pegawai aset/ Pentadbir Sistem/

Pentadbir Rangkaian

Pengguna

02 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat

Objektif: Memastikan setiap maklumat atau aset ICT diberikan tahap perlindungan yang bersesuaian.

DK-030201 Pengelasan Maklumat

Maklumat mesti dikelaskan dan dilabelkan sewajarnya. Setiap maklumat yang dikelaskan mestilah mempunyai peringkat keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen.

Arahan Keselamatan seperti berikut:

a. Rahsia Besar;

b. Rahsia;

c. Sulit; atau

d. Terhad.

Warga MDM

DK-030202 Pengendalian Maklumat

Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menghantar, menyampai, menukar dan memusnahkan hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut:

a. Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan;

Warga MDM

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 22 dari 62

Page 23: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 03 - KAWALAN DAN PENGELASAN ASET

b. Memeriksa, menyemak dan menentukan

maklumat ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;

c. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;

d. Menjaga kerahsiaan kata laluan;

e. Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan;

f. Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan

g. Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 23 dari 62

Page 24: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

01 Keselamatan ICT Dalam Tugas Harian

Objektif : Meminimumkan risiko seperti kesilapan, kecuaian, kecurian, penipuan dan penyalahgunaan aset ICT MDM.

DK-040101 Tanggungjawab Keselamatan

Peranan dan tanggungjawab pengguna terhadap keselamatan ICT mestilah lengkap, jelas, direkodkan, di patuhi dan dilaksanakan serta dinyatakan di dalam fail meja atau kontrak.

Keselamatan ICT merangkumi tanggungjawab pengguna dalam menyediakan dan memastikan perlindungan ke atas semua aset atau sumber ICT yang digunakan di dalam melaksanakan tugas harian.

Pengguna

DK-040102 Terma dan Syarat Perkhidmatan

Warga MDM mesti mematuhi terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan oleh peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Warga MDM

DK-040103 Perakuan Akta Rahsia Rasmi

Pengguna yang menguruskan maklumat terperingkat hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pengguna

02 Menangani Insiden Keselamatan ICT

Objektif: Meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT

DK-040201 Pelaporan Insiden

Insiden keselamatan ICT seperti berikut hendaklah dilaporkan kepada JPKICT MDM dengan kadar segera:

a. Pelanggaran Dasar (Violation of Policy);

b. Penghalangan Penyampaian Perkhidmatan (Denial of Service);

c. Pencerobohan (Intrusion);

d. Pemalsuan (Forgery);

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 24 dari 62

Page 25: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

e. Spam;

f. Malicious Code;

g. Harrassment/Threats;

h. Attempts/ HackThreats/ Information Gathering; dan

i. Kehilangan Fizikal (Physical Loss).

Nota :

Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT” dan Surat pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam” mengenainya bolehlah dirujuk.

03 Pendidikan

Objektif: Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan ICT.

DK-040301 Program Kesedaran Keselamatan ICT

Setiap pengguna di MDM perlu diberikan program kesedaran, latihan atau kursus mengenai keselamatan ICT yang mencukupi secara berterusan dalam melaksanakan tugas- tugas dan tanggungjawab mereka.

Program menangani insiden juga dilihat penting sebagai langkah proaktif yang boleh mengurangkan ancaman keselamatan ICT MDM.

ICTSO dan Pengurus ICT

04 Tindakan Tatatertib

Objektif: Meningkat kesedaran dan pematuhan ke atas Dasar Keselamatan ICT MDM

DK-040401 Pelanggaran Dasar

Pelanggaran Dasar Keselamatan ICT MDM akan dikenakan tindakan tatatertib.

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 25 dari 62

Page 26: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

01 Keselamatan Kawasan

Objektif : Mencegah akses fizikal yang tidak dibenarkan, kerosakan dan gangguan kepada premis dan maklumat.

DK-050101 Perimeter Keselamatan Fizikal

Keselamatan fizikal adalah bertujuan untuk menghalang, mengesan dan mencegah cubaan untuk menceroboh.

Langkah-langkah keselamatan fizikal tidak terhad kepada langkah-langkah berikut:

a. Mengenal pasti kawasan keselamatan fizikal dengan jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil penilaian risiko;

b. Mempamerkan papan tanda kawasan larangan;

c. Memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan;

d. Memperkukuhkan dinding dan siling;

e. Menghadkan jalan keluar masuk;

f. Mengadakan kaunter kawalan;

g. Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat;

h. Mewujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan; dan

i. Memasang alat penggera atau kamera (CCTV) jika berkaitan.

YDP MDM, CIO, ICTSO dan

Pengurus ICT.

DK-050102 Kawalan Masuk Fizikal

Kawalan masuk fizikal adalah bertujuan untuk mewujudkan kawalan keluar masuk ke premis/ bangunan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi.

a. Setiap pengguna MDM hendaklah memakai atau mengenakan pas keselamatan sepanjang waktu bertugas;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 26 dari 62

Page 27: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

b. Hanya pengguna yang diberi kebenaran sahaja boleh mencapai atau menggunakan aset ICT MDM;

DK-050103 Kawasan Larangan

Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan. Hanya pegawai-pegawai dengan kebenaran atau yang berkuasa (mempunyai akses dalam bentuk kad) boleh memasuki kawasan larangan. Ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut. Kawasan larangan di MDM adalah bilik YDP MDM, bilik Setiausaha MDM, bilik, Ketua Bahagian MDM, Ketua Unit MDM, Pusat Data dan bilik cctv.

a. Secara umumnya peralatan ICT hendaklah dijaga dan dikawal dengan baik oleh individu yang dipertanggungjawabkan dengan peralatan ICT tersebut;

b. Melarang pihak-pihak lain (selain daripada yang disebut di atas) sama sekali untuk memasuki kawasan larangan kecuali bagi kes-kes tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal, serta mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di kawasan berkenaan selesai; dan

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 27 dari 62

Page 28: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

c. Semua penggunaan peralatan yang melibatkan penghantaran, kemas kini dan penghapusan maklumat rahsia rasmi hendaklah dikawal dan mendapat kebenaran daripada YDP MDM.

02 Keselamatan Aset ICT

Objektif : Melindungi aset ICT daripada hilang, rosak, dicuri atau salah guna serta gangguan ke atas aktiviti MDM

DK-050201 Perkakasan

Secara umumnya aset ICT hendaklah dijaga dan dikawal dengan baik supaya boleh digunakan bila perlu.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Setiap pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua perkakasan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna.

b. Menyimpan dan meletakkan semua perkakasan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan;

c. Setiap pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan perkakasan ICT di bawah kawalannya; dan

d. Melaporkan kepada ICTSO mengenai sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna perkakasan.

Pengguna

DK-050202 Dokumen

Bagi memastikan integriti maklumat, langkah- langkah pengurusan dokumentasi yang baik dan selamat perlu dilaksanakan.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Memastikan dokumentasi sistem atau penyimpanan maklumat adalah selamat dan terjamin;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 28 dari 62

Page 29: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

b. Menggunakan tanda atau label keselamatan seperti Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad dan Terbuka kepada dokumen;

c. Mewujudkan sistem pengurusan dokumen terperingkat bagi menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen terperingkat supaya ianya diuruskan berasingan daripada dokumen-dokumen tidak terperingkat;

d. Memastikan dokumen yang mengandungi bahan atau maklumat sensitif diambil segera dari media output; dan

e. Menghantar maklumat terperingkat melalui media elektronik hanya selepas mendapat kelulusan YDP dan menggunakan enkripsi (encryption).

DK-050203 Media Storan (seperti pita magnetik, cakera keras, CD, disket, optical disk, removal disk (thumb drive/pen drive) dan sebagainya.

Keselamatan media storan perlu diberi perhatian khusus kerana ianya berupaya menyimpan maklumat yang besar.

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut hendaklah di ambil untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat yang di simpan dalam media storan adalah terjamin dan selamat :

a. Menyediakan ruang penyimpanan yang baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bersesuaian dengan kandungan maklumat;

b. Menghadkan akses untuk memasuki kawasan penyimpanan media kepada mereka atau pengguna yang dibenarkan sahaja;

c. Mendapat kelulusan pemilik maklumat terlebih dahulu sebelum menghapuskan maklumat atau kandungan;

d. Merekodkan sistem pengurusan media termasuk inventori, pergerakan, melabel dan penduaan (backup); dan

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 29 dari 62

Page 30: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

e. Mengimbas untuk memastikan media storan mudah alih (seperti thumb/pen drive, disket dan sebagainya) bebas dari virus dan apa-apa perisian yang boleh mengakibatkan berlakunya insiden keselamatan ICT.

DK-050204 Kabel

Kabel termasuk kabel elektrik dan komunikasi hendaklah di lindung kerana boleh menjadi punca maklumat menjadi terdedah.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan;

b. Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak disengajakan;

c. Melindung laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan wire tapping; dan

d. Membuat penamaan kabel (pelabelan) menggunakan kod tertentu.

ICTSO/ Pentadbir Sistem ICT/ Pentadbir

Rangkaian/ Pegawai Teknikal/

DK-050205 Penyelenggaraan

Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kebolehsediaan dan integriti.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Mematuhi spesifikasi penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar perkakasan berkenaan apabila meyelenggarakan perkakasan;

b. Menyelenggara perkakasan dengan khidmat pegawai teknikal atau pihak yang dibenarkan sahaja;

c. Menyemak dan menguji semua perkakasan sebelum dan selepas proses penyelenggaraan dilakukan;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 30 dari 62

Page 31: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

d. Mendapatkan kebenaran daripada Pengurus ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melakukan sebarang penyelenggaraan dan proses naiktaraf; dan

e. Memaklumkan kepada pihak pengguna atau Penyelaras ICT sebelum melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive), penyelenggaraan pemulihan (remedial) atau atas keperluan tertentu.

DK-050206 Peminjaman Aset ICT Untuk Kegunaan Di luar Pejabat

Aset ICT yang dipinjam untuk kegunaan di luar pejabat adalah terdedah kepada pelbagai risiko.

Langkah-langkah berikut boleh diambil untuk menjamin keselamatan aset ICT:

a. Mendapat kelulusan Pengurus ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk membawa keluar pejabat aset ICT dan tertakluk kepada tujuan yang dibenarkan;

b. Mendapat kelulusan Pengurus ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk memindahkan peralatan ICT di antara Bahagian/Cawangan/Unit di MDM;

c. Setiap bahagian perlu merekodkan aktiviti peminjaman dan pemulangan aset ICT di bahagian masing-masing;

d. Menyemak aset ICT yang dipulangkan berada dalam keadaan baik dan lengkap;

e. Aset ICT yang dipinjam perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan

f. Penyimpanan atau penempatan aset ICT yang dipinjam mestilah mengambil kira ciri- ciri keselamatan yang bersesuaian.

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 31 dari 62

Page 32: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

DK-050207 Pengendalian Aset ICT Yang Dibawa Masuk

Bagi aset ICT yang dibawa masuk ke premis kerajaan, perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Memastikan aset ICT yang dibawa masuk tidak mengancam keselamatan ICT MDM;

b. Mendapat kelulusan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh MDM bagi membawa masuk atau keluar aset ICT; dan

c. Memeriksa dan memastikan aset ICT yang dibawa keluar tidak mengandungi maklumat kerajaan. Ia perlu disalin dan dihapuskan.

Pengurus ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi

DK-050208 Pelupusan

Aset ICT yang hendak dilupuskan perlu melalui proses pelupusan semasa. Pelupusan aset ICT perlu dilakukan secara terkawal dan lengkap supaya maklumat tidak terlepas dari kawalan MDM.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah:

a. Menghapuskan semua kandungan aset ICT khususnya maklumat rahsia rasmi terlebih dahulu sebelum pelupusan sama ada melalui shredding, grinding, degauzing atau pembakaran; dan

b. Membuat penduaan sekiranya maklumat perlu disimpan oleh pengguna;

Nota:

Maklumat lanjut pelupusan bolehlah merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 bertajuk “Tatacara pengurusan Aset Alih Kerajaan”.

Pegawai Aset

DK-050209 Clear Desk dan Clear Screen

Semua maklumat dalam apa jua bentuk media hendaklah di simpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Clear Desk dan Clear Screen bermaksud tidak meninggalkan bahan-bahan yang sensitif terdedah sama ada

Warga MDM

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 32 dari 62

Page 33: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

atas meja warga atau di paparan skrin apabila warga tidak berada di tempatnya.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah:

a. Menggunakan kemudahan password screen saver atau log keluar apabila meninggalkan komputer;

b. Menyimpan bahan-bahan sensitif dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; dan

c. Memastikan kedudukan komputer yang digunakan oleh warga MDM tidak mendedahkan rahsia.

03 Keselamatan Persekitaran

Objektif : Melindungi aset ICT MDM dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana alam, kesilapan, kecuaian atau kemalangan.

DK-050301 Kawalan Persekitaran

Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis dan aset ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh, menyewa, ubahsuai, pembelian hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK).

Bagi menjamin keselamatan persekitaran, langkah-langkah berikut hendaklah di ambil:

a. Merancang dan menyediakan pelan keseluruhan susun atur pusat data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat dan sebagainya) dengan teliti;

b. Memastikan semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan seperti alat pencegah kebakaran dan pintu kecemasan;

c. Memasang peralatan perlindungan di tempat yang bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 33 dari 62

Page 34: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

d. Menyimpan bahan mudah terbakar di luar kawasan kemudahan penyimpanan aset ICT;

e. Meletakkan semua bahan cecair di tempat yang bersesuaian dan berjauhan dari aset ICT;

f. Pengguna adalah dilarang merokok atau menggunakan peralatan memasak seperti cerek elektrik berhampiran peralatan komputer; dan

g. Menyemak dan menguji semua peralatan perlindungan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun. ktiviti dan keputusan ujian ini perlu direkodkan bagi memudahkan rujukan dan tindakan sekiranya perlu.

DK-050302 Bekalan Kuasa

a. Melindungi semua peralatan ICT dari kegagalan bekalan elektrik dan menyalurkan bekalan yang sesuai kepada peralatan ICT;

b. Memastikan peralatan sokongan seperti UPS (Uninterruptable Power Supply) dan penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa berterusan; dan

c. Menyemak dan menguji semua peralatan sokongan bekalan kuasa secara berjadual.

Setiausaha, Ketua

Bahagian/Unit

DK-050303 Prosedur Kecemasan

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Memastikan setiap pengguna membaca, memahami dan mematuhi prosedur kecemasan dengan merujuk kepada prosedur kecemasan yang telah ditetapkan;

b. Melaporkan insiden kecemasan persekitaran seperti kebakaran kepada Pegawai Keselamatan MDM;

Pegawai Keselamatan

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 34 dari 62

Page 35: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

c. Mengadakan, menguji dan mengemas kini pelan kecemasan dari semasa ke semasa;dan

d. Merancang dan mengadakan latihan kebakaran bangunan (firedrill) secara berkala.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 35 dari 62

Page 36: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

01 Pengurusan Prosedur Operasi

Objektif : Memastikan perkhidmatan dan pemprosesan maklumat dapat berfungsi dengan betul dan selamat.

DK-060101 Pengendalian Prosedur

a. Mendokumen, menyimpan dan mengawal semua prosedur keselamatan ICT yang wujud dan dikenal pasti serta masih diguna pakai;

b. Memastikan setiap prosedur mengandungi arahan-arahan yang jelas, teratur dan lengkap seperti keperluan kapasiti, pengendalian dan pemprosesan maklumat, pengendalian dan penghantaran ralat, pengendalian output, bantuan teknikal dan pemulihan sekiranya pemprosesan tergendala atau terhenti; dan

c. Mengemaskini semua prosedur dari semasa ke semasa atau mengikut keperluan.

Pengguna

DK-060102 Kawalan Perubahan

a. Pengubahsuaian yang melibatkan perkakasan, sistem untuk pemprosesan maklumat, perisian, dan prosedur mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai atasan atau pemilik aset ICT terlebih dahulu;

b. Mengendalikan aktiviti-aktiviti seperti memasang, menyelenggara, menghapus dan mengemas kini mana-mana komponen sistem ICT dengan khidmat pihak atau pegawai yang diberi kuasa dan mempunyai pengetahuan atau terlibat secara langsung dengan aset ICT berkenaan;

c. Mematuhi spesifikasi perubahan yang telah ditetapkan bagi semua aktiviti pengubahsuaian komponen sistem ICT; dan

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 36 dari 62

Page 37: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

d. Merekod dan mengawal semua aktiviti perubahan atau pengubahsuaian bagi mengelakkan berlakunya ralat sama ada secara sengaja atau pun tidak.

02 Perancangan dan Penerimaan Sistem

Objektif : Meminimumkan risiko yang menyebabkan gangguan atau kegagalan sistem.

DK-060201 Perancangan Kapasiti

a. Kapasiti sesuatu komponen atau sistem ICT hendaklah dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti oleh pegawai yang berkenaan bagi memastikan keperluannya adalah mencukupi dan bersesuaian untuk pembangunan dan kegunaan sistem ICT pada masa akan datang;

b. Keperluan kapasiti ini juga perlu mengambil kira ciri-ciri keselamatan ICT bagi meminimumkan risiko seperti gangguan pada perkhidmatan dan kerugian akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang; dan

c. Penggunaan peralatan mestilah dipantau, ditala (tuned) dan perancangan perlu dibuat bagi memastikan prestasi sistem di tahap optimum.

Pentadbir Sistem ICT dan Pentadbir

Rangkaian

DK-060202 Penerimaan Sistem

Kriteria penerimaan untuk sistem baru, peningkatan atau versi baru perlu ditetapkan. Ujian yang sesuai ke atasnya perlu dibuat sebelum diterima atau dipersetujui.

Pentadbir Sistem ICT / Pentadbir

Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 37 dari 62

Page 38: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

03 Perisian Berbahaya

Objektif : Melindungi integriti perisian dan maklumat dari pendedahan atau kerosakan yang disebabkan oleh perisian berbahaya seperti virus, trojan dan sebagainya.

DK-060301 Perlindungan dari Perisian Berbahaya

Perkara yang perlu dipatuhi adalah:

a. Memasangsistem keselamatan untuk mengesan perisian atau program berbahaya seperti anti virus dan Intrusion Detection System (IDS) dan mengikut prosedur penggunaan yang betul dan selamat;

b. Memasang dan menggunakan hanya perisian yang berlesen dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta (Pindaan) Tahun 1997;

c. Mengimbas semua perisian atau sistem dengan perisian keselamatan seperti anti virus, anti spyware, anti adware sebelum menggunakannya;

d. Mengemas kini pattern atau signature perisian keselamatan secara berkala atau auto-update;

e. Menyemak kandungan sistem atau maklumat secara berkala bagi mengesan aktiviti yang tidak diingini seperti kehilangan dan kerosakan maklumat;

f. Menghadiri program kesedaran mengenai ancaman perisian berbahaya dan cara mengendalikannya;

g. Memasukkan klausa tanggungan di dalam mana-mana kontrak yang telah ditawarkan kepada pembekal perisian. Klausa ini bertujuan untuk tuntutan baik pulih sekiranya perisian tersebut mengandungi program berbahaya;

h. Mengadakan program dan prosedur jaminan kualiti ke atas semua perisian yang dibangunkan;

Pengguna

ICTSO, Pengurus ICT

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 38 dari 62

Page 39: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

i. Mengeluarkan amaran awal atau advisory

mengenai insiden keselamatan ICT seperti serangan virus kepada semua pengguna; dan

j. Memastikan mobile code beroperasi berdasarkan dasar keselamatan yang jelas dalam keadaan konfigurasi dibenarkan dan mobile code yang tidak dibenarkan perlu dielakkan daripada digunakan.

04 Housekeeping

Objektif : Melindungi integriti maklumat dan perkhidmatan komunikasi agar boleh diakses pada bila-bila masa.

DK-060401 Penduaan (backup)

Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya bencana, salinan penduaan seperti yang dibutirkan hendaklah dilakukan setiap kali konfigurasi berubah. Salinan penduaan hendaklah direkodkan dan disimpan di off site.

a. Membuat salinan keselamatan ke atas semua sistem perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah mendapat versi terbaru;

b. Membuat salinan penduaan ke atas semua data dan maklumat mengikut keperluan operasi;

c. Menguji sistem penduaan sedia ada bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan; dan

d. Membuat dan menguji secara berkala salinan maklumat dan perisian berdasarkan kepada prosedur penduaan.

Pengguna

DK-060402 Sistem Log

Perkara yang perlu dipatuhi adalah:

a. Mewujudkan sistem log bagi merekodkan semua aktiviti harian pengguna;

Pentadbir Sistem ICT

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 39 dari 62

Page 40: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

b. Menyemak sistem log secara berkala bagi

mengesan ralat yang menyebabkan gangguan kepada sistem dan mengambil tindakan membaik pulih dengan segera; dan

c. Melaporkan kepada ICTSO sekiranya wujud aktiviti-aktiviti tidak sah lain seperti kecurian maklumat dan pencerobohan.

05 Pengurusan Rangkaian

Objektif : Melindungi maklumat dalam rangkaian dan infrastruktur sokongan.

DK-060501 Kawalan Infrastruktur Rangkaian

Infrastruktur rangkaian mestilah dikawal dan diuruskan sebaik mungkin demi melindungi ancaman kepada sistem dan aplikasi di dalam rangkaian. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan:-

a. Mengasingkan tanggungjawab atau kerja- kerja operasi rangkaian komputer untuk mengurangkan capaian dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan;

b. Meletakkan peralatan rangkaian di lokasi yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang kukuh dan bebas dari risiko seperti banjir, gegaran dan habuk;

c. Mengawal dan menghadkan capaian peralatan rangkaian kepada pengguna yang dibenarkan sahaja;

d. Memastikan semua peralatan melalui proses Factory Acceptance Check (FAC) semasa pemasangan dan konfigurasi;

e. Memasang Firewall di antara rangkaian dalaman dan sistem yang melibatkan maklumat rahsia rasmi Kerajaan serta di konfigurasi oleh pentadbir sistem ICT/pentadbir rangkaian;

f. Memastikan semua trafik keluar dan masuk melalui firewall di bawah kawalan MDM;

Pentadbir Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 40 dari 62

Page 41: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

g. Melarang pemasangan semua perisian

sniffer atau network analyser pada komputer pengguna kecuali mendapat kebenaran ICTSO;

h. Pemasangan perisian Intrusion Detection System (IDS) adalah perlu bagi mengesan sebarang cubaan menceroboh dan aktiviti- aktiviti lain yang boleh mengancam sistem dan maklumat MDM;

i. Pemasangan Web Content Filter pada Internet Gateway adalah perlu untuk menyekat aktiviti yang dilarang seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan”;

j. Mendapat kebenaran ICTSO bagi sebarang penyambungan rangkaian yang bukan di bawah kawalan MDM;

k. Membenarkan semua pengguna hanya menggunakan kawalan Kementerian/ Jabatan/Agensi sahaja dan melarang penggunaan modem sama sekali;

l. Memastikan keperluan perlindungan ICT adalah bersesuaian dan mencukupi bagi menyokong perkhidmatan yang lebih optimum; dan

m. Memastikan penggunaan tanpa wayar LAN mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh MAMPU iaitu surat UPTM (S) 159/338/8 Jilid 30 (84) bertajuk “Langkah-Langkah Untuk Memperkukuhkan Keselamatan Rangkaian Setempat Tanpa Wayar (Wireless LAN) di Agensi-agensi Kerajaan”

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 41 dari 62

Page 42: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

06 Pengurusan Media

Objektif : Melindungi Aset ICT dari kerosakan dan gangguan aktiviti perkhidmatan yang tidak dikawal.

DK-060601 Penghantaran dan Pemindahan

Penghantaran atau pemindahan media ke luar pejabat hendaklah mendapat kebenaran daripada YDP terlebih dahulu.

Media yang mengandungi maklumat Kerajaan perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan atau kerosakan semasa pemindahan keluar dari MDM. Prosedur perlu disediakan untuk pengurusan media mudah alih.

Pengguna

DK-060602 Prosedur Pengendalian Media

Prosedur ini bertujuan untuk mengendali dan menyimpan maklumat yang perlu diwujudkan untuk melindungi maklumat daripada didedahkan tanpa kebenaran atau disalah guna.

a. Melabelkan semua media mengikut tahap sensitiviti sesuatu maklumat;

b. Menghadkan dan menentukan capaian media kepada pengguna yang sah sahaja;

c. Menghadkan pengedaran data atau media untuk tujuan yang dibenarkan;

d. Mengawal dan merekodkan aktiviti penyelenggaraan media bagi mengelak dari sebarang kerosakan dan pendedahan yang tidak dibenarkan;

e. Menyimpan semua media di tempat yang selamat; dan

f. Menghapus atau memusnahkan media yang mengandungi maklumat rahsia rasmi mengikut prosedur yang betul dan selamat.

Pentadbir Sistem ICT/ Pentadbir

Rangkaian/ Pegawai aset

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 42 dari 62

Page 43: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

Nota:

Maklumat lanjut mengenai pelupusan bolehlah merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 bertajuk “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan”.

DK-060603 Keselamatan Dokumentasi Sistem

Dokumentasi sistem perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan. Langkah- langkah yang perlu dipatuhi ialah:

a. Memastikan sistem penyimpan dokumentasi mempunyai ciri-ciri keselamatan;

b. Menyediakan dan memantapkan keselamatan dokumentasi sistem; dan

c. Mengawal dan merekodkan semua aktiviti capaian dokumentasi sistem sedia ada.

Pentadbir Sistem ICT, ICTSO

07 Keselamatan Komunikasi

Objektif : Melindungi aset ICT melalui sistem komunikasi yang selamat

DK-060701 Internet

Capaian Internet perlu dikawal dan diurus bagi mengelakkan gangguan sistem rangkaian MDM.

a. Melayari laman yang hanya berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh MDM;

b. Menentukan ketepatan dan kesahihan bahan yang diperoleh dari Internet. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah dinyatakan;

c. Menyemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Agensi sebelum memuat naik bahan rasmi ke Internet;

d. Membenarkan pengguna hanya memuat turun bahan yang sah seperti perisian yang berlesen dan di bawah hak cipta terpelihara;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 43 dari 62

Page 44: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

e. Memuat turun sebarang bahan dari Internet

untuk tujuan yang dibenarkan oleh MDM;

f. Mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan kemudahan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board. Walau bagaimana pun, kandungan perbincangan awam ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu tertakluk kepada dasar dan peraturan yang telah ditetapkan; dan

g. Mendapatkan kebenaran dari YDP bagi menggunakan kemudahan yang

melibatkan bandwidth tinggi seperti penggunaan peer-to-peer (P2P) atau

video sharing (YouTube dan sebagainya).

Nota:

Maklumat lanjut mengenai keselamatan Internet boleh lah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan”.

DK-060702 Mel Elektronik (E-Mel)

Maklumat yang terdapat dalam mel elektronik MDM perlu dilindungi sebaik-baiknya bagi menghindari capaian atau sebaran maklumat yang tidak dibenarkan.

Akaun atau alamat e-mel adalah bukan hak mutlak pengguna dan penggunaannya tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan. Akaun atau alamat e-mel ini adalah hak milik MDM.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah:

a. Pengguna hanya boleh menggunakan akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh MDM. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun individu yang dikongsi bersama adalah dilarang;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 44 dari 62

Page 45: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

b. Pengguna mestilah bertanggungjawab atas

akaun e-mel yang diberikan kepadanya;

c. Mematuhi format yang telah ditetapkan oleh MDM dalam setiap e-mel yang disediakan;

d. Memastikan subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan;

e. Menggunakan akaun e-mel rasmi untuk menghantar e-mel rasmi dan memastikan alamat e-mel penerima adalah betul;

f. Menggalakkan pengguna menggunakan fail kepilan mengikut saiz yang ditetapkan oleh MDM semasa penghantaran. Kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz adalah disarankan;

g. Mengelak dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui;

h. Mengenalpasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan transaksi maklumat melalui e-mel;

i. Sentiasa menyenggara kotak emel dan menyimpan setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima dalam media yang berasingan; dan

j. Memastikan tarikh dan masa sistem komputer pengguna adalah tepat.

Nota:

Maklumat lanjut mengenai keselamatan e-mel boleh lah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan’.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 45 dari 62

Page 46: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

08 Pemantauan

Objektif : Memastikan pengesanan aktiviti pemprosesan maklumat yang tidak dibenarkan.

DK-060801 Merekodkan Maklumat

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Menghasilkan dan menyimpan log yang merekodkan semua aktiviti untuk tempoh masa yang dipersetujui bagi membantu siasatan dan memantau kawalan capaian;

b. Mewujudkan prosedur untuk memantau penggunaan kemudahan memproses maklumat dan memantau hasilnya secara berkala;

c. Memastikan kemudahan merekod dan maklumat log tidak diubahsuai dan dilindungi dari sebarang capaian yang tidak dibenarkan; dan

d. Merekod, menganalisis dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kesalahan yang berlaku.

Pentadbir Sistem ICT

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 46 dari 62

Page 47: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

PERKARA 07- PENGURUSAN INSIDEN

01 Prosedur Pengurusan Insiden

Objektif : Memastikan tindakan menangani insiden keselamatan ICT diambil dengan cepat, teratur dan berkesan.

DK-070101 Kawalan Pengurusan Insiden

Kawalan-kawalan berikut perlu dititikberatkan dalam Prosedur Pengurusan Insiden :

a. Mengenal pasti semua jenis insiden keselamatan ICT seperti gangguan perkhidmatan yang disengajakan, pemalsuan identiti dan pengubahsuaian perisian tanpa kebenaran;

b. Menyediakan pelan kontingensi dan mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan;

c. Menyimpan jejak audit dan memelihara bahan bukti; dan

d. Menyediakan tindakan pemulihan segera.

Nota :

Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT” dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam” mengenainya bolehlah dirujuk.

JPKICT, ICTSO

DK-070102 Insiden Keselamatan ICT

Insiden keselamatan ICT adalah termasuk yang berikut:

a. Maklumat didapati hilang, didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa atau, disyaki hilang, atau didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa;

b. Sistem maklumat disyaki digunakan tanpa kebenaran dan kecurian maklumat/data;

c. Kata laluan atau mekanisme kawalan akses hilang, dicuri atau didedahkan atau disyaki hilang, dicuri atau didedahkan;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 47 dari 62

Page 48: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

PERKARA 07- PENGURUSAN INSIDEN

d. Kejadian sistem luar biasa seperti kehilangan fail, sistem kerap kali gagal berfungsi dan kesilapan/ralat dalam komunikasi data; dan

e. Berlaku percubaan menceroboh, penyelewengan dan insiden-insiden yang tidak diingini.

DK-070103 Pelaporan Insiden

a. Insiden Keselamatan ICT mestilah dilaporkan kepada ICTSO dengan kadar segera.

b. Pelaporan insiden keselamatan ICT mestilah merujuk kepada Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT” dan Surat pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 bertajuk “pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam”.

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 48 dari 62

Page 49: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

01 Dasar Kawalan Capaian

Objektif : Memahami dan mematuhi keperluan keselamatan dalam mencapai dan menggunakan aset ICT MDM

DK-080101 Keperluan Dasar

Capaian kepada proses dan maklumat hendaklah dikawal mengikut keperluan keselamatan dan fungsi kerja pengguna yang berbeza. Ia perlu direkodkan, dikemas kini dan menyokong dasar kawalan capaian pengguna sedia ada.

Peraturan kawalan capaian hendaklah mengambilkira faktor identification, authentication dan authorization.

ICTSO, Pengurus ICT

02 Pengurusan Capaian Pengguna

Objektif : Mengawal capaian pengguna ke atas aset ICT MDM

DK-080201 Akaun Pengguna

Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas sistem ICT yang digunakan.

Mematuhi langkah-langkah berikut bagi mengenal pasti pengguna dan aktiviti yang dilakukan:

a. Menggunakan akaun yang diperuntukkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi sahaja;

b. Memastikan akaun pengguna adalah unik;

c. akaun pengguna yang di wujud pertama kali akan diberi tahap capaian paling minimum iaitu untuk melihat dan membaca sahaja. Sebarang perubahan tahap capaian hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan/Agensi terlebih dahulu;

d. Pemilikan akaun pengguna bukanlah hak mutlak seseorang dan ia tertakluk kepada peraturan MDM. Akuan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 49 dari 62

Page 50: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

e. Melarang penggunaan akaun milik orang

lain atau akaun yang dikongsi bersama; dan

f. Pentadbir Sistem ICT boleh membeku dan menamatkan akaun pengguna atas sebab- sebab berikut:

i) Pengguna bercuti panjang atau

menghadiri kursus di luar pejabat

dalam tempoh waktu melebihi 1 bulan;

ii) Bertukar bidang tugas kerja;

iii) Bertukar ke agensi lain;

iv) Bersara; atau

v) Ditamatkan perkhidmatan.

Pentadbir Sistem ICT

DK-080202 Jejak Audit

Jejak audit akan merekodkan semua aktiviti. Sistem jejak audit juga adalah penting untuk tujuan penyiasatan sekiranya berlaku kerosakan atau penyalahgunaan sistem.

Aktiviti jejak audit mengandungi:

a. Maklumat identiti pengguna, sumber yang digunakan, perubahan maklumat, tarikh dan masa aktiviti, rangkaian dan program yang digunakan;

b. Aktiviti capaian pengguna ke atas sistem ICT sama ada secara sah atau sebaliknya; dan

c. Maklumat aktiviti sistem yang tidak normal atau aktiviti yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Pentadbir Sistem ICT dan Pentadbir Rangkaian hendaklah menyemak catatan jejak audit dari semasa ke semasa dan menyediakan laporan jika perlu. Ini akan dapat membantu mengesan aktiviti yang tidak normal dengan lebih awal. Jejak audit juga perlu dilindungi dari kerosakan, kehilangan, penghapusan, pemalsuan dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan.

Pentadbir Sistem ICT dan Pentadbir Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 50 dari 62

Page 51: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

03 Kawalan Capaian Sistem ICT

Objektif : Melindungi sistem ICT sedia ada dari sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan.

DK-080301 Sistem Maklumat dan Aplikasi

Capaian sistem maklumat dan aplikasi Kementerian/Jabatan/Agensi adalah terhad kepada pengguna dan tujuan yang dibenarkan.

Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi:

a. Pengguna hanya boleh menggunakan sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan sensitiviti maklumat yang telah ditentukan;

b. Merekodkan (log) setiap aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini;

c. Memaparkan notis amaran pada skrin komputer pengguna sebelum memulakan capaian bagi melindungi maklumat dari sebarang bentuk penyalahgunaan;

d. Menghadkan capaian sistem dan aplikasi kepada tiga (3) kali percubaan. Sekiranya gagal, akaun atau kata laluan pengguna akan disekat;

e. Memastikan kawalan sistem rangkaian adalah kukuh dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan aktiviti atau capaian yang tidak sah; dan

f. Membenarkan capaian sistem maklumat dan aplikasi melalui jarak jauh. Walau bagaimanapun, penggunaannya terhad kepada perkhidmatan yang dibenarkan sahaja.

Pentadbir Sistem ICT dan ICTSO

DK-080302 Rangkaian

Tujuan kawalan ini adalah untuk menghalang capaian tidak sah dan tanpa kebenaran ke atas perkhidmatan rangkaian.

Pentadbir Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 51 dari 62

Page 52: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah dijamin selamat dengan:

a. Menempatkan atau memasang antaramuka yang menepati kesesuaian penggunaannya diantara rangkain MDM dengan lain-lain organisasi; dan

b. Mewujud dan menguatkuasakan mekanisme untuk pengesahan pengguna dan peralatan yang menepati kesesuaian penggunaannya.

Perkara yang perlu dipatuhi seperti berikut:

a. Memastikan pengguna boleh mencapai perkhidmatan yang dibenarkan sahaja;

b. Mewujudkan mekanisme pengesahan yang sesuai untuk mengawal capaian oleh pengguna jarak jauh;

c. Mengguna kaedah pengenalan automatik berdasarkan lokasi dan peralatan untuk pengesahan sambungan ke dalam rangkaian;

d. Mengawal capaian fizikal dan logikal ke atas kemudahan port diagnostik dan konfigurasi jarak jauh;

e. Mengasingkan capaian mengikut kumpulan perkhidmatan maklumat, pengguna dan sistem maklumat dalam rangkaian;

f. Mengawal sambungan ke rangkaian, khususnya bagi kemudahan yang dikongsi dan menjangkau sempadan Kementerian/ Jabatan/Agensi; dan

g. Mewujud dan melaksana kawalan pengalihan laluan (routing control) untuk memastikan pematuhan ke atas peraturan Kementerian/Jabatan/Agensi.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 52 dari 62

Page 53: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

DK-080303 Sistem Operasi

Memastikan bahawa kawalan ke atas sistem operasi dikawal dan dihadkan kepada pengguna yang dibenarkan sahaja.

Kaedah yang digunakan hendaklah mampu menyokong perkara berikut:

a. Mengesahkan pengguna yang dibenarkan selaras dengan peraturan Jabatan;

b. Mewujudkan jejak audit ke atas semua capaian sistem operasi terutama bertaraf super user;

c. Menjana amaran (alert) sekiranya berlaku pelanggaran kepada peraturan keselamatan sistem;

d. Menyediakan kaedah sesuai untuk pengesahan capaian (authentication); dan

e. Menghadkan tempoh penggunaan mengikut kesesuaian.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah:

a. Mengawal capaian ke atas sistem operasi menggunakan prosedur log-on yang selamat;

b. Prosedur log-on yang selamat perlulah:

i. Menggunakan kaedah pengenalan pengguna yang unik dan teknik pengesahan pengguna yang berkesan dan selamat;

ii. Melaksana sistem pengurusan kata laluan yang interaktif dan menjamin kualiti serta keselamatan kata laluan;

iii. Mengawal penggunaan utiliti yang berkeupayaan melepasi sistem dan aplikasi terhad;

iv. Menamatkan sesi yang tidak aktif selepas tempoh masa yang ditetapkan; dan

Pentadbir Sistem

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 53 dari 62

Page 54: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

v. Menghadkan tempoh masa penggunaan bagi meningkatkan keselamatan aplikasi yang berisiko tinggi.

04 Peralatan ICT Mudah Alih

Objektif : Memastikan keselamatan maklumat apabila menggunakan kemudahan atau peralatan ICT mudah alih.

DK-080401 Penggunaan Peralatan ICT Mudah Alih dan Kerja Jarak jauh

Keselamatan maklumat perlu dipastikan semasa menggunakan peralatan mudah alih dan kemudahan kerja jarak jauh.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Mewujudkan peraturan atau garis panduan keselamatan yang bersesuaian untuk melindungi dari risiko penggunaan peralatan mudah alih dan kemudahan komunikasi;

b. Mewujudkan peraturan atau garis panduan untuk memastikan persekitaran kerja jarak jauh adalah sesuai dan selamat;

c. Merekodkan aktiviti keluar masuk penggunaan peralatan komputer mudah alih bagi mengesan kehilangan atau pun kerosakan; dan

d. Menyimpan dan mengunci komputer mudah alih di tempat yang selamat apabila tidak digunakan.

Pentadbir Sistem ICT / Pentadbir

Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 54 dari 62

Page 55: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 09 – PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

01 Keselamatan Dalam Membangunkan Sistem dan Aplikasi

Objektif : Memastikan sistem yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT

DK-090101 Keperluan Keselamatan

a. Pembangunan sistem hendaklah mengambil kira kawalan keselamatan bagi memastikan tidak wujudnya sebarang ralat yang boleh mengganggu pemprosesan dan ketepatan maklumat;

b. Ujian keselamatan hendaklah dijalankan ke atas sistem input untuk menyemak pengesahan dan integriti data yang dimasukkan, sistem pemprosesan untuk menentukan sama ada program berjalan dengan betul dan sempurna dan; sistem output untuk memastikan data yang telah diproses adalah tepat; dan

c. Sebaiknya-baiknya, semua sistem yang dibangunkan sama ada secara dalaman atau sebaliknya hendaklah diuji terlebih dahulu bagi memastikan sistem berkenaan memenuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan sebelum digunakan.

d. Kod sumber (source code) bagi sistem aplikasi hendaklah dijaga kerahsiaannya dan disimpan sebagai hakcipta terpelihara.

ICTSO, Pentadbir Sistem Aplikasi

02 Kriptografi

Objektif : Melindungi kerahsiaan, integriti dan kesahihan maklumat.

DK-090201 Enkripsi (encryption)

Pengguna hendaklah membuat enkripsi ke atas maklumat sensitif atau maklumat rahsia rasmi pada setiap masa.

Pengguna

DK-090202 Tandatangan Digital

Penggunaan tandatangan digital dimestikan kepada semua pengguna khususnya mereka yang menguruskan transaksi maklumat rahsia rasmi secara elektronik.

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 55 dari 62

Page 56: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 09 – PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

DK-090203 Pengurusan Kunci

Pengurusan kunci hendaklah dilakukan dengan berkesan dan selamat bagi melindungi kunci berkenaan dari diubah, dimusnah dan didedahkan sepanjang tempoh sah kunci tersebut.

Pengguna

03 Fail Sistem

Objektif : Memastikan supaya fail sistem dikawal dan dikendalikan dengan baik dan selamat.

DK-090301 Kawalan Fail Sistem

a. Proses pengemaskinian fail sistem hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem ICT atau Pentadbir Sistem Aplikasi dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan;

b. Kod atau atur cara sistem yang telah dikemas kini hanya boleh dilaksanakan atau digunakan selepas diuji;

c. Mengawal capaian ke atas kod atau atur cara program bagi mengelakkan kerosakan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, penghapusan dan kecurian; dan

d. Mengaktifkan audit log bagi merekodkan semua aktiviti pengemaskinian untuk tujuan statistik, pemulihan dan keselamatan.

Pentadbir Sistem Aplikasi dan

Pentadbir Sistem ICT

04 Pembangunan dan Proses Sokongan

Objektif : Menjaga dan menjamin keselamatan sistem maklumat dan aplikasi.

DK-090401 Kawalan Perubahan

Perubahan atau pengubahsuaian ke atas sistem maklumat dan aplikasi hendaklah dikawal, diuji, direkodkan dan disahkan sebelum digunapakai.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Mengawal pelaksanaan perubahan melalui peraturan formal ;

Pentadbir Sistem ICT

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 56 dari 62

Page 57: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 09 – PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

b. Membuat semakan teknikal selepas perubahan sistem operasi dibuat bagi menjamin tiada impak negatif ke atas keselamatan operasi MDM;

c. Mengawal dan menghadkan perubahan ke atas perisian yang perlu sahaja;

d. Menghalang semua peluang untuk kebocoran maklumat; dan

e. Mengawal selia dan memantau pembangunan perisian oleh pihak luar dari semasa ke semasa.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 57 dari 62

Page 58: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 10 – PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN

01 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan

Objektif : Menjamin operasi perkhidmatan agar tidak tergendala dan penyampaian perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan.

DK-100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan

Pelan kesinambungan perkhidmatan hendaklah dibangunkan untuk menentukan pendekatan yang menyeluruh diambil bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan. Ini bertujuan memastikan tiada gangguan kepada proses- proses dalam penyediaan perkhidmatan organisasi. Pelan ini mestilah diluluskan oleh JPKICT MDM.

Memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

a. Mengenal pasti semua tanggungjawab dan prosedur kecemasan atau pemulihan;

b. Melaksanakan prosedur-prosedur kecemasan bagi membolehkan pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan;

c. Mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui;

d. Mengadakan program latihan kepada pengguna mengenai prosedur kecemasan;

e. Membuat penduaan; dan

f. Menguji dan mengemas kini pelan sekurang-kurangnya setahun sekali.

ICTSO, Pentadbir Sistem ICT,

Pentadbir Rangkaian

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 58 dari 62

Page 59: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 11 – PEMATUHAN

01 Pematuhan dan Keperluan Perundangan

Objektif : Meningkatkan tahap keselamatan ICT bagi mengelakkan dari pelanggaran kepada Dasar Keselamatan ICT MDM.

DK-110101 Pematuhan Dasar

Setiap pengguna di MDM hendaklah membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MDM dan undang-undang atau peraturan- peraturan lain yang berkaitan yang berkuat kuasa.

Semua aset ICT di MDM termasuk maklumat yang di simpan di dalamnya adalah hak milik Kerajaan dan Ketua Jabatan/Agensi berhak untuk memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain dari tujuan yang telah ditetapkan.

Pengguna

DK-110102 Keperluan Perundangan/Peraturan/Garis Panduan

Dasar ini bertujuan memastikan reka bentuk, operasi, penggunaan dan pengurusan sistem maklumat adalah selaras serta berkeupayaan menghalang pelanggaran mana-mana keperluan perundangan, peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.

Berikut adalah keperluan perundangan atau peraturan-peraturan lain berkaitan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna di MDM:

a. Mengenalpasti semua perlembagaan, undang-undang, peraturan, perjanjian yang dimeterai dan lain-lain perkara yang relevan kepada keselamatan sistem maklumat dan organisasi;

b. Melaksanakan peraturan yang sesuai untuk memastikan pematuhan ke atas perlembagaan, undang-undang dan keperluan kontrak mengenai penggunaan bahan yang tertakluk kepada hak milik harta intelek;

c. Melindungi rekod penting daripada hilang, rosak dan dipalsukan selaras dengan keperluan undang-undang, peraturan dan

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 59 dari 62

Page 60: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 11 – PEMATUHAN

keperluan perjanjian MDM;

d. Mematuhi perundangan, peraturan dan terma perjanjian untuk melindungi data dan hak milik peribadi;

e. Pengguna dilarang menggunakan kemudahan proses maklumat untuk tujuan yang tidak dibenarkan; dan

f. Mengawal penggunaan kriptografi selaras dengan perjanjian, perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa.

Mematuhi keperluan perundangan atau peraturan-peraturan lain berkaitan seperti berikut:

a. Arahan Keselamatan;

b. Malaysian Public Sector Management of Information and Commmunications Tecknology Security Handbook (MyMIS);

c. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk ‘Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan”;

d. Pekeliling Am

i. Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk “Pengurusan laman Web/Portal Sektor Awam”.

ii. Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”.

iii. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan”;

e. Surat Pekeliling Am

i. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005 bertajuk “Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam”;

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 60 dari 62

Page 61: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 11 – PEMATUHAN

ii. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;

f. Surat Arahan KSN

i. Rujukan KPKK(R)200/55 Klt. 8(2) bertarikh 31 Januari 2007 bertajuk “Langkah-langkah Keselamatan Perlindungan Untuk Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Atau Lain- Lain peralatan komunikasi ICT tanpa kebenaran atau kuasa sah di agensi- agensi kerajaan”.

ii. Rujukan UPTM(S) 159/338/8 Jld. 30(84) bertarikh 20 Oktober 2006 bertajuk “Langkah-langkah untuk memperkukuhkan keselamatan rangkaian setempat tanpa wayar (wireless local area network) di agensi- agensi kerajaan”.

iii. Rujukan UPTM 159/267/50 Klt.4(46) bertarikh 20 Ogos 2004 bertajuk “Arahan pematuhan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 dan pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur dan peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan perlindungan di jabatan-jabatan kerajaan”.

iv. Rujukan UPTM(S) 1594/476/3 bertarikh 24 April 2004 bertajuk “Usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan”.

g. Surat Arahan KP MAMPU

i. Rujukan UPTM 159/526/9 Jld.4(60) bertarikh 23 November 2007 bertajuk “Langkah-langkah pemantapan sistem mel elektronik di agensi-agensi kerajaan”.

ii. Rujukan UPTM 159/10/648/1 bertarikh 09 Julai 2007 bertajuk “Langkah-langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi pemantapan pengurusan dan

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 61 dari 62

Page 62: DASAR KESELAMATAN ICT · 2016. 5. 24. · tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggu naan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan. RUJ UK AN VERSI TARI

DASAR KESELAMATAN ICT MDM

PERKARA 11 – PEMATUHAN

pengendalian perkhidmatan helpdesk unit khidmat pelanggan”.

iii. Rujukan UPTM 159/526/9 Jld.4 (59) bertarikh 01 Jun 2007 bertajuk “langkah- langkah mengenai penggunaan mel elektronik di agensi-agensi kerajaan”.

iv. UPTM 159/476/3 bertarikh 24 April 2004 bertajuk “Usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan”.

h. Akta Tandatangan Digital 1997;

i. Akta Jenayah Komputer 1997;

j. Akta Hak cipta (pindaan) Tahun 1997; dan

k. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

l. Electronic Goverment Activities Act 2007 (Act 680)

m. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2007 bertajuk “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan”.

n. Garis Panduan MAMPU

i. Garis Panduan IT Outsourcing Agensi- Agensi Sektor Awam (MAMPU, Oktober 2006).

Bahagian Teknologi Maklumat MAJLIS DAERAH MARANG

2009

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(MDM) 1.0 08/05/09 62 dari 62