Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

16
http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/ kenegaraan-dasar-luar-malaysia/ Dasar Luar Malaysia: NAM dan Isu Palestin Posted on September 2, 2012 | Leave a comment KENYATAAN KERAJAAN MALAYSIA YB MENTERI LUAR NEGERI MENGHADIRI MESYUARAT PERINGKAT MENTERI JAWATANKUASA GERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) MENGENAI PALESTIN, DI TEHRAN, REPUBLIK ISLAM IRAN, 28 OGOS 2012 _________________________________________________________________ _______ YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Jawatankuasa NAM mengenai Palestin pada 28 Ogos 2012 sempena Mesyuarat Persediaan Menteri Sidang Kemuncak NAM ke-16. Mesyuarat itu dihadiri oleh Algeria, Bangladesh, Colombia, Cuba, Mesir, India, Indonesia, Malaysia, Palestin, Senegal, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Zambia. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Iran.

description

SJH 1108 PPISMP SEM 3

Transcript of Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

Page 1: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Dasar Luar Malaysia: NAM dan Isu PalestinPosted on September 2, 2012 | Leave a comment

KENYATAAN KERAJAAN MALAYSIA

YB MENTERI LUAR NEGERI MENGHADIRI MESYUARAT PERINGKAT

MENTERI JAWATANKUASA GERAKAN NEGARA-NEGARA

BERKECUALI (NAM) MENGENAI PALESTIN,

DI TEHRAN, REPUBLIK ISLAM IRAN,

28 OGOS 2012

______________________________________________________________________

__

YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah menghadiri

Mesyuarat Peringkat Menteri Jawatankuasa NAM mengenai Palestin pada 28

Ogos 2012 sempena Mesyuarat Persediaan Menteri Sidang Kemuncak NAM ke-16.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Algeria, Bangladesh, Colombia, Cuba, Mesir, India,

Indonesia, Malaysia, Palestin, Senegal, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Zambia.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Iran.

Page 2: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Persidangan NAM, Iran Ogos 2012

Semasa mesyuarat itu, YB Dato’ Sri Anifah Aman telah sekali lagi menyuarakan

sokongan Malaysia untuk memperjuangkan kemerdekaan Palestine dari penindasan

rejim Israel. Beliau juga mengkritik tindakan Israel menyekat cadangan mengadakan

Mesyuarat Luar Biasa Peringkat Menteri Jawatankuasa NAM mengenai Palestin di

Ramallah, Palestin dari 5 – 6 Ogos 2012.

YB Dato’ Sri Anifah Aman menggesa supaya Jawatankuasa ini berusaha dengan lebih

kuat lagi untuk membantu dalam perjuangan rakyat Palestin selain daripada hanya

mengeluarkan kenyataan dan kritikan. Jawatankuasa berkenaan telah bersetuju untuk

menubuhkan satu Pasukan Petugas Tindakan Khas yang terdiri daripada Wakil Tetap

yang berkenaan di New York dengan mandat untuk menggubal tindakan-tindakan dan

langkah-langkah yang kukuh bagi menyelesaikan isu-isu Palestin.

Kementerian Luar Negeri

31 Ogos 2012

Page 3: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

→ Leave a comment

Posted in Kenegaraan: Dasar Luar Malaysia,KENEGARAAN: ISU SEMASA, KENEGARAAN:

PERTUBUHAN ANTARABANGSA, kERTAS 1 STPM

Kenegaraan: Isu Kepulauan SpratlyPosted on June 23, 2011 | 1 Comment

Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan akibat ZEE

Nota:

Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

• ZEE bermakna hak pengurusan dan eksploitasi kekayaan di kawasan

perairan(200 batu).

• Melalui ZEE kita dapat mengeksploitasi petroleum di kawasan

perairan Malaysia.

• Rebutan kepulauan Spratly oleh Cina, Filipina, Vietnam, dan

Malaysia.( Pulau Natuna Anambas )

• (timbul masalah rebutan Pulau Batu Putih dengan Singapura).

Sipadan-Ligitan(Indonesia)

22 Jun 2011 – China hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya membiarkan

pertikaian wilayah di Laut China Selatan diselesaikan sendiri oleh negara-negara yang

mempunyai tuntutan. Dalam amaran paling berterus-terang kepada Washington, Beijing

berkata, pembabitan AS dalam pertikaian itu boleh memburukkan lagi keadaan.

Ketegangan di Laut China Selatan meningkat sejak sebulan lalu disebabkan

kebimbangan bahawa China semakin agresif dalam mengukuhkan tuntutannya

terhadap perairan yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas.

China berpendirian AS tidak perlu campur tangan dalam pertikaian itu dan sekiranya AS

tetap mahu memainkan peranan, Washington perlu menasihatkan negara-negara yang

Page 4: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

melakukan provokasi supaya bertindak secara lebih bertanggungjawab. AS bukan

negara yang mempunyai tuntutan dalam pertikaian di Laut China Selatan, dengan itu

adalah lebih baik jika AS membiarkan pertikaian diselesaikan antara negara-negara

yang menuntut.

China sangat bimbang dengan provokasi yang kerap dilakukan oleh negara lain di Laut

China Selatan. Sementara itu di Manila, pegawai Filipina berkata, tentera Amerika

Syarikat (AS) berkewajipan membantu mempertahankan askar, kapal atau pesawat

udara negara ini jika mereka diserang di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Jabatan Luar Filipina dalam satu kertas dasarnya berkata, Perjanjian Pertahanan

Bersama 1951 menghendaki Washington membantu tentera Filipina jika mereka

diserang di kepulauan tersebut.

Sebahagian perairan di Laut China Selatan turut dituntut oleh Brunei, Malaysia, Filipina,

Taiwan dan Vietnam.Tuntutan China adalah yang paling besar, dengan kawasan

perairan yang dituntut berbentuk U meliputi sebahagian besar daripada Laut China

Selatan yang seluas 1.7 juta kilometer persegi, termasuk Kepulauan Spratly dan

Paracel.

Di Washington kelmarin, anggota kanan Parti Republikan, Senator John McCain

menggesa kerajaan AS meningkatkan sokongan ketenteraan dan politik kepada negara

anggota ASEAN untuk menghadapi China dalam pertikaian semakin meningkat di Laut

China Selatan.Menurutnya, AS perlu membantu anggota ASEAN untuk membangunkan

dan menempatkan sistem amaran awal serta bot peronda perairan pantai di kawasan

yang menimbulkan pertikaian.

→ 1 Comment

Posted in Kenegaraan: Dasar Luar Malaysia, KENEGARAAN: ISU SEMASA, kERTAS 1 STPM

Kenegaraan: Dialog Antarabangsa LangkawiPosted on June 21, 2011 | Leave a comment

LID

→ Leave a comment

Posted in Kenegaraan: Dasar Luar Malaysia,KENEGARAAN: Ekonomi Malaysia dan

antarabangsa,kERTAS 1 STPM

Kenegaraan: Malaysia Kutuk Keganasan Israel

Page 5: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Posted on June 2, 2010 | 2 Comments

12 rakyat Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza selamat. Syabas!

Tanah Palestin telah dipecahkan kepada Tebing Barat(West Bank) dan Gaza

Nota:

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

Malaysia menuntut hak rakyat Palestin mendapat balik tanah air mereka

dilaksanakan.

Malaysia mengutuk keganasan Israel menzalimi rakyat Palestin.

Malaysia Kecewa Dengan Sikap Majlis Keselamatan PBB

1 Jun 2010

Malaysia berasa kecewa terhadap tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (UNSC) yang tidak bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan presiden

yang lebih keras mengutuk serangan Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke

Gaza.

Page 6: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

“UNSC hanya meluahkan rasa sangat kesal dan tidak mengecam tindakan Israel itu.

Kita kecewa kecaman itu tidak dikeluarkan oleh majlis tersebut,” kata Menteri Luar

Datuk Seri Anifah Aman.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini hari Selasa

sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar

Negara-Negara Asean-GCC, Anifah berkata Malaysia berasakan “UNSC patut lakukan

lebih daripada itu.”

“Apa yang berlaku, UNSC tidak begitu bersedia untuk mengutuk apa yang telah

dilakukan oleh Israel,” katanya.

Anifah berkata Malaysia “tentu sekali” akan mengemukakan bantahan kepada UNSC.

Malaysia, katanya, lebih suka jika satu siasatan penuh yang bebas dilakukan terhadap

serangan ke atas aktivis kemanusiaan di perairan antarabangsa itu yang melanggar

undang-undang antarabangsa.

Malaysia juga menggesa agar kapal dan orang awam yang ditahan oleh Israel

dibebaskan segera, katanya.

Anifah berkata wujud unsur pilih kasih dalam insiden itu memandangkan Israel dilihat

seolah-olah tidak terikat dengan undang-undang antarabangsa.

“Ini bukan medan peperangan. Ini adalah bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin

yang yang layak dibantu,” katanya.

Walau bagaimanapun beliau yakin akan ada usaha pihak antarabangsa untuk

membebaskan aktivis dan juga kapal-kapal yang ditahan.

Page 7: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

“Pada kalangan mereka ada penerima anugerah Nobel Kesusasteraan dan bekas

pembantu kepada setiausaha agung di PBB. Mereka ini tidak boleh dilihat sebagai

pengganas.

“Apa yang berlaku di perairan antarabangsa itu sendiri boleh disifatkan sebagai

tindakan keganasan, tindakan oleh tentera Israel yang naik ke atas kapal itu di perairan

antarabangsa,” katanya.

→ 2 Comments

Posted in Kenegaraan: Dasar Luar Malaysia,KENEGARAAN: ISU SEMASA, KENEGARAAN:

PERTUBUHAN ANTARABANGSA, kERTAS 1 STPM

Kenegaraan: ASEAN & Dasar Luar NegaraPosted on May 25, 2010 | Leave a comment

YAB Dato Sri NAJIB disambut Lee sebelum mengadakan perbincangan di Singapura

24-5-2010 Singapura

Malaysia, Singapura sepakat tubuh syarikat usaha sama; KL setuju pindah

Stesen Tanjong Pagar ke Woodlands

ISU tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini yang tertangguh

hampir 20 tahun hingga menjadi ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Malaysia-

Singapura, berakhir semalam apabila kedua-dua negara mencapai persetujuan

bersejarah menubuhkan syarikat usaha sama dikenali M-S Pte Ltd bagi memajukan

kawasan berkenaan.

Berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam pertemuan sejam antara Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, di sebuah

Page 8: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

hotel di sini, Stesen KTMB di Tanjong Pagar akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan

Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Tanah KTMB seluas 217

hektar di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands serta tiga lot di Bukit Timah, pula akan

diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan. Penyerahan tanah itu akan

berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan stesen Tanjong Pagar. Menurut

kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu, M-S

Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember ini, membabitkan Khazanah

Nasional Berhad dari Malaysia yang memegang 60 peratus kepentingan, manakala

Temasek Holdings Limited – cabang pelaburan Kerajaan Singapura, memegang 40

peratus ekuiti.

Kenyataan berkenaan juga menjelaskan tanah dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan

nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.

Bagaimanapun, perincian mengenai kaedah pembangunan dan nilai tanah terbabit

serta struktur penubuhan dan pengurusan M-S Ptd Ltd akan dikemukakan oleh Lee

dalam pertemuan dengan Najib dalam lawatannya ke Kuala Lumpur dalam tempoh

sebulan lagi.

Pertemuan kelak juga akan menyentuh soal pembangunan sistem transit laju (RTS)

menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual

beroperasi pada 2018. Ini sekali gus menyaksikan stesen KTMB di Woodlands

dipindahkan ke Johor menjelang tempoh berkenaan.

Persetujuan lain ialah:

Malaysia juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta

apinya di WTCP.

Singapura setuju membantu urusan pemindahan ke Woodlands dan memastikan

perkhidmatan bas menghubungkan stesen KTMB di situ ke Stesen MRT untuk

kemudahan penumpang.

Page 9: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Menubuhkan pasukan pelaksana bersama yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha

Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura; dan

Memulihara bangunan terminal penumpang stesen kereta api Tanjong Pagar kerana ia

mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan

yang dicadangkan di tapak itu. Bangunan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore

Drive juga mungkin dipulihara.

Dalam sidang media bersama, Najib berkata, keputusan yang dicapai dalam

perbincangan itu melakar sejarah baru dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Kita tidak mahu isu bersama yang tertunggak menghalang usaha mempertingkat dan

memperkukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Hari ini (semalam) agak bersejarah sebab kita sekarang nampak penyelesaian kepada

isu tertunggak yang berlarutan hampir 20 tahun,” katanya.

Lee pula berkata, beliau dan Najib melalui perbincangan yang sangat berhasil

membabitkan skop yang luas dan memberi fokus mengenai usaha mempertingkatkan

lagi hubungan dua hala sejajar perkembangan di Asia mahupun global yang

memerlukan kedua-dua negara bekerjasama.

“Ini memerlukan kita menyelesaikan isu yang tergantung sekian lama dan ini

membolehkan kita terus mara serta menikmati manfaat bersama,” katanya.

Terdahulu, Najib dan Lee turut mengetuai perbincangan delegasi kedua-dua negara

sebelum menyertai jamuan tengah hari.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Luar, Datuk Seri

Anifah Aman; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat; Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri

Page 10: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Hishammuddin Hussein dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk

Seri Mustapa Mohamed.

→ Leave a comment

Posted in Kenegaraan: Dasar Luar Malaysia,KENEGARAAN: PERTUBUHAN

ANTARABANGSA,kERTAS 1 STPM

Kenegaraan: Hubungan Malaysia-Amerika SyarikatPosted on April 13, 2010 | Leave a comment

PM Malaysia bersama Presiden Amerika Syarikat

13-04-2010

Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat maju setapak lagi apabila Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pertama kali mengadakan

pertemuan dua hala di sini pada Isnin.

Permulaan perbincangan berkisar kepada perkara-perkara ringan sebelum kedua-dua

pemimpin itu menyentuh beberapa isu besar melibatkan perdagangan dan

ketakcambahan nuklear, kata pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada

Bernama.

“Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan meyakinkan. Saya rasa

perbincangan ini membawa hubungan dua hala ke satu tahap kesungguhan yang lebih

tinggi,” kata Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Page 11: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Malahan semasa delegasi Malaysia hendak beredar, Obama mengajak Najib berbual

dengan beliau untuk beberapa minit lagi.

Semasa perbincangan selama 40 minit antara kedua-dua pemimpin itu, mereka

menyentuh mengenai kerjasama ekonomi, dan Obama tahu tentang Model Ekonomi

Baru yang Najib umumkan dua minggu lepas bertujuan antara lainnya untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Presiden Obama memuji Perdana Menteri kerana memperkenalkan satu model

ekonomi yang mantap, dan Setiausaha Negara Hillary Clinton bercakap mengenai

peluang yang boleh dinikmati syarikat-syarikat Amerika di Malaysia di masa depan.

“Jadi, dalam bidang ekonomi, ia amat memberangsangkan,” kata Rais.

Najib turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan mengambil bahagian secara aktif

dalam Perkongsian Trans-Pasifik yang diperkenalkan oleh pentadbiran Obama untuk

menggerakkan integrasi ekonomi di rantau Asia-Pasisik yang menguasai 40 peratus

daripada perdagangan dunia.

Mengenai isu antarabangsa pula, Obama meminta sokongan Malaysia dalam

membantu membina semula Afghanistan dan berhubung kebimbangan masyarakat

antarabangsa terhadap peningkatan kuasa nuklear Iran.

Najib memberi jaminan mengenai kesediaan Malaysia membantu program perubatan

dan pembangunan di Afghanistan, dan Obama mencadangkan agar perkara itu

dibincangkan lagi dalam pertemuan Perdana Menteri dengan Wakil Khas Amerika

Syarikat Richard Holbrooke pada Khamis.

Mengenai Iran, Rais berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Iran perlu

berpegang kepada janjinya untuk menggunakan tenaga nuklear hanya untuk tujuan

keamanan.

Page 12: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

“Mereka bersependapat bahawa setiap negara mempunyai hak kepada tenaga nuklear

untuk tujuan yang baik dan dalam soal ini setiap negara harus dilihat berniat murni dan

telus,” katanya.

Obama juga menyambut baik langkah Malaysia memperkenalkan undang-undang bagi

membanteras urusan penjualan senjata secara haram bagi mengelak percambahan

senjata.

Najib mengulangi pendirian tegas Malaysia untuk terus menentang percambahan

senjata.

Perdana Menteri juga menjelaskan kepada pemimpin Amerika itu mengenai Asean,

keadaan di selatan Filipina dan Thailand, dan kejayaan Malaysia menyekat hubungan

pertubuhan militan, Jemaah Islamiah, dengan al-Qaeda.

Beliau turut mengundang Obama untuk melawat Malaysia.

“Ini turut membuat kedua-dua pihak ketawa apabila Perdana Menteri menyatakan

bahawa kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia ialah oleh

Lyndon Johnson pada tahun 60an,” kata Rais.

→ Leave a comment

Posted in Kenegaraan: Dasar Luar Malaysia,KENEGARAAN: ISU SEMASA, kERTAS 1 STPM

Malaysia, APEC, ASEAN dengan Obama(Presiden Amerika Syarikat)Posted on November 16, 2009 | 1 Comment

Page 13: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Obama mahu hubungan lebih rapat dengan

ASEAN

16-11-2009

NAJIB Tun Razak (kiri) berganding tangan dengan para pemimpin ASEAN dan AS

semasa sesi bergambar pada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN-AS di

Singapura, semalam. Dari kanan, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva; Presiden

AS, Barack Obama; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Presiden Filipina,

Gloria Macapagal Arroyo ; dan Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Thein Sein. – AFP

——————————————————————————–

SINGAPURA 15 Nov 2009. – Presiden Barack Obama berhasrat meningkatkan

hubungan dengan ASEAN secara lebih rapat dan mendalam, kata Perdana Menteri

selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat di sini hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pertemuan di antara Presiden Amerika

Syarikat itu dengan pemimpin ASEAN sebagai amat bersejarah dan bermakna.

“Obama menyatakan hubungan ini akan terus ditingkatkan melibatkan pelbagai

kerjasama dalam bidang integrasi ekonomi, perdagangan, teknologi dan pendidikan,”

jelas beliau.

Ada cadangan khusus kerjasama seperti mengadakan program Peace Corps dengan

menyediakan guru bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Page 14: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat itu diadakan selepas mesyuarat pemimpin-

pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang turut disertai oleh Obama dan

enam daripada 10 anggota ASEAN iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Brunei, Filipina

dan Indonesia.

Menurut Najib, isi perbincangan dan nada Obama berhubung ASEAN adalah positif dan

sehubungan itu Vietnam mencadangkan supaya sidang kemuncak antara kedua belah

pihak dijadikan acara tahunan.

Perdana Menteri berkata, Vietnam, yang akan menjadi pengerusi ASEAN tahun depan,

turut menyuarakan hasratnya supaya mesyuarat para pemimpin ASEAN dengan

Presiden AS itu dijadikan sebagai acara tahunan.

Kata Najib lagi, Obama hendak berhubungan rapat dengan ASEAN dan mahukan

ASEAN menjadi satu rantau ekonomi yang terbuka.

Tambahnya, Obama juga mengiktiraf penglibatan Malaysia dalam soal keselamatan

dan perdamaian serantau termasuk menangani isu keganasan, peranan sebagai orang

tengah dalam konflik Filipina Selatan serta memastikan laluan Selat Melaka bebas

daripada kegiatan lanun.

“Obama juga maklum usaha Malaysia menangani kegiatan penyeludupan manusia

khususnya untuk tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat persinggahan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib memberitahu Amerika Syarikat mahu Malaysia sebagai negara

Islam memainkan peranan lebih besar dalam dialog antara agama.

“Malaysia mengambil maklum perkara ini dan berharap ia akan membawa permulaan

baru dalam hubungan Amerika dengan dunia Islam khususnya ke arah proses damai di

Asia Barat.

Page 15: Dasar Luar Malaysia - Isu Palestin

http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-1-stpm/kenegaraan-dasar-luar-malaysia/

“Walau sukar sekalipun usaha mencapai perdamaian tetapi ia perlu dilakukan sehingga

penyelesaian dapat dicapai,” ujar beliau.

Mengenai Myanmar, Perdana Menteri memberitahu Obama berharap proses demokrasi

seperti pilihan raya di Amerika dapat dilaksanakan di negara itu.

Menurutnya, isu pembebasan Aung San Suu Kyi turut dibangkitkan namun tidak ada

jawapan rasmi daripada pihak Myanmar.