Dasar Kurikulum

46
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG JALAN PAHANG, 35000 TAPAH DASAR KURIKULUM PPD BATANG PADANG Oleh: EN OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMP PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG

description

Penerangan Dasar Kurikulum

Transcript of Dasar Kurikulum

PowerPoint Presentation

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

DASAR KURIKULUM PPD BATANG PADANGOleh: EN OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMP PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

OBJEKTIF

1 Dasar Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.2Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN dan Jemaah Nazir Malaysia.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

MATLAMATMemberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua muridMelahirkan warga sekolah yang cerdas akademik, cemerlang sahsiah, cergas sukan dan kokurikulum

3. Memperkasa potensi murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum hingga melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, intelek dan spiritual.

4. Menyediakan suasana sekolah yang kondusif, harmonis dan memberangsangkan untuk pembelajaran dan pemudahcara

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

1 . KURIKULUM

Penyataan Dasar

1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan .

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

1 . KURIKULUM

Penyataan Dasar

1.2Dasar Kurikulum Sekolah mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.

1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan inovasi kurikulum semasa.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

1 . KURIKULUM

Penyataan Dasar

1.5 Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Hal ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik

1.6 Melindungi Masa Instruksional (MMI) perlu menjadi amalan oleh semua warga sekolah supaya setiap perancangan dapat berjalan dengan cemerlang.

1.7 Bagi memastikan murid dapat menjanakan kemahiran berfikir aras tinggi pelaksanaan kelas abad ke 21 perlu diutamakan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penyataan Dasar

2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah

2.2 Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Ketua Bidang (SM) / Ketua Panitia (SR).

2.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penyataan Dasar

2.4 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa 2.5 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata murid dan Ketua Bidang(SM) / Ketua-Ketua Panitia (SR) dipertanggungjawabkan sepenuhnya

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Penyataan Dasar

3.1Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhiSurat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986.

3.2Pengurusan Panitia mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001:2008

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Penyataan Dasar

3.3Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam ,motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Penyataan Dasar

3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada Take of Value (TOV) dan Headcount dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran. 3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid terhadap pembelajaran. 3.6 Pengurusan panitia secara on line atau web based/1Bestari net VLEFrog mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk .

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Penyataan Dasar

3.7 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir . Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Pengetua/Guru Besar melalui SU Kurikulum

3.8Setiausaha Panitiahendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua-ketua panitia

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

4. SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Penyataan Dasar

4.1 SP, HSP dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pemudahcara.

4.2Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas, dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

4. SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Penyataan Dasar

4.3 Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh Pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk. 4.4Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

4. SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Penyataan Dasar

4.5 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas.

4.6 Melengkapkan sukatan pelajaran mengikut tempoh yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

PAKEJ MATA PELAJARAN(SEKOLAH MENENGAH)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

5. PAKEJ MATA PELAJARAN Penyataan Dasar

5.1 Bagi mata murid Menengah Rendah seorang murid akan mengambil semua mata pelajaran kecuali bukan Melayu akan mengambil P. Moral dan yang beragama Islam akan mengambil P. Islam secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat.

5.2Bagi mata pelajaran Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5), sekolah boleh menawarkan pakej Sains Tulen dan mata pelajaran Elektif yang bersesuaian. Berikutnya pakej Bukan Sains dengan mata pelajaran elektifnya.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

6. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA Penyataan Dasar

6.1 Pembelajaran dan pemudahcara berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk mengoptimumkan kecemerlangan murid.

6.2 Menyediakan kemudahan pembelajaran dan pemudahcara yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)

6.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pembelajaran dan pemudahcara di dalam bilik darjah

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

6. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA Penyataan Dasar

6.4Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti VLEFrog digalakkan dan akan diperluaskan.

6.5 Memperluas program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi keutamaan dan bahasa ke tiga yang ditawarkan oleh pihak sekolah.

6.6Memastikan penguasaan basic fact and information dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

6. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA Penyataan Dasar

6.7 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) semasa proses pembelajaran dan pemudahcara

6.8 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pembelajaran dan pemudahcara bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. 6.9Penggunaan kumpulan pembelajaran kalobaratif, PLC mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

6. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA Penyataan Dasar

6.10 Pemilihan Pembelajaran Pelbagai Kecerdasan perlu dikenal pasti dan murid digalakkan untuk menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

6.11Keberkesanan proses pembelajaran dan pemudahcara mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran , murid dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pembelajaran dan pemudahcara berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan murid di dalam kelas.

6.13 Proses pembelajaran dan pemudahcara yang berkesan mestilah menggabungkan Content Skill , Language Skill, ICT Skill , Pedagogy Skill dan KBAT . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

6. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA Penyataan Dasar

6.14Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Ketua Bidang mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan Headcount Mata Pelajaran mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru.

6.15 Pembelajaran dan pemudahcara menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pemudahcara di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan menggunakan PBS agar PdP lebih menarik dan berkesan.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

6. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA Penyataan Dasar

6.16 Proses pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.

6.17Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan mencapah seperti KBAT

6.18Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya penggunaan untuk proses pembelajaran dan pemudahcara dioptimumkan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

7. BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN Penyataan Dasar

7.1Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid.

7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 2 Oktober 1991.

7.3Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcara sains selaras denganSPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen. Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

7. BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN Penyataan Dasar

7.4Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP dalam bilik darjah . Guru mata murid mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru mata murid mengikut jadual yang telah ditetapkan.

7.5Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

LATIHAN MINIMUM

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

8. LATIHAN MINIMUM Penyataan Dasar

8.1Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata murid.

8.2Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang adalah diputuskan dan diterima dalam Mesyuarat Bidang dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN Penyataan Dasar 9.1Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan

9.2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawahAkta Pendidikan 1996

9.3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN Penyataan Dasar 9.4 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalamPekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilanganpeperiksaan dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan ,rekod markah , syarat lulus , jadual spesifikasi ujian, content skill dan post mortem peperiksaan.

9.5 Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji Take Off Value dan meletakkan ETR bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun. Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan keputusan peperiksaan mereka

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI Penyataan Dasar

10.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapanAkta Pendidikan 1996.

10.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum

10.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru(pemeriksa kertas peperiksaan awam)

10.4Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI Penyataan Dasar

10.5Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti. Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan susulan kedua-dua pihak.

10.6 Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI Penyataan Dasar

10.7Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru pengawas bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pembelajaran dan pemudahcara adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH , surau, Bilik Pendidikan Islam, Dewan , Bilik PSV , Bilik Tayangan , Makmal Komputer dan Makmal Bahasa.

10.8Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri murid di dalam meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu dan semua guru, Ketua Bidang dan Ketua Panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing. Guru Perpustakaan dan Media adalah orang penting yang berperanan menggerakkan peranan dan fungsi PSS

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK Penyataan Dasar

11.1Semua program utama yang berlangsung dalam proses pembelajaran dan pemudahcara yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan murid.

11.2Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik.

11.3Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata murid , menajamkan kemahiran berfikir murid supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai , meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan ,meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK Penyataan Dasar

11.4Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pemudahcara dan pada masa yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latih tubi ,dan pendedahan teknik menjawab soalan. Penglibatan HEM, guru kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik.

11.5 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum Induk .

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

12. PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN Penyataan Dasar

12.1 Proses pembelajaran dan pemudahcara guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia dan dipantau sekurang-kurangnya dua kali oleh Pentadbir terhadap setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun .

12.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggung dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan rakan sejawat untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah .

12.3 Penyeliaan proses pembelajaran dan pemudahcara mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pemudahcara dan bukan mencari kesalahan supaya penambaikan boleh berlaku .

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

12.PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN Penyataan Dasar

12.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh ketua bidang dan penolong penolong kanan.

12.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.

12.6Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja , buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGJALAN PAHANG, 35000 TAPAH

12.PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Penyataan Dasar

12.7Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan