DASAR KURIKULUM SEKOLAH -...

12
DOKUMEN RASMI : DASAR KURIKULUM SEKOLAH NAMA ORGANISASI : SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF ALAMAT ORGANISASI : 31000 BATU GAJAH, PERAK MAKLUMAT PERHUBUNGAN ORGANISASI : TELEFON / FAKS : 05- 3661366 EMEL : [email protected] LAMAN SESAWANG : http://sksultanyussuf.weebly.com PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM Penentuan dasar yang ditetapkan di dalam Dasar Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf ini tidak akan berubah melainkan sehingga berlaku perubahan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perubahan-perubahan lain yang tidak melibatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

Transcript of DASAR KURIKULUM SEKOLAH -...

Page 1: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DOKUMEN RASMI : DASAR KURIKULUM SEKOLAH

NAMA ORGANISASI :

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF

ALAMAT ORGANISASI :

31000 BATU GAJAH, PERAK

MAKLUMAT PERHUBUNGAN ORGANISASI :

TELEFON / FAKS : 05- 3661366

EMEL : [email protected]

LAMAN SESAWANG : http://sksultanyussuf.weebly.com

PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

Penentuan dasar yang ditetapkan di dalam Dasar Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf ini tidak akan berubah melainkan sehingga berlaku perubahan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Perubahan-perubahan lain yang tidak melibatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan boleh dilakukan dari semasa

ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

Page 2: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;

2.1. 2.2. 2.3. 2.4.

Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

3.0 DASAR

3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5.

Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan kebangsaan. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Integrasi Pendidikan Khas segala ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya pada sepanjang masa. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1. 4.2. 4.3. 4.4. 4.5. 4.6. 4.7.

Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. Mesyuarat Panitia – 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing setelah disemak dan disahkan oleh guru besar. Penyediaan maklum balas mesyuarat hendaklah dilaksanakan untuk menyemak pematuhan keputusan mesyuarat dan progres tindakan. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan Kebenaran guru besar sahaja. Semua guru adalah tertakluk dan diarah untuk merujuk kepada tatacara pengurusan dan pengendalian mesyuarat berkesan yang diletakan di dalam Laman Rasmi SK Sultan Yussuf.

Page 3: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5.0 SISTEM FAIL

5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5.

Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran di mana-mana lokasi yang sesuai selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah untuk memudahkan capaian bagi semakan dan pemantauan. Semua Fail Panitia asal diletakkan di bilik Guru Besar, Ketua Panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai “desk copy” Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ; - Fail 1 – Pengurusan : Isi kandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa, takwim panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,instrumen pencerapan guru, instrumen pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran. - Fail 2 – Dokumen Standard KurikulumPrestasi (DSKP) dan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN

6.1. Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam /Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani & Kesihatan Pendidikan Kesenian Bahasa Arab Bahasa Tamil SK (Elektif)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Pendidikan Seni Visual Pendidikan Kesihatan Pendidikan Jasmani Dunia Muzik Bahasa Arab Bahasa Tamil SK (Elektif) Sejarah Teknologi Maklumat & Komunikasi Reka Bentuk Teknologi

6.3. Senarai Mata Pelajaran Masalah Pembelajaran KSSR Tahap 1

6.4. Senarai Mata Pelajaran Masalah Pembelajaran KSSR Tahap 2

1 2 3 4 5

Asas 3M Pengurusan Kehidupan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Kreatif

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pengurusan Kehidupan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani & Kesihatan Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Sains, Sosial & Alam Sekitar Pendidikan Teknologi Maklumat & Komunikasi Kemahiran Hidup Asas

Page 4: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6.5. Senarai Mata Pelajaran Masalah Pendengaran KSSR Tahap 1

6.2. Senarai Mata Pelajaran Masalah Pendengaran KSSR Tahap 2

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bahasa Melayu (Suaian) Bahasa Inggeris (Suaian) Bahasa Isyarat Komunikasi Sains Matematik Pendidikan Islam (Suaian) Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani & Kesihatan Pendidikan Kesenian

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

13

Bahasa Melayu (Suaian) Bahasa Inggeris (Suaian) Bahasa Isyarat Komunikasi Matematik Sains Pendidikan Islam (Suaian) Pendidikan Moral Pendidikan Seni Visual Pendidikan Kesihatan Pendidikan Jasmani Pendidikan Muzik Reka Bentuk & Teknologi / Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sejarah

7.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

7.1. 7.2. 7.3.

Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Tetapi wajib ditulis di dalam Buku Persediaan Mengajar. Cukup hanya dengan maklumat tarikh, masa dan catatan pada ruangan Isi Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar. Penampilan guru semasa perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan kemas mematuhi kod etika pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru yang berkuatkuasa semasa. Guru digalakkan memakai blazer hitam.

Page 5: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.0 DSKP, DSK, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

8.1. 8.2. 8.3. 8.4. 8.5. 8.6. 8.7. 8.8. 8.9. 8.10. 8.11.

Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia oleh ketua panitia dan setiap setiap guru perlu membawa bersama DSKP dan DSK semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari pada tahun semasa. DSKP dan DSK TIDAK boleh dikemukakan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. DSKP dan DSK hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian mengandungi perkara berikut ;

i. Tajuk ii. Tema iii. Fokus Utama (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) iv. Fokus Sampingan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) v. Objektif @ Hasil Pembelajaran vi. Pengisian Kurikulum vii. Sistem Bahasa (Untuk matapelajaran Bahasa) viii. EMK ix. Aktiviti x. Impak (diruangan impak dengan dakwat merah)

Rancangan Pengajaran Harian untuk LINUS hendaklah mengikut format yang diselaraskan oleh FASILINUS PPD Kinta Selatan. Buku Persediaan Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, DSKP dan DSK dan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Offline setiap kali masuk ke dalam kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti pada masa mata pelajaran tersebut. Menghabiskan Sukatan ; Sistem KSSR tidak menakankan kepada untuk menghabiskan sukatan tetapi adalah berfokuskan untuk penguasaan kemahiran TETAPI atas rasional untuk menyediakan murid bagi menduduki peperiksaan awam, topik atau unit sekurang-kurangnya hendaklah dihabiskan 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa dan bagi Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa. Pendidikan Khas – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan Murid berdasarkan keperluan murid khas itu sendiri.

9.0 JADUAL WAKTU

9.1. 9.2. 9.3. 9.4.

Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi. Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

Page 6: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 10.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK

10.1. 10.2. 10.3. 10.4. 10.5. 10.6. 10.7.

Mana-mana guru yang mengambil CRK/ berkursus atau menghadiri tugas rasmi luar perlu merekod di dalam Sistem E-Gerak sekolah dan aplikasi HRMIS dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Pembantu Tadbir yang menguruskan E-Kehadiran Guru serta mencatat di dalam Buku Kehadiran dan Buku Pergerakan Staf. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran dan memaklumkan kepada Guru Penyelaras Jadual Waktu. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu dan slip akan dikeluarkan. Slip guru ganti hendaklah dilekatkan di dalam Buku Persediaan Mengajar. Guru yang darahkan untuk mengganti kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan berada di dalam kelas berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di dalam slip.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti berikut ;

Tahap 1: Isnin - Rabu : 07.30 pagi - 01.50 petang Khamis : 07.30 pagi - 12.50 petang Jumaat : 07.30 pagi – 11.50 pagi Tahap 2: Isnin & Selasa : 07.30 pagi - 01.50 petang Rabu Kokurikulum : 07.30 pagi – 08.30 pagi Rabu (PdP) : 08.30 pagi - 01.50 petang Khamis : 07.30 pagi - 12.50 petang Jumaat : 07.30 pagi – 11.50 pagi Pendidikan Khas Integrasi Isnin & Selasa : 07.30 pagi - 01.00 petang Rabu & Khamis : 07.30 pagi - 12.30 petang

01.00 petang Jumaat : 07.30 pagi – 12.00 tengah hari

* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan juga akta / pekeliling ikhtisas yang berubah dan berkuatkuasa semasa.

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

12.0.1. 12.0.2. 12.0.3. 12.0.4.

Peperiksaan rasmi bagi Tahun 1,2,3,4 dan 5 adalah 2 kali setahun iaitu PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun dan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) dan dikendalikan secara pentaksiran sekolah. Pentaksiran Sekolah terhadap perkembangan pembelajaran murid adalah bersifat holistik dan berterusan dari Januari hingga November. Rekod atau data perkembangan pembelajaran murid hendaklah direkod masuk ke dalam Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi semua mata pelajaran. Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut syarat kohort umur manakala bagi murid PPKI boleh memilih untuk menduduki PASR. Peperiksaan adalah mengikut jadual dan format kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 7: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 12.1 Format Peperiksaan

11.1.1. 11.1.2. 11.1.3. 11.1.4. 11.1.5.

JSU disediakan untuk menentukan aras soalan. Tempoh masa dan penetapan mata pelajaran adalah mengikut kertas dan jadual sebenar Peperiksaan Awam. Format adalah mengikut format soalan kertas peperiksaan awam yang berkuatkuasa semasa. Semua pengendalian peperiksaan adalah mengikut SOP dan standard peperiksaan sebenar.

11.2 Dasar Penggunaan Kertas Untuk P& P Dan Peperiksaan

11.2.1. 11.2.2. 11.2.3.

Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5 Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat yang disewa atau reso sekiranya melebihi 100 keping.

11.3 Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman

11.3.1. 11.3.2.

Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran. UPSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 90% Kualiti Lulus Cemerlang Keseluruhan 50%

11.4 Jadual Pengawasan

11.4.1. 11.4.2. 11.4.3.

Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi guru bagi pada masa berkenaan Masa adalah mengikut kebiasaan dan amalan peperiksaan awam sebenar.

11.5 Rekod Markah

11.5.1. 11.5.2. 11.5.3. 11.5.4.

Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar. Markah peperiksaan diisi ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Slip keputusan dari Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid, Cetakan keputusan dari SAPS atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi Peperiksaan Penggal 1 dan 2. TOV dan headcount adalah wajib ke atas semua guru sebagai amalan profesionalisma keguruan.

11.6 Syarat Lulus

11.6.1. Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ; A: 85-100 (Cemerlang) B: 70-84 (Kepujian) C: 60-69 (Baik) D: 50-59 (Memuaskan) E: 40-49 (Mencapai Tahap Minimum) F: 01-39 (Belum Mencapai Tahap Minimum)

Page 8: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 11.7 Jadual Spesifikasi Ujian

11.7.1. 11.7.2. 11.7.3. 11.7.4.

Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang dan bersandarkan format soalan semasa oleh LPM JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan Penolong Kanan Pentadbiran serta disahkan oleh Guru Besar sebelum dicetak.

11.8 Post Mortem Untuk Peperiksaan

11.8.1. 11.8.2. 11.8.3. 11.8.4.

Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan Penggal 1 dan 2 serta Percubaan UPSR. Pelaporan adalah menggunakan tapak slaid pembentangan yang telah disediakan bagi tujuan pembentangan pelaporan dan kegunaan dialog prestasi. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. Setiap guru dimestikan menyimpan rekod murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM, Guru Pemulihan dan Guru Bimbingan & Kaunseling.

11.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

11.9.1. 11.9.2. 11.9.3. 11.9.4. 11.9.5. 11.9.6.

Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut tempoh yang ditetapkan. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan PBS dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baharu murid berkenaan. Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukankan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal. Isikandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah. Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid perlu sentiasa dikemaskini. Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga perlu diisi di dalam Laman Rasmi Sekolah bagi tujuan penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan pengumpulan data secara “One Stop Centre”

12.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN

12.1 Jawatankuasa Pemantauan

12.1.1. 12.1.2. 12.1.3.

Guru Besar. Penolong Kanan Pentadbiran dengan penurunan kuasa. Penolong Kanan Pendidikan Khas dengan penurunan kuasa.

Page 9: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 12.2 Pengajaran dan Pembelajaran

12.2.1. 12.2.2. 12.2.3. 12.2.3. 12.2.4. 12.2.5. 12.2.6.

Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun secara rasmi. Pencerapan 1 oleh Guru Besar dan pencerapan 2 oleh Penolong Kanan. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan yang diberi penurunan kuasa. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing sebagai bimbingan. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.

12.3 Pengurusan Panitia

12.3.1. 12.3.2. 12.3.3. 12.3.4. 12.3.5. 12.3.6. 12.3.7. 12.3.8.

Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Guru Besar. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan setiap tahun. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.4 Bilik-bilik Khas

12.4.1. 12.4.2. 12.4.3. 12.4.4. 12.4.5.

Semua bilik khas termasuk bilik darjah mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggung jawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Penyeliaan adalah berdasarkan aspek dan criteria seperti berikut ;

i. Kebersihan ii. Keceriaan iii. Keselesaan iv. Keselamatan v. Susun atur perabut vi. Pengurusan inventori vii. Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah) viii. Papan informasi

Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

Page 10: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 12.5 Penyeliaan Buku Latihan Murid

12.5.1. 12.5.2. 12.5.3. 12.5.4. 12.5.5.

Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konsisten dan konstruktif. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata pelajaran dan kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa. Tugasan penyeliaan dan pencerapan buku latihan murid selain dari guru besar juga dipertanggungjawabkan kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua-ketua panitia mata pelajaran. Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan Buku Latihan / Hasil Kerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku Latihan / Hasil Kerja Murid) Pencerap hendaklah menilai ;

i- Bilangan latihan ii- Kesesuaian latihan iii- Ketelitian semakan iv- Arahan pembetulan v- Ulasan guru vi- Kekemasan tulisan

12.6 Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid

12.6.1. 12.6.2. 12.6.3. 12.7.4. 12.6.5. 12.6.6. 12.6.7. 12.6.8. 12.6.9. 12.6.10. 12.6.11. 12.6.12. 12.6.13. 12.6.14. 12.6.15. 12.6.16. 12.6.17. 12.6.18. 12.6.19.

Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa. Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa. Minima 20 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu. Minima 20 latihan berbentuk struktur melibatkan kajiselidik / inferens / rumusan serta penekanan kepada KPS bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu. Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang diajar dalam 1 penggal. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik. Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik. Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen ; - asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda) - ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah) - adab dan akhlak islamiah - jawi Minima 5 soalan pemahaman format subjektif/struktur dan 10 soalan pelbagai format bagi mata pelajaran bukan teras dalam seminggu. Minima 2 penghasilan folio bagi setahun untuk mata pelajaran sejarah dan pendidikan seni dan minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen / bidang dalam Pendidikan Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan. Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori dan minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan dipamerkan. Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam seminggu. Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai instrumen hendaklah disimpan secara sistematik sebagai eviden bagi sesuatu pentaksiran bagi tujuan pementoran dan penjaminan kualiti PS. Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku latihan murid bagi setiap mata pelajaran dan setiap kelas pada setiap penggal. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, dan Pengajaran Guru hendaklah difailkan dengan kemas dan sistematik. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.

Page 11: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

13.1. 13.2. 13.3. 13.4. 13.5.

Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya dengan mengisi Lampiran PK 14/1(Borang Anggaran Belanja Mengurus-ABM) bagi mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) yang sedang berkuat kuasa. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab ke hujung tahun kewangan semasa untuk pembelian keperluan bagi tahun berikutnya dan perolehan bagi 10 % dibuat dalam tahun kewangan semasa. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan.

14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

14.1. 14.2. 14.4. 14.5. 14.6. 14.7. 14.8. 14.9. 14.10. 14.11. 14.12.

Buku teks yang dibekalkan hendaklah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap guru. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh Jawatankuasa SPBT. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM. Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal. Sewaktu mata pelajaran Bahasa Arab, murid bukan Islam diwajibkan untuk masuk ke PSS dan menjalani aktiviti NILAM dan di kawal selia oleh Guru Media. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa. Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

15.1. 15.2. 15.3. 15.4. 15.5.

Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan panitia. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

Page 12: DASAR KURIKULUM SEKOLAH - …sksultanyussuf.weebly.com/uploads/1/3/5/5/13558155/dasar_kurikulum... · Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata ... Pendidikan Jasmani

DASAR KURIKULUM SEKOLAH --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 16.0 PERKEMBANGAN STAF 16.1 Kursus Dalaman

16.1.1. 16.1.2. 16.1.3.

Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.

16.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi

16.2.1. 16.2.2. 16.2.3.

Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. Lawatan boleh diadakan oleh semua panitia melalui permohonan kertas kerja serta mematuhi SOP dan SPI yang berkuatkuasa semasa samada dalam aspek ikhtisas dan kewangan.. Pengisian propgram lawatan hendaklah mengambil kira impak positif kepada murid dalam aspek kurikulum, kepimpinan dan sahsiah.

16.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus

16.3.1. 16.3.2. 16.3.3.

Diperbanyak untuk keperluan guru lain. Disimpan untuk rujukan panitia. Direkod terimaan sebagai milik sekolah.

17.0 KAJIAN TINDAKAN

17.1. 17.2.

Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun sebagai membudayakan profesionalisme keguruan dan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan mengatasi masalah pembelajaran murid. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah dan sebagai inovasi guru.

20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

20.1. 20.2.

Peluang dan bakat murid untuk penyertaan dalam pertandingan berbentuk ko akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan perlu diberi perhatian dan perancangan jangka panjang dan juga sebagai KPI guru untuk bidang keberhasilan dan pada masa yang sama dapat memangkin kualiti pencapaian murid di dalam kualiti akademik. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. Fokus dan strategi seharusnya diatur di dalam bidang yang kurang disertai oleh sekolah lain dan bidang yang kepakaran dikuasai guru dan bakat ada pada murid.

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF-SENTIASA TERBAIK

Yusri Bin Zainol Abidin

Guru Besar SK Sultan Yussuf