Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

19
PENGENALAN Belanjawan adalah satu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat.Umumnya, belanjawan berfungsi sebagai alat perancangan dan kawalan di sesebuah organisasi (Uyar & Bilgin 2010). Hubungan di antara perancangan dan kawalan adalah saling berkaitan kerana perancangan menetapkan garis panduan bagi tindakan yang akan diambil dan kawalan pula akan memastikan bahawa tindakan yang diambil selari dengan apa yang dirancangkan (Aizzat et al. 2006). Selain itu, belanjawan berfungsi sebagai alat penilaian prestasi (Steed dan Gu 2009). Apabila prestasi dinilai berdasarkan pencapaian sasaran belanjawan, ia memberikan kesan langsung kepada gelagat pekerja kerana mereka akan berasa puas hati apabila sasaran dapat dicapai, sebaliknya akan tertekan dan gelisah apabila tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan (Siegel & Marconi 1989). Dasar fiskal yang berhemat adalah perlu untuk merangsang keseimbangan ekonomi dalaman seperti kestabilan paras harga, pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga. Justeru, pemahaman hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan kutipan hasil cukai adalah penting untuk menilai ketidakseimbangan fiskal. Realitinya, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan berhadapan dengan tiga situasi fiskal iaitu sama ada mengalami belanjawan lebihan, belanjawan defisit atau belanjawan berimbang. Ketiga-tiga situasi fiskal tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan proses belanjawan yang 1

description

perdana menteri

Transcript of Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

Page 1: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

PENGENALAN

Belanjawan adalah satu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang

digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk

memenuhi keperluan rakyat.Umumnya, belanjawan berfungsi sebagai alat perancangan dan

kawalan di sesebuah organisasi (Uyar & Bilgin 2010). Hubungan di antara perancangan dan

kawalan adalah saling berkaitan kerana perancangan menetapkan garis panduan bagi tindakan

yang akan diambil dan kawalan pula akan memastikan bahawa tindakan yang diambil selari

dengan apa yang dirancangkan (Aizzat et al. 2006). Selain itu, belanjawan berfungsi sebagai

alat penilaian prestasi (Steed dan Gu 2009). Apabila prestasi dinilai berdasarkan pencapaian

sasaran belanjawan, ia memberikan kesan langsung kepada gelagat pekerja kerana mereka

akan berasa puas hati apabila sasaran dapat dicapai, sebaliknya akan tertekan dan gelisah

apabila tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan (Siegel & Marconi 1989).

Dasar fiskal yang berhemat adalah perlu untuk merangsang keseimbangan ekonomi

dalaman seperti kestabilan paras harga, pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga. Justeru,

pemahaman hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan kutipan hasil cukai adalah

penting untuk menilai ketidakseimbangan fiskal. Realitinya, kerajaan persekutuan, kerajaan

negeri dan kerajaan tempatan akan berhadapan dengan tiga situasi fiskal iaitu sama ada

mengalami belanjawan lebihan, belanjawan defisit atau belanjawan berimbang. Ketiga-tiga

situasi fiskal tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan proses belanjawan yang

melibatkan perancangan perbelanjaan dan hasil. Maka, pemahaman hubungan antara

perbelanjaan kerajaan dengan hasil merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan

oleh penggubal dasar belanjawan.

Selain daripada itu, umum juga mengetahui bahawa negara kita iaitu Malaysia adalah

merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu

daripada negara yang mempunyai ekonomi yang berprestasi tinggi. Melalui Drysdale dan

Huang (1997), pertumbuhan ekonomi bagi negara Asia Timur seperti Malaysia, Singapura,

Indonesia, Philipina, dan Thailand adalah amat memberansangkan. Sebagai rakyat Malaysia

juga kita perlu ketahui bahawa dari awal kemerdekaan lagi, Malaysia adalah merupakan

sebuah negara pertanian dengan hasil negara adalah bergantung kepada eksport pertanian

semata-mata. Bagimanapun keadaan ini berubah terutama sekali pada era tahun 1980-an yang

menunjukkan sektor pembuatan mengambil alih kedudukan sektor pertanian. Perkembangan

dan peningkatan ekonomi kini dan masa hadapan akan didorong oleh industri berasaskan

pendidikan yang seterusnya akan membawa kepada perubahan corak permintaan tenaga

1

Page 2: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

manusia. Selain itu, dalam ekonomi berasaskan pendidikan, industri berasaskan sains dan

teknologi tinggi serta industri yang berasaskan pengetahuan seperti ICT, dan aktiviti

penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan menjana pekerjaan yang memerlukan

pendidikan peringkat tinggi, terutamanya mereka yang terlatihdalam bidang sains dan

teknologi.

Pengertian pembangunan yang mendalam akan dapat dicapai apabila ditinjau secara

keseluruhan budaya manusia di mana sistem-sistem sosial, ekonomi, kebudayaan dan

politiknya dipertimbangkan dengan sama berat. Pembangunan yang lengkap adalah

merupakan pencapaian kehendak-kehendak manusia di dalam keempat-empat bidang

hidupnya tadi di mana taraf dan maruahnya sebagai seorang manusia bertamadun tidak

terjejas oleh kekurangan di mana-mana bidang. Maka pembangunan pertanian merupakan

kemajuan yang dapat dicapai ke paras yang maksimum di mana penggunaan sumber-sumber

dijalankan dengan cekap dan giat supaya manusia yang terlibat dalam kegiatan di bidang

pertanian akan memperolehi manafaatnya dan tidak terjejas kehidupan dan maruahnya.

Kajian Lepas

Jika dilihat pengkaji lepas dalam bidang ekonomi fiskal telah melakukan kajian secara

empirical untuk melihat hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil yang diperolehi

oleh kerajaan. Antara pengkaji yang mengkaji bidang ekonomi ini ialah Von Furstenberg,

Green dan Jin-Ho (1985; 1986), Blackley (1986), Anderson, Wallace dan Warner (1986)

serta Manage dan Marlow (1986) dan pengkaji lain. Mengikut kajian yang dilakukan mereka

menggunakan analisis di peringkat kerajaan persekutuan yang mana motivasi utama adalah

memberi penekanan terhadap defisit belanjawan atau belanjawan desifit/kurangan yang besar

dihadapi oleh kerajaan persekutuan.Malahanya kajian yang lebih mendalam juga ke atas

negeri.Menurut kajian Manage dan Marlow (1987) dan kajian di peringkat kerajaan tempatan

(Holtz-Eakin, Newey & Rosen, 1987).Walaupun kajian tersebut berupaya mengenal pasti

arah sebab-menyebab (direction of causality) antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil,

namun arah tersebut masih tidak pasti.

Kajian di Malaysia mendapati kajian dalam bidang ekonomi fiskal lebih tertumpu

kepada pengujian kesahiaan hukum Wanger (1958) iaitu dikemukakan oleh Adolf Wagner,

tidak bersetuju dengan sistem ekonomi laissez faire dan percaya peranan sektor awam tidak

2

Page 3: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

perlu melibatkan semua aspek kehidupan bagi menigkatkan aktiviti sektor awam. hukum ini

menjelaskan apabila ekonomi berkembang pesat, maka terdapat tekanan daripada masyarakat

untuk meningkatkan kemajuan sosial.Oleh itu, sektor awam perlu tingkat aktivitinya bagi

memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.Antara kajian yang menyokong penyataan

hukum Wanger (1958) ialah kajian Abdul Ghafar (1987) dan Mohd Azlan Shah dan Zulkefly

(1999).Kedua-dua kajian tersebut menyokong hipotesis Wagner iaitu pertumbuhan

perbelanjaan awam adalah lebih cepat daripada pertumbuhan ekonomi. Ini bermakna, apabila

pertumbuhan ekonomi meningkat satu peratus maka perbelanjaan awam akan meningkat

melebihi satu peratus.

Malahan, Kajian Koren dan Stiassny (1998), cuba menguji kesahihan dua hipotesis

iaitu hipotesis cukai dan belanja (tax and spend) dan hipotesis belanja dan cukai (spend and

tax) dengan menggunakan data di sembilan buah negara industri. Kajian tersebut

menggunakan model vektor autoregresi (VAR) dalam struktur tiga pemboleh ubah yang

terdiri daripada perbelanjaan, hasil dan pendapatan agregat (GDP).Kaedah fungsi tindak balas

(impulse response functions) telah digunakan untuk mengenal pasti hubungan sebab-

menyebab antara penerimaan hasil dengan perbelanjaan. Hasil kajian tersebut menyokong

pandangan belanja dan cukai (spend and tax view) dalam proses keputusan belanjawan. Ini

menunjukkan proses belanjawan didominasikan di sebelah perbelanjaan (expenditure side)

bagi negara Itali, Austria dan Perancis. Sebaliknya, hipotesis cukai dan belanja (taxand spend

hypothesis) wujud di negara United Kingdom, Belanda, Jerman dan Amerika Syarikat. Ini

menunjukkan perancangan belanjawan didominasikan di sebelah penerimaan hasil cukai

sebelum membuat keputusan perbelanjaan.

Fasano dan Wang (2002), cuba menguji kesahihan ketiga-tiga hipotesis dengan

menggunakan data negara yang menganggotai Gulf Cooperation Council (GCC) iaitu terdiri

daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Kajian ini

mengaplikasikan model ekonometrik siri masa seperti kaedah kointegrasi Johansen, ujian

sebab-menyebab Granger, penguraian varians dan fungsi tindak balas. Hasil kajian mendapati

hubungan arah sebab-menyebab sehala daripada hasil kepada perbelanjaan wujud di Bahrain,

Emiriyah Arab Bersatu dan Oman iaitu menyokong hipotesis hasil-belanja (revenue-spend

hypothesis). Di samping itu, hubungan arah sebab-menyebab dua hala antara hasil dengan

perbelanjaan wujud di Qatar, Arab Saudi dan Kuwait yang menyokong ‘fiscal

synchronization hypothesis’.Walaubagaimanapun, dengan menggunakan kaedah penguraian

3

Page 4: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

varians di dapati bagi Kuwait dan Arab Saudi, hubungan arah sebab-menyebab daripada hasil

kepada perbelanjaan menunjukkan lebih signifikan berbanding arah penyebab sebaliknya.

Blackley (1986) dalam kajiannya di negara Amerika Syarikat mendapati wujudnya

hubungan arah penyebab daripada pertumbuhan hasil kepada pertumbuhan perbelanjaan.

Hasil kajian ini mengesahkan pandangan bahawa pertumbuhan jumlah hasil akan merangsang

pengembangan saiz belanjawan. Begitu juga dengan kajian Joulfaian dan Mookerjee (1990a;

1990b) yang menggunakan data antara negara dan di peringkat kerajaan negeri juga

mendapati pertumbuhan jumlah hasil mempengaruhi pertumbuhan perbelanjaan.Kedua-dua

kajian tersebut menyokong hipotesis hasil-belanja.Di samping itu, Miller dan Russek (1990),

juga mendapati kewujudan hubungan arah penyebab daripada hasil cukai kepada

perbelanjaan dengan menggunakan data tahunan di peringkat kerajaan persekutuan.Tetapi,

keputusan kajian berbeza apabila mereka menggunakan data suku tahunan yang mana

wujudnya hubungan arah sebab-menyebab dua hala (bidirectionalcausality) antara hasil

cukai dengan perbelanjaan. Ram (1988) juga merumuskan bahawa hasil cukai menjadi

penyebab kepada perbelanjaan kerajaan di peringkat persekutuan.

Kaedah kajian

Kajian ini turut menggunakan dua pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif dengan

menggunakan dua sumber data, iaitu data sekunder dan data primer.Data ini diperolehi dari

Laporan Perbentangan Bajet Tahuan di Jabatan Perangkaan Malaysia.Jika dilihat dari

Perkembangan jumlah hasil, perbelanjaan dan imbangan fiskal kerajaan persekutuan dan

kerajaan negeri seperti yang ditunjukkan di bawah.

TAHUN

KERAJAAN PERSEKUTUAN KERAJAAN NEGERI

PERBELANJAAN (RM JUTA)

HASIL (RM JUTA)

IMBANGAN (RM JUTA)

PERBELANJAAN (RM JUTA)

HASIL (RM JUTA)

IMBANGAN (RM JUTA)

2009 215.7 162.1 -53.6 94.0 51.3 -42.72010 191.5 148.4 -43.1 88.5 50.2 -38.32011 212 165.8 -46.2 92.1 52.8 -39.32012 232.8 181.6 -51.2 95.2 54 -41.22013 251.6 208.6 -43.0 98.8 63.5 -35.3

(Sumber: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia)

4

Page 5: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

Jadual di atas menunjukan Jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan telah

mengalami peningkatan yang pesat sejak tahun 2009 hingga tahun 2013 bagi tempoh lima

tahun. hasil yang dipeolehi juga menunjukan peningkatan bagi tempoh lima tahun. manakala

kerajaan mengamalkan belanjawan lebihan yang mana pebelanjaan melebihi hasil. Ini

bertujuan memberi kemudahan dan Perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.Pada

tahun 2009 pebelanjaan berjumlah RM215.7 juta dan hasil yang diperolehi pula sebanyak

RM162.1 juta. Jika dilihat pada tahun 2010 kerajaan persekutuan telah memperuntukan

perbelanjaan sebanyak RM 191.5 juta menigkat sebanyak RM 20.5 juta pada tahun 2011.

Manakala jika dilihat pada tahun 2012 peruntukan untuk kerajaan persekutuan sebanyak RM

232.8 menigkat pada tahun 2013 iaitu RM 251.6 juta. Dari segi hasil yang diperolehi pada

tanun 2010 sebanyak RM 148.4 juta meningkat kepada RM 165.8 juta. Jika dilihat pada

tahun 2012 menunjukan peningkatan sebanyak RM 15.8 juta, malah, pada tahun 2013

menunjukan hasil yang diperolehi sebanyak RM 208.6 juta. Disebabkan perbelanjaan yang

lebih besar berbanding hasil yang diterima oleh kerajaan maka belanjawan defisit/kurangan

belaku. Jadul di atas menunjukan belakunya belanjawan defisit/kurangan yang tidak

konsisten di mana menigkat pada tahun 2010 sebanyak RM 43.1 juta sehingga tahun 2012

sebanyak RM 51.2 juta. Ini menunjukan kebajikan masyarakat diberi keutamaan untuk

menjadikan Negara maju.

Dari segi kerajaan Negeri pebelanjaan masih meningkat bagi tempoh lima tahun dan

peningkatan ini seiring dengan kehendak masyarakat. Pada tahun 2010 pebelanjaan kerajaan

Negeri sebanyak RM 88.5 juta dan telah meningkat sebanyak RM 23.8 juta pada tahun 2013.

Manakala hasil kerajaan Negeri juga telah meningkat seiring dengan perbelanjaan walaupun

belanja kerajaan melebihi dari hasil yang diterima oleh kerajaan Negeri. Bagi tempoh lima

tahun ini menunjukan peningkatan sebanyak Rm 24.8 juta merupakan satu perningkatan yang

baik bagi membolehkan negera mencapai tarap kemajuan yang lebih tinggi. kerajaan Negeri

sama seperti kerajaan persekutan iaitu belanjawan defisit/kurangan untuk memastikan taraf

hidup raskyat meningkat supaya menjana pendapatan Negara ke arah wawasan 2020.

Walaubagaimanapun, Belanjawan defisit berpunca daripada masalah kegawatan

ekonomi akibat daripada krisis kewangan.Maka, suntikan perbelanjaan kerajaan yang besar

diperlukan untuk merangsang permintaan aggregat bagi memulihkan semula kegiatan

ekonomi.Tetapi, sumber hasil fiskal yang sedia ada tidak dapat menampung saiz perbelanjaan

5

Page 6: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

kerajaan yang semakin meningkat.Akibatnya, kerajaan Persekutuan terpaksa meminjam

untuk menampung defisit belanjawan tersebut.

Dasar fiskal yang seimbang adalah perlu untuk memastikan keseimbangan ekonomi

dalaman seperti kestabilan harga, pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga penuh

(GTP).Malahan, hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan Kutipan hasil cukai adalah

penting bagi menentukan ketidakseimbangan fiskal. Ini menunjukan kerajaan Persekutuan,

kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan akan menghadapi dengan tiga situasi fiskal iaitu

belanjawan lebihan, belanjawan defisit atau belanjawan seimbang. Tiga situasi fiskal ini

mempunyai hubungan dengan proses belanjawan yang melibatkan perancangan perbelanjaan

dan hasil yang lebih dikenali sebagai bajet. Oleh itu, pemahaman dalam dasar fiskal ini

penting bagi penggubal dasar belanjawan.

Kajian lepas mendapati hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan pandangan ke atas

hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil cukai.Ia menunjukan hubungan arah

sebab dua hala antara hasil dengan perbelanjaan yang seiring. Ini bererti, pada setiap masa

keputusan perbelanjaan kerajaan dibuat secara serentak dengan strategi memperolehi hasil.

Selain itu, berpunca daripada hasi kepada perbelanjaan, maka ini menujukkan paras

perbelanjaan kerajaan akan diselaraskan kepada perubahan dalam Kutipan hasil. Jika belaku

perubahan dalam perbelanjaan mempengaruhi perubahan dalam Kutipan hasil. Hipotesis ini

akan mepengaruhi antara satu sama lain bagi membolehkan belanjawan dapat dirancang dan

dijalankan.

Di Malaysia, pengasingan analisis antara kerajan persekutuan dengan Negeri

dilakukan kerana kedua-dua mempunyai kelakuan dan kehendak yang berbeza daripada

aspek perancangan belanjawan yang melibatkan struktur hasil dan perbelanjaan. Misalnya,

bagi kerajaan Negeri, dengan struktur hasil fiskal yang terhad memerlukan penggubal dasar

belanjawan membuat perancangan perbelanjaan yang serentak dengan keputusan

memperoleh hasil. Ini bererti proses belanjawan kerajaan negeri perlu menekankan kedua-

dua aspek pemboleh ubah fiskal iaitu perlu merancang perbelanjaan dan hasil secara serentak

dengan proses belanjawan kerajaan negeri menepati strategi yang dirancang.

Bagi tempoh lima tahun ini juga dapat dilihat perbelanjaan mengurus telah meningkat

dari RM157,067 juta pada tahun 2009 kepada RM201,917 juta pada tahun 2013. Ini tidak

termasuk pindaan lebihan hasil ke Kumpulan Wang Pembagunan.Dapat dilihat melalui carta

6

Page 7: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

di bawah. Ia menunjukan graf meningkat dengan tidak konsisten kerana pada tahun 2010

menunjukan penurunan dan meningkat dengan kadar mendadak pada tahun 2011 dan

menurut sedikt pada tahun 2012, seterusnya meningkat pada tahun 2013

(Sumber: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia)

Selain itu, arah aliran perbelanjaan Pembangunan bagi tempoh 2009 hingga 2013

meningkat juga dari RM49,515 juta kepada RM49,750 juta. Peningkatan tersebut adalah

sejajar dengan usaha kerjaaan untuk membangunkan negara serta selaras dengan peningkatan

jumlah belanjawan tahunan yang melihat kedudukan semasa negara bagi meningkatkan taraf

hidup masyarakat.

7

Page 8: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

(Sumber: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia)

Perbelanjaan mengurus mengikut sektor di bahagikan kepada sektor pentadbiran am,

ekonomi, sosial dan keselamatan serta tanggungan tertentu dan bayaran pindahan. Bagi

tempoh lima tahun yang lepas, perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada sektor sosial

iaitu sebanyak 36.7% diikuti oleh tanggungan tertentu berjumlah 17.1%. sektor-sektor lain

menerima peruntukan seperti dalam gambar rajah di bawah.

(Sumber: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia)

8

Page 9: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

Perbelanjaan pembangunan dibahagikan kepada sektor pentadbiran am, ekonomi,

sosial, dan keselamatan serta untuk peruntukan simpanan luar jangka bagi tempoh lima tahun

iaitu 2009 hingga 2013, perbelanjaan yang terbesar diagihkan kepada dua sektor iaitu sektor

ekonomi dan sektor sosial yang mencecah 86.5%. sektor-sektor lain menerima peruntukan

sebanyak 13.5% seperti carta di bawah.

(Sumber: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia)

Masalah yang boleh dihadapi dalam belanjawan boleh dikelaskan kepada dua

bahagian iaitu kuantitatif dan kualitatif seperti Kuantitatif iaitu mengenai kebarangkalian

yang digunakan untuk masa hadapan yang tidak belaku lagi, seperti data yang dimasukan ke

dalam belanjawan yang bermatlamatkan masa hadapan dengan peristiwa yang lalu.

Walaubagaimanapun akan terdapat masalah teknikal dalam ramalan yang dibuat

kerana dunia akan sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh faktor luar jangka. Dinamik dalam

penggubal dasar menunjukan kesan antara kehidupan sebenar dan keputusan yang dibuat.

Dari segi kualitatif pula mengenai tingkah laku pengubal kepada bajet yang dibuat. Ini

isebabkan oleh faktor manusia yang tidak dapat diduga. Ia akan mempengaruhi pengubal

dalam menentukan bajet.

9

Page 10: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

Hasil Kajian

Hasil kajian yang dapat diperolehi ini dapat mengetahui sektor-sektor yang

dibelanjakan bagi tempoh lima tahun negara. Malahan,sektor-sektor ini menyumbangkan

kepada produktiviti sesebuah negara yang akan memberikan kebaikan kepada semua lapisan

masyarakat. Selain itu, kita dapat mengetahui hubungan antara hasil, perbelanjaan dan

imbangan belanjawan yang akan memberi impak kepada sesebuah negara. Walaubagaimana,

ia akan memberi kesan kepada taraf sosial masyarakat. Bahkan kajian ini juga dapat

membezakan perbelanjaan menggurus dan perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima

tahun iaitu bagi tahun 2009 hingga tahun 2013. Malah, masalah yang dihadapi dalam

belanjawan dapat diketahui dan segala keputusan yang dibuat akan memberi impak kepada

masyarakat. Belanjawan ini juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kerajaan

Persekutuan dan kerajaan Negeri.

Cadangan dan kesimpulan

Objektif utama kajian ini adalah untuk menguji hubungan antara pembolehubah fiskal

iaitu perbelanjaan dengan hasil.Ini menunjukkan proses belanjawan kerajaan persekutuan

didominasi di sebelah perbelanjaan. Dalam hal ini, kerajaan Persekutuan akan merancang

perbelanjaan terlebih dahulu dan kemudiannya barulah merangka strategi untuk memunggut

hasil. Penemuan kajian ini juga menyokong pandangan Peacock dan Wiseman (1961; 1979)

yang menyatakan bahawa perbelanjaan kerajaan mempengaruhi kutipan hasil.Di samping itu

beberapa hasil kajian empirikal juga menyokong hipotesis belanja-hasil seperti kajian Jones

dan Joulfaian (1991), Anderson et al. (1986) dan Provopoulos dan Zambaras (1991).Di

samping itu, pertumbuhan GDP juga mempengaruhi pertumbuhan hasil kerajaan

persekutuan.Peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi akan merangsang peningkatan kutipan

hasil, manakala penguncupan aktiviti ekonomi pula akan mengurangkan kutipan hasil. Maka,

dalam hal ini jika kerajaan persekutuan membuat keputusan perbelanjaan terlebih dahulu,

kemungkinan besar belanjawan defisit akan berlaku jika ekonomi mengalami penguncupan.

Sebaliknya, jika pertumbuhan ekonomi memberangsangkan maka kutipan hasil pasti

meningkat dan kemungkinan besar kerajaan akan mengalami lebihan belanjawan. Ini bererti

strategi belanjawan belanja-hasil akan terdedah kepada kitaran ekonomi yang mana ia

memberikan kesan kepada ketidakseimbangan fiskal.

10

Page 11: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

Selain itu, pertumbuhan perbelanjaan kerajaan persekutuan dan kutipan hasil juga

mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang. Ini bererti peningkatan

perbelanjaan kerajaan akanmeningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Hasil kajian ini

menyokong pandangan Keynes (1936) yang menyatakan bahawa perbelanjaan kerajaan

menerajui pertumbuhan ekonomi (governmentspending led growth).Dalam jangka pendek

juga menunjukkan pertumbuhan GDP mempengaruhi pertumbuhan perbelanjaan kerajaan. Ini

bererti peningkatan pertumbuhan ekonomi akan menyebabkan peningkatan saiz perbelanjaan

kerajaan. Penemuan kajian ini menyokong hukum Wagner (1958) yang menyatakan bahawa

pertumbuhan ekonomi merupakan prasyarat kepada pertumbuhan perbelanjaan awam.Bagi

kerajaan Negeri, didapati dalam jangka panjang wujudnya hubungan dua hala antara

perbelanjaan dengan kutipan hasil.Penemuan kajian ini menyokong pandangan hipotesis arah

sebab menyebab dua hala (bi-directional causality hypothesis) yang menyokong “the fiscal

synchronization hypothesis”.

Penemuan kajian ini juga konsisten dengan beberapa hasil kajian empirikal seperti

Musgrave (1966), Meltzer dan Richard (1981), Barro (1979), Miller dan Russek (1990),

Bohn (1991) dan Bhat et al. (1993). Ini bererti, pada setiap masa keputusan belanjawan

kerajaan Negeri mengambil kira kedua-dua aspek perbelanjaan dan jumlah hasil. Ini

menunjukkan bahawa keputusan perbelanjaan dan kutipan hasil dibuat serentak oleh pihak

berkuasa cukai bagi kerajaan Negeri, yang mana penduduk di peringkat kerajaan Negeri

menentukan paras perbelanjaan dan cukai. Ini dilakukan melalui membandingkan faedah

kerajaan kepada kos marginal penduduk. Dengan perkataan lain, kerajaan Negeri

membandingkan faedah marginal dan kos marginal terhadap perubahan belanjawan seimbang

apabila merangka sesuatu keputusan yang melibatkan tahap perbelanjaan dan hasil kerajaan

yang bersesuaian.

Walaubagaimana, sektor-sektor yang telah dibelanjakan oleh kerjaan adalah untuk

kebaikan dan kebajikan masyarakat serta untuk meningkatkan taraf hidup masyarkat bagi

mencapai negara maju.Jika dilihat dari segi perbelanjaan kerajaan dalan perbelanjaan

mengurus dan perbelanjaan pembangunan adalah untuk memastikan perancangan yang telah

dibuat mengikut kehendak perancangan.Di samping itu, strategi merancang kutipan hasil dan

kemudiannya membuat keputusan perbelanjaan memudahkan pihak kerajaan membuat

perancangan belanjawan dengan sumber hasil fiskal yang sedia ada. Sebaliknya, jika kerajaan

memilih strategi merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan kemudiannya barulah

11

Page 12: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

memungut hasil, kemungkinan besar kerajaan akan terlebih belanja (over spend) dan

mengalami belanjawan defisit. Ini kerana, hasil fiskal akan mengalami turun naik mengikut

suasana kitaran ekonomi. Misalnya, semasa ekonomi melambung hasil fiskal akan meningkat

sebaliknya semasa kemelesetan ekonomi kutipan cukai akan berkurangan. Maka, dalam hal

ini sudah pasti kerajaan terpaksa meminjam sama ada dari dalam atau luar negeri untuk

menampung kekurangan hasil cukai tersebut. Maka, jelaslah berdasarkan pengalaman negara

Malaysia (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri), defisit belanjawan yang

berlaku adalah disebabkan oleh strategi belanjawan yang lebih menekankan kepada

perbelanjaan dan bukannya jumlah hasil.

12

Page 13: Data Tugasan Kumpulan Fiskal Era Najib1

Rujukan

Johansen, S. (1988).Statistical analysis of cointegration vectors.Journal of Economic Dynamic Control

Peacock, A., & Wiseman, J. (1961).The growth of public expenditure in the United Kingdom.Princeton, NJ: Princeton University Press.

Keynes, J. M. (1936). The General Theory of Employment, Interest and Money.London: Macmillan.

Koren, S., & Stiassny, A. (1998). Tax and spend, or spend and tax? An International Study.Journal of Policy Modelling

Buchanan, J., & Wagner, R. W. (1977).Democracy in deficit. New York: Academic Press.

Simons, R. (1995), “Levers of Control: How Managers Use Innovative Control Systems to Drive Strategic Renewal” (Boston, MA: Harvard Business School Press).

http://www.treasury.gov.my/bajet tahunan 2014 diakses pada 11 Nov 2014

http://www.treasury.gov.my/bajet tahunan 2013 diakses pada 11 Nov 2014

http://www.treasury.gov.my/bajet tahunan 2012 diakses pada 11 Nov 2014

http://www.treasury.gov.my/bajet tahunan 2011 diakses pada 11 Nov 2014

http://www.treasury.gov.my/bajet tahunan 2010 diakses pada 11 Nov 2014

13