Dasar Pecah Dan Perintah
-
Upload
belalang-tempur-wadiwazi -
Category
Documents
-
view
59.649 -
download
12
Transcript of Dasar Pecah Dan Perintah
DASAR ‘ PECAH DAN PERINTAH INGGERIS DAN KESANNYA DALAM PEMBENTUKKAN ETNIK DI MALAYSIA.
Pendahuluan
Dasar `Pecah dan perintah Inggeris’
Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu
mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara
mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas
fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu penduduk Bumiputera tidak
diberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan
kepada golongan imigran. Ini dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk
mengisi keperluan tenaga buruh.
Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran
secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah’
(Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah
jajahan untuk `melemahkan’ Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan
keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk
Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing –
masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera.
Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan
perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih
dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun
tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di
Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan
cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini
pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara
1
ini. Dasar `Pecah dan Perintah’ membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan
suatu keadaan yang menjadikan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera akan
tertekan daripada segi kehidupan ekonomi, politik dan sosial.
Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum
merdeka.
1) Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong
bijih.
2) Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan
penduduk Bumiputera.
3) Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
4) Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah
wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
5) Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah
menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam
masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan
penagihan candu banyak berlaku.
6) Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang
menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha
ladang asing.
7) Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang
pelajaran.
2
Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan
melombong bijih .
Pembesar Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan penglibatan
bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri Selat. Dengan bertapaknya
penjajah di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini segera diambil
alih oleh pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggeris
sendiri. Disebabkan kaedah melombong orang Melayu dianggap tidak memadai
untuk menghasilkan pengeluaran yang mampu menampung keperluan eksport secara
besar-besaran di samping keperluan membuka lebih banyak lombong, maka tenaga
buruh dan teknologi terpaksa dibawa dari luar. Dalam tempoh yang singkat syarikat
Inggeris telah menguasai aktiviti perlombongan.
Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang
melibatkan penduduk Bumiputera.
Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran, sebaliknya
keadaan Bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasrat
menyisihkan penduduk Bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat di
sekeliling mereka.
Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
Ini disebabkan kaum imigran menjadi penggerak (sebagai buruh dan usahawan)
kawasan bandar yang menjadi tumpuan imigran.
Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah
wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
3
Disebabkan 90 peratus imigran Cina dan India terdiri daripada rakyat jelata kelas
bawahan di negeri asal mereka, corak hidup dan budaya tersendiri dikekalkan. Pada
zaman ini, kedudukan ekonomi penduduk Bumiputera di Semenanjung Tanah Melayu
tidak mencapai sebarang kemajuan malahan semakin mundur disebabkan oleh dasar
yang nampaknya tidak memberi manfaat kepada Bumiputera, sebaliknya telah
mendatangkan kesempatan kepada golongan imigran untuk menguasai punca- punca
ekonomi.
Dari segi sosial, kedatangan imigran cina dan India yang melimpah-limpah
menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam
masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran
dan penagihan candu banyak berlaku.
Pada peringkat permulaan penghijrahan, semangat kesukuan Cina telah dijelmakan
dalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi antara mereka pada tahun
1860-an dan 1870-an, terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh
pembesar-pembesar Melayu berkenaan. Ketidak-seimbangan imigran laki-laki dan
wanita telah menyebabkan kegiatan pelacuran terjadi di bandar-bandar kawasan
perlombongan. Selain itu penagihan candu menjadi masalah kepada sesetengah
buruh imigran. Budaya imigran ini agak terasing dari cara hidup tempatan.
Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang
menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha
ladang asing.
Tarikan terhadap tanaman getah bukan sahaja menghalang tumpuan orang Melayu
kepada tanaman padi tetapi juga wujudnya persaingan untuk mendapatkan tanah bagi
tanaman getah. Akibatnya beribu-ribu tanah pertanian dan kampung Melayu dijual
kepada pengusaha ladang asing. Sistem Torens yang diperkenalkan di semua negeri
menjadikan tanah sebagai input komersil. Penjualan dan pindah milik tanah orang
Melayu yang berleluasa menyebabkan banyak yang kehilangan tanah.Pihak
pentadbiran penjajah Inggeris kononnya merasa bimbang terhadap perkembangan ini
yang jika dibiarkan mungkin akan menimbulkan kelas buruh upahan Melayu yang
4
tidak bertanah. Keadaan ini bukan sahaja tidak diingini oleh sultan dan pembesar
Melayu tetapi bercanggah dengan dasar Inggeris yang mahu mengekalkan orang
Melayu sebagai petani. Untuk mengawal keadaan ini dan mengurangkan spekulasi
tanah, kerajaan Inggeris telah meluluskan Enakmen Tanah Rezab Melayu pada tahun
1913.
Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam
bidang pelajaran
Dasar Inggeris untuk mengekalkan kedudukan Bumiputera sebagai petani dan
nelayan jelas diungkapkan dalam dasar pelajaran yang menjelaskan bahawa
matlamatnya bukanlah untuk melahirkan anak-anak petani atau nelayan Melayu yang
berpendidikan tinggi tetapi `sekadar untuk menjadikan anak-anak petani atau nelayan
Melayu pandai sedikit daripada bapa mereka. Sehingga tahun 1920-an, sekolah-
sekolah Melayu tidak diberi perhatian sangat dan sering menghadapi masalah buku
teks dan guru-guru yang berkelayakkan. Pelajaran Inggeris diutamakan dan
menjelang abad ke-20 boleh dikatakan kesemua bandar utama di Negeri- negeri Selat
dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai sekolah-sekolah Inggeris yang
ternama seperti Penang Free School, Raffles Institution di Singapura, Victoria
Institution, Malacca High School dan sekolah-sekolah missionary yang lain.
Disebabkan sekolah terbaik memang terletak di bandar, peluang memasuki sekolah
berkenaan hanya terbuka kepada golongan imigran yang menjadi penghuni bandar.
Pelajaran Inggeris untuk orang Melayu hanya dihadkan kepada keluarga aristokrat
dan bangsawan Melayu. Untuk tujuan ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
pada tahun 1905 sebagai sekolah golongan elit Melayu.
5
Kesan jangkamasa panjang pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris
Telah mewujudkan masalah perpaduan di antara kaum melalui :
1. Pengasingan penempatan
2. Pengasingan agama
3. Pengasingan sistem pendidikan
4. Kewujudan akhbar perlbagai bahasa
5. Kewujudan Persatuan pelbagai kaum
Pengasingan penempatan
Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk secara
beramai-ramai tenaga kerja dari China dan India. Salah satu faktor yang mendorong
orang Cina dan India datang ke Malaya pada masa itu ialah faktor ekonomi. Faktor ini
jugalah yang telah mendorong sesuatu golongan etnik menetap di sesuatu kawasan dan
fakta ini juga berkait rapat dengan pekerjaan tertentu sesuatu kaum.
Dalam tahun-tahun 1920-an, corak pendudukan rakyat di negara ini (seperti yang terdapat
dewasa ini) telah jelas terbentuk. Terdapat perkampungan Melayu, pekan dan bandar
dengan kedai–kedai Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah panjang kaum Iban
dan kampung kaum kadazan. Hal ini merupak satu senario biasa yang boleh dilihat dalam
masyarakat Malaysia. Masyarakat perlbagai kaum ini terpisah dan berbeza antara satu
dengan yang lain. Corak pemisahan ini melahirkan asas-asas dalam masalah perpaduan
dan integrasi kaum. Pengasingan daripada segi fizikal ini juga tidak membolehkan setiap
kaum bercampur gaul, bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang lain.
Pemisahan fizikal ini menjadikan ikatan hubungan antara kaum bertambah jauh ditambah
lagi dengan adanya perbezaan-perbezaan lain seperti perbezaan agama, pendidikan,
akhbar, persatuan dan pengaruh politik di tanah asal mereka.
6
Pengasingan agama
Pada amnya setiap kaum dapat digolongkan kepada agama yang dianutinya. Orang
Melayu beragama Islam, orang India beragam Hindu dan orang Cina menganut agama
Buddha, Kung Fu-tze dan Lao tze. Bagaimanapun pembahagian agama kaum ini dibuat
secara kasar dan tidak mutlak kerana terdapat juga orang India yang menganut agama
Islam, Kristian dan kaum India dari keturunan Punjabi pula menganut agama Sikh.
Banyak juga kaum Cina yang menganut agama Kristian. Sementara kaum Bumiputera di
Sabah dan Sarawak banyak yang beragama Kristian.
Pengasingan sistem pendidikan
Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah ditinggalkan
oleh pihak British. Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 iaitu pada
peringkat awal wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu, kerajaan British telah
menitikberatkan tentang dua bentuk pelajaran bagi mereka, iaitu pelajaran Melayu untuk
orang Melayu biasa dan pelajaran Inggeris untuk anak-anak Melayu daripada golongan
bangsawan. Kecenderungan pihak British terhadap pendidikan orang Melayu pada masa
itu ialah kerana mengenangkan orang Melayu adalah penduduk tetap negeri ini,
sedangkan orang Cina dan India adalah kaum-kaum pendatang yang akhirnya akan
pulang ke negara asal mereka. Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung.
Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris untuk semua kaum pula didirikan di bandar-
bandar. Tidak banyak orang Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Inggeris. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka bagi
menyediakan pegawai-pegawai pentadbir Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orang
Melayu sahaja (kerabat diraja dan bangsawan Melayu) yang mampu menghantar anak
mereka bersekolah di maktab ini.
7
Di samping sekolah Melayu dan Inggeris, pihak British juga mendirikan sekolah
Tamil di ladang-ladang getah. Walaubagaimanapun, tuan-tuan punya ladang getah (yang
terdiri daripada orang Inggeris dan Eropah) tidak begitu bersungguh-sungguh memajukan
pendidikan sekolah Tamil. Oleh itu perkembangan pendidikan Tamil agak lembap.
Walaupun guru- guru yang mengajar di sekolah Tamil ini diambil dari India, tetapi mutu
pengajaran mereka tetap rendah. Tidak ada pelajaran peringkat menengah di sekolah
Tamil. Justeru itu, lepasan sekolah Tamil seperti juga dengan lepasan sekolah Melayu,
tidak menjamin mereka untuk mencapai pekerjaan lain selain menjadi buruh di ladang
getah seperti ibu bapa mereka.
Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina mempunyai tradisi untuk
menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka. Di mana ada
masyarakat Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh orang Cina yang kaya
dalam kelompok itu. Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di sekolah-
sekolah Cina didatangkan dari negeri China dan murid-muridnya mempelajari perkara-
perkara yang sama seperti pelajar-pelajar di sana. Berbanding dengan sekolah-sekolah
Melayu dan Tamil, pelajar Cina mendapat pelajaran yang lebih tinggi di sekolah Cina.
Sekolah Cina menyediakan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah.
Pelajaran menengah diadakan di sekolah-sekolah yang lebih besar, dan banyak juga
penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar anak mereka melanjutkan
pelajaran ke negeri China.
Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran pendidikan
masyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan kuasa yang
membantu memisahkan lagi masyarakat pelbagai kaum di Malaya. Didapati bahawa
aliran pendidikan yang membolehkan tiga kaum (Melayu, Cina dan India) ini berhubung
dan berinterkasi antara satu sama lain ialah melalui pendidikan sekolah Inggeris. Satu
perkara yang ketara ialah pendidikan aliran Inggeris ini membekalkan pengalaman yang
sama bagi mereka yang menuntut. Pengalaman yang sama ini kelihatan dapat
mengurangkan jurang pemisah antara kaum. Kumpulan perlbagai kaum yang mempunyai
latar belakang pendidikan Inggeris seterusnya dapat bekerjasama menjadi satu kumpulan
yang agak penting dalam usaha menuntut kemerdekaan negara ini kemudiannya.
Walaupun pendidikan aliran Inggeris ini kelihatan mempunyai kesan positif terhadap
8
interaksi dan perpaduan perlbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu, tetapi kesan
negatifnya juga dapat dirasai. Hal tersebut berlaku kerana mereka yang berpendidikan
Inggeris ini agak terpisah dengan budaya dan cara hidup kelompok asal masing-masing.
Kewujudan akhbar perlbagai bahasa
Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untuk memupuk perpaduan
masyarakat. Selain itu, akhbar juga nerupakan alat yang dapat meniupkan dan
menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat perlbagai kaum. Keadaan
ini memang berlaku dalam masyarakat kita semasa penjahan British. Terdapat perlbagai
akhbar yang diterbitkan bagi memenuhi selera setiap kaum. Ada akhbar yang diterbitkan
dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina, Inggeris dan Punjabi.
Setiap akhbar hanya memberikan perhatian secara menyeluruh kepada kegiatan
golongan kaum tertentu sahaja. Misalnya akhbar berbahasa Cina lebih mengutamakan
perkembangan dan kejadian yang berlaku di China. Akhbar Tamil pula membesar dan
menonjolkan berita di India. Oleh itu kaum Cina dan India yang tinggal di Malaya
merasakan adanya jalinan hubungan yang rapat di antara mereka dan saudara mara
mereka di Tanah Besar China dan India. Dalam isu pendidikan sebagaimana yang
disebutkan sebelum ini, kita dapati hanya pendidikan Inggeris merupakan aliran yang
membolehkan ketiga-tiga kaum bercampur dan menimba ilmu di bawah bumbung yang
sama. Kita dapati juga hanya akhbar berbahasa Inggeris yang dibaca oleh semua kaum di
Malaya ketika itu. Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar Inggeris ini pula tidak dapat
memainkan peranan yang sebenarnya dalam menyatu padukan masyarakat, kerana berita-
berita yang dimuatkan tidak memberatkan ke arah perpaduan kaum. Akhbar-akhbar
Inggeris banyak memberikan tumpuan ke arah perkembangan dan pemerintahan Inggeris
sahaja. Akhbar -akhbar perlbagai bahasa juga telah menjarakkan lagi jurang pemisahan
antara kaum di Malaya. Setiap kaum menonjolkan berita, budaya dan perkembangan
yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini
menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja.
9
Perkembangan dan semangat yang sempit ini tidak dapat membantu mereka memahami
bahasa, budaya, sensitiviti kaum-kaum lain.
Kewujudan Persatuan pelbagai kaum
Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi kehendak dan
selera setipa kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan, sukan dan pertubuhan-
pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan oleh setiap kaum bagi mengendalikan aktiviti
kaum masing-masing. Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat
pertembungan dan perhubungan dengan persatuan kaum – kaum yang lain, tetapi
pertemuan ini berlaku dalam bentuk yang hanya menonjolkan identiti, persaingan dan
semangat kekitaan kaum masing – masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakan
khusus untuk kepentingan satu – satu kaum sahaja. Misalnya terdapat Malay Club,
Chinese dan Indian atau Ceylones Association di bandar-bandar. Pada tahun 1937,
misalnya orang India telah menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini telah membuat
desakan terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki keadaan
bekerja yang lebih baik bagi pekerja-pekerja India.
Selain persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan-
persatuan sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi
hubungan bersukan seperti ini banyak berasaskan persaingan antara kaum. Keadaan ini
boleh menggalakkan dan menebalkan lagi semangat perkauman, kerana tiap-tiap kaum
cuba untuk menaikkan dan memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja.
10
Kemuncak kepada kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Tanah Melayu
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum
1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam
pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan
seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi
majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang
berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur
sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang
Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan
terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi
maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai
orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah
menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini
merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk
Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah
memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik
berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar
tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi
semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan
11
status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal
di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan
tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara
kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka
lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13
Mei 1969.
Gambaran detik-detik 13 Mei 1969 secara ringkas ialah pada 13 Mei 1969 anggota Parti
Gerakan dan DAP yang telah berjaya memenangi sebanyak 35 kerusi dan berjaya
menafikan majoriti dua per tiga kerajaan Parti Perikatan telah mengadakan perarakan
untuk meraikan kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 1969. Ketika perarakan
berlangsung mereka gagal mengawal emosi hingga membangkitkan soal-soal sensitif
seperti mempertikaikan ketuanan Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Dalam masa yang sama pihak komunis dan kongsi gelap turut memainkan peranan
mengeruhkan keadaan hingga berlaku cacian, provokasi dan hinaan terhadap bangsa
Melayu. Hal ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kaum Melayu lalu
mereka bertindak balas selepas sekumpulan Melayu diserang oleh sekumpulan Cina dari
Setapak. Orang Melayu yang bertindak balas ini ialah mereka yang mengikuti perarakan
anjuran UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun Idris di Kampung Baru.
Perarakan yang dianjurkan oleh UMNO Selangor ini telah mendapat kelulusan daripada
pihak polis kerana beberapa sebab iaitu:
1. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan sama ada secara haram atau tidak sejak
11 Mei 1969 lagi
2. Perasaan Orang Melayu di ibu negara pada ketika itu selepas pilihanraya memuncak
akibat cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia akan mencetuskan
rusuhan kaum.
3. Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk mencegah kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara rapi.
12
4. Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman. Serangan balas oleh Orang Melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan yang akhirnya telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian harta benda yang banyak. Maka tercetuslah episod berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini masih diperkatakan.
Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat
Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini
kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak
diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini
melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat
berbilang bangsa.
1) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua
mata iaitu:
Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan
kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan
terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat
rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi
Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-
pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk
menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan
13
menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan
iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera
pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah
mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat
bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar
negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam
sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut
menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen
DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan
meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB
masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti
Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga
kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah,
14
pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum
berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang
berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah
dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk
membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan
melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan
kokurikulum yang sama.
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak
lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-
unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan
membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
4 . Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir
Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk
mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
15
PenutupMasalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan
kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia
sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui
peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia
yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang
rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman
damai.
Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh
peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan
tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru
setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk
semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah
diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan
terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana
selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling
bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini.
Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi
nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama
lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula
haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai
matlamatnya.
Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat
membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl
daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti
16
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan
Rujukan
1. Negara Kita Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, Tang Chee Yee, Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd, 1993 ( mukasurat 71 – 97 )
2. Kenegaraan Malaysia : Isu – isu dalam pembinaan negara, Zulhilmi Paidi, Rohani
Ab. Ghani, PTS Publications & distributors Sdn Bhd, 2003 ( mukasurat 50 – 60 )
3. Malaysia Kita, INTAN, 1991 ( mukasurat 405 – 465 )
4. http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html
17
Kumpulan
MD RIZAL BIN ZAINUDDIN 2009921803 AS229/2END
18